[Entri Baru]Aku ketinggalan Sesuatu...Bersama Gambar Perkahwinan Imam Muda Hassan dan Ulfa

[Entri Lain]Safwan dan Zodiak//////Laungan Al Fatihah di pagi hari//////Semut dan Aku//////Maksud Lagu Latar Belakang Blog FB GAME DAN aku//////Rutin Harian//////Menangis//////Pelancaran Blog

[Entri Baru]Naruto Episod 256 Prebiu

[Entri Lain]Bleach....Satu Pengakhiran

[Entri Baru]Diari FB (Sims Social) 1/4

[Entri Lain]Diari FB (Sims Social) 29/3//////Majlis Bersama Media Scha dan Awal

[Entri Baru]Internet Download Manager

[Entri Lain] -

Perut Lapor? Klik je sini

Dah lapar sangat nak buat cam mana kan...Klik gerenti kenyang

Isnin, 30 April 2012

Santai Sahaja GIF Isnin







Disebabkan aku malas nak taip post..haha...post dalam pembikinan,jadik layan la GIF ni....
Selamat Berhari Isnin =)

Timeline removal

http://www.timelineremove.com/

Klik situ,scroll bawah dan ikut arahan
Install jer jgan takut

Lepas tu tutup Google Chrome,then bukak balik

Sabtu, 28 April 2012

[Hanya Di Jepun]Fulamak Poster Boleh Bergerak!


Ok kat bawaH ni ada video yang menunjukkan ciptaan yang masih lagi dalam kajian oleh universiti di Jepun.
Biasalah Jepun memang hebat bab-bab mereka-reka ni
Kali ni kita tengok ciptaan mereka iaitu Poster Bergerak
                                        

Amacam best kan?Hebat betul Safwan tu kan? haha
Ni kalau ada satu kat rumah ni,hari-hari aku cium..hehe..Forever Alone
Ni baru percubaan jadik tak la dirasmikan lagi.

MAHU LAGI,TUNGGU LA AHAD DEPAN
MACAM-MACAM CIPTAAN JEPUN AKAN DIBONGKARKAN

Jumaat, 27 April 2012

Prebiu Naruto Shippuden Episod 260


Yeah,kiter kembali lagi dengan episod Naruto Shippuden 260
Episod minggu ni masih lagi filler iaitu masih lagi teringat kisah-kisah lama antara perhbungan Naruto dan Sasuke.
Episod kali ni bertajuk Schism yang bermaksud perpisahan.Perpisahan yang dimaksudkan adalah antara Naruto dan Sasuke.

Seperti yang kiter sedia maklum,Sasuke bercadang nak pergi berjumpa Orichimaru untuk mendapat kuasa yang lebih bersama dengan Ninja Bunyi pada episod yang lalu.
 Ya,memang benar,setelah mengikut ninja-ninja tu,Sasuke telah 'dimatikan' sementara untuk menambahkan kegelapan di dalam jiwanya.Masa u jugak Naruto bersama-sama dengan rakannya nak menyelamatkan Sasuke daripada terus dipergunakan oleh Orichimaru.

Kebanyakan scene lawan semua dah diulang dari episod yang memang lama giler (Naruto yang mula-mula)
Akhirnya,Sasuke telah melengkapkan dirinya apabila kuasa kegelapan meresap dalam dirinya.
Tak sempat la Naruto nak selamatkan Sasuke.

Kalau korang ingat,Naruto pernah lawan Sasuke kat air terjun kan?Minggu ni pun babak tu diulang semula.Seronok tengok balik pertarungan tu.Sasuke dengan Chidori,Naruto dengan Rasengan.
Untuk akhir episod ni,dapatlah disimpulkan bahawa Naruto dan Sasuke berpisah sejak dari perlawanan itu tetapi Naruto masih mengharapkan persahabatannya dengan Sasuke masih ada.

PERHATIAN:INI EPISOD FILLER TERAKHIR!!!
MINGGU DEPAN PEPERANGAN SHINOBI-KABUTO BERMULA!!!

Masing-masing cuba berbincang strategi menyelamatkan Sasuke
Sasuke dikurung oleh Ninja Bunyi suruhan Orichimaru untuk mengaktifkan kuasa kegelapannya.

Sasuke mula berubah akibat dikuasai kuasa kegelapan.

Pertembungan klasik yang hebat antara Sasuke dan Naruto




Layan episod kat bawah

Part 1
Part 2

Result UiTM Terakhir

Alhamdullillah,akhirnya result UiTM pun keluar.
Aku semester terakhir tahun ni,jadik agak berdebar sikit walaupun hanya result untuk praktikal je.

Tunggu punya tunggu pukul 1.00 a.m begitu aku pun dapat emel dari UiTM.

Hahaha,bersujud aku kehadrat Illahi apabila dapat keputusan lulus 
BERMAKNA

Aku dapat ANC,yeah

Disini aku nak bagi perhargaan kepada semua yang membuat kejayaan ini berlaku.

