Sabtu, 7 April 2012

Prebiu Anime : You and Me 2



Ha,harini aku nak tunjuk satu lagi anime yang menarik bagi aku.Baru release semalam (Jumaat).Disebabkan aku punya internet mengong je sejak akhir-akhir ni jadik lambat le update nyer.

Aku persembahkan YOU and Me Season 2.
Apsal season 2 plak? Buat pngetahuan korang,aku pun baru nak layan mula dari season 2. Season 2 aku miss la..haha..Mana aku tau ada anime yang bagus macam ni.Anime ni kalo tak tgok season 1 pun takpe(lepas ni boleh tgok). Ni kira short anime la. Best anime ni sebab dia pasal persahabatan antara kawan-kawan.Aku sebenornya rindu member-member kat U jadik ni la penangannya.Meh sini aku citer serba sedikit pasal cerita ni.


Karakter.
Karakter utama ader 5 jer la (berdasarkan apa yang aku tgok season 2)

Kaname Tsukuhara
Dier ni watak paling utama dalam anime ni. Kaname ni macam ketua kumpulan tapi dia pun hancur jugak.Dalam ketua-ketua tu pun dia asyik kena bahan je Chizuru +Combo kembar tu. Pemalas takyah ingat la dia ni.Sangat Pemarah tapi marah-marah dier tu pun dier takde la sampai tinggal member.
Suka dengan perwatakan tegas dier tu.
Panggilan : Kanamichi


Shun Matsuaoka
Giler habaq hang dier ni.Ingatkan pompuan sekali lelaki da.Chizuru masa kenal dulu tersilap jugak ingatkan dier ni pompuan..hehe..Watak dier tenang,comel dan sentiasa bersederhana dalam setiap benda yang dia buat.Tak pernah marah dan selalu tenangkan keadaan bila Kanamichi marah.Dier ni ngam jugak dengan kumpulan ni walaupun tenang.Abih sumer yang kumpulan ni buat dier ikut.
Panggilan : Shun

Yuki Asaba
Yuki ni mula-mula aku ingat dier cool sebab nampak tenang je.Sekali dia ni pun giler jugak.Dier ni lahir dulu daripada adik dier yang kembor lagi satu tu.Selalu backup adik dier hampir dalam setiap perkara.Apa beza dengan adik dier yer?Aku rasa die ni pandai la sket tp still mengong jugak..hehe.
Panggilan : Yuuki

Yuta Asaba
Adik kembar kepada Yuki.Kepala lebih kurang je macam abang dier,tak ubah sket pon.Apa yang abg dier buat dier pun buat.Selalu berkomplot dengan Chizuru dan abangnya,Yuki dan kenakan Si Kanamichi tu sampai naik bengang kawan tu.
Panggilan:Yuutan

Chizuru Tachibana

Dier ni paling ceria dalam kelompok member-member yang lain.
Terlalu periang dan sentiasa buat orang ketawa dan ada je benda dier nak cakap.Kadang-kadang Kanamichi tu bengang jugak dengan dier. Perwatakan memang peramah dan suka merapu.Dier takde pun masa Kaname,Yuki,Yuta dan Shun masih kecik tapi perangai dier tu macam dah kenal lama je.
Panggilan ,Chizuru

CITER NI PASAL APA?
Anime ni keseluruhannya menceritakan bagaimana satu kumpulan sahabat yang berkawan akrab sejak dari kecil melalui hidup mereka. Kiter dapatlah menyelami kehidupan mereka sebagai budak sekolah, susah-senang kehidupan mereka dan melihat bagaimana diorang menyelesaikan masalah.Cerita ni agak dekatla dengan aku sebab aku memang suka bab-bab persahabatan ni.Memang lawak tengok citer ni dan takde stress pun.Tak payah berkerut dari paham cerita.Hanya duduk dan layan.

PENAMPILAN ISTIMEWA
Dalam anime ni banyak menampilkan selingan yang menunjukkan kucing-kucing yang amat comel.Suka style anime ni yang melambangkan kucing sebelum memulakan sesuatu babak.


Chizuru pandai je buat idea kata kucing ni boleh panaskan badan waktu musim sejuk.
Semua orang percaya.haha


Ibu kucing dan anak-anaknya melambangkan kawan-kawan Kaname yang mengikutnya lepak di rumah.
Kucing ni muncul sebelum babak dalam rumah

Kucing comel ni duk tengok je Kaname dan kawannya main Gunting Batu Kain sebab nak tau giliran mandi
Dua kucing ni melambangkan Si kembar Yuta dan Yuki sebelum diorang masuk mandi sesamer.
Tu sumer idea Si Chizuru
Kucing ni melambangkan Chizuru yang takut nak mandi sebab dia takut orang mengata dier padahal dier kutuk orang boleh.

Kucing ni melambangkan bahawa waktu tu dah lewat sangat.Babak waktu ni adalah semasa Kaname ajak kawan dier semua masuk tidor sebab sumer duk asyik lain teleskop je tengok bintang


EPISOD 1 SECARA RINGKAS
Episod 1 ni bermula dengan diorang tak tau nak buat ape time musim salji jadik diorang pun bercadanf lepak dekat rumah Kaname.Kaname tak cakap apa-apa semua dah setuju nak tido umah dier.Haha.
Scene yang diorang amik giliran mandi tu memang best.Sian kembor kena mandi sesamer =).Yang paling syok waktu masing-masing tiru gaya Shun waktu dier tengah mandi.Kaname kena hempap dengan Chizuru tu best jugak.Shun cool je tengok tapi kembar 2 orang tu elok je melayang lompat kat Kaname,macam haram je..hehe,mau tak lemas si Kaname tu. Babak yang tengok bintang tu menarik jugak.Kembar dengan Chizuru tak abis-abis kenakan Kaname.
Babak yang paling unik dalam episod ni adah waktu nak tido tu. Sleeptalk tu memang unik.Aku pun dulu selalu jugak buat sleeptalk kat U..xD.Bengang je Kaname sebab Chizuru asyik memekak je citer padahal orang nak tido.Last-last,dier pun tumpang sekaki.
Penyudahnya, apa penyudah episod 1,tengok la sendiri kat bawah.

Opening Song Dier aku suka sangat 



Ni aku bagi EPISODE 1 anime ni.Layan

CHAPTER 1 :BORED WINTER

CHAPTER 2 :TELESCOPE

CHAPTER 3: SLEEPTALK



//Tak sabar tunggu episod 2
//Salah ejaan dan fakta nanti aku check


0 ulasan:

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Blogger Wordpress Gadgets