Isnin, 29 April 2013

Memori 13 Jam (Bahagian 1)



Memori 13 Jam


Chapter 1 : 3.15 pm

'Esok lepas zohor kita bertolak yer, lebih kurang lepas 2.30'
Itulah antara kata-kata rakanku Natasha Nasir, yang berkata bahawa dia akan mengambil aku di rumah pada jam yang tertera di atas.
Punyalah semangat aku haritu, memang sembahyang zohor tepat pada waktu. Lepas tu aku bergegas mengambil beg laptop (laptop baru..haha) dan beg yang mengandungi segala assignment aku. Jam menunjukkan pukul 1.40pm. Aku pun lepak layan-layan berita.
Dalam hati terdetik, ini kalau aku tunggu lambat, kalau si tasha ni datang awal macam mana? tak ke kelam kabut aku..Itu le pasal aku bersiap awal. Memang ketepatan masa pada ketika itu memang di tahap optimum..
2.15 petang, kali ni aku dah bosan duk layan nona kat tv3, jadik aku pun beralih la untuk melepak bersama saudara-mara di luar rumah, berhampiran pondok. Sepertinya mak ayah aku dah bersedia untuk mengucapkan selamat tinggal kepada aku.
Yang emak aku pulak sibuk mengira anak ayam yang baru menetas, sepatutnya ada 3, tapi ada 2 je..rupanya satu terperangkap dalam reban..hahaha.. Yang ayah aku pulak duk menyakat adik saudara aku dengan sepupu aku..Baik punya baling mercun..Aku dah kira nak balik da sebab panas woo duduk kat pondok tu.
'ish sikit lagi sampai le di tasha ni',bisik hati kecilkiu ini.
2.40 petang, fuhh peluh habaq hang. Nampaknya kereta kembara masih belum muncul-muncul lagi. Aku dah mengantuk baik punya ni. Dan pada masa itu, ada pulak motosikal jual cendol lalu. Tapi keluarga semua buat tak layan lah, sebab aku tau, diorang (keluarga aku) tunggu nak makan ais krim je petang-petang cam gitu.
5 minit lepas itu, secara ajaibnya, satu motosikal menjual aiskrim lalu..hahaha..memang bak kata pepatah 'orang mengantuk disorongkan bantal', sekali pakcik aku belanja aiskrim la...Dia mempelawa aku, tapi aku menolak...selsema woo..Jadi semua saudara-mara aku pun bantai la beli ais krim macam-macam jenis..Paling advance sekali bapak aku sebab dia beli Cornetto pakai duit sendiri..Al maklumlah mahalkan...hehe
Tapi isi yang utama di sini, kereta yang akan membawa aku ke Shah Alam tak sampai-sampai lagi..
Masa ni aku tak mula bagi mesej da.Lebih kurang berbunyi begini 'Ni janji 2.30pm ke 2.30am'. Aku memang suka menyindir, selalunya pada orang yang aku kenal la macam kawan-kawan rapat, pakcik makcik.. Lepas tu dapat jawapan 'otw'. Lega lah hati ini dibalik medapat jawapan daripada mesej tersebut. Dalam hati, aku terfikir,'Ni lambat ni mesti pasal Man (Hazman, penumpang kedua) ni, dia tu memang lambat sikit'.Si Hazman ni pun kawan rapat aku jugak..Dalam hati tak sabar nak jumpa.
3.00 petang, aiskrim yang saudara aku makan semua dah abis. Memang dah tak ada apa benda nak buat da ni. Ada sedikit rasa nak marah dalam hati, tapi yerla buat apa nak marah, kita menumpang orang yer,jadi jangan banyak kerenah. Disebabkan terlalu bosan, aku layan je perasaan main kelapa yang telah dibuang kulitnya. Memang bosan tahap A+..haha..lepas tu penuh sabut kelapa atas seluar jeans aku..takde keje.
15 minit kemudian, terlihat dari kejauhan kereta milik cik Natasha Nasir..wohoooo...yes aku nak balik dah...Disebabkan terlalu lama menunggu, emak aku pun dah mula nak siap-siap inti kuih untuk berniaga keesokan pagi. Aku pun main bedal salam je..Terasa la bau-bau kari dekat tangan emak aku..tersentuh hati aku...lepas tu salam ayah aku pulak..dan ternampaklah susuk tubuh kecik molek kawan aku, Hazman..Bagus dia ni, siap salam ayah aku.
Lepas tu aku pun letak la barang aku di belakang bnet kereta. Sempat lagi kena tegur dengan driver 'Beg besar tak bawak ke?'. Haha, memang dah agak da kena tegur macam gitu sebab waktu balik rumah haritu (seminggu yang lalu), beg besar takde ingat.
Dan, denagn lafaz bismillah, kami (aku,man,tasha,laila) pun bertolak dengan jayanya.