  • Allah S.W.T yang mencipta aku dari sehina-hina air mani dan memberkati aku sepanjang perjalanan hidup aku sekarang
  • Nabi Muhammad S.A.W yang menjadi idola terbaik ku masa menuntut ilmu
  • Emak aku
  • Emak aku lagi
  • Emak aku lagi
  • Ayah aku yang support pengajian takde ingat punyer.Setiap semester hantar dan ambil aku
  • Adik beradik aku dan semua famili aku.
  • Guru Tadika aku,Cikgu Rubiah (Tadika Kemas Kelas Biru)
  • Guru Sains aku,Cikgu Fadzilah dan semua guru sekolah rendah
  • 1K,2K,3K,4K,5K,6X
  • Guru Sains sekolah menengah,Cikgu Maznah
  • Guru Kimia aku,Pn Zianun dan semua guru sekolah menengah
  • 1RK,2RK,3RK,4RK,5RK

  • Pensyarah aku waktu universiti TERUTAMANYA Cik Din,Pn Faridah,Pn Zaini,Miss Syimi,yang cikgu math cute tu aku dah lupa nama dier..haha dan Miss Fatimah,statistic is the best.
  • Semua Pensyarah yang terlibat
  • ASD1Cg,ASD2Ag,ASD3Ag.ASD4Ag,ASD5Ag,ASD6Ag
Rival aku waktu kat universiti.Afiq,Din,Haizat dan semua yang aku kenal.

DAN semua yang terlibat secara langsung/ tidak langsung dalam memberi aku kejayaan.

Kejayaan ini pasti akan berulang,Yeah!!!


Untuk tatapan umum (bagi yang nak cari semangat,atau yang sibuk haha)



Weyh,korang,terima kasih yer

->Tolong aku pinjamkan Nota (nota aku hancur dekat hujung sem..tak reti jaga punya orang)
->Tolong aku selesaikan masalah(serabut kepala)
->Buat aku dengki lepas tu semangat nak belajar
->Sebab jadi kawan aku =)


Antara Mission yang aku dah set waktu mula-mula masuk U
(sebab aku minat game,haha)


==Dapat dekan paling kurang satu semester==Passed
==Buat kawan paling kurang 2 orang pada semester 1==Passed
==Cari persaingan dan cuba lawan dia==Passed
==Subjek Kimia mesti dapat A paling kurang 1 sebab nak balas SPM dapat B je==Passed
==Semester akhir,dikenali ramai==Passed


Bonus
==Result 4 flat==Failed
==ANC==Passed
==Love==Failed,haha




Tahniah yer semua.
Next Step,Bachelor In Environmental Technology,Yeah!
Perhargaan ini mungkin akan berulang lagi...
Semuanya di tangan Allah

Khamis, 26 April 2012

Malam Jumaat dan Pelesit

Hehehehe..Malam-malam jumaat ni biasalah aku dengan post-post menyeramkan..Seram ke?

Ok harini aku nak post pasal salah satu kejadian Allah yang telah disalahgunakan iaitu Belalang Pelesit

Apa Benda Ni?
Belalang Pelesit adalah sejenis belalang yang digunakan untuk mengenakan ilmu sihir oleh pawang untuk bomoh kepada orang lain yang menjadi mangsanya.Kiranya belalang ni macam belalang perantara la.
Belalang ni akan datang masuk rumah mangsa dan mungkin akan menganggu/mengigit/atau sebagai pemerhati.
Aku pun tak berapa pasti tugas dier tapi memang niat tak baik la hantar belalang ni.
Selalunya tanda-tanda belalang ni adalah adalah amat ketara pada baby baru lahir.

Baby baru lahir akn menangis sekuat-kuatnya sampai tengah malam menandakan bahawa kehadiran belalang tersebut.

Cerita AkuSejak akhir-akhir ni,kerap sangat belalang ni datang rumah aku.3 hari berturut-turut dah masuk bilik aku.
Nak dijadikan cerita,semalam tengah aku asyik melayari facebook sambil main game ,tetibe je belalang tu ada kat sebelah aku.Mau tak terkejut.Aku tak tau ler buat apa (I admit it,I'm scared),lepas tu aku suruh adik aku tangkap..hahaha..rilek je dier.

2 jam kemudian lebih kurang pukul 2.00 pagi gitu,ada lagi satu belalang masuk dalam bilik aku.Keadaan bilik aku agak gelap jadik nampak la benda tu terbang-terbang.Aku bukak lampu,lepas tu adik aku mengamuk,hehe,dia nak tdor la sebab esok sekolah.Aku tak tau buat apa.Aku main ambik je past year paper diploma aku lepas tu aku gulung-gulung,lepas tu aku bagi sekali pukulan ke belalang tu.
Tak de niat membunuh aku buang je ikut tingkap,berharap ayam kat belakang tu makan masa pagi nanti.

Aku takde la takut sangat tapi masih la jugak ada rasa seram sejuk lebih kurang 10 minit.Lepas tu aku on balik game,semuanya kembali kepada asal..haha

Apa yang korang kena buat kalau ternampak?

1)Kalau aku,aku kesian je dekat belalang tu,aku pukul bagi dier pengsan lepas tu lepas je.Tak digalakkan kata orang-orang tua takut dier datang balik.Tapi belalng tu makhluk Allah jugak kan?Tapi kalau memudaratkan baik bunuh je.

2)Kalo nak bunuh dier,bukan bunuh sajer2.Kena bakar atau cabut kepala dier.Mungkin sebab nak hapuskan syaitan yang ada dalam kepala dia kot.
Aku takde la percaya sangat tapi ada jugak buat sebab nak sedapkan hati.

