Selasa, 8 Mei 2012

Prebiu Anime AKB0048 Episod 2

Minggu lepas aku ada cerita pasal anime AKB0048.Ala yang pasal hiburan diharamkan tu.
Ok kali ni aku nak cerita sikit episod 2 anime ni.

Episod kali ni bersambung lagi apabila watak-watak utama iaitu Orine,Nagisa dan Yuka
telah menaiki kapal angkasa.
Orine,Yuka dan Nagisa



Dalam kapaL angkasa tu diorang telah diberi sebuah bilik yang boleh menempatkan 3 orang.
Mula-mula aku ingat kapal angkasa tu khas untuk peserta ujibakat AKB0048 je,rupanya kapal angkasa tu memang pengangkutan untuk semua.Dalam kapal itu hanya ada beberapa orang je yang terlibat dengan ujibakat AKB0048.
Orine,Nagisa dan Yuka dapat bertemu dengan beberapa calon-calon lain yang berjaya melepasi peringkat pertama ujibakat tu.
Antara watak-watak itu adalah
Sonata
Sangat hyperactive dan comel sangat
Dia ni tak layak pun masuk AKB0048 sebab takde tiket tapi dia percaya dia boleh lepas
ujibakat ke-2 bila pengadil tengok muka dier.
Terpaksa menyorok dlam kapal angkasa sebab pendatang haram 

Suzuko
Seorang yang ak tenang tapi tak begitu serius.
Dia ni memang peminat setia AKB jadi dia tahu semua mengenai AKB
Macam berlagak sikit

Makoto
Seorang yang kurang keyakinan sikit tetapi layak untuk masuk ujibakat ke-2 AKB0048
Amat takurt apabila mengetahui banyak persaingan dari peserta lain
Kelam Kabut sikit

Sementara itu,Nagisa masih lagi berharap bahawa Chieri turut menyertai ujibakat itu kerana mereka telah berjanji bersama-sama untuk menjadi ahli AKB0048.
Tetiba ja,ada satu berita keluar kat skrin semasa diorang semua duduk melepak dengan kawan-kawan baru.
Berita itu mengenai Chieri,anak kepada CEO Syarikat Zodiak yang telah hilang.
Chieri ni agak terkenal la sebab bapak dier ni CEO syarikat tu.
Buat pengetahuan Chieri seringkali melawat Lanchester (tempat Nagisa dan rakannya tinggal) dan bermain bersama-sama mereka.Dia akan pulang setelah beberapa lama berada di Lanschester.Jadik,sudah lama Nagisa tak bertemu Chieri disebabkan Chieri dah lama tak datang ke Lanchester.

Masing-masing lepak di kafeteria kapal angkasa tersebut

Berita tentang kehilangan anak CEO Syarikat Zodiak,Chieri

Memori lama Nagisa bersama Chieri yang menjadi titik tolak mereka menyertai AKB0048

Orine,Yuko dan Orine bergegas mencari Chieri setelah mengetahu Cheiri ada di atas kapal angkasa tersebut

Dalam proses mencari Chieri tu,Nagisa telah berpecah dan berjumpa dengan seorang lelaki misteri (turut muncul dalam permulaan episod).
Lelaki ini seperti seorang yang perwatakan 'gelap' dengan mentayakan persaingan haruslah disingkirkan
Bersamanya adalah Kirara,makhluk yang akan bercahaya apabila kehadiran AKB0048

Kirara
Hanya orang yang benar-benar ingin menjadi idola mampu memilikinya.
Mempunyai banyak warna,dalam episod ni Kirara ni dimiliki oleh Chieri (Lelaki misteri)

Klimaks episod ni adalah apabila robot dari Department of Entertainment Security (DES) datang menyerang kapal angkasa tersebut atas alasan bahawa ada peserta yang menyertai ujibakat AKB0048 berada di atas kapal.
Apa lagi,Nagisa dan kawan-kawannya takut la takde ingat.Berlaku adegan kejar mengejar dan tembak menembak.Mereka terus berlari dan sampailah ke satu bilik yang dipenuhi oleh orang yang dilindungi oleh kapten.
Masa ni keadaan memang tegang apabila rambut Nagisa ditarik oleh robot DES yang mengejarnya tadi.Kesian Nagisa.Rakannya tak boleh buat apa-apa sebab robot tu terlalu kuat.
Nagisa dan rakan-rakannya tiba di satu bilik yang dipenuhi dengan penumpang bersama seorang kapten

