[Entri Baru]Aku ketinggalan Sesuatu...Bersama Gambar Perkahwinan Imam Muda Hassan dan Ulfa

[Entri Lain]Safwan dan Zodiak//////Laungan Al Fatihah di pagi hari//////Semut dan Aku//////Maksud Lagu Latar Belakang Blog FB GAME DAN aku//////Rutin Harian//////Menangis//////Pelancaran Blog

[Entri Baru]Naruto Episod 256 Prebiu

[Entri Lain]Bleach....Satu Pengakhiran

[Entri Baru]Diari FB (Sims Social) 1/4

[Entri Lain]Diari FB (Sims Social) 29/3//////Majlis Bersama Media Scha dan Awal

[Entri Baru]Internet Download Manager

[Entri Lain] -

Perut Lapor? Klik je sini

Dah lapar sangat nak buat cam mana kan...Klik gerenti kenyang

Jumaat, 30 Mac 2012

Naruto Episod 256 Prebiu

Yeay episod baru Naruto dah keluar.
Lambat sikit nak post sebab layan anime skejap tadi lepas tu main game sims social tak abih2

Ok, ringkasan untuk episod ni

Tajuk Episod ni Assemble! Shinobi Allied Forces. Dari tajuk tu kita dah tau la bahawa Tentera Kerjasama antara Shinobi akan diwujudkan. Bagi saper yang baca manga kira dah spoiler la kan. Aku pun takde la minat baca manga sangat sebab gambar tak gerak.

Permulaan Episod
Tsuchikage pun tiba dekat Konoha dengan Pulau Penyu di mana terdapat Naruto di dalamnya. Naruto dah mula syak tapi nasib baik Killer Bee sempat tipu dan suruh Naruto training imbang batu guna 9 tails
Tapi ak rasa imbang batu tu kira macam training la nak control chakra 9 tails

Side story : Sasuke tak sabar2 nak bukak penutup mata tapi Zetsu suruh dier bawak bersabar.



Naruto cuba seimbangkan batu guna 9 tails






Pertengahan Episod

Kabuto yang dah berjaya menangkap Kapten Yamato berjumpa dengan Madara dan berkata bahawa mereka boleh mendapat maklumat yang penting tentang Tentera Shinobi. Madara ingat nak tarik terus je maklumat dari Yamato lepas tu trus bunuh dier. Tapi Kabuto nak Yamato hidup2 sebab dier ada rancangan lain.

Sementara tu Tentera Shinobi dah pun atur rancangan bagaimana nak menyerang nanti.




Madara dan Kabuto berbual serius. Madara seakan tak percaya rupanya Orichimaru dah lama kaji pasal Pertubuhan Akatsuki


Perbincangan antara Kage tentang strategi peperangan





Bahagian Akhir Episod

Semua tentera-tentera dari seluruh bahagian negara (ada lima) berkumpul dekat luar kawasan lapang Konoha. Ada sedikit perbualan antara Shino,Chouji tentang bahagian2 dalam angkatan tentera Shinobi. Semua tentera saling berkenalan antara satu sama lain.

Begitu juga dengan bahagian tentera Madara/Kabuto, mereka juga bersiap sedia dengan angkatan yang akan menyerang Konoha.
Kabuto pun guna lah Edo Tenseiuntuk membangkitkan Jasad-jasad yang terdahulu sebagai tentera. Semua kuat-kuat habaq hang
Kabuto jugak guna sel dari badan Yamato untuk buat tentera ala-ala Zetsu banyak-banyak. Senang je kan Kabuto ni buat tentera.




Shikamaru menerangkan strategi Pasukan Shinobi secara terpertinci kepada Chouji


5 kapten setiap unit diperkenalkan



Kabuto bersiap sedia dengan menggunakan jurus Edo Tensei


Peleraian
Kapten-kapten bagi setiap pasukan Shinobi diperkenalkan. Style gile part bile diorang perkenalkan tu. Lagu abih semangat.

Bagi pasukan yang lain (Madara/Kabuto), mereka mengorak langkah untuk memulakan peperangan!!!!!!