3)Jangan sesekali biar benda tu kat rumah.At least,halaulah belalang tu keluar.Kalau kena gigit memang takde ingat la.Jangan risau gigitan belalang ni cuma meninggalkan parut je,Dengan Izin Allah takkan ada kemudaratan lain.

Kenapa belalang ni wujud dan datang yer?

1) Sebab ada orang hantar,nak kacau keluarga especially yang ada anak kecil

2)Pelesit tu mencari tuan baru.Oleh sebab tuannya telah mati,makhluk Allah tu ingin mencari tuan baru untuk mencari makanan nya.Sesiapa yang lemah Iman dan kurang mengigati Allah mungkin boleh berhubung dengan belalang tu dan menjadi tuannya

KENAPA AKU SELALU JUMPA BENDA NI
Senang je,kawasan rumah aku ni kawasan hitam.You can encounter many things here.Alhamdullillah aku hanya dapat yang sikit-sikit je...

MACAM MANA NAK TAHU BELALANG TU PELESIT?
Belalang ni suka buat bunyi bising.
Ekor dia agak tajam berbanding belalang biasa.
Sesetengah orang menyatakan bahawa kalo dilihat kepala dan badannya seolah-olah menyerupai manusia,
Belalang ni ketahanan takde ingat.Simpan 200 hari dalam botol kedap udara pun boleh hidup xD


Itu je la cerita seram pasal belang pelesit ni
Aku yang tulis ni pun dah meremang
Ingat Hanya Allah tempat kita meminta pertolongan

Cuba tengok kat sebelah korang,ada tak belalang tu =)

PES 2013 DEBUT TRAILER

Apa cerita??.Ini Pro Evolution Soccer atau dikenali dengan nama PES 2013
Ni debut trailer je..Bukan trailer full lagi.Ni macam memperkenalkan je game tu yang akan terbit hujung tahun ni

Layan

Tak banyak sangat yang diceritakan dalam ni maklumlah debut trailer je pun.
Harap tahun ni PES akan lebih mantap =)

Seni Membunuh (Gambar)

Memang betul-betul kreatif la semua artis-artis ni
Best la kena bunuh dengan kertas..haha







Rabu, 25 April 2012

Prebiu Kimi To Boku 2 /You and Me 2 Episod 4


Hello,ok minggu ni Kimi To Boku 2 kembali lagi.Mula-mula aku nak mintak maaf sebab lupa nak upload episod 3 yang lalu.Takpe2 aku dah upload da.

Minggu ni tajuk dia ‘In the Steam’.Kenapa tajuk dia in the steam?Sebab dalam episode ni ada perselisihan faham antara dua orang iaitu Si Kembar giler Yuuta dan Yuki.
Memang episode ni focus kat diorang berdua je.Dalam episod ni kiter akan lebih mengenali Yuuki dan Yuuta dan macam mana kehidupan diorang sejak dari kecik sebagai saudara saudara kembar.
Kita boleh tengok macam mana perhubungan antara Yuuki dan Yuuta amat rapat ketika kecil.
Suka part yang berebut katil tu.Terlalu sweet

Yuuki berselisih faham dengan abangnya Yuuta semasa diorang nak mula kemas rumah.Al maklumlah hari tu hari cuti tahun baru.Yuuki ni agak pemalas berbanding Yuuta itu pasal abang dier asyik marah je.Yuuki ni futon tak nak kemas,orang suruh cuci tingkap pun malas,asyik baca komik je.Buat pengetahuan futon tu macam selimut bertujuan untuk memanaskan badan.
Disebabkan merajuk punya pasal akibat kena marah,Yuuki pun pergilah kemana lagi kalau bukan rumah Kaname.Mau tak mengamuk nyer kawan tu tetibe je Yuuki nak tidor situ.Siut je.Macam biasa mak Kaname rilek je.

Kaname pun bagi nasihat suruh Yuuki balik mintak maaf kat abangnya tu.Bahagian yang Kaname tarik Yuuki suruh keluar tu memang lawak,haha.
Akhirnya Yuuta datang ke rumah Kaname nak menjemput saudara kembarnya tu.Yuuki pun ikut je lah balik.Yuuta tak marah pun sebab ada satu memori yang sangat indah ketika dia masih kecik dengan saudara kembarnya iaitu memori dimana dia telah memecahkan pinggan kesayangan bapaknya tapi Yuuki sikit pun tak cerita kat sesiapa.Diorang ada tanam pinggan pecah tu kat satu tempat.Disebabkan memori itulah,Yuuta begitu menghargai kembarnya.Mau aku tak nangis time ni,memang feeling abis.
Penyudahnya,diorang bagitau la kat bapak diorang yang pinggan kesayangannya telah dipecahkan dan diorang rahsiakannya sejak kecik.Macam biasa la orang tua mana ingat..haha

Best takde ingat episode ni..sedih dan amatlah gembira kalau ada kembar kan?
Yuuki dan Yuuta forever



layan...

