Jumaat, 13 April 2012

Prebiu Naruto Episod 258



Minggu ni Episod dier masih lagi dalam episod selingan/filler
Sambungan minggu sudah iaitu Naruto dan Sasuke bersaing antara satu sama lain.
Episod kali ni tajuknya Rival atau dalam bahasa melayu Rakan Persaingan (betul ke?haha)

Persaingan antara Sasuke dan Naruto terus bersambung apabila mereka masuk ke Ujian 2 untuk menjadi Chunnin.
Kalau korang masih ingat,ujian kedua tu bertempat di dalam satu Hutan Tebal dekat Konoha (tempat Sasuke kena gigit dengan Orichimaru tu).
Dalam episod ni, Sasuke dan Naruto bekerjasama sambil bersaing untuk melepasi Ujian 2 Chuunin ni.
Bahagian yang best waktu kena serang dengan musuh yang cair-cair tu (ak tak tau nama).Ade jugak Kabuto menyibuk masa tu.Strategi Naruto waktu tu memang superb. Dia klon jadik orang lain....
Sasuke pulak semakin tercabar dengan Naruto yang semakin lama semakin hebat al maklumlah Naruto kan ada Jinchuriki.

Disebabkan terlalu cemburu dengan Naruto,Sasuke pergi berjumpa dengan Kakashi dan menyuruh Kakashi mengajarkan teknik untuk menjadikannya lebih kuat.Sasuke ni special sebab dia ada 2 elemen iaitu elektrik dan api.Kalo Kakashi ada satu je iaitu Elektrik.
Kakasi pun ajarkanlah teknik tu yang memang dicipta khas oleh Kakashi.Buat makluman,Kakashi pun ada mata Sharingan,jadik dia tahu la selok belok kuasa mata tu.Agak-agak apa la yang diajar oleh Kakashi kepada Sasuke?
Kalo akulah,aku agak Chidori la kot tak pun Raikiri..haha..tunggu je la episod akan datang.

Disebabkan belajar teknik tu,Sasuke dan Kakashi lambat datang ke Ujian ketiga (Ujian yang lawan-lawan tu).
Tapi Sasuke tetap dibenarkan bertarung dengan Gaara.
Naruto dah pun menang dengan Shikamaru (Kalo korang masih ingat,Naruto menang ntah apa-apa je..haha..bayang-bayang punya hal).
Jadiks ekarang giliran Sasuke pulak menunjukkan kehebatannya.

Episod ni memang ulang 100% yang dulu punya.
Siapa yang tak suka tengok episod ulang-ulang baik tak payah tengok episod ni.
Tapi bagi aku,ok la jugak.Dapat refresh memori dulu waktu Naruto tak berapa nak serius sangat.
Episod ni memang best.
Tak sabar nak tengok Sasuke lawan Gaara (padahal da tau da)

Episod minggu depan tajuknya Rift


Video aku upload kemudian 










0 ulasan:

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Blogger Wordpress Gadgets