Rabu, 11 April 2012

Prebiu Kimi To Boku 2/You and Me 2 Episod 2


Yea,malam-malam buta aku akhirnya akan membuat prebiu untuk episod ke 2 bagi anime Kimi To Boku 2/You And Me 2

Sesiape yang baru datang boleh tengok prebiu episod 1 sekali dengan video episod di sini

Apakah yang terjadik minggu ni?Cepat la citer!!!
Ok,aku tanya aku jawab,hahaha.
Minggu ni aku rasa memang menarik sangat episod dier sebab ada romantik-romantik.Aku suka babak cintan-cintun terutamanya dari anime sebab memang menyentuh jiwa.

Siapa yang bercintan-cintun tu?
Kaname? Shun? eh bukanlah tapi Chizuru.Ya Chizuru yang aktif tade ingat tu.
Dalam-dalam hyperactive dier tu,rupanya dia ni seorang yang romantik jugak.Tapi takde la romantik jiwang melampau.Dia ni jenis romantik tapi dier sendiri pun tak sedar dia tu romantik.

Ringkasan Episod.

Permulaan Episod 2
Ok seperti yang kiter sedia maklum,bersambung kepada jalan cerita episod lepas, mereka sumer ni tngah berada pada musim sejuk menuju ke Hari Krismas.Jadik sekolah tinggal beberapa hari je lagi sebelum bermulanya Cuti Musim Sejuk (winter break) tapi masalahnya salji tak jugak-jugak turun,asyik hujan je.Jadik musim sejuk agak kurang la terasanya.
Babak permulaan episod adalah semasa Chizuru berjumpa dengan seorang gadis yang baru belajar Tahun 1 (Tingkatan 1) di sekolah tu.Dalam lubuk hati Chizuru,dia memang menaruh hati nak memiliki gadis tu tapi apakan daya gadis tu tak minat dier.Nama gadis tu Mary (kalau ikut nama panggilan Chizuru la,tape nanti ak citer secara ringkas di bawah).
Tengah elok-elok Chizuru bertegur saper dengan gadis tu,sekali datang dua orang kembar giler,Yuki dan Yutta buat gossip bahawa Chizuru nak masuk balik Tahun 1,hahaha.Nyibuk je 2 orang tu.
Mary atau Masaki ni syok dekat Shun (yang macam perempuan tu).Aku masih takleh terima dier tu lelaki,haha.Jaisk si Mary ni hadiahkanlah satu teddy bear yang dah diubahsuai khas untuk Shun.Memang comel teddy bear tu.Shun seronok tade ingat tapi masih tenang lagila.
Sementara itu,Kanamichi tu tak abih2 mengamuk dengan kembar 2 orang tu sebab diorang sindir dier sebab makan roti je waktu rehat tu padahal yang lain semua makan udon (masakan panas).Memang lawak Shun ni,tak abih2 marah.

Pertengahan Episod
Waktu sekolah pun tamat,hujan tak berhenti-henti lagi. Waktu Kaname nak balik rumah (Dia sekarang jadik   Majlis Perwakilan Pelajar),dia nampak Mary duk terjenguk-jenguk kat tempat letak payung.Payung dier kena curi jadi dia nak curik la payung orang lain.Tak dapatlah sebab terkantoi dengan Kaname.Kaname ajak dia balik tapi dia malulah maklumlah senior kan.Aku ingat Kaname nak tinggal je dier rupanya die tarik jugak Mary tu guna payung.(Giler Ganas Kaname ni).
Tengah-tengah jalan berpayung tu, tetibe Mary berhenti.Pada masa tu jugak ada 2 orang pelajar lain (kawan Mary) ternampak Mary dengan Kaname.Secara tiba-tiba,akibat terhalang oleh payung,Kaname dan Mary dilihat seolah-olah bercium antara satu sama lain.Apa lagi, 2 pelajar tu buat gosip panas la.
Esok nyer memang kecoh la satu sekolah.Mau tak mengamuk si Kaname tu,hahaha.Yang Mary tu duk cuba nak terangkan perkara sebenar pada Shun (maklumlah dia kan ada hati kat Shun).
Sebenarnya,apa yang berlaku adalah waktu tu mata Mary masuk habuk jadi Kaname pun periksa la.Jadik nampak macam diorang bercium sebab payung tu halang.(Payung punca).
Chizuru serang takde ingat punya dekat Kaname(sampai nak bercium) sebab cium Mary.Chizuru gile..hehe

Klimaks Episod
Chizuru pergi ke pusat beli belah sebab nak beli hadiah sempena hari Krismas yang nak menjelang tiba.
Nak beli hadiah untuk saper? Untuk Mary la (cinta tak berbalas).Dia beli ribbon cantik punye tapi masih ragu-ragu nak bagi ke tak.Tak semena-mena terserempak pulak dengan Mary yang tengah memilih stokin untuk dihadiahkan pada Shun.Waktu tu Chizuru terus tak jadik nak bagi hadiah sebab dier tau Mary cintakan Shun.Waktu nak balik dari shopping tu, ader makcik tegur dan cakap diorang ni memang pasangan secocok dan bagi payung kat diorang sebab waktu tu dua-dua tak bawak payung.Mary menolak untuk balik dengan Chizuru sebab dia taknak gossip macam semalam berlaku lagi.Chizuru tersilap pulak cakap bahawa Shun tak amik kisah pasal gossip tu sumer.Terguris sikit hati Mary dan terus menolak Chizuru dan berlalu pergi.Chizuru buat tenang je