Prebiu Kimi To Boku 2 /You and Me 2 Episod 3



Hehe,mintak maaf yer lupa nak upload.Eleh aku upload ni pun untuk kenang-kenangan je sambil tu kongsi hobi aku yang tak seberapa ni..haha

Ok episode ni bertajuk ‘Very Christmas’,bunyi lebih kurang Merry Christmas kan?
Permulaan episode ni mengisahkan 2 orang watak baru iaitu seorang cikgu bernama Azuma dan sahabatnya,Akira menghadiri satu majlis perkahwinan.Cikgu ni kira dah nak tua dah(middle age) tapi dia asyik berfikir adakah dia masih muda lagi sebab dia tak kahwin lagi.Yang si kawannya tu takde keje nak buat peace pulak kat gambar kahwin,haha
Untuk watak utama pulak diorang tak buat apa-apa pun malam krismas tu,tau duduk melepak kat rumah Kaname je layan anime detektif aper ntah.Siap kongsi kongsi keropok lagi.Chizuru tu tak paham-paham cerita tu dari mula,mengong Chizuru ni.Yuuta bengang la sebab Chizuru bising je,jadik dia pun nak rewind balik scene tu supaya dia paham jalan citer.Sekali dia tertekan fast forward pulak..hahaha
Terbongkar la segala misteri

Akibat dari kejadian itu,diorang nak bercadang nak beli dvd baru kat luar,cadangan Chizuru la saper lagi.
Dekat street mall tu memang kelakar takde ingat.Masa dekat photo boot (ala yang tangkap gambar lepas t uterus dapat tu),Kaname tak masuk pun amik gambar sebab macam pelik je.Akhirnya,setelah kena desak dia pun join sekali dengan hati yang tak rela.

Tak lama lepas tu,Shun-chan Nampak Azuma sensei dekat festival tu.Apa lagi semua pegi tegur lah.Lepas tu ada pulak si Akira kat situ.Chizuru tu sebenarnya da pernah jumpa Akira waktu dulu.Chizuru mengamuk sebab Akira dulu potong barisan dia dan kata dia pendek.Hahaha memang lawak time ni.Akira buat rilek je.

Lepas tu,diorang lepak la sama-sama sambil bercerita pasal Azuma sensei yang tak tahu nak kahwin bila.Sementara tu,Shun pulak Tanya Akira dia buat apa?Rupanya Akira tu jadik santa claus kat festival tu.
Dengan secara tetibe ada seorang budak yang tersangkut belon kat atas pokok krismas yang besar.Chizuru beriya je nak tolong,last sekali pokok tu runtuh.Akibatnya,diorang kena kerja part time sebagai Santa.Memang lawak giler waktu kerja tu.

Scene yang ala-ala detektif tu pun lawak jugak semasa diorang nak tahu siapa yang curi coklat dari bilik.
Akhirnya, Akira yang jadik hero,tak tau pulak dia belajar judo..haha
Di hujung hari tu,semua lepak rumah Kaname dengan keadaann yang letih.Elok pulak Chizuru tertinggal DVD yang baru dibeli,memang takde nasib la…haha.Sementara itu,Azuma sensei terus berfikir pasal mengakhiri zaman bujangnya.





Part 1
Part 2

Fitnah Bayang Bayang (Lawak)

Ni bukan nak citer soal agama tapi saja nak buat lawak tengah-tengah malam sementara menanti bola nak start tu jom layan

Klik Bawah


Amacam?Itulah jangan selalu salah sangka,sian kat couple tu hah.
Selamat Berhari Rabu =)
Yang Penting Jangan Sesekali Minum Arak..Haram tu

Facebook Jaclyn Victor kena Godam

Ish ish ish.Macam-macam benda yang berlaku sekarang kan?
Baru malam ini lebh kurang pukul 9,aku ternampak dekat wall FB Jaclyn Victor macam kecoh-kecoh je.

Aku pun apa lagi gi menyiasat la.
Siasat punya siasat rupa-rupanya FB si Jac yang bersuara lantang ni kena hack.Oleh siapa?
Oleh orang yang tidak dikenali siapa,haha

Orang itu telah merampas telefon milik Jac dan menukar status FB yang pelik dengan berhuruf besar.
Rata-rata peminat tau yang Jac telah digodam jadik diorang takde la sangat percaya apa yang status FB tu tulis.
Kesian Jac

Tak lama lepas tu,Jac pun memberitahu bahawa dia kena godam.Rasanya takde la godam sangat sebab telefon bimbit dia pun dah dapat balik.Rasanya ni kawan rapat dier je saja nak kenakan.

Apapun tabik dengan peminat Jac yang terus menyokong beliau dalam kariernya.
Jac ni rajin update facebook,tu pasal ramai peminat yang terkejut termasuk aku,haha
Dia bukan hanya rajin update malahan kerap kali membalas comment peminat.
Bagus la Jac adn Good Luck for Mania

Ni Gambar-gambar berkaitan kat bawah sekali dengan penerangan

Bagus peminat dier,ada yang alert dan ada jugak yang keliru

20 minit kemudian Jac menerangkan apa yang telah berlaku.
Gurauan kawan-kawan je tu.


Anyway,good luck Jac
Hidup Artis Malaysia!!

Selasa, 24 April 2012

All Blogger Yang Baru ke Lama Ke..Take Note!

Ok sekarang ni kalo nak diikutkan semua dah tahu pasal isu SOPA,PIPA segala macam akta internet tu semua kan?
Jadi kat sini aku nak cerita ringkas je tentang apa yang terbaru tentang benda berkaitan dengan SOPA dan PIPA.

Ok,buat pengetahuan semua,copyright atau hakcipta adalah hak sesuatu badan atau syarikat untuk menyebarkan atau menyiarkan sesuatu bahan amcam komik/anime/manga dan video dengan sah.
Sesiapa yang melanggar hakcipta ini adalah tergolong dari orang yang menyebarkan benda tu secara haram.

