Sabtu, 7 April 2012

6 Sebab Untuk Jangan Pandang Rendah Budak Kecik









Ni sekadar nak lepaskan stres dalam kepala tu.Yerla dah penat-penat bekerja tu meh sini aku bagi 6 Situasi yang menyebabkan korang takkan pandang rendah dekat budak-budak.Budak-budak ni memang pandai.Pandai menjawab dan bagi soalan pelik-pelik.Haha

1)Situasi 1

Seorang budak tengah bercerita pasal ikan paus kat cikgu dier. Cikgu dier cakap amatlah mustahil dan tak mungkin kalo ikan paus nak telan manusia walaupun ikan paus tu mamalia yang besar sebab ikan paus punya lubang tekak amatlah sempit.Budak tu baik punya cakap Nabi Yunus elok je kena telan dengan ikan paus.Cikgu dia agak bengang la jugak dengan budak ni dan tetap menegaskan bahawa ikan paus tak boleh telan orang (Ni subjek sains jadik cikgu tu kena ikut fakta la,kalo ikut Pendidikan Islam memang ikan paus tu telan Nabi Yunus).Budak tu tenang je jawab 'Takpe nanti saya tanya Nabi Yunus kat syurga'.Cikgu dia taknak kalah cakap 'Macam mana kalau Yunus tu masuk neraka?'.Budak tu dengan yakinnye jawab 'Ha kalo macam tu cikgu je la tanya'.

HAHAHA,kan da kena
Budak-budak 1 Cikgu 0

2)Situasi 2

Seorang cikgu tadika tengah mengajar lukisan dekat semua murid-murid dier.Cikgu tu pun jalan-jalan tengok hasil kerja murid-murid dier(Yalah kan,cikgu suka menyibuk,kalo aku dulu-dulu sorok je semua lukisan aku,tak cantik pun).Tetibe cikgu ni tertarik dengan seorang budak yang tengah melukis dengan semangatnya.Cikgu tu tanyalah lukisan apa yang dilukis oleh budak tu.Budak tu cakap dier tengah lukis tuhan.Cikgu tu kuat imannya pun berkata 'Takder siapa dalam dunia ni tahu macam mana bentuk dan rupa tuhan'.Budak tu sambil tekun melukis membalas kata-kata cikgu tu 'Takpe-takpe,lagi seminit semua orang akan tau',sambil berusaha menyiapkan lukisannya

TERKEDU CIKGU DIER. LOYAR PUNYA BUDAK
Budak-budak 2 Cikgu 0


3)Situasi 3

Kali ni situasinya kat rumah pulak.Ada seorang budak pompuan kiut-miut ni tengah tengok mak dier basuh pinggan-mangkuk kat dapur (bagus orang pompuan ni nyibuk kat dapur,boleh timba ilmu masak-memasak dengan emak yang lebih pro).Budak perempuan ni syok berkhayal dier ternampakla rambut putih dekat atas kepala mak dier (uban la tu). Biasalah budak-budak nak tahu dier pun tanya kat mak dier 'Mak,kenapa rambut mak warna putih yer?.Mak dier senyum je jawab,'Setiap benda nakal yang kamu buat yang boleh sedihkan mak akan buatkan rambut mak jadik putih satu persatu,jadik kamu takleh nakal-nakal.la yer,Saidatul Nafisa (lol,sejak biler ade nama ni?),hehe.
Budak perempuan tu dengan laju je membalas dan tak endahkan pun nasihat tu dengan berkata 'Abis tu,nenek punya rambut semua beruban kenapa mak?'