Peleraiannya
Keesokannya,tiba la masa nak bagi hadiah Krismas dekat orang yang dicintai/disayangi.Chizuru dah memang takde mood da sebab hati da kecewa.Dia duk nyanyi lagu supaya musim sejuk abih,haha.
Di depan pintu kelas ternampaklah Mary bawak hadiah untuk Shun.Waktu tu Shun takde kat kelas jadi Mary terserempak dengan Kaname.Kaname terus amik hadiah tu (nak terus bagi kat Shun la) tapi tetibe ade 2 pelajar lelaki yang tak abih-abih dengan gosip semalam mengatakan bahawa Kaname dapat hadiah dari Mary.Berlaku perebutan apabila hadiah tu nak dibukak oleh 2 mangkuk tu dan sappp, Chizuru pun datang.Chizuru amik balik hadiah tu lepas tu pulang balik kat Mary.Waktu tu riben yang ikat hadiah tu da rosak tapi Mary pergi je dari situ.
Chizuru masuk balik ke kelas dan melihat sekumpulan pelajar perempuan sibuk mengatakan bahawa kecantikan sesuatu hadiah tu amat penting bagi mereka.Terdengat je kata-kata tu,Chizuru boleh mengagak bahawa Mary takkan bagi hadiah tu kat Shun.Apa lagi dia pun cepat-cepat gi kejar Mary.Memamng betul,Mary tak jadik nak bagi hadiah kan Shun dan terus balik.
Sampai kat sini memang sweet giler tader ingat scene dier. Chizuru mengikat semula hadiah tu menggunakan riben yang dia nak hadiahkan dekat Mary dulu.Chizuru memang terbaik.Dah la hujan,dia sanggup basah lencun kejor Mary tu.
Mary pun bagi hadiah kat Shun yang diikat bersama riben yang sepatutnya menjadi hadiah kepadanya.
Aku ingat nak pergi terus je Mary tu waktu dia bertentang dengan Chizuru.Rupanya dia sebut perkataan ni
'If you don't have umbrella you can share mine'<<<gile romantik
'If you have your own'.....tak sempat cakap je Chizuru terus kata die takde payung da..gelabah je Chizuru..haha
Lepas tu memang melompat abis la Chizuru tu.Musim Sejuk dier kembali lagi....
Dan aku pun mengelap air mata yang bergenang ni..:((

TAMAT EPISOD 2(ringkasan sangat kan?)

KARAKTER BARU

Masaki/Mary

Dier ni pelajar Tahun 1 dekat sekolah yang sama dengan Kaname/Yuta/Yuki/Shun/Chizuru.
Ada hati dengan Shun tapi tak berani nak luahkan perasaan,hanya boleh diungkapkan dengan hadiah.
Selalu ditegur oleh Chizuru tetapi dia buat tak layan jer.
Akhir-akhir episod ni,dia jadik couple untuk Chizuru sebab Chizuru terlalu baik walaupun giler-giler.
Cakap tergagap-gagap sket tapi still kawaii sebab baru Tahun 1


APA YANG MENARIK EPISOD NI?
Bagi aku bahagian yang paling menarik adalah waktu scene Chizuru kejar Mary tu.
Ada side scene yang melambangkan bahawa Chizuru akan berjumpa dengan seorang perempuan misteri.Semakin kedepan je babak tu,semakin terserlah saper perempuan misteri tu.Saper lagi kalau bukan Mary.



Side scene waktu Chizuru nak kejar Mary.Dari jauh nampak seorang gadis misteri


Gadis tu menoleh tapi masih ada cahaya yang menyorokkan muka gadis tu,Side scene ni berlaku serentak waktu hadiah tu dah dibalut oleh riben Chizuru dan Mary berlalu pergi

Close-up tapi muka gadis disorokkan di belakang kertas berwajah


Gadis misteri tu membaling payung.Side scene ni berlaku serentak dengan masa Chizuru dan Mary bertentang dan Mary hendak menoleh.

Gadis tu membuang kertas tu dan terserlahlah wajah Mary.
Serentak dengan itu,Mary pun bersetuju nak jadik pasangan Chizuru.


Kesimpulannya episod 2 ni memang jiwang abis..dan tahniah kerana aku da menangis,baru je episod 2.
Tak sabar nak tunggu episod 3!!!!


Dengan itu,aku sertakan video Episod 2 low quality untuk korang





Part 1

 
Part 2

Part 3

//salah fakta dan ejaan nanti aku check

0 ulasan:

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Blogger Wordpress Gadgets