Ya memang benda ni dah lama tapi apa yang terbaru tentang benda ni.
Buat pengetahuan semua blogger,akta SOPA dan PIPA akan mula digunapakai untuk menapis kandungan blog anda supaya tidak mempunyai link yang menyebarkan bahan cetak rompak (melanggar hakcipta)

Ok macam yang kita dah tau kebanyakkan blogger suka mempromosikan blog diorang dengan posting-posting berisi link download movie,cartoon atau software.
Benda ni memang bagus bagi aku sebab kadang-kadang aku tertinggal jugak rancangan kegemaran aku kat TV/tak dapat tengok sebab kat luar negara.hehe
Namun keseronokan ini akan hanya sementara apabila pihak blogger akan melakukan spot check bagi setiap blog untuk mengetahui sama ada mereka menyebarkan bahan yang melanggar hakcipta.

Pihak blogger akan menghantar e-mail mengenai kandungan ini dan memberi amaran supaya membuang bahan tersebut.Post yang mengandungi bahan yang melanggar hakcipta akan di convert kepada draftJika ingkar blog akan ditutup

ATAU

Blog mungkin akan ditutup serta merta jika terlalu banyak link yang mnelanggar hakcipta

Adus, Bahaya ni....sesiapa yang rasa-rasa ada link download tu sila-silalah padam/remove je post tu.Kalau taknak takperla sebab aku hanya bagitau je sebab blogger team ni dier periksa secara mengejut je


Ok kat bawah ni ada blog baru yang telah diberi amaran.
Ini diperolehi dari

Ia berbunyi
Blogger has been notified, according to the terms of the Digital Millennium Copyright Act 

(DMCA), that certain content in your blog is alleged to infringe upon the copyrights of others. As 

a result, we have reset the post(s) to \"draft\" status. (If we did not do so, we would be subject to 

a claim of copyright infringement, regardless of its merits. The URL(s) of the allegedly infringing 

post(s) may be found at the end of this message.) This means your post - and any images, 

links or other content - is not gone. You may edit the post to remove the offending content and 

republish, at which point the post in question will be visible to your readers again.

A bit of background: the DMCA is a United States copyright law that provides guidelines for 

online service provider liability in case of copyright infringement. If you believe you have the 

rights to post the content at issue here, you can file a counter-claim. In order to file a counter-

counternotice&product=blogger.

The notice that we received, with any personally identifying information removed, will be posted

online by a service called Chilling Effects at http://www.chillingeffects.org/. We do this in 

accordance with the Digital Millennium Copyright Act (DMCA). You can search for the DMCA 

notice associated with the removal of your content by going to the Chilling Effects search page

at http://www.chillingeffects.org/search.cgi, and entering in the URL of the blog post that was 

removed.

If it is brought to our attention that you have republished the post without removing the 

content/link in question, then we will delete your post and count it as a violation on your account.

 Repeated violations to our Terms of Service may result in further remedial action taken 

against your Blogger account including deleting your blog and/or terminating your account. 

DMCA notices concerning content on your blog may also result in action taken against any 

associated AdSense accounts. If you have legal questions about this notification, you should 

retain your own legal counsel.

Sincerely,

The Blogger Team


Contoh blog yang telah disekat.Ni tempat biasa aku download anime..sedih2


Itu jerla...terpulang la nak percaya ke tidak..haha..aku cuma memberitahu.Terima Kasih

//Blog ni tak tau la kena block ke tak sebab aku main campur je semua..rasanya takde download link kot.Video low quality ader..hehe

Sabtu, 21 April 2012

Bagaimana Perempuan Meniru Waktu Exam

Hehe jangan marah yer.....Nak bagi release tension saper2 yang baru balik kerja tu
Yang penting ni bukan kat Malaysia ok?Aku tau semua baik-baik belaka kan?

//Gambar sengaja di hitam-putih kan.Tak payah nak berwarna-warna sangat la xD

Baka Kucing Yang Agak Unik(Bahagian Pertama)

Scottish Fold

Kucing jenis ni memang unik sebab bentuk telinganya yang agak pelik.Telinga kucing ini tidak pernah membesar dan tegak semenjak dari lahir sehinggalah mencapai umur dewasa.Kucing ni memang agak comel kerana ia akan kelihatan seperti anak kucing sepanjang hayatnya oleh sebab keadaan telinganya yang menguncup ke bawah

American Curl

Kalau dilihat sekali pandang kucing ni memang nampak macam biasa tetapi sebenarnya tidak.Jika diperhatikan secara teliti,telinga kucing ni agak membengkok ke kebelakang dan menguncup ke bawah.Ini amat unik kerana keadaan telinga seperti ini hanya akan didapati di dalam baka kucing ini sahaja.
Jika diberikan penjagaan yang rapi,telinga kucing ini mampu melengkung ke belakang dengan lebih panjang.
Jikalau telinganya terlalu panjang sehingga menyentuh rangka kepala,kucing ini akan dibatalkan penyertaannya di dalam pertandinngan.
Pembiakan baka kucing ini telah wujud sejak tahun 80-an dan masih mempunyai peminat sekarang.

