Ahad, 1 April 2012

Piramid Makanan Yang Musnah

Ish apsal tajuk harini pasal piramid makanan ni? Ha ni aku tak bagitau pasal Piramid Makanan secara umum. Waktu sekolah rendah dulu,waktu Nurse datang sekolah ada jugak dia tunjuk piramid makanan ni. Seronok tengok piramid makanan ni sebab banyak gambor makanan dalam dier. Selalunya aku dengan kawan-kawan akan pilih makanan yang kami suka dalam piramid tu.Pelik kan? Majoriti akan pilih bahagian yang paling atas sekali (yang ada coklat dengan ais krim tu).

Disebabkan aku ni genius sket(ceh),waktu time tu aku tau la jugak Piramid tu fungsinya untuk apa. Yang bawah tu makan kena banyak,Yang atas sekali kena makan sikit. Aku pening-pening jugak pasal sajian(1/2 sajian,2 sajian),apa kebenda nya tu?Buat pengetahuan,itulah pertama kali aku tengok piramid (padahal bentuk segitiga je)

Sampai sekolah menengah, aku nampak piramid tu lagi kat dalam makmal Biologi. Aku buat tak endah je la sebab aku pun tak terlalu banyak fakta masuk masa tu (karbohidrat,glucose,lipid, dan segala macam lagi)

Jadik untuk menebus kesilapan aku yang lalu,aku pun nak la cerita sket pasal piramid makanan ni walaupun aku tau amatlah mustahil untuk aku ikut.




Satu-satu piramid yang penuh dengan makanan di dunia


===========Copy Paste dari laman web di sini.Jadi eloklah kalo nak buat assignment pasal piramid makanan ni ambik maklumat mula dari sini============================================

Apakah dia Piramid Makanan?

Piramid makanan ialah satu carta yang membantu kita untuk merancang pengambilan jenis-jenis makanan dan sukatan makanan yang sesuai untuk kita setiap hari .


Berapakah kumpulan makanan terdapat dalam Piramid Makanan?

Makanan dibahagikan kepada 5 kumpulan utama yang diletakkan pada paras yang berbeza-beza di dalam Piramid Makanan Malaysia:

Paras 1
Nasi, mi, bihun, roti, bijirin dan produk bijirin lain serta ubi-ubian

Paras 2
Buah-buahan dan sayur-sayuran

Paras 3
Ikan, ayam dan itik, daging dan kekacang, susu dan produk tenusu

Paras 4
Lemak, minyak, gula dan garam


Berapakah sajian yang perlu kita ambil dalam sehari?


Paras 1
Biji-bijian dan bijirin serta produk ubi-ubian (8-12 sajian)


Paras 2
Buah-buahan dan sayur-sayuran (3-5 sajian)


Paras 3
Ikan, ternakan, daging dan kekacang (2-3 sajian)

Paras 4
Susu dan hasil tenusu (1-2 sajian)



Apakah itu saiz sajian?

Saiz sajian merujuk kepada jumlah makanan dalam kumpulan yang sama yang mempunyai kandungan zat yang serupa dan boleh ditukar ganti.

=======Copy Paste tamat. Kalo nak maklumat lanjut gi carik sendiri,Lepas ni semua tulisan asli=======

Weyh,aku tak paham la lagi apa sajian-sajian tu.1 sajian berapa banyak susu/sayur/gula?

Ha meh sini aku bagai illustrasi bergambar cara aku.

Bagi bijirin,produk bijirin dan ubi-ubian, Satu sajian sama dengan


Bagi Sayur-sayuran, satu sajian bermaksud


Untuk buah-buahan bila orang cakap satu sajian tu macam ni

Susu dan Produk Tenusu. Setiap sajian sama dengan


Dan akhir sekali, bagi kelompok telur,daging,ayam kekacang dan ikan, satu sajian sama dengan





Itulah dier sedikit sebanyak tentang apa yang dimaksudkan dengan satu sajian.
Contoh : kalau korang makan ikan bilis 10 sudu/sehari maknanya korang dah amik 2
sajian/hidangan..kiar ok la tu.


Ok da citer pasal piramid makanan yang sebenar kan.Sekarang aku nak citer piramid makanan aku pulak. Pendek je. Aku letak gambar sket.



Kalau ikut piramid alamat nya tak kekal lama la..hehe

Ok, dengan berakhirnya gambar tu maka tamatlah post ni. Ingat yer, badan sihat otak cergas (ceh)



//Post ni paling banyak gambar.Penat le upload ni.
//Salah fakta dan ejaan nanti aku double check
//tolong la jangan ikut piramid hancur tu.dah tak rupa piramid da xD

1 ulasan:

Hahaa klaka la. Tp bguna gila post ni. Thanks!

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Blogger Wordpress Gadgets