TEAM ALLIED SHINOBI



KAPTEN UNIT 1: Serangan Jarak Sederhana, DARUI

Unit Serangan Jarak Sederhana

KAPTEN UNIT 2: Serangan Jarak Dekat, KITSUCHI


Unit Serangan Jarak Dekat


KAPTEN UNIT 3: Serangan Jarak Jauh Sederhana (melibatkan serangan dekat) , KAKASHI


Unit Serangan Jarak Jauh Sederhana

KAPTEN UNIT 5: Unit Khas,Jeneral Mifune

Unit Khas




KAPTEN UNIT 4: Serangan Jarak Jauh,
KETUA KOMANDER Untuk Semua Unit


Unit Serangan Jarak Jauh






                                                     BERSAMA DENGAN



RAKYAT JELATA


TEAM MADARA/KABUTO
TEAM EDO TENSEI




ITACHI, SASORI, DEIDARA


KAKUZU, NAGATO


HAKU,ZABUZA,GARI

HANZO, GRANNY CHIYO DAN KIMIMARO

HIZASHI HYUUGA (BAPAK NEJI),DAN,ASUMA SARUTOBI

YUGITO (EKOR 2), YAGURA (EKOR 3),ROSHI (EKOR 4), HAN (EKOR 5),UTAKATA (EKOR 6),FUU (EKOR 7)



DARI KANAN TSUCHIKAGE KEDUA, RAIKAGE KETIGA, KAZAKAGE KEEMPAT

EDO TENSEI YANG LAIN LAIN











                                                           BERSAMA


TENTERA DARI CELL YAMATO


SIAPA YANG AKAN MENANG? SAMA-SAMA KITA NANTIKAN EPISOD AKAN DATANG DAN AKAN DATANG....


//Penat wooh tulis ni..nak upload gambor lagi. Kalo ada silap fakta dan ejaan tu tegur yer xD

Laungan Al Fatihah di pagi hari

Tengah syok-syok aku tidor,tetibe je aku dikejutkan dengan bunyi satu laungan kuat...macam biasa je aku dengar..


Rupanya Surah Al Fatihah di baca kdengaran di Radio Perak FM. Eh aku tertanya-tanya apa yang tengah berlaku ni?
Tak terpkio pun ada kerabat raja yang meninggal. Lepas tu DJ tu bagitau yang YTM RAJA KECIL SULONG PERAK, RAJA ASHMAN SHAH IBNI SULTAN AZLAN MUHIBBUDIN SHAH telah mangakt pada 30 MAC 2012(harini la) JAM 1.30pagi di RUMAH NO. 25, JALAN SETIA BAKTI 5, BUKIT DAMANSARA KUALA LUMPUR.Baginda mangkat akibat serangan angin asthma


Aku takde lah tahu sangat pasal kerabat raja ni tapi mengikut nama tu yang mangkat tu adalah anak Sultan Perak jadik disebabkan aku orang Perak, ada lah rasa sedih sket2. Jadi kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham RAJA ASHMAN SHAH.

Ni aku petik dari Bernama


Klik untuk besarkan gambar

Takpe lah tetibe aku rajin menaip

IPOH,30 Mac- Anakanda Sultan Perak, Datuk Raja Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Shah,54,mangkat di kediamannya di Kuala Lumpur awal hari ini akibat serangan asma.

Setiausaha sulit kepada Sultan Perak Kolonel Datuk Abdul Rahim Mohamad Bor dihubungi Bernama berkata Raja Ashman menghembuskan nafas terakhirnya di kediamannya yang terletak di Bukit Damansara pada jam 1.30 awal pagi tadi.

Beliau berkata jenazah Almarhum dibawa ke Masjid Ubudiah, Bukit Chandan di Kuala Kangsar, untuk disembahyangkan sebelum istiadat pemakaman berlangsung di Makam Diraja Kuala Kangsar yang terletak bersebelahan dengan masjid itu selepas Asar.

Raja Ashman yang terkenal dengan sifat mesra rakyat meninggalkan isteri Datin Seri Noraini Jane Kamarul Ariffin serta seorang Putera, Datuk Ahmad Nazim Azlan Shah serta dua Puteri, Rja Eminah Alliyah dan Raja Bainunisa Safia.

Baginda merupakan anakanda ketiga Sultan Perak daripada lima adik beradik iaitu Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin, Datuk Seri Raja Azureen, Datuk Seri Raja Elena dan Datuk Seri Yang Sofia.

Raja Ashman dilantik menjadi Raja Kechil Sulong Perak pada 16 Mac 2010.








