Khamis, 12 April 2012

Prebiu Anime Ringan :Polar Bear Cafe/Shirokuma Café

Ok harini ada satu anime ringan yang aku nak perkenalkan.
Anime ni baru je mula minggu lepas(baru je episod 1)
Jadik aku nak bagi sedikit prebiu dan video untuk korang layan.
Tak berat pun anime ni.Kalau nak release tension boleh la tengok.

Karakter
Panda
Panda ni macam karakter utama la dalam episod kali ni.Seorang(melambangkan haiwan) yang pemalas,amatlah pemalas tapi nak cari kerja.
Selalu kena marah dengan mak dier sebab asyik melepak je depan tv sambil kunyah pucuk buluh

Polar Bear
Polar Bear ni pemilik kepada kafe yang juga menjadi tajuk anime ni.Dia amat memerlukan pekerja baru disebabkan ramai pelanggan yang datang ke kafe dier.
Seorang yang rajin tapi ada satu perangai pelik iaitu suka mengubahsuai pesanan kepada benda lain(lain yang di order,lain yang diberi)

Penguin
Penguin ni pelanggan tetap kat kafe si Polar Bear tu.Dier ni rajin la bersembang dengan si Polar Bear tu.
Seorang yang agak serius,matang sikit dari karakter lain dan kadang-kadang bengang jgak dengan perangai Polar Bear yang suka ubahsuai order.

Karakter lain macam Mak Panda,Binatang Zoo adalah watak sampingan

Ringkasan Episod
Mak Panda suruh Panda ni carik kerja sebab dia ni asyik duduk je kat rumah.Disebabkan Panda ni pemalas,semua kerja yang dimintak semua tak dapat (syarat bukan-bukan).Jadik dier pun pegi la Kafe Polar Bear nak mintak keje(Pemalas gile sebab kafe tu dekat je ngan umah dier).
Panda tu pun masuk interview dengan haiwan lain yang turut nak keje dekat kafe tu.
Disebabkan terlalu merapu,abih sumer haiwan termasuk Panda kena rejected.
Esoknya,Panda pun pergi tanyer pendapat Penguin dan Polar Bear sebab nak cari keje baru.
Polar Bear macam apa je suruh Panda jadik Pelayar nelayan ikan tuna(sampai ke sudah dia suruh Panda tu keje jadik nelayan).Last-last,Penguin bagi cadangan kerja kat zoo.Memang kena la dengan si Panda tu yang pemalas tu.
Panda tu keje kat zoo.Memang penat takde ingat sampai tertido Panda tu.Lawak je cara Panda tu keje dengan Panda tua kat zoo tu..haha
Panda pun ceritalah pasal hari pertama kerja die kat kafe(sekarang kafe Polar Bear jadik tempat lepak dier) dan dia tak sangka akhirnya Kafe tu sediakan jugak menu 'Pucuk Buluh' yang dia mintak sejak dari mula lagi.Takde la asyik minum iced coffee je.

Keseluruhan episod 1
Anime ni memang best dan sederhana,Opening song memang menarik dan keseluruhan cerita memang penuh dengan lawak.Seronok tengok haiwan boleh bercakap dan ader kafe manakala manusia jadik watak sampingan je.Kreatif kan?

Ni aku bagi full video episode 1 anime ni.Layan



Part 1

Part2
Part 3


0 ulasan:

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Blogger Wordpress Gadgets