Rabu, 4 April 2012

Segarkan Minda Bersama Anime Ringan


                                                

Petang tadi aku bosan tak tau nak tengok ape jadik aku pun layanlah tgok anime ni.
Best giler woo..Opening lagu sangat la sweet.Aku tgah menterjemah maksud dier tu.Suka sangat lagu tu.Tenang je.

KISAH APA NI?MACAM BUDAK-BUDAK JE
Ni Anime yang biasa-biasa je. tak berat macam Naruto,Bleach,One Piece.
Ala anime ni macam cerita-cerita dongeng Jepun yang diambil dari orang tua.
Banyak pengajaran,simple anime,tengok banyak kali pun tak bosan.
Ini episod 1 tau. Baru semalam keluar kat Jepun .Layan je la

NAMA ANIME NI HOMETOWN REBUILDING:FORKTALE FROM JAPAN

SINOPSIS

Ada 3 kisah dalam episod kali ni.
Kisah yang mula-mula tajuk dier 
The Old Man That made the Tree Blossom
Ada 2 orang tua yang hidup bersederhana dan bahagia yang terjumpa seekor anak anjing.Diorang sangat sayang anak anjing putih tu. Satu hari,anak anjing tu nak tolong pakcik tu buat keje tapi pakcik tu tak bagi sebab dier sayang anjing tu.Setelah beberapa kali mintak,akhirnya pakcik tu pakaikan anjing tu dengan kelengkapan orang nak bertani(siap ada cangkul).Lepas tu anjing tu suruh ikut pegi satu tempat.Pak Cik tu ikut la.Sampai di tempat tu anjing tu suruh korek lubang. Sekali kat lubang tu harta karun.Anjing tu suruh letak atas badan dier sumer emas.Pak Cik tu tak sampai hati (mulia hati pakcik ni).Tapi akhirnya pakcik tu mengalah.Lepas tu anjing tu suruh pakcik tu naik atas badan dier.Giler betul anjing tu.Pak Cik tu mana la sanggup.Tapi sama seperti keadaan lain, akhirnya mengalah jugak pakcik tu.Pak Cik menunggang anjing pulang ke rumah dengan emas.Isteri dier sangatla gembira.Tak sangka emas yang suami dier bawak.
Lepas tu ada la pulak jiran dier dengki..Apa yang jadi lepas tu..tengok la kat atas...haha

Sedih anjing tu mati.Hampir menangis =(.Tak guna punya jiran




.Kisah 2 :
The Man Who Bought Dream
Best kan kalo boleh beli-beli mimpi ni.Kisah kedua ni tentang 2 orang peniaga yang mengembara dari satu tempat ke tempat yang lain.Sampai satu tempat diorang pun berehat.Peniaga yang tua tu tak larat sangat sampai tertido.Sekali peniaga yang muda tu nampak lalat keluar dari hidung waktu peniaga tua tu tidor.
Tak lama lepas tu,lalat yang terbang merata-rata tu masuk balik dalam hidung peniaga tua tu.Peniaga tu terjaga dan menceritakan dia bermimpi bahawa ada dia nampak kampung kat seberang bukit tu dimana ada orang kaya tinggal dan di bawah pokok (pokok apa ntah dalam taman orang kaya tu) ada harta karun kalo pokok tu berbunga warna putih (selalunya warna merah).
Peniaga muda tu pun berfikir bahawa lalat tadi telah membawa mimpi kepada peniaga tua tu.Dia berniat membeli mimpi dari orang tua tu. Orang tua jual dengan harga 300 yen.Harga kawan-kawan katanya.
Peniaga muda begitu percaya dengan mimpi tu pergi la ke rumah orang kaya tu.Kebetulan orang tua nak carik pekerja jaga taman bunga dier.

Peniaga tu dah hampir dengan harta karun tu.Dia cuma perlu mencari bunga yang berwarna putih.Berjayakah dier?..Haha..tgokla sendiri.

Terharu dengan peniaga muda tu.Penamat yang menarik





Kisah 3:
The Rat Sutra
Sutra tu apa? Sutra tu bacaan la masa orang Jepun ni semayang untuk orang yang dah mati.
Kisahnya bermula bila ada seorang tua ni yang tinggal di ceruk kampung yang telah kematian suaminya.
Dia tak pernah tahu pun cara nak baca mantera time semayang tu. Jadik satu hari ada la seorang pendeta datang (pendeta ni pemalas dan hanya nak tidur je).Pendeta ni bukan tahu apa pun pasal mantera.
Makcik tu bagilah pendeta penipu ni makan.Dah abih melantak, pendeta ni nak tidor tapi makcik tu memohon untuk mengajarnya cara nak baca mantera untuk suaminya.Disebabkan termakan budi,pendeta penipu tu pun dia buat je la main hentam tapi makcik tu ikut je.Kebetulan ada tikus masa dier nak ajar makcik tu jadik keseluruhan mantera tu ada bacaan pasal tikus.Pendeta tu menamakan mantera tu sebagai 'The Rat Sutra'. Makcik tu percaya dan ikut mantera tu sampai la tahun berikutnya dan berikutnya.
Setahun lepas tu ada orang nak merompak rumah makcik tu. Masa perompak tu nak merompak da tak tau makcik tu tengah semayang. Jadik setiap perkataan yang dilafazkan seaakan-akan makcik tu tahu perompak tu ada kat situ. Perompak tu apa lagi cabut la. Perompak tu adalah Pendeta Penipu yang pernah datang rumah tu.Dia terkejut makcik tu sampai sekarang masih amalkan mantera tipu dier bagi tu.
Pendeta tu kesal....

Apa yang jadik kat pendeta tipu dan makcik tu....Mana aku atau...Layan je sendiri

Kesetiaan seorang isteri kepada suami dan tahap kepercayaan makcik tu memang tinggi.
Penamat cerita best.





Ni antara anime ringan yang menarik bagi aku.Layan lagi minggu depan ..Yeay

//Nak upload lama giler..Blogger server problem la ni..Apapun enjoy
//Salah fakta atau ejaan mintak maaf yer

0 ulasan:

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Blogger Wordpress Gadgets