Rabu, 2 Mei 2012

Prebiu Kimi To Boku 2/You and Me 2 Episod 5


Episod 5 kali ni masih lagi berkisar dengan sambutan Tahun Baru buat semua karakter dalam anime ni.
Yuuta dan Yuki menerima kad tahun baru dari Shun.Memang agak peliklah sebab kebanyakan orang sekarang dah tak hantar da kad-kad ni,semua main wish dekat internet atau melalui telefon.
Tapi bagi Shun,dia memang suka hantar kad tahun baru sebab dah jadi kebiasaan.
Sementara itu,Kaname pulak hantar sms tahun baru dekat Yuuta dan Yuuki.
Yuuta je yang balas pun.Yuki malas nak balas sebab dia tahu Kaname mesti faham nyer.
Bagi Chizuru pulak,dia tak hantar kad atau sms tapi dia terus datang rumah Si Kembar tu..lagi semangat..haha
Bosan je Yuki tahun baru ni.
Chizuru gila, terus datang rumah bagi ucapan

Awal tahun baru tu diorang semua pun pergilah ke tokong untuk buat permintaan tahun baru.Lawak permintaan Shun,sebab dier nak dunia aman,padahal dia pun dah memang tenang da..haha
Bagi Chizuru,dia nak hubungan dier dengan Mary semakin rapat.
Shun cerita pasal permintaan semasa dalam perjalanan ke tokong
Muka kembang je..haha

Waktu nak buat permintaan tu,Chizuru tersilap baling benda dekat dalam tokong tu.Sepatutnya dia baling 100 Yen sekali terbaling kunci basikal yang dia jumpa tadi.Serentak dengan itu,tuan punya kunci tu pun datang,kecewa je raser..haha
Chizuru tersalah baling kunci,sepatutnya baling 100 yen dekat tokong tu masa buat permintaan


Akibat daripada itu,semua kena usung basikal tu untuk orang tu.Orang tu adalah pelajar Tahun 3.maknanya senior diorang la.Diorang pun usungla basikal tu,tapi mengambil masa yang agak lama disebabkan diorang ni banyak berhenti.Yang senior tu tension ije tengok perangai diorang semua..hehe
Kaname pulak tetibe pulak nak balik rumah sebab mak dier suruh beli barang dapur.Masa ni memang lawak sebab semua nak ikut Kaname.Penyudahnya,Yuuta yang ikut...kesian yang lain-lain.
Rupa-rupanya ,senior tu tengah bercinta.Macam apa je Yuki,Shun dan Chizuru kata cinta abang Senior tu macam manga.Padahal diorang pun manga jugak.

Reaksi 3 orang tu bila senior tu cerita kisah cinta dier.


Diorang ada jugak berhenti kat kedai dalam perjalanan tu.Chizuru bagi idea suruh tulis kad tahun baru dekat senior tu.Memang lawak sebab ntah apa-apa je diorang tulis kat kad tu.Chizuru bercadang nak poskan kad tu dekat senior tu walaupun senior tu ada depan mata sebab memang tu tradisi nyer.
Sementara nak cari tempat pos,terserempak pulak dengan kekasih senior tu.Senior tu seakan mengelak dan terus pergi meninggalkan kekasihnya itu..Kali ni Shun pulak mencadangkan supaya senior tu pos kad tahun baru kat aweknya alang-alang diorang nak pergi pos.Sibuk je 3 orang tu nak tengok...haha..kena marah la penyudahnya.
Permainan Oshikura Manju tu memang nampak cute je..haha
Kecewa je senior tu tengok kad yang ditulis oleh 3 orang tu..haha
Takde tulisan kanji,siap ada tuliasan yang bergaris-garis dan lukisan
Shun macam apa je..hehe
Kekasih kepada senior tu.Hubungan diorang agak goyah sikit

Hujung episod ni,masing-masing nak kejar van posmen yang dah berlalu pergi.Senior tu tak tahu sebab kenapa dia kejar van tu tapi dia tetap kejar.Akhirnya semua terlepas,termengah-mengah semua kecuali Yuki,sebab dia kan pelari.Dah nak dekat-dekat senja tu,van posmen tu patah balik.Dapatlah diorang poskan kad tu.
Semangat semua nak kejar van posmen


Babak last memang paling terharu waktu masing-masing mengadap matahari terbenam.Yuuta dan Kaname pun ada waktu tu,baru balik dari kedai.
Yuuta suruh Chun pilih kad sebab diorang nak hantar dekat dier.Shun terlalu pikirkan peperiksaan yang akan datang,tapi akhirnya,dia abaikan je perasaan tu dan berjanji akan hantar lagi kad tahun depan.
Sementara bagi Chizuru,oleh sebab dier tak sempat nak buat wish dekat tokong tadi,dia pun buat wish dekat matahari terbenam tu.Yang part Yuki tipu Chizuru pasal matahari tu tak boleh blah..haha..mengong

Akhirnya,semua pun buat permintaan masing-masing depan matahari tu.
Dan berfikir bahawa musim sejuk akan datang adalah hari terakhir mereka sebagai pelajar sekolah tinggi..
TAMAT Episod 5
Persahabatan yang akan kekal selamanya



Layan Full episod kat bawah (Bagi yang malas download)

0 ulasan:

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Blogger Wordpress Gadgets