Jumaat, 4 Mei 2012

Prebiu Naruto Shippuden Episod 261

Minggu ni la episod yang dinanti-nanti..haha.
Akhirnya setelah beberapa lama siri Naruto diisi dengan filler je,kali ni Naruto kembali ke cerita sebenar.

Episod 261 ni bertajuk For my friend.Friend dalam erti kata lain melambangkan sahabat Gaara iaitu Naruto la saper lagi.
Permulaan episod adalah sambungan dari beberapa episod yang lepas (sebelum episod filler tu),di mana semua tentera shinobi berkumpul bersama-sama dengan kapten bagi setiap pasukan masing-masing.
Kali ini,berlaku sedikit konflik antara ahli-ahli setiap kampung oleh kerana kisah lampau antara kampung-kampung.Misalnya dalam episod ini,ada shinobi dari Hidden Stone Village bergaduh dengan Hidden Sand Village disebabkan kisah lampau yang melibatkan kedua-dua kampung tersebut.Pergaduhan mula merebak apabila masing-masing cuba bertelagah antara satu sama lain.
Apabila keadaan menjadi semakin tegang,Gaara,sebagai ketua angkatan tentera mengawal keadaan dan memberi satu ucapan yang begitu bermakna sekali.
Ucapan cara yang begitu mendalam tentang erti persahabatan.
Naruto menjadi inspirasi dalam ucapan Gaara itu.

Selepas mendengar ucapan itu,semua shinobi kembali fokus atas tugasan mereka iaitu mengalahkan Akatsuki dan meminta maaf antara satu sama lain.Ucapan Gaara benar-benar memberi impak yang besar dalam pasukan tu.
Persahabatan Gaara dengan Narutolah yang membuat dia menjadi seperti sekarang.
Sementara itu,bagi Kage yang lain,mereka sudah pun bersiap sedia untuk pergi berperang
Masing-masing meminta maaf setelah mendengar ucapan Gaara

Pertengahan Episod
Bagi tentera Kabuto/Tobi,masing-masing dan bersedia dengan askar klon Zetsu dan Edo Tensei.Sementara itu,Anko telah ditangkap semasa dia nak mendapatkan maklumat tentang lokasi Kabuto.Dia telah diracun oleh Kabuto dan tidak tahu apa yang akan dilakukan oleh Kabuto.
Kabuto telah membahagikan tugas kepada setiap individu yang dibangkitkan oleh Edo Tensei.
Beberapa Edo Tensei seperti Asume mula berasa tidak sedap hati atas apa yang berlaku,Tetapi apakan daya,mereka tidak mampu mengawal badan mereka kerana sepenuhnya dikawal oleh Kabuto.
Zabuza(Edo Tensei) yang tidak suka apabila dirinya dikawal
Ada yang cuba melawan tetapi semuanya sia-sia
Kapten Anko terkena racun Kabuto setelah digigit
Kali ni antibodinya tak dapat melawan kerana racun ini lain dari sebelumnya

Cerita Sampingan
Cerita sampingan dalam episod ini adalah dimana Naruto telah berjaya mengimbangi batu-batu menggunakan chakra Kyuubinya.Bee menyatakan bahawa selepas ini Naruto perlu melalui satu cabaran terakhir untuk melengkapkan latihannya.Semua ini bertujuan untuk melengahkan Naruto tetapi secara tak langsung latihan ni dapat meningkatkan kawalan Naruto terhadap chakranya.
Akhirnya Naruto berjaya mengimbangi batu menggunakan Chakra Kyuubi

Pengakhiran Episod
Episod 261 berakhir dengan babak yang cukup menarik iaitu Gaara dan tenteranya sudah mula maju ke hadapan.Gaara berada di hadapan diikuti dengan ketua setiap bahagian dan akhir sekali semua tentera shinobi.
Minggu depan perang bermula.Yeah!
Setiap Kage bersemangat untuk menentang Akatsuki
Gaara dan tentera shinobi maju kehadapan


Nah amik aku bagi episod ni kat bawah.Layan


2 ulasan:

dh release ke naruto SP 261?ep 260 dk crite bnde lain..xtau bile nk lawan.manga pon sme..

sup3rc0w.blogspot.com <----Something might be new for you.visit me :)

@yoo Mee
Episod 260 yg lepas cerita pasal masa silam Sasuke dan Naruto..tu nama dia filler episod.Saja nak bagi masa,takut-takut nanti cepat sangat sampai x terkejar manga

Episod 261 dah nak mula lah perang shinobi-kabuto tu.tak tahu kla kalau episod 262,263 qakan ade filler lagi

Bagi manga,juga masih lagi dalam masa silam tentang cerita Kabuto.Ni semua biasalah,nak bagi manga tu lama sket..

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Blogger Wordpress Gadgets