Semut dan Aku

Ok ini untuk hari Jumaat punya penangan.
Saja nak menghayati kekuasaan illahi sambil tu tenangkan jiwa.
Sapa yang agak-agak tension tu meh layan post ni


Fakta menakjubkan tentang semut



1. Semut boleh mengangkat bebanan 50 kali ganda dari berat asalnya.


Klik la kalo nak gambar besar



[Nak tahu lagi]

2. Semut yang berpangkat askar menggunakan kepalanya untuk menghalang sarang daripada PATI (Pendatang asing tanpa IC).





[Nak tau lagi]



3. Semut mempertahankan pokok yang memberikannya makanan dan perlindungan.





[Nak tahu lagi]

4. Kepadatan penduduk semut hampir sama dengan kepadatan penduduk bumi.





[Nak tahu lagi]

5. Semut kadang-kadang suka bergantung pada serangga lain macam belalang daun .




Korang tau kan belalang daun? kalo tak tau maknanya korang maybe 2000++ punya generasi, Ok lantaklah.



[Nak tahu lagi]


6. Semut menjadikan semut lain sebagai hamba.




[Nak tahu lagi]



7. Semut dan Dinosaur berada pada zaman yang sama .




Semut wujud 130 juta tahun dahulu bersama-sama dengan kewujudan dinosaur.
Pelbagai fosil dan bukti ditemui kebanyakkan di atas batu fosil dan tumbuhan yang telah menjadi fosil. Buktinya hanya melalui fosil tetapi kebanyakan fosil yang ditemui membuktikan Semut wujud 130 juta tahun yang dulu. Semut masa tu mesti besar gedabak kan?


8. Semut sudah mula berkebun sebelum manusia.




Semut Pekebun (Fungus farming ants) sudah memulakan aktiviti agrikultur sejak 50 juta tahun sebelum manusia mulakannya.
Bukti awal menunjukkan semut mula bercucuk tanam 70 juta tahun dahulu.
Yang uniknya, semut ni mempunyai teknologi pertanian mereka sendiri untuk meningkatkan kesuburan tanah dan meningkatkan kualiti hasil. Semut akan mengeluarkan antibiotic yang akan menghalang kulat untuk membiak.

9. Semut mempunyai koloni yang teramat besar yang boleh merebak sehingga beribu-ribu batu.



Setiap koloni semut mempunyai Profil Kimia yang berbeza yang membolehkan ahli kumpulan mengenali satu sama lain dan memberi amaran sekiranya terdapat orang asing yang tidak dikenali.
Melalui kajian saintis, koloni yang besar yang terdapat di Eropah, Amerika Utara dan Japan berkongsi Profil Kimia yang sama dan ini menyimpulkan bahawa mereka adalah Koloni semut Global yang terbesar.Giler kalo semut ada Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu sendiri.

10. Semut ikut bau yang ditinggalkan semut pemerhati untuk mangumpul makanan.



[Nak tahu lagi]



Inilah 10 fakta menarik tentang semut yang aku tulis pakai cara aku sendiri.Harap korang seronok baca yer.Lukisan ak tak power pun.TU kira dah abis level da tu hehe


Diari FB (Sims Social) 29/3

Ini antara yang mengejutkan aku hari ini (29/3)..Quest baru yeay
Maknanya bertambahlah spam kat wall orang yer.

Apa yang baru minggu ini?

Tema Medieval iaitu tema zaman pertengahan
Abih semua barang dekat shop bertemakan ala-ala zaman pertengahan.
Eh zaman pertengahan tu apa? Aik tak belajar sejarah ke dik..Google la medieval time

Quest Baru
Fairy Tail Tower
Fairy Tail Tower Quest memerlukan ak untuk mengutip segala barang-barang supaya ak boleh buat quest untuk melengkapkan ketiga-tiga stage
Harini ak berjaya buat 2 je pun daripada 3..mana taknya Mice saja nak pakai banyak. Barang quest yang lain macam rubber gloves, towel tu semua susah nak dapat..padanla quest ni 10 hari jer

Tapi untuk setiap work takdelah sampai 12 kali macam keje biasa jadi takde la rasa kecewa sangat.

Reward untuk quest ni..dapat CROWN (Boleh naikkan value rumah sebanyak 100k..tu yg ak nak tu)

Quest chain
Quest chain macam biasalah...ada stage2 dier. Untuk yang ni masa yg diperuntukkan adalah 7 hari. Ada 6 chain je. Jadi EA expect kita boleh siap dalam masa 7 hari padahal nak lengkapkan tower lg (marah di situ)
Tapi rasanya quest dier simple-simple je kot

Reward : Shield apabenda ntah..cantik aku tengok



Ini ada beberapa screenshot yang sempat aku ambik.




