Rabu, 25 April 2012

Prebiu Kimi To Boku 2 /You and Me 2 Episod 3



Hehe,mintak maaf yer lupa nak upload.Eleh aku upload ni pun untuk kenang-kenangan je sambil tu kongsi hobi aku yang tak seberapa ni..haha

Ok episode ni bertajuk ‘Very Christmas’,bunyi lebih kurang Merry Christmas kan?
Permulaan episode ni mengisahkan 2 orang watak baru iaitu seorang cikgu bernama Azuma dan sahabatnya,Akira menghadiri satu majlis perkahwinan.Cikgu ni kira dah nak tua dah(middle age) tapi dia asyik berfikir adakah dia masih muda lagi sebab dia tak kahwin lagi.Yang si kawannya tu takde keje nak buat peace pulak kat gambar kahwin,haha
Untuk watak utama pulak diorang tak buat apa-apa pun malam krismas tu,tau duduk melepak kat rumah Kaname je layan anime detektif aper ntah.Siap kongsi kongsi keropok lagi.Chizuru tu tak paham-paham cerita tu dari mula,mengong Chizuru ni.Yuuta bengang la sebab Chizuru bising je,jadik dia pun nak rewind balik scene tu supaya dia paham jalan citer.Sekali dia tertekan fast forward pulak..hahaha
Terbongkar la segala misteri

Akibat dari kejadian itu,diorang nak bercadang nak beli dvd baru kat luar,cadangan Chizuru la saper lagi.
Dekat street mall tu memang kelakar takde ingat.Masa dekat photo boot (ala yang tangkap gambar lepas t uterus dapat tu),Kaname tak masuk pun amik gambar sebab macam pelik je.Akhirnya,setelah kena desak dia pun join sekali dengan hati yang tak rela.

Tak lama lepas tu,Shun-chan Nampak Azuma sensei dekat festival tu.Apa lagi semua pegi tegur lah.Lepas tu ada pulak si Akira kat situ.Chizuru tu sebenarnya da pernah jumpa Akira waktu dulu.Chizuru mengamuk sebab Akira dulu potong barisan dia dan kata dia pendek.Hahaha memang lawak time ni.Akira buat rilek je.

Lepas tu,diorang lepak la sama-sama sambil bercerita pasal Azuma sensei yang tak tahu nak kahwin bila.Sementara tu,Shun pulak Tanya Akira dia buat apa?Rupanya Akira tu jadik santa claus kat festival tu.
Dengan secara tetibe ada seorang budak yang tersangkut belon kat atas pokok krismas yang besar.Chizuru beriya je nak tolong,last sekali pokok tu runtuh.Akibatnya,diorang kena kerja part time sebagai Santa.Memang lawak giler waktu kerja tu.

Scene yang ala-ala detektif tu pun lawak jugak semasa diorang nak tahu siapa yang curi coklat dari bilik.
Akhirnya, Akira yang jadik hero,tak tau pulak dia belajar judo..haha
Di hujung hari tu,semua lepak rumah Kaname dengan keadaann yang letih.Elok pulak Chizuru tertinggal DVD yang baru dibeli,memang takde nasib la…haha.Sementara itu,Azuma sensei terus berfikir pasal mengakhiri zaman bujangnya.





Part 1
Part 2

0 ulasan:

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Blogger Wordpress Gadgets