Isnin, 16 April 2012

Titanic 3D Ada 3 Pengarah??Macam mana tu?

Ok,post ni bukan nak cerita pasal Titanic 3D yang tengah rancak ditayangkan di pawagam tu tapi aku saja nak kongsi video parody mengenai trailer Titanic 3D yang aku jumpa kat youtube.
Serius lawak giler...haha

Kalau tak gelak tu takpe la..ak paham

Nindia video tu



Mula-mula dah lawak da..haha..Yang part angin-angin tu.Tak bleh blah.
Ais yang pecah tu dgan kena tembak memang real abis..haha
Kraken tu buat ape ntah tetibe je ada kat atas kapal Titanic tu xD

Yang paling best adalah updated soundtrack
Kepala hotak dier updated..hahaha..lagu dubsteps tu....memang gelak takde ingat..Aku time ni da nak pengsan da.Siap da dj lagi

Kenapa 3 pengarah?
Dalam trailer ni ada 3 pengarah yang telah bergabung bersama bagi menjayakan trailer hancur ni.
3 pengarah itu adalah



George Lucas
Dia ni pengarah filem Star Wars.Tu pasal kiter boleh nampak ada scene tembak menembak dan beberapa karakter Star Wars  atas kapal.Macam haram je..xD


J.J Abrams
Dier ni director filem Mission Impossible 3 dan yang terbaru ni Mission Impossible Ghost Protocol.
Juga pengarah bagi filem Star Trek.
Bagi yang mengenali dier,dier ni memang suka buat effect cahaya dalam setiap hasil kerjayanya.
Tu pasal la dalam trailer kiter tgok ada cahaya terang takde ingat bila scene 'ehem-ehem' tu..haha

Yang last ni paling kelakar tak ingat dunia


Micheal Bay
Habis semua benda meletup..hahahaha
Perli abis dekat Micheal Bay yang suka buat efek letupan dalam filem dier..
Orang jatuh dari kapal pun meletup.Apa kejadahnya???=))

Yang paling Super 3D dalam trailer ni adalah waktu heroin filem Titanic (apa ntah nama dier),ludah kat tepi kapal.
Sian penonton kat wayang tu kena ludah.Real pulak tu..hehehe


Kesimpulannya trailer ni memang lawak.Kreatif sungguh orang yang buat video ni.
Ni hanya untuk nak buat kelakar je.Takde kena mengena dengan Titanic 3D yang sebenar pun.
Buat pengetahuan aku tak tengok lagi Titanic 3D tu sebab cerita dier sama je macam Titanic dulu kan?
Malas nak tengok ah.

Tapi ada satu Titanic yang best aku tengah tengok skarang?Apa dier...Haha..Rahsia la..xD


0 ulasan:

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Blogger Wordpress Gadgets