Chapter 2 : Gelak tak sudah-sudah
Yang ni memang aku dah agak dah. Tak sampai 5 minit je aku duduk dengan Man (Hazman), dia mula bukak topik pelik-pelik. Mengikut catatan sejarah dahulu kala sewaktu di sekolah menengah, kami berdua ni memang pantang duduk dekat. Sembang nyer tak kemana pun, tapi tak tahu kenapa semua cerita jadi lawak..hahahaha.
Aku rasa kalau diam pun dah tergelak masing-masing. Yang uniknya, kami dua orang je gelak, tasha dengan laila gelak la jugak tapi kadang-kadang la (cover la tu,bagus2). Mana taknya, termengah-mengah aku gelak. Cakap sepatah gelak, cakap sepatah gelak. Tak sempat nak sedut udara. Memang riuh takde ingat. Apa bahan/cerita yang buat kami gelak tak ingat dunia ni? Adalah satu cerita ni., tapi tak boleh dikongsi sebab kalau nak diikutkan takleh jadi cerita pun..hahahahaha
Cerita ni memang tak kan lapuk ditelan zaman. Rasanya dah hampir berpuluh kali kami cerita (aku dengan Hazman) pasal benda ini, tapi tahap lawak dia tak pernah berubah. Silap-silap boleh semput. Jadi, gelak ketawa, senda gurauan ni berterusan la sampai mana aku tak ingat. Rasanya sampai Lekir kot. Masa tu memang dah rasa penat sangat. Penat sebab gelak. Yang menariknya, sekali dengan driver kena bahan.
Dalam perjalanan itu, waktu kami tengah asyik buat lawak, aku perasan la jugak si Laila yang depan ni gelak tersipu-sipu. Sebenarnya dia (Laila) satu sekolah je dengan kami semua. Bezanya, dia batch atas, maknanya senior la. Jadi korang boleh agak kan apa yang berlaku. Nak cakap-cakap pun malu. Tapi akhirnya setelah seronok gelak-gelak. AKu dengan Man buat lawak pun dapat respons, Man pun tanya la beberapa soalan dekat Laila tu. Tanya soalan 3 minit je, lepas tu terus bahan..hahaha...kesian je rasa..tapi tak kisah la, orang perak memang berseloro' macam gitu..agak kasar sikit..Laila pun ok jer.Dia pun cerita perbezaan sport management dengan sport science.
Aku dengan Hazman memang lambat sikit, payah nak paham. Penyudahnya benda tu jadi bahan lawak.
Lepas dah beberapa babak suai kenal, akhirnya pecahlah semua ais dalam kereta tu (ice breaking). Aku dengan Man memang tak berhentila duk menyembang, entah apa yang disembang tak taula.
Tengah-tengah leka bersembang antara satu sama lain, tiba-tiba vroom,vroom.............................

dah bersambung tak larat tulis
InsyaAllah esok yer...chapter 3 dengan 4

2 ulasan:

amboi cerita nya :) huhu. aku pun dah lama tk update cerita2 harian. best2.

Memori 13 Jam (Bahagian 1) ~ Safwan (Personal La Sangat) Blog >>>>> Download Now

>>>>> Download Full

Memori 13 Jam (Bahagian 1) ~ Safwan (Personal La Sangat) Blog >>>>> Download LINK

>>>>> Download Now

Memori 13 Jam (Bahagian 1) ~ Safwan (Personal La Sangat) Blog >>>>> Download Full

>>>>> Download LINK

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Blogger Wordpress Gadgets