Ya.Kiter kembali lagi minggu ni.Naruto Prebiu Episod 257.
Episod minggu ni agak berlainan sket sebab dier filler.Filler tu macam selingan la sebelum episod yang sebenar bermula. Sebab apa ader filler ni? Sebabnya takut anime ni catch up manga.Jadik diorang (Producer) melengah-lengah sket.Tak salahkan kiter rileks layan kisah lama.
Jadik minggu ni kiter akan tengok kisah silam Naruto dan Sasuke sebelum diorang menjadi ninja
Tajuk minggu ini ialah Meeting atau Pertemuan.Pertemuan siapa.Sasuke dan Naruto la.
PERMULAAN CERITA
Semua penduduk Konoha terkejut tetibe je rumah diorang kena conteng dengan cat.Jadik diorang bertanyalah siapa yang buat.Lepas tu nampak la Naruto tengah larik-larik sambil bawak tin cat.Giler comel Naruto waktu tu.Waktu ni Naruto belum jadik ninja lagi.Lepas tu abih semua penduduk kampung Konoha kejar dier.Tapi kan Naruto ni tangkas orangnya jadik terlepas la dier haritu.
Tetibe,orang kampung yang dah tau Naruto yang buat tu, diorang seakan-akan hina Naruto kata Naruto tu budak yang membawak sial (ala pasal ekor 9 tu).Naruto dier sedih la.Dan-dan pulak dier nampak ada orang tengah bagi anak dier bekalan makanan untuk pergi sekolah.Lagilah bertambah sedih Naruto tu.
Lepas tu dier pun balik rumah.
Dekat rumah,ada la seorang pakcik ni(Sarutobi ak rase),bagi duit belanja untuk sebulan dekat Naruto.
Naruto dengan pantas bertanya siapa mak bapak dier dan apa kaitannya dengan ekor sembilan semua tu.
Sarutobi rilek je berlalu pergi dan kata bukan masanya untuk menjawab soalan itu.
Naruto waktu kecik
Sarutobi jaga Naruto waktu dia kecik
Naruto masuklah ke dalam akademi ninja.Lepas tu apa lagi berjumpa la dengan Sasuke,siapa lagi.Sasuke ni seperti yang kiter sedia maklum memang hebat la dari Naruto.Abih dibuli nya Naruto tu sampai patah riuk.Sasuke masa tu memang menjadik kegilaan ramai perempuan termasuklah Sakura.Malas aku nak citer banyak sebab mula dari sini kebanyakkannya babak hanya diulang tayang jadik cerita pun tak guna.Aku selitkanlah gambar sket.
Sasuke jadik kegilaan ramai perempuan
Babak berebut loceng dari Kakashi tu paling best sebab fighting scene dier boleh tahan. Aku suka tengok pergerakan Sakura,Naruto dan Sasuke dalam usaha mendapatkan loceng tu.Aku tengok Sasuke macam nak bunuh je Kakashi tu tapi waktu ni Kakashi kuat lagi.
Macam biasa slogan Kakashi pasal persahabatan tu
In Ninja World,those who breaks the rules are scum,
But those who abandon their friends are worse than scum.
Boleh jugak digunapakai dalam dunia sebenar.
Perjumpaan Pertama Kumpulan 7
Naruto cuba dapatkan loceng. Last-last dier yang melambung kena cucuk punggung
Sakura pening terus sebab terperangkap dalam leaf storm jutsu Kakashi
Sasuke kena tarik kaki masuk bawah tanah waktu dia cuba nak amik loceng (gaya macam nak bunuh Kakashi)
Tindakan Sasuke inilah yang menyebabkan diorang lulus ujian ni.
Gambar kenangan Kumpulan 7
PENGAKHIRAN EPISOD
Naruto,Sasuke dan Sakura bersama dengan Kakashi tengah menyertai satu misi dan secara tetibe telah diserang oleh dua orang ninja dari Mist Village. Apa lagi terkejut la diorang semua sebab diorangkan baru jadik Genin,mana pro lagi.Kakashi kena serang dulu,abih hancur sumer badan.Naruto dah takut da sebab Kakashi da mati,Sasuke pulak dengan tenang lawan semua musuh-musuh tu.Tau-tau je Kakashi keluar selamatkan Sakura dan Sasuke.Naruto tergamam dengan tindakan Sasuke yang tenang menghadapi musuh padahal itu pertama kali diorang terlibat dalam pertarungan sebenar.Naruto rasa tergugat dan dia terus tikam tangan dier menandakan bahawa dia tidak perlu diselamatkan lagi oleh sesiapa jika dalam bahaya.Dia tak mahu lagi dianggap sebagai lemah dalam pasukan tu.
Sasuke selamatkan Naruto waktu diserang ninja Mist Village
Sasuke sekali lagi selamatkan Sakura dan Pengikut Misi.
Kakashi datang membantu lepas tu.
Naruto menikam tangannya dan bertekad bahawa selepas ini dia takkan dilindungi oleh orang lain lagi
TAMAT EPISOD 257 : MEETING
APA YANG ISTIMEWANYA DALAM EPISOD KALI INI?
Episod kali ini menampilkan Opening Song dan Ending Song baru.Yeay!
Opening song lagu dier menarik dan video klip dier macam semua pasukan Konoha dan pasukan Kabuto/Madara bersedia untuk berperang(korang boleh tgok sendiri dalam video di bawah)
dan untuk Ending Song(ni yang aku nak cerita ni),memang menarik.
Kiter boleh tengok sedikit sebanyak macam mana Sasuke dan Naruto akan bertarung dalam perang akan datang.Mungkin lama lagi tapi sekurang-kurangnya kiter da ada pembayang.Gempak giler lagu akhir tu
Fighting scene waktu ending song memang gempak
Naruto vs Sasuke.Siapa akan menang?
Sakura (Sasuke) dan Hinata(Naruto)
Masing-masing mempunyai harapan.
Apa yang akan berlaku,sama-sama kita tunggu episod akan datang.
Episod akan datang masih lagi filler episode (masa silam) yang akan sambung cerita pasal
Naruto dan Sasuke lagi.
Tajuknya Rival
Nah layan episod ni
Part 1
//Salah fakta dan ejaan nanti aku check.
0 ulasan:
Catat Ulasan