Khamis, 26 April 2012

Malam Jumaat dan Pelesit

Hehehehe..Malam-malam jumaat ni biasalah aku dengan post-post menyeramkan..Seram ke?

Ok harini aku nak post pasal salah satu kejadian Allah yang telah disalahgunakan iaitu Belalang Pelesit

Apa Benda Ni?
Belalang Pelesit adalah sejenis belalang yang digunakan untuk mengenakan ilmu sihir oleh pawang untuk bomoh kepada orang lain yang menjadi mangsanya.Kiranya belalang ni macam belalang perantara la.
Belalang ni akan datang masuk rumah mangsa dan mungkin akan menganggu/mengigit/atau sebagai pemerhati.
Aku pun tak berapa pasti tugas dier tapi memang niat tak baik la hantar belalang ni.
Selalunya tanda-tanda belalang ni adalah adalah amat ketara pada baby baru lahir.

Baby baru lahir akn menangis sekuat-kuatnya sampai tengah malam menandakan bahawa kehadiran belalang tersebut.

Cerita AkuSejak akhir-akhir ni,kerap sangat belalang ni datang rumah aku.3 hari berturut-turut dah masuk bilik aku.
Nak dijadikan cerita,semalam tengah aku asyik melayari facebook sambil main game ,tetibe je belalang tu ada kat sebelah aku.Mau tak terkejut.Aku tak tau ler buat apa (I admit it,I'm scared),lepas tu aku suruh adik aku tangkap..hahaha..rilek je dier.

2 jam kemudian lebih kurang pukul 2.00 pagi gitu,ada lagi satu belalang masuk dalam bilik aku.Keadaan bilik aku agak gelap jadik nampak la benda tu terbang-terbang.Aku bukak lampu,lepas tu adik aku mengamuk,hehe,dia nak tdor la sebab esok sekolah.Aku tak tau buat apa.Aku main ambik je past year paper diploma aku lepas tu aku gulung-gulung,lepas tu aku bagi sekali pukulan ke belalang tu.
Tak de niat membunuh aku buang je ikut tingkap,berharap ayam kat belakang tu makan masa pagi nanti.

Aku takde la takut sangat tapi masih la jugak ada rasa seram sejuk lebih kurang 10 minit.Lepas tu aku on balik game,semuanya kembali kepada asal..haha

Apa yang korang kena buat kalau ternampak?

1)Kalau aku,aku kesian je dekat belalang tu,aku pukul bagi dier pengsan lepas tu lepas je.Tak digalakkan kata orang-orang tua takut dier datang balik.Tapi belalng tu makhluk Allah jugak kan?Tapi kalau memudaratkan baik bunuh je.

2)Kalo nak bunuh dier,bukan bunuh sajer2.Kena bakar atau cabut kepala dier.Mungkin sebab nak hapuskan syaitan yang ada dalam kepala dia kot.
Aku takde la percaya sangat tapi ada jugak buat sebab nak sedapkan hati.

3)Jangan sesekali biar benda tu kat rumah.At least,halaulah belalang tu keluar.Kalau kena gigit memang takde ingat la.Jangan risau gigitan belalang ni cuma meninggalkan parut je,Dengan Izin Allah takkan ada kemudaratan lain.

Kenapa belalang ni wujud dan datang yer?

1) Sebab ada orang hantar,nak kacau keluarga especially yang ada anak kecil

2)Pelesit tu mencari tuan baru.Oleh sebab tuannya telah mati,makhluk Allah tu ingin mencari tuan baru untuk mencari makanan nya.Sesiapa yang lemah Iman dan kurang mengigati Allah mungkin boleh berhubung dengan belalang tu dan menjadi tuannya

KENAPA AKU SELALU JUMPA BENDA NI
Senang je,kawasan rumah aku ni kawasan hitam.You can encounter many things here.Alhamdullillah aku hanya dapat yang sikit-sikit je...

MACAM MANA NAK TAHU BELALANG TU PELESIT?
Belalang ni suka buat bunyi bising.
Ekor dia agak tajam berbanding belalang biasa.
Sesetengah orang menyatakan bahawa kalo dilihat kepala dan badannya seolah-olah menyerupai manusia,
Belalang ni ketahanan takde ingat.Simpan 200 hari dalam botol kedap udara pun boleh hidup xD


Itu je la cerita seram pasal belang pelesit ni
Aku yang tulis ni pun dah meremang
Ingat Hanya Allah tempat kita meminta pertolongan

Cuba tengok kat sebelah korang,ada tak belalang tu =)

8 ulasan:

ape kesan nya kalau ada pelesit ni masuk rumah ye? boleh ganggu ketenteraman rumahtangga ke?