Ocicats

Kucing ini penampilannya agak unik kerana ia seakan-akan menyerupai Ocelot.
Kucing ini adalah hasil dari campuran baka dari Kucing Siam,Kucing Liar berbulu pendek dan baka Abyssinians.
Ocicats pertama yang dibiakkan mempunyai bulu putih bersama dengan tompok-tompok hitam manakala yang lainnya mempunyai warna bulu beserta tompok hitam yang lebih menonjolkan kucing ini seperti Ocelot.
Kucing jenis ini selalunya dikaitkan dengan anjing atas keupayaan dan perangai yang menyerupai anjing.
Jadi,jikalau anda ingin mempunyai anjing tetapi tidak mempunyai kewangan yang mencukupi ,masalah agama atau tidak mahu penjagaan yang terlalu rapi,Ocicats semestinya wajib menjadi pilihan anda.

Norwegian Forest Cat

Kucing ini mempunyai bulu yang amat panjang bertujuan untuk memanaskan dirinya apabila musim sejuk di Norway.Kucing ini telah digunakan oleh Viking semasa pengembaraannya mengelilingi dunia.
Kucing ini teramatlah setia tetapi memerlukan lebih perhatian and interaksi.
Jika dilatih secara betul,kucing ini boleh menjadi pemburu yang hebat.

Manx

Kucing ini amat unik kerana 2 sebab.
1)Kucing yang berbulu ini tidak mempunyai ekor
2)Kaki depan kucing ini lebih pendek dari kaki di depan
Disebabkan kakinya yang pendek di depan,cara berjalannya sedikit pelik dan seakan-akan menyerupai arnab yang melompat.
Disebabkan kelainan itulah ramai orang meminati kucing jenis ini selain ia juga amat aktif.


Itu jer la untuk bahagian pertama.
Terima Kasih kerana membaca
Share la kalau artikel ni menarik


Ha Suka Sangat Berdebat Meh Sini

Semenjak akhir-akhir ni,kebanyakan rakyat Malaysia termasuk aku suka sangat berdebat-debat pasal sesuatu isu tak kisahla isu agama,politik,pendidikan,game,teknologi dan macam-macam lagi.
Terlalu banyak sangat kategori yang boleh kiter debatkan.

Misal kata tentang janggut
Kiter boleh berdebat tebtang 'Lelaki yang mempunyai janggut lebih alim dari yang tidak ada janggut/bercukur'

Lepas tu mulalah proses perdebatan secara tak rasmi dengan berbalas-balas komen antara satu sama lain.
Disebabkan sekarang orang lebih gemar berdebat di Internet,jadik mereka lebih berani untuk bersuara sebab bukan ada orang nak datang pergi pukul pun...haha


Itu yang tak rasmi.Ada juga yang rasmi macam perdebatan di Parlimen,Perdebatan antara Universiti dan lain-lain.Perdebatan secara rasmi ni selalunya diadakan secara live di dewan atau di tempat-tempat yang mempunyai penonton.Ada jugak kadang-kadang perdebatan secara tak rasmi berlaku secara live misalnya berebut katil kat universiti (aku la tu) ..hehe.

Perdebatan ni boleh membawa kepada satu idea baru bagi menyelesaikan masalah ATAU memburukkan lagi keadaan apabila berlaku ketegangan antara persahabatan/perhubungan.Selalunya,perdebatan yang suka-suka tu lah yang boleh membawa keburukan.

Bagi aku,ada beberapa kategori orang yang berdebat ni(bagi aku la,sebab aku bukan pendebat pun,selalu kalah je haha)


OK ni aku nak bagitau bagi sesaper yang berminat nak berdebat secara rasmi atau tak rasmi secara lebih seronok atau serius boleh pergi ke laman web ni.
MYEG yang bukak khas untuk orang-orang yang suka berdebat dan saja suka-suka berdebat
Boleh menang seribu tu..

Ada pelbagai kategori untuk dipilih.Debat la sampai pengsan

BAHASA MELAYU PUN BOLEH
MEH SAPER NAK LAWAN DENGAN AKU.
ISU DIER PES 2012 VS FIFA 2012 HAHA XD

Aku tak nak Join..hahaha

Jumaat, 20 April 2012

Permainan Seram Yang Sesuai Bagi Malam Jumaat



Aku memang suka post benda-benda seram time hari Jumaat ni
Jagik takyah cakap banyak korang boleh pergi terus kat website ni.


Ok kalau da klik tu boleh la terus main
Senang je main dier.Hanya klik dan klik macam cari benda tersembunyi.

Game ni memang seram sebab banyak elemen mengejutkan sepanjang game ni.
Seeloknya pakailah headphone/volume up dan main dalam gelap baru feel dier lebih.

Apa sebenarnya game ni?
Ok secara ringkas game ni dicipta oleh syarikat Thailand iaitu SinThai Studio tanpa ada tujuan apa-apa pun.Hanya untuk memberi hiburan kepada pengemar genre seram.
Permainan ini mengisahkan tentang sebuah rumah yang ditinggalkan dimana semua ahli keluarga yang tinggal dalam rumah tu telah mati tanpa diketahui sebabnya.
Kiter yang main ni kira macam detektif la sebab nak cari punca kematian ahli keluarga tu.
Sepanjang perjalanan mencari punca kematian tu,kiter akn jumpa beberapa nota disamping kita akan dikejutkan dengan teknik seram yang menarik ditunjukkan oleh SinThai Studio.Memang bagus Thailand ni buat benda-benda macam ni.

