Sabtu, 14 April 2012

Prebiu Super Spontan Episod 3 + LQ Video

Ok,harini aku nak cerita sket pasal Super Spontan episod 3.Mesti ada yang tengok kan semalam?
Amacam best tak?
Bagi aku,SS semalam agak kurang cuma yang part last-last memang kelakar abis.
Zizan nampak macam taknak main je mula-mula,tak sihatla kot tapi hujung-hujung rancangan dier join game.

Ok Ringkasannnya,semalam ada  penyingkiran berlaku di mana Zahid telah dikeluarkan dari pasukan Angsa Ganas.Agak tak puas hati la sebab minggu lepas takde pun penyingkiran.Tapi takleh buat apa la sebab dah ditetapkan penerbit jadik lantak la..haha

Untuk episod kali ni permainan dier adalah
Pantun dua kerat=Berbalas-balas pantun antara satu sama lain (berbeza kumpulan).Tauke macam apa je orang suruh pantun 2 kerat,dia pegi bantai 4 kerat...haha

Jurujual Langsung=Peserta kena menerangkan tentang barang-barang yang diorang tak tau (macam salesman la).Merapu-rapu je..haha..Paling best Zizan,merapu je ion-ion...hahahaha

Dialog Dalam Tin=Dua orang bersembang (satu kumpulan) antara satu sama lain dan diberikan dialog yang mereka tak tau pun dialog tu aper.Bile dialog tu disebut dalam perbualan memang lawak la sebab merapu je dialog dier.
Tauke dengan Suhaimi memang lawak dan Johan dengan Hani pun hebat jugak.
Johan jadik Mak Jemah...hehe

Terteruk di Dunia & Ladang = Peserta kena berlagak seperti seseorang dalam keadaan yang paling terteruk.Contohnya petani, peserta kena buat benda yang paling teruk petani tu kena buat.
Permainan ni agak kurang sket sebab macam cepat sangat bertukar-tukar orangnya.
Johan dengan Tauke lawak la

Pengarah kurang Siuman=Yang ni paling best sebab peserta kena melakonkan watak dalam filem tapi dalam genre berbeza.Zizan,Tauke dengan Riezman memang terbaik.Zizan jadik Izzah dalam Ombak Rindu giler tade ingat lawak.Johan,Cat dengan Bell ok jugak tapi kali ni lawak lebih kepada Zizan dan Tauke.
Pengarah yang berbeza tu macam pelik je sebab Pengarah dari kumpulan lain.

Kesudahannya episod ni dimenangi oleh kumpulan Angsa Ganas.
Jadik akan ada penyingkiranlah untuk kumpulan Beruang Comel minggu depan
Saper yg terkeluar agaknya?


Ni aku bagi video aku amik dari youtube..Layan je la.
Ade yang video tak ngam dengan suara.Mintak maaf yer..nanti aku reupload balik

video
Part 1
video
Part 2
video
Part 3
video
Part 4
video
Part 5
video
Part 6
video
Part 7


0 ulasan:

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Blogger Wordpress Gadgets