Pelesit ni tiba tiba ada dalam bilik . Memerhati pergerakan aku . Masa kehadiran dia , aku dah rasa tak senang . Aku chat la kawan kawan , Ckp ada belalang . Siap buat video kasi diorg . Lepastu diorg semua suro aku keluar dari bilik . Keluar dari rumah . Aku tak tahu kenapa . Lepastu , salah sorang ni ckp kat aku yang kalau benda tu pontianak , potong kepala dia . Kalau ada rambut , maka tak elok lah benda tu . Sejujurnya , aku tak percaya . Sebab logik islam , nampak mcm khurafat . Hadirnya diriku untuk tanya , pelesit aku jumpa tu . Pelesit tu mcm mana boleh masuk bilik walaupun bilik aku tak dibuka tingkap dan pelesit ni bahaya ke ?
Terima kasih

Klau belalang coklat msuk umah ada mksd ape2 ke??blalang tu tiba2 jatuh dan kena di badan..penat sy tepis bnyk kali..belalang tu stay nk dtg dkat jgk..dh g jauh ckit..agak pelik belalang tu pndg dan pusing arah sy j..seolah2 nk dtg lg lompat ke bdn..cpt2 ambik tutup bekas..tutup j dia..takut akn jdi pkra buruk..cpt2 nk g bilik..dlm pjlnan..atas bumbung umah dengar bunyi bnda kuat mcm jatuh..x lama lpas tu jgk..dngar bunyi mesin basuh sprti di ketuk sekali..SubhanaLlah.smoga d jauh kn drpd pkra buruk & dilindungi Allah kpd diri & keluarga..Amin..(belalang tu)??esok j bru tgok.xbrani sgt pon..tpi..mkin bnyk bunyi pelik..mgkin mainan perasaan shj..-bdebar2-

Klau belalang coklat msuk umah ada mksd ape2 ke??blalang tu tiba2 jatuh dan kena di badan..penat sy tepis bnyk kali..belalang tu stay nk dtg dkat jgk..dh g jauh ckit..agak pelik belalang tu pndg dan pusing arah sy j..seolah2 nk dtg lg lompat ke bdn..cpt2 ambik tutup bekas..tutup j dia..takut akn jdi pkra buruk..cpt2 nk g bilik..dlm pjlnan..atas bumbung umah dengar bunyi bnda kuat mcm jatuh..x lama lpas tu jgk..dngar bunyi mesin basuh sprti di ketuk sekali..SubhanaLlah.smoga d jauh kn drpd pkra buruk & dilindungi Allah kpd diri & keluarga..Amin..(belalang tu)??esok j bru tgok.xbrani sgt pon..tpi..mkin bnyk bunyi pelik..mgkin mainan perasaan shj..-bdebar2-

assalammualaikum.. aku kt rmh makcim aku skrang.. n ni mlm ke2 aku kt sni. ni kli ke2 dh aku dgr bunyi 'belalang' dkat blakang rmh ni. rmh ni memang prnh da gangguan dlu. mcm 1 hri tu, kazen aku nampak ada bnda trbang lalu lampu jln dkt dpn rmh.... so.. aku nk tau la, bnda yg buat bsing tu belalang atau bnda tu.. sbb bunyi dia tu memang bising..

Klau belalang coklet 3 pagi pukul masuk bilik tidur kenapa ya..

Sat td aq tgh tido ngn baby tetibe ad bunyik belalang nie...anak baby aq da nangis2..aq carik2 xjumpa..adoii..to bunyiknyer mmg bingit..bunyiknyer dlm umah plak 2...adoiii...masalahnyer carik2 2 xjumpa...ingt nk pukul guna penyapu lidi ..nie laki aq da balik trus diam die xbunyik da...xtaw mane die menyorok..aq yg jd sakit aty plak..sbb takot2 tgh2 die die Mai kt kaki plak...Masuk da la xtaw ikot Mana...

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Blogger Wordpress Gadgets