Ko da main belum?
Aku dah main da.Memang kalau ada heart attack idan ibu mengandung baik takyah main.Game ni simple je klik dan klik tapi bila terkejut tu memang terkejut beruk.
Kalau takut sangat main la waktu siang..haha

Ala ni game lama aku dah main.
Ko dah main lantak ko la.Aku cuma nak kongsikan kat orang lain je.Tak salah kan?

Buat korang dah main sampai abis tu,kongsi la sikit pengalaman yer..haha
Ni aku bagi screenshot sket la
Korang kena lepas setiap bahagian dalam rumah untuk mencari klu iaitu
Ruang Makan,Dapur,Bilik Air,Ruang Tamu dan Koridor

Enjoy yer...=)

Khamis, 19 April 2012

Prebiu Naruto Episod 259




Minngu ni Naruto kembali lagi dengan episod baru iaitu episod 259 dengan tajuk Rift.
Rift tu aper?
Rift tu macam ketegangan perhubungan la antara Sasuke,Itachi dan Naruto

Minggu ni masih lagi mengisahkan tentang cerita lama tapi kali ini difokuskan kepada Sasuke yang semakin lama semakin tergugat dengan kuasa Naruto yang meningkat dengan cepat.
Memang flash back abis episod ni.

Situasinya dalah semasa Kisame dengan Irachi pertama kali datang Konoha sebab nak culik Naruto.Masa tu, Sasuke beriya-riya nak bunuh abang dier padahal dier tak kuat pun masa tu.Teruk la dier kena bantai dengan Itachi.

Semenjak dari tragedi itulah,Sasuke dah berubah menjadi seorang yang amat bengis.Dia ajak Naruto lawan kat bumbung hospital sewaktu masih dirawat oleh Tsunade.
Masa ni Sasuke memang dah lain dah.
Sementara tu Jiraiya dengan Kakashi saling menyalahkan satu sama lain sebab mengajar jutsu bahaya kepada Naruto (Rasengan/Jiraiya) dan Sasuke (Chidori/Kakashi)

Malam tu pulak ada 4 Ninja bunyi datang nak ajak Sasuke jumpe Orichimaru.Sasuke macam biasalah menolak tapi kena bantai jugak penyudahnya.Ramai yang dah tahu kan?Akhirnya Sasuke akan pergi jugak kat Orichimaru.
4 Ninja Bunyi yang mengajak Sasuke jumpa Orichimaru

Keismpulannya episod minggu ni memang ulang abis.Saper yang dah lupa cerita dulu-dulu boleh la tengok episod ni.

Minggu depan pun masih lagi memori lama dengan tajuk Parting dimana pertarungan klasik Naruto dan Sasuke akan ditayangkan semula.(Ala yang dekat air tu)


Part 1

Part 2

Rabu, 18 April 2012

Ini terlalu Comel..Hahaha..Cuteness Overload

Sedang aku bersembang-sembang dengan kawan aku dengan facebook.tetibe ak nampak satu video yang nampak macam biasa tapi sebenarnya best.

Kawan luar negara aku yang post  video ni.Video ni dari youtube  je pun.

Layan

Ok first impression.Memang comel kan benda tu..haha
Tak boleh blah biler sumer benda kat rumah dier buat(dengar muzik,vacuum lantai,main laptop,guna blender,hair dryer dan blower)


Paling comel sekali bagi aku masa atas blender tu..bergegar-gegar dier..haha


Pelakon Utama Iklan Ni..Haha




Apa sebenarnya iklan ni?
Iklan ni sebenarnya pasal syarikat yang membekalkan tenaga elektrik kepada umum macam TNB tapi kat luar negara ni (US kalo tak silap),diorang bukan hanya satu je pembekal elektrik macam kat negara kiter (hanya TNB),tapi diorang ader banyak persaingan dari syarikat lain yang turut membekalkan tenaga elektik.


Bagi syarikat ni,EDF Energy dengan produk Blue Price + Promise,diorang menggunakan teknologi dimana elektrik dihasilakan dari janakuasa elektrik yang menghasilkan karbon yang sedikit berbanding dengan janakuasa biasa, dengan ini maknanya kuranglah pencemaran yang datang dari janakuasa.
Bagus syarikat ni,sebab pandai promosikan produk yang bernilai



Buat pengetahuan,syarikat ni tak established fully lagi sebab masih lagi dalam percubaan.Mereka sekarang tengah membuat petisyen yang ditandatangani oleh rakyat US untuk mendapat kebenaran membina syarikat itu secara rasmi.


Tak kisah tentang maklumat tu sebab kiter tak dapat apa-apa pun tapi satu hari nanti Malaysia pasti pakai teknologi ni tapi kalo ada syarikat lain alamatnya gadoh la..hehe

YANG PENTING MAKHLUK TU COMEL

HAHA

Selasa, 17 April 2012

Proton Prévé Secara Ringkas / Detail

Proton Prévé adalah nama yang tidak asing lagi semenjak malam tadi setelah perlancaran model kereta terbaru Proton telah disempurnakan oleh PM kesayangan kiter.

Aku takde la nak nengok sangat sebab sibuk duk online main game
Ni aku nak cerita la sikit beberapa maklumat yang aku dapat dari Internet mengenai Proton  Prévé  ni.