Ni lepas da cuci maknanya da stage 2/3 la..Tido je naga tu



Ada 2 pilihan nak tame(jinakkan) atau Pet (jadikan die binatang peliaharaan la kot)



2/3 baru tapi takpe banyak masa lagi.Boleh tahan jugak quest ni pkai barang.
Nasib baik aku ada simpan barang2 macam Goodwill,yg pudding tu,air mata.
Tapi Mice tu tetap jadik peghalang
Kat atas tu boleh nampak crown yang cantik dan berharga tu
Klik Untuk besarkan gambaq



Nak pet sangat. Kan da naga tu marah.
Aku rasa kena complete tame dulu baru boleh pet




Side Quest, Kalo ade energy lebih baru aku buat kot

Khamis, 29 Mac 2012

Maksud Lagu Latar Belakang Blog

Korang semua tau ke maksud lagu latar belakang blog ni..Apa lagu nya?

Ha ni aku nak bagitau maksud lagu tu
Ok first sekali kiter tgok lirik lagu ni dalam japanese dan Inggeris



Original / Romaji Lyrics English Translation
Kizu hitotsu nai kokoro ga doko ni aru no darou ka
Kubimoto wo toorisugiru kaze ni tazunerareta
Mattou na kotae nante mochiawasete wa inai
Hitori hitotsu no inochi iki iki to ikiru dake

Where can I find a heart that doesn't have a single wound?
I was asked by the wind as it blew past my neck.
I don't have a good answer to this question.
People, with just one life, are trying their best to thrive.

Sukoshi dake ao sugita haru ni uchinomesarete
Onaji natsu no hikari wo tomo ni kakiwakete kita
Kimi no eranda michi ni maemuki sa yo, habikore
Mata itsuka tomoshi aemasu you ni

After we were slightly buffeted by the overly green spring,
together we pushed through summer's radiance.
On the path you have chosen, I hope positivity would spread
so that we could light each other's way again someday.

"Kumorazu ni ikite hoshii dakara ame wo kirawanai de"
"Uso wa tsukazu ni ite hoshii sabishiku naru dake dakara"

"I want you to live without any dark cloud, so don't hate this temporary rain."
"I want you to live without having to lie; loneliness is nothing to fret about."

Kimi no karada wa sono uchigawa ni ai wo hisomasete hakobu tame ni arunda
Zutto zutto umareta hi kara zutto
Boku mo kimi no kare mo dare mo minna kotoba ni dekizu samayotterunda
Itsuka itsuka todokerareru you ni tte

Your body exists for the purpose of carrying the love concealed within,
forever, and ever, from the day you were born.
You, I, he, and everyone else, are all wandering without being able to say anything.
We only hope that one day, eventually, our words would reach their destination.

Hito no wa ni hairisobire dou suru koto mo dekizu
Kodoku to iu kyoten de kisetsu wo kikaeru dake
Gyakufuu ni dakare nagara iki taeteku negai wa
Sorezore ga motsu omoi no naka ni dake sumitsuku

Unable to fit ourselves into society, we are left powerless.
From a base named loneliness, we see off one season after another.
The wish to perish slowly in the counter-current's embrace
will only settle in the thoughts we each cling to.

Koko de wa nai dokoka ni nigete shimaitakutte
Jibun ja nai dareka ni natte shimaitakutte
Toriaezu haritsuketa egao no ichimai oku
Hito wa nani wo hoshigaru no darou

We want to escape somewhere else other than our current location.
We want to become someone else other than our current self.
For the time being we have put on a smiling mask.
Just what do people truly desire?

Nesobetta shibafu no ue sukoshi dake naita ato ni
DOONATSU no ana kara nozoku sora ga amari ni aokute kondo wa omoikiri naita

Lying sprawled on the grass, after I have wept a little,
I peeked from a donut's hole, saw a beautifully cerulean sky, and cried to my heart's content.

TAIMU MASHIN ga nakutatte iinda ima wo daiji ni dekitara iinda
Kedo kedo koukai wo tebanasezu
Itsuka yorisou tame ni hitori ni natta hitotsu ni naru tame kakera ni natte
Sou sa sou da yo
Isshou no uchi ni ma ni au you ni tte

I don't need a time machine. I only need to treasure my present time.
But, but, unable to let go of my regrets,
I became alone while trying to find someone else, became pieces while trying to become whole.
Yes, that's right,
I hope I can make it in time within my lifetime.