Rambut Nagisa ditarik

Lepas tu,kedengaranlah background music menandakan yang AKB0048 datang.Fighting scene memang agak sederhana tapi kebanyakan kuasa telah ditonjolkan seperti Heart Attack oleh  Kojiharu
Dalam masa nak lari selmatkan diri tu,Nagisa tertinggal pulak riben yang khas diberi oleh mak dier (episod 1)

AKB pun muncul dengan gempaknya
Sayaka,TakaMina dan Kojiharu

Heart Attack oleh Kojiharu (Nyan-nyan)

Riben yang dibuat oleh emaknya hilang menyebabkan Nagisa berpatah balik

Disebabkan nak ambil riben tu,Nagisa terperangkap lagi.Tapi kali ni dier diselamatkan oleh lelaki misteri tadi.Rupanya lelaki itu adalah Cheiri yang menyamar sebagai lelaki.
Chieri memang da lain sekarang.Perwatakannya agak serius dan agak cold sikit.
Akhirnya,lelaki misteri tu menunjukkan wajah yang sebenarnya iaitu Chieri
Dari riak wajahnya,Chieri memang sudah berubah

Tanpa disedari mereka,lampu dari atas jatuh ke bawah.Chieri menolak Nagisa menyebabkan dia tersepit di celah lampu tersebut yang telah jatuh.Nagisa cuba menyelamatkan Chieri tapi Chieri seakan-akan tidak mahu Nagisa menyelamatkannya kerana dia menganggap bahawa tidak guna menyelamatkan persaingan sendiri (persaingan yang dimaksudakan adalah persaingan menjadi peserta AKB0048)
Dalam keadaan tersepi tu,Chieri menyuruh Nagisa pergi kerana baginya tidak berfaedah untuk menyelamatkan saingannya sendiri.

Masa ni Nagisa dengan tekad bahawa persaingan bukanlah segalanya,yang penting adalah kerjasama.
Chieri terkedu dengan penyataan tersebut dan secara tiba-tiba Kirara menyala dengan terang.Satu suara berkata bahawa 'satu idola telah muncul'(lebih kurang la).
Masa ni satu kuasa baru diperkenalkan iaitu Heavy Rotation oleh Yuka

Kirara menyala dengan kuat menandakan kelahiran idola/bintang baru iaitu Nagisa

Yuka Heavy Rotation
Akhirnya mereka diselamatkan oleh Yuka
Setibanya di kapal angkasa yang lain,Nagisa berasa sangat gembira kerana dapat berjumpa kembali dengan rakannya.Tetapi kegembiraan ini sementara apabila ada satu robot DES yang mengekori mereka dan menceroboh kapal.
Masa ni ada la sikit babak lawan-lawan tetapi hanya menunjukkan kuasa ahli AKB0048 iaitu Mayuya yang menggunakan missile untuk menyerang robot DES tu.
Semua dapat diselamatkan dan bertemu semula

Mayuyu menggunakan missile 


Pengakhiran episod,Nagisa berkata dalam hati bahawa Chieri amat bertuah kerana diiringi oleh Kirara tetapi bagi Chieri ia adalah sebaliknya kerana Kirara tidak pernah menyala apabila berda disampingnya tetapi menyala dengan kuat apabila berhampiran dengan Nagisa.
Kapal angkasa tu kemudian memasuki Kirara Drive mode  dan melepaskan diri dari serangan DES.

Kirara bersedia untuk Kirara Drive Mode

Kirara Drive Mode
Digunakan untuk pergi ke tempat lain dengan cepat


TAMAT EPISOD 2

LAYAN EPISOD 2 KAT BAWAH

0 ulasan:

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Blogger Wordpress Gadgets