Ni ada sedikit video promo dari Proton


Apa Yang Diceritakan dalam video ni?
Aku bukanlah hebat sangat bab-bab kereta ni tetapi mengikut apa yang aku dengar,video ni ade memaparkan beberapa ciri-ciri yang terdapat pada kereta ni iaitu

1)Hidupkan enjin dan matikan enjin dengan satu butang je.Macam push to talk la...Macam biasa je la sebab kalau tarik kunci pun same jugak..hehe

2) LED lights.Lampu menarik bagi depan dan belakang

3)1.6L Fuel-Efficient Turbo-Charged Engine with 2.0L power.Bunyi memang best la waktu berhenti dan bergerak selain dapat menjimatkan minyak.Power 2L memang berbaloi la untuk harga nyer.

4)Keselamatan,Anti Lock Braking System(ABS)<<ni adalah sistem brek yang biasa orang pakai sekarang.Tujuan untuk mengelakkan terlajak ketika brek mengejut,
Electronic Brake Distribution(EBD)<<Brek ni memberi daya yang sesuai bagi sesuatu kereta mengikut keadaan seperti keadaan jalan,cuaca dan muatan.Selalu digandingkan dengan ABS,
Electronic Stability Control(ESC)<<Yang ni paling best.Kalo kereta hilang kawalan,secara automatik benda ni akan kawal brek supaya kereta berada dalam keadaan yang stabil sehingga kawalan steering menjadi normal semula.Setiap tayar akan mebrek secara bergilir-gilir sampai kereta tu stabil semasa kereta hilang kawalan.

5)7 Speed Paddle Shifter.Kalau korang tengok kereta macam Honda City (pak cik aku punya,haha) ada paddle shifter ni.Paddle shifter ni membolehkan korang tukar gear hanya menggunakan tangan...Hanya gerakkan tangan dan gear akan ditukar secara automatik..Rasa macam naik kereta F1 lebih kurang.Untuk kereta ni korang boleh tukar sampai 7 gear la guna tangan saja.Saper nak naikkan RPM leh la tukar kepada mod paddle shifter ni

6)Ruang dalaman yang cukup selesa dan luas.Korang boleh la sumbat satu famili kat dalam kereta ni...haha

7)Smart Info Display (SID) dan Touch Screen Panel.SID akan menampakkan dashboard kereta ni lebih menarik.Lengkap dengan maklumat tentang minyak,suhu enjin dan jarak perjalanan secara digital.Ditambah pulak dengan Panel yang boleh disentuh hanya dengan jari je.Yerla sekarang sumer kan pakai touch screen.Touch screen pun bukan calang-calang,ada 4G lagi.Takde la sesat lagi lepas ni..haha..Tanye member je kalo sesat..GPS tu memang wajib la ada dekat kereta keluaran sekarang.

8)Yang ni paling menarik la bagi aku. Auto Rain Sensors and Auto Light Sensors.Gila habaq hang.Kalau hujan secara automatiknya wiper akan terpasang dengan sendirinya tanpa disentuh.Buat orang pemalas boleh la,haha
Yang wiper automatik tu tak berapa sangat tapi yang lampu automatik memang bagus.Yerla ,kebanyakan rakyat Malaysia lupa nak bukak lampu waktu drive time senja.Jadik orang depan tak nampak lepas tu berlaku la accident.Jadik dengan adanya teknologi ni,InsyaAllah kemalangan dapat dikurangkan.
Lampu akan menyala dengan sendirinya apabila keadaan jalan gelap atau kekurangan cahaya(ada sensor la).Kalau waktu hujan,lampu dan wiper akan menyala sendiri.

9)Reinforced Safety Structure (RESS).Ni bahagian keselamatan jugak.Menggunakan teknologi Hot Press Forming untuk membuat kerangka/body kereta, ia diyakini dapat meningkatkan kekuatan body kereta ni sekaligus meningkatkan keselamatan.
Hot Press Forming boleh dikatakan sama macam teknologi membuat konkrit untuk pembinaan.
Untuk pengetahuan,hot press forming ni menggunakan tekanan dan haba yang tinggi untuk memampatkan metal sheet/bahan yang digunakan dalam pembuatan kereta ni.Metal akan dipanaskan sehingga sampai ke satu peringkat dan disejukkan semula supaya sifatnya  mencapai maksimum.Aku pernah baca tapi tak berapa ingat.Korang google lah sendiri..haha
Aku yakin kalo ketuk dengan hammer atau drill mesti susah nak kemek apatah lagi dengan tangan,bengkak la jawabnya.

Itu je la secara ringkas tentang Proton Prévé dari aku.
Aku tak power sangat bab-bab kereta ni..haha...sekadar yang termampu je

Di bawah ni ada gambar sikit aku curik dari kawan aku..hehehe















CREDIT SEBESAR-SEBESARNYA UNTUK

Kat bawah ni secara details bagi sesiapa yang minat terlebih kat kereta ni

Dan akhir sekali pilihan warna
Korang pilih warna apa?
Aku pilih hitam..haha..macam mampu je beli..belajar pun x abis lagi




SHARE LA KAT MEMBER2 APA LAGI

..Terima Kasih kerana sudi membaca.Salah ejaan atau fakta minta maaf sebab aku bukan pro sangat perihal kereta ni

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Blogger Wordpress Gadgets