Kimi ga kureta ano omoi ni kirei na namae nado nakute mo
Kimi ga kureta ano omoi wa kioku no sora wo maitsuzukeru

Even if there are no pretty names for the thoughts you gave me,
those thoughts will still dance nimbly in the sky of memories.

"Kumorazu ni ikite hoshii dakara ame wo kirawanai de" to
"Uso wa tsukazu ni ite hoshii sabishiku naru dake dakara" to

"I want you to live without any dark cloud, so don't hate this temporary rain."
"I want you to live without having to lie; loneliness is nothing to fret about."

Boku no naka de maigo ni natta kodoku wo kimi wa sagashi dashite dakishimete kureta
Mou ne naite iinda yo tte
Korae kireru you ni natte shimatte kanashii no ni nakenakatta
Boku zutto boku zutto nakitakattanda naa

You found and embraced the loneliness within me when I had lost my way,
and told me that it would be fine for me to cry now.
I trained myself to hold in my tears no matter how sad I might feel.
But for all this time, I have always wanted to cry.

Kokoro ni mo kabusenai de omoikiri waraitakattanda

I have always wanted to smile freely, without having to put a mask over my heart.

Meh sini aku ngajor install IDM




Mula-mula INGAT UNINSTALL IDM DULU
RESTART KOMPUTER DIGALAKKAN



Download file ni
KLIK afiq.rar lepas tu download akan terus start


Bukak afiq.rar pakai winrar/winzip (ikut suka la)
dalam tu ade arahan..ikut je arahan dari no 1 sampai la ke 5 sekali dengan tips.

Kalau tak paham jangan malu2 bertanya


Step dier simple je sebenarnya

1) Install idm.exe
2) Lepas tu gantikan dengan crack dalam folder crack
3) Lepas tu click RegKey

Arahan bergambar akan dipost kemudian hari

Majlis Bersama Media Scha//Awal

Tengah-tengah aku bukak facebook tetibe ader kawan aku share benda ni..ala pasal Scha dan Awal yang nak melangsungkan perkahwinan tak lama lagi
Ni ada la sket-sket gambar yang aku dapat tgok


Keratan Facebook Aku yang memaparkan kawan aku telah berkongsi sesuatu mengenai scha dan awal


Semoga berbahagia



Bermanja pulak ya


Gambar-gambar semua diambil dari sini <<lagi banyak gambar kat sana

Credit to www.candidsyndrome.com

FB GAME DAN aku

Macam macam game facebook yang ada sekarang kan.....Farmville/Mafia Wars/Pioneer Trail lah apa ntah lagi tapi dalam banyak banyak tu ada beberapa game sahaja yang aku pernah main (da berhenti pun ada) dan ada juga yang masih main sekarang


Game Facebook yang aku PERNAH MAIN dan dah berhenti.

1) Mafia Wars

Game ni aku da start main waktu kat myspace dulu da pun. Waktu kat myspace dah level brape aku tak ingat. Game ni dia sama je macam game FB yang lain...byk suruh kita klik je. Aku minat game ni sebab grafik dier boleh tahan.walaupun kena klik je hari-hari tapi berbaloi bila kita dapat barang lebih dari orang lain.Cara dia mempersembahkan barang tu best dan event dier pub boleh tahan.haha..tapi sekarang ak tak main da..dah berhabuk da kot akaun aku tu
Macam biasa game ni memerlukan neighbour maknanya kawan-kawan untuk membantu. Agak menjengkelkan la jugak kadang-kadang xD

Sebab berhenti main: Tak larat aku nak klik banyak-banyak..hantar barang la dan time tu aku baru masuk U



2)Baking Life

Bakery life adalah satu-satu game yang best juga. Mengenai pengurusan kedai kek.
Ko jual kek, ko beli recipe baru..best lah jugak..ak memang suka game tycoon macam ni..Dalam game ni masing-masing nak dapat highest level konon nak brlagak la.

Sebab berhenti main : Duit da banyak, aku main tipu (jujur), habis semua benda mahal aku beli




3)Gourmet Ranch

Gabungan Farmville dan Cafe World maka terciptalah game ni...Tanam pokok lepas tu buat kafe sendiri dengan macam-macam resipi, pelanggan datang dapat duit.
Best jugak sambil tanam sambil berjual beli. Tak bosan sangat sebab setiap minggu ada je tema baru.

