Rabu, 4 April 2012

Review Hancur Safwan=> 7 Petala Cinta

Amik ko, aku dah bosan tak tau nak tengok apa jadik penangannya 7 Petala Cinta jugak ak tengok.
Aku bagi jalan citer dier secara ringkas mengikut cara aku..

Permulaan Cerita.
Ada 2 orang yang sedang hangat bercinta iaitu Rindu dan jugak Cinta.Aku tak tau nama pelakon tu jadik aku pakai nama dalam movie jerla.
Rindu dan Cinta ni kira belajar dalam satu pondok.Nama pondok tu aku lupa. Diorang ni dah baik punya bertunang sekali Rindu (watak lelaki) terpaksa sambung belajar dekat Jordan (mana ntah aku main hentam je)
Filem ni straight forward je sebab baru layan 15 minit dah Rindu tu kemalangan bom meletup dekat universiti dier. Masuk tv plak tu. Cinta pun apa lagi menangis takde ingat sampai setahun.Dalam menangis-menangis tu ada jugak orang pujuk dier namanya Attar.Attar ni masa silam dier buruk sebab dia dulu pengedar dadah.Waktu part dier dapat hidayah tu best. Dier pulak syok la kat Rindu ni tapi Rindu terlalu amat merindui Cinta.Lepas tu dier tak tahu yang adik kepada Rindu (Ilda apa ntah nama dier) syok dekat Attar. Penat je Ilda tu hantar makanan hari-hari. Attar salah anggap ingatkan Cinta yang hantar.Hujung-hujung permulaan ni mak bapak si Cinta berkenan menjadikan Attar sebagai menantu. 3 kali solat istiqarah,akhirnya Cinta bersetuju.

Klimaks
Attar tetibe plak nak cari serban dier yang hilang. Dier tak perasan waktu dier naik van pergi ke pekan,seorang perempuan telah mengambil serban dier (hadiah khas dari Bapak Cinta). Dier carik punya carik sekali perempuan yang amik serban dier tu pelacur.Terpaksalah dier pegi ke pusat pelacuran tu semata-mata nak serban. Pelacur tu kata kalo nak serban kena ikut dier masuk bilik.Sampai kat pintu bilik, perempuan tu citer kisah hidup silam dier dipaksa melacur. Attar bersimpati dan dia pun bagi ceramah sket kat perempuan tu. Dia hanya nak serban je. Tup-tup mungkin disebabkan terharu, perempuan tu peluk Attar.Attar tolak la perempuan tu lepas tu balik kampus  eh balik rumah pondok.
Tau-tau esok pagi pelacur tu datang,dia cerita segalanya kat Tok Haji (bapak cinta).Pelacur tu kata dier nak insaf. Pak Aji tu pun percaya.Aku pun percaya jugak. Sekali malam tu, Attar bermimpi pompuan tu.Nafusunya membuak-buak,Biasalah manusia. Dier keluar la nak cari ketenangan sekali dier nampak bilik Perempuan Pelacur tu terbakar. Apa lagi dier pun ketuk la pintu suruh pompuan tu keluar.Sekali tu cuma muslihat jer.Perempuan tu baik punya pakai sleepwear lepas tu ajak Attar masuk bilik. Disebabkan godaan nafsu, Attar pun masuk bilik tu. Tak lama lepas tu (tak samapai 2 saat pun),Pak Aji datang lepas tu tercegat kat muka pintu. Tergamam la Attar dengan Pelacur tu.Pak Aji kecewa dengan sikap Attar. Yang si Cinta tak abih2 menangis jer. Attar dihalau keluar dari pondok tu.Apa ntah scene tutup pintu.

Peleraian
Disebabkan Pelacur tu (apsal la aku tak ingat nama dier haha,malas nak tgok balik) kesian dekat Cinta yang menangis takde ingat punya lama. Dier pun citer kisah sebenar apa yang berlaku dalam bilik. Rupanya, Attar cuba menghindari tapi perempuan tu mengaku dier yg tergedik-gedik goda Attar. Pak Aji menyesal kerana bersikap terburu-buru.2 orang member baik Attar (Epi Raja lawak dan Lokman (gemuk yg berlakon citer Hantu botol kicap tu)) terus gi cari Attar. Attar pulak bergelut dengan masalah lama apabila member lama dier datang tuntut dadah yang dier curi dulu.Attar memang da insaf jadik dier cuba melawan. Last sekali dier kena tikam.2 hari dier terdampar pengsan.Sedar je, dia terus ada kat Pondok.Pak Aji mintak maaf atas kesilapan dier dan suruh Attar terima balik Rindu.Attar menolak.
Attar buat keputusan nak tinggalkan pondok tu dan berterus terang kepada Rindu bahawa die amat berterima kasih atas segala makanan dan surat yang diberikannya dulu (padahal surat tu Ilda yang bagi)
Rindu terus berselisih paham sket dengan Ilda sebab tak berterus-terang kepada dier pasal dier minat kat Attar.Ilda terlalu naik sebab dier tknak Rindu bersedih je memanjang.

Penyudahnya
Bermadah punya bermadah, Attar tetube tak jadik pulak pergi.Die setuju nak kawin dengan Rindu.
Esoknya majlis pernikahan pun bermula. Tetibe je Blackout(konon gimik macam tak direstui la).
Lepas tu tetibe je Fizo Omar (Rindu)..btul ke ntah...rasa-rasa Fizo Omar..tercegat kat depan tu.Attar rasa gembira sahabat dier dah balik.Berjambang muka Rindu. Ilda pun terus pergi ke abangnya. Cinta tak dapat menahan air mata. Attar melepaskan Cinta kepada Rindu kerana dia benanggapan bahawa Rindu lebih layak untuk Cinta.
Rupa-rupanya Rindu tak sampai hati nak tgok Attar membujang jadik dia serahkan Cinta balik kat Attar (giler pusing-pusing citer ni)
Lepas tu Rindu akan pergi mengikut haluannya sendiri. Attar terus bahagia bersama Cinta.

TAMAT(ringkas tak komen aku?)

Komen Aku
Filem ni ok, takde banyak masalah sangat cuma perkataan die tak cukup power lagi.
Yang menarik pun ada la sket macam ayat ni:

Cinta : Saya bukan Saiditina Fatimah
Attar : Dan saya juga bkan Saidina Ali

Yang macam ni ak suka..haha..syoknya dier balas.
Lagi satu masa akhir-akhir tu ayat
'Di antara tujuh petala langit dan tujuh petala bumi,Ada 7 PETALA CINTA'
Standard la kan..mesti nak tamat dengan tajuk filem kan?

Pelakon Utama : Rindu,Attar,Pelacur ok.
Tapi Cinta,Adik Rindu kurang sket
Pak Aji tu pun biasa-biasa je
Pelakon Tambahan Ok
Plot Cerita : Aku dah boleh agak.Kurang sket dan plot terlalu cepat
Kesedihan : Ala kadar
Muzik : Menarik

Rating dari aku : 7.2 /10




Nah amik video ala kadar dari aku. Siap ade Chapter lagi..haha



video
Chapter  1 : Cinta Yang Ditinggalkan




video
Chapter 2 :Cenderahati Terakhir 



video
Chapter 3 : Kenangan Lalu Yang Hitam


3 ckup la kot .Banyak-banyak gi download sendiri..hehe..takpe2 nanti aku upload


KOMEN LAZIM
Komen :Eh filem ni tak islamik la.Tak best.Lagi best KCB,Ayat-Ayat Cinta
Jawapan : Saper kater filem ni islamik?. Bagi aku ok la ader unsur-unsur sket.Dapat jugak bagi dakwah kat pelakon-pelakon sume tu.Bagus aper mula buat filem macam ni. Semua nak kena mula dari bawah, mana ada dan-dan tu nak trus perfect.Kalo nak sangat ko buat filem sendiri.
Dan lagi satu jangan asyik cari kesalahan,pikir positif sket,banyak pun tkper.Kiter ade akal kan?,kiter boleh pikir secara rasional.Yang Baik dijadikan pedoman,Yang buruk kita sedarkan diri kiter.

Soalan:Ala kenapa video quality low?, tak best.
Jawapan:Aku nak senangkan orang yg ader internet slow load video.Ko nak yang cantik pegi carik sendiri.Banyak plak cekadak nyer.



//Terima Kasih sebab membaca. Salah ejaan,fakta mintak maaf yer.Nama tu aku tak tau la betul ke idak.Nanti kalo aku tau,aku edit. Tak penting sangat bagi aku nak ingat nama pelakon ni

// Ini rating aku,jadik kalau korang rasa macam pelik je,takpe aku tau tapi komen la kat bawah apa plak korang rasa.

//Aku buat review sekali lalu je...Best buat sekali lalu.Baru nampak fresh.Tulis yang mana ingat je.




4 ulasan:

Watak adik Rindu tu, namanya Nida.hehehe

lantakla nama dier aper?janji citer ak paham..haha

cite ni sedih x?kalau sedih aku xnak tgk..nanti aku x brhenti nangis..

makcik aku menangis tengok citer ni
aku ke arah nak mnangis tp x jadi nk nangis
kalo ko emo sgat ak cadangkan baik tkyah tgok la...nanti sedih pulak spanjang hari.

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Blogger Wordpress Gadgets