CEH,TERKENA MAK DIER.TERUS TAK JADIK MASAK,ANAK DIER LA YANG MASAK LEPAS NI XD

Budak-budak 1 Emak 0

Situasi 4

Nakal punya nakal,dah sampai akhir tahun.Masa penyampaian hadiah tadika tu (aku suka masa ni,abih semua aku bolot..haha..konon pandai la masa tu).Semua murid-murid berkumpul depan tiang bendera nak amik gambar berkumpulan dengan cikgu.Lepas da amik gambar tu,cikgu ni pun nak suruh budak-budak tu beli gambar tu buat kenangan.Cikgu tu nak membodek punya pasal dier pun kata 'Cuba murid-murid tengok gambar ni,nanti kamu dah besar mesti ini akan jadik kenangan terindah kamu.Kamu semua besar-besar mesti segak dan cantik,Nurul akan jadik peguam dan ini Johan,dier akan jadik doktor,sambil jarik cikgu tu menunjuk ke arah gambar tu.Lepas tu ade suara sayup-sayup (budak kelas sebelah,baju warna merah),
'Dan cikgu pulak mesti dah mati kan time tu',sambil melarikan diri keriangan

TERSALAH SEBUT SIKIT MEMANG ALAMATLAH KENA DENGAN BUDAK-BUDAK NI

Budak-budak 3 Cikgu 0

Situasi 5

Dah masuk musim ke dua,tadika tu bukak balik, tahun ni murid-murid akan diajar tentang sains sebelum diorang bersedia nak masuk darjah 1.Jadik hari tu cikgu ni pun ajar tentang peredaran darah secara ringkas.Cikgu lelaki ni dia cuba berdiri secara terbalik(kepala ke bawah,kaki ke atas) walaupun takkan ada cikgu tadika akan bat macam tu tapi dalam cerita aku sumer boleh kalau aku nak,hehe.
Sambil berdiri secara terbalik,cikgu tu berkata 'Ok,semua murid tengok,kalo cikgu duduk terbali,darah akan mengalir ke otak cikgu jadik muka cikgu akan jadik macam tomato,paham tak?Murid-murid tu dengan seragam menjawab,'YA!'.
Lepas tu cikgu tu saja nak uji minda dengan bertanya 'Kenapa kalau cikgu berdiri macam biasa darah tak mengalir ke kaki?'.
Seorang murid kecik comel molek yang tak disangka-sangka akan menjawab berkata 'Sebab kaki cikgu tak kosong,tu pasal darah takleh lalu tu'.

KITER NAK UJI MINDA DIER LAST SEKALI MINDA KITA YANG TERUJI

Budak-budak 4 Cikgu 0

Situasi 6

Dah masuk darjah satu dah budak-budak tu sumer.Jadik biasalah kat kantin beratur panjang la kan.Adalah beberapa orang budak tengah beratur nak amik RMT (Rancangan Makanan Tambahan). Kakak cun yang jaga barisan RMT tu letak satu nota kat atas meja yang penuh dengan epal tu.Nota tu berbunyi 'Harini ambik satu je epal,jangan lebih-lebih,tuhan kat atas tu nampak apa korang buat'.
Ada seorang budak ni (bekas murid tadika kat atas tadi),dengan pantasnya tulis satu nota dan letak atas meja penuh dengan biskut 'Chipsmore'.
Nak tau apa dier tulis?.Dia tulis 'Chipsmore ni balun je sumer sebab tuhan tengah tengok meja yang ada epal je'.

KURANG DIDIKAN AGAMA JADIK MACAM NI LA..HAHA

Budak-budak 1 Kakak Cun 0
Kakak cun dapat kat aku..lalalala~~~~


Amacam best tak citer ni?Budak-budak ni memang lagik pandai.Semakin kite cakap,semakin banyak yang dijawabnya (Hipotesis)
Tak kisahla sebab diorang nila yang buat kiter seronok je memanjang.
Jadik,bergembiralah selalu jangan sedih-sedih.
Post ni hanya untuk bahan jenaka.Takde kena mengena dengan yang hidup yang telah mati dan tak berniat nak wujudkan isu-isu sensitif..hehe


Situasi mana yang paling best?Komen di bawah

ORIGINAL POST (ENGLISH) AT

DIOLAH SEMULA BAGI DISESUAIKAN UNTUK RAKYAT MALAYSIA OLEH

//Kalo best share la kat member-member
//Salah ejaana dan fakta nanti aku check

0 ulasan:

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Blogger Wordpress Gadgets