Rabu, 25 April 2012

Prebiu Kimi To Boku 2 /You and Me 2 Episod 4


Hello,ok minggu ni Kimi To Boku 2 kembali lagi.Mula-mula aku nak mintak maaf sebab lupa nak upload episod 3 yang lalu.Takpe2 aku dah upload da.

Minggu ni tajuk dia ‘In the Steam’.Kenapa tajuk dia in the steam?Sebab dalam episode ni ada perselisihan faham antara dua orang iaitu Si Kembar giler Yuuta dan Yuki.
Memang episode ni focus kat diorang berdua je.Dalam episod ni kiter akan lebih mengenali Yuuki dan Yuuta dan macam mana kehidupan diorang sejak dari kecik sebagai saudara saudara kembar.
Kita boleh tengok macam mana perhubungan antara Yuuki dan Yuuta amat rapat ketika kecil.
Suka part yang berebut katil tu.Terlalu sweet

Yuuki berselisih faham dengan abangnya Yuuta semasa diorang nak mula kemas rumah.Al maklumlah hari tu hari cuti tahun baru.Yuuki ni agak pemalas berbanding Yuuta itu pasal abang dier asyik marah je.Yuuki ni futon tak nak kemas,orang suruh cuci tingkap pun malas,asyik baca komik je.Buat pengetahuan futon tu macam selimut bertujuan untuk memanaskan badan.
Disebabkan merajuk punya pasal akibat kena marah,Yuuki pun pergilah kemana lagi kalau bukan rumah Kaname.Mau tak mengamuk nyer kawan tu tetibe je Yuuki nak tidor situ.Siut je.Macam biasa mak Kaname rilek je.

Kaname pun bagi nasihat suruh Yuuki balik mintak maaf kat abangnya tu.Bahagian yang Kaname tarik Yuuki suruh keluar tu memang lawak,haha.
Akhirnya Yuuta datang ke rumah Kaname nak menjemput saudara kembarnya tu.Yuuki pun ikut je lah balik.Yuuta tak marah pun sebab ada satu memori yang sangat indah ketika dia masih kecik dengan saudara kembarnya iaitu memori dimana dia telah memecahkan pinggan kesayangan bapaknya tapi Yuuki sikit pun tak cerita kat sesiapa.Diorang ada tanam pinggan pecah tu kat satu tempat.Disebabkan memori itulah,Yuuta begitu menghargai kembarnya.Mau aku tak nangis time ni,memang feeling abis.
Penyudahnya,diorang bagitau la kat bapak diorang yang pinggan kesayangannya telah dipecahkan dan diorang rahsiakannya sejak kecik.Macam biasa la orang tua mana ingat..haha

Best takde ingat episode ni..sedih dan amatlah gembira kalau ada kembar kan?
Yuuki dan Yuuta forever



video
layan...

0 ulasan:

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Blogger Wordpress Gadgets