Rabu, 2 Mei 2012

Prebiu Anime AKB0048 (Apabila Hiburan Diharamkan)


AKB0048,anime baru minggu ni.
Ok, aku akan cerita secara ringkas tentang anime ni dan cerita sikit-sikit pasal episod 1

Apa benda AKB0048?
Tajuk anime ni diambil dari nama sebuah kumpulan di Jepun iaitu AKB48.Kalau korang peminat setia anime,korang mesti tahu kumpulan ni banyak menyanyikan lagu-lagu opening dan ending.
Kumpulan ni terdiri daripada beberapa wanita,tak silap aku ader 13 kot..entahla..banyak lagi kot..haha
Semua ahli kumpulan AKB48 ni terlibat dalam pembikinan anime ni sebagai suara latar bagi setiap watak

Anime ni tentang apa?
Anime ni berkisar tentang dunia yang telah moden(rasanya 100 tahun dari sekarang),dimana hiburan diharamkan sama sekali atas sebab-sebab tertentu.Senang citer, memang takkan ada konsert la kat bumi pada masa tu.Haram jika mengadakan sesuatu yang bercorak hiburan.
Lepas tu, ada la pulak satu kumpulan ni (AKB0048) yang ditubuhkan untuk memberi hiburan kepada tempat yang telah diharamkan untuk berhibur.
Kumpulan ni lah yang terdiri daripada ahli kumpulan AKB48.
Papan tanda yang mengambarkan hiburan diharamkan

Ringkasan Episod 1
Kumpulan AKB0048 mendapat sambutan hangat daripada penduduk bumi.Dengan menyayikan lagu mereka,semua penonton bersorak.Memang mula-mula cerita dah start lagu.Lagu ni dah lama dah dinyanyikan oleh kumpulan AKB48.
Sebelum scene lagu tu start,watak utama anime ni diperkenalkan iaitu Chieri,Nagisa,Yuka,Orine
Mereka berempat nak pegi tengok konsert tu.Adalah beberapa polis mengadakan spot check dekat orang-orang yang nak pergi ke konsert tu.Mereka berempat menanam harapan untuk menjadi ahli AKB0048 setelah melihat persembahan kumpulan itu.
Scene lawan-lawan dengan askar kerajaan sambil menyanyi tu memang gempak.Comel je semua ahli AKB0048.Lagu pun best.
Kemunculan kumpulan tu dalam kapal angkasa
Persembahan AKB0048
Dari kiri Chieri,Nagisa,Yuka,Orine

Disebabkan minat nak masuk kumpulan tu,mereka bertiga (Yuka,Nagisa,Orine),bercadang nak sertai ujibakat.Kebetulan pulak kumpulan tu nak ambil orang untuk Generasi Kumpulan Yang Ke-77.Ketiga-tiga watak tu pun rakam la video untuk dihantar sebagai ujibakat mereka.Comel je waktu rakam video tu,Nagisa sebut 'Yes!' je kuat,nyanyi nyer perlahan je.haha.Yuka nyanyi paling sedap.
Pengumuman ujibakat secara digital
Ujibakat digital (rakaman) Yuka
Ujibakat Nagisa

Nagisa mempunyai masalah dengan keluarganya kerana bapak dier adalah Pegawai Bahagian Kawalan Hiburan.Oleh sebab itu,bapak dier amat marah apabila Nagisa menyanyi dan mengantung poster artis di biliknya.Sampai begitu sekali kan?Nagisa rasa tertekan dan serba salah sama ada dia akan pergi apabila dipanggil jika dia melepasi ujibakat pertama AKB0048
Halangan Utama Nagisa iaitu bapanya

Keesokannya,masa Yuka jatuh basikal,dia dapat mesej menyatakan bahawa mereka semua lepas ujibakat pusingan pertama.Gembira takde ingat la Yuka dengan Orine,tapi tidak bagi Nagisa.Dia tahu bapak dier mesti tak bagi pergi punya.Memang betul,sampai je kat rumah,berlakulah perselisihan faham antara Nagisa dan bapaknya.Nagisa terus lari kerana merajuk.Sementara itu,Yuka pulak putus cinta dengan kekasihnya apabila dia menceritakan niat untuk masuk AKB0048 kepada kekasihnya.Memang babak tu penuh dengan konflik
Reaksi Yuka dan Orine bila dapat keputusan mereka berjaya
Reaksi Nagisa

Keesokan harinya,Nagisa masih lagi ragu-ragu sama ada mahu pergi atau tidak padahal haritu adalah hari dimana pesawat yang membawa mereka akan berlepas.Yuka dan Orine menunggu di pesawat tapi Nagisa tak datang-datang jugak.Akhirnya,Nagisa mendapat keyakinan untuk pergi.Masa-masa kritikal tulah baru Nagisa dapat buat keputusan.Sebelum pergi tu,emak dia sempat bagi riben khas dibuat untuk Nagisa.Memang sweet masa tu.
Babak Nagisa dan emaknya sebelum Nagisa pergi

Scene yang akhir tu memang yang paling best.Waktu Nagisa kayuh basikal laju-laju nak kejar pesawat tu ditambah pulak dengan ending song yang memang kena pada masanya memang superb.
Memang nampak tak logik je dapat kejar pesawat tu,tapi semangat dier tu yang buat babak tu best.
Nagisa berusaha nak kejar pesawat yang hendak berlepas untuk ke peringkat seterusnya sebelum menjadi AKB0048
Orine membuka pintu untuk mengapai tangan Nagisa masuk ke dalam pesawat.Mampukah dia?

TAMAT



Layan Di Bawah Ni bagi yang taknak download.Yang nak download cari sendiri

0 ulasan:

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Blogger Wordpress Gadgets