Sebab berhenti main : Sama jugak sebab di atas. main tipu..lalala~~~




4)Cafe World

Cafe World memang terkenal dikalangan kaki game kat facebook
boleh dikatakan semua tahu apa itu cafe world?.
Secara ringkas game ni adalah mengenai macam mana korang nak handle cafe korang sampai la menjadi terkenal (kononla)...masak burger ,dapat xp ,level up..game ni masih famous sekarang

Sebab berhenti main : Ada auto bot yang boleh buat kerja (masak burger(secara automatik..jadik relax je la...biar je autobot tu jalan.





====Masa takat ni mesti korang kata kat dalam hati 'safwan ni main tipu je tau'====
====Jawapan aku: hahaa lantak la aku..ko ader? =)====


Ok lain-lain game yang aku pernah main:
Cartown (suka design keta, comel2)
Deal or No Deal
Avatar
Ninja Saga
Train apa ntah (pasal keretapi jalan-jalan)
Cityville (autobot jugak)
Hidden Chronicle (main kejap lepas pening cari benda tersembunyi)
banyak lagi tapi aku dah lupa, kalo aku ingat ak tambah



Game yang aku main sekarang
Sims Social (Itu je lah)

Sims social ni sama macam Game Sims macam kat PC, korang tau Sims tu apa kan? Game yang ala-ala kehidupan sebenar tu..kena makan, buang air, tidor, keje,kahwin dan lain.

EA melebarkan sayapnya dengan memberi peluang kepada peminat sims (bukan aku) untuk berinteraksi secara online dengan mewujudkan sims social. Untuk pengetshuan, sebelum ni sims mana boleh main online....Semata-mata main sorang diri je dalam PC. jadik dengan wujudnya sims social ni dapatlah Sims ni dimainkan secraa online.

Macam biasa game request dier agak annoying jugak tapi disebabkan ak boleh tahan minat kat sims ni aku main la jugak.

Sekarang ni kalau yang game official punya da sampai The Sims 3 da pun tambah dgan expansion nya lagi.

Pasal game The Sims dan Sims Social ni aku akan update di bahagian Dari Kaca Mata Safwan (Game) dan Diari FB.



Rutin Harian




Makan tidor, makan tidor,takde keje lain...
Itulah keje aku skarang ni....makan,download,tidor,bangun,tgok balik citer yang di download lepas tu tidor..

Paling kurang aku main la game Xbox 360 (ak tak tau nak main apa..tunggu AC3 je la.)
Pagi-pagi bantai nasi lemak sebungkus + teh O ais sket + kuih muih pelbagai rasa..lepas tu lepak depan laptop download la apa2=-apa yang menarik nak ditonton....kalau bosan apa lagi facebook la tgok apa yang terbaru pasal malaysia/dunia dan segala-galanya.

Bukak game sudah pasti..sekarang ni aku layan sims social dengan millionaire city sket2. jadilah nak menghilangkan bosan

Lepas tu tau-tau dah malam..berjaga plak takde ingat sampai pkul 3, lepas tu esok bangun lambat...hehe

Itu je lah rutin harian aku mana tau kalo ader2 stalker yang berminat nak tau sangat.


Ni kuih favourite aku

Ini karipap bagi yang tak tahu



AC3 adalah assasin creed 3




Bleach....Satu Pengakhiran






Baru nak start layan tau tau da tamat pun. Sedih jugak....

Apa benda ni?.Bleach la..ala yang kartun yang penah ade kat tv3 dulu tu (skarang ada lagi tak?)
Aku baru ingat nak layan time cuti-cuti tau-tau dah tamat dah kelmarin. Ending yang cukup menarik

Sebab apa aku baru nak tengok sebab aku da tak tau nak tengok apa. Lepas tu datangla idea nak layan anime ni..memang berbaloi...sebabnya Bleach ni cerita sanpingan die menarik..bukan hanya tumpu pada plot utama cerita je...Disebabkan dah abih anime ni, aku syorkan pada yang baru nak layan anime tu tgok cerita ni....mmg takde ingat punya cerita ni...Macam biasala anime mana yang tak menarik kan..boleh kata senua anime aku tengok semua best-best. Pandai yer Jepun ni buat cerita.

karakter yang aku suka Zaraki+Yoruichi dan Byakuya

Untuk makluman, episod dier sampai 366 + 4 movie
Nