Sabtu, 21 April 2012

Baka Kucing Yang Agak Unik(Bahagian Pertama)

Scottish Fold

Kucing jenis ni memang unik sebab bentuk telinganya yang agak pelik.Telinga kucing ini tidak pernah membesar dan tegak semenjak dari lahir sehinggalah mencapai umur dewasa.Kucing ni memang agak comel kerana ia akan kelihatan seperti anak kucing sepanjang hayatnya oleh sebab keadaan telinganya yang menguncup ke bawah

American Curl

Kalau dilihat sekali pandang kucing ni memang nampak macam biasa tetapi sebenarnya tidak.Jika diperhatikan secara teliti,telinga kucing ni agak membengkok ke kebelakang dan menguncup ke bawah.Ini amat unik kerana keadaan telinga seperti ini hanya akan didapati di dalam baka kucing ini sahaja.
Jika diberikan penjagaan yang rapi,telinga kucing ini mampu melengkung ke belakang dengan lebih panjang.
Jikalau telinganya terlalu panjang sehingga menyentuh rangka kepala,kucing ini akan dibatalkan penyertaannya di dalam pertandinngan.
Pembiakan baka kucing ini telah wujud sejak tahun 80-an dan masih mempunyai peminat sekarang.

Ocicats

Kucing ini penampilannya agak unik kerana ia seakan-akan menyerupai Ocelot.
Kucing ini adalah hasil dari campuran baka dari Kucing Siam,Kucing Liar berbulu pendek dan baka Abyssinians.
Ocicats pertama yang dibiakkan mempunyai bulu putih bersama dengan tompok-tompok hitam manakala yang lainnya mempunyai warna bulu beserta tompok hitam yang lebih menonjolkan kucing ini seperti Ocelot.
Kucing jenis ini selalunya dikaitkan dengan anjing atas keupayaan dan perangai yang menyerupai anjing.
Jadi,jikalau anda ingin mempunyai anjing tetapi tidak mempunyai kewangan yang mencukupi ,masalah agama atau tidak mahu penjagaan yang terlalu rapi,Ocicats semestinya wajib menjadi pilihan anda.

Norwegian Forest Cat

Kucing ini mempunyai bulu yang amat panjang bertujuan untuk memanaskan dirinya apabila musim sejuk di Norway.Kucing ini telah digunakan oleh Viking semasa pengembaraannya mengelilingi dunia.
Kucing ini teramatlah setia tetapi memerlukan lebih perhatian and interaksi.
Jika dilatih secara betul,kucing ini boleh menjadi pemburu yang hebat.

Manx

Kucing ini amat unik kerana 2 sebab.
1)Kucing yang berbulu ini tidak mempunyai ekor
2)Kaki depan kucing ini lebih pendek dari kaki di depan
Disebabkan kakinya yang pendek di depan,cara berjalannya sedikit pelik dan seakan-akan menyerupai arnab yang melompat.
Disebabkan kelainan itulah ramai orang meminati kucing jenis ini selain ia juga amat aktif.


Itu jer la untuk bahagian pertama.
Terima Kasih kerana membaca
Share la kalau artikel ni menarik


0 ulasan:

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Blogger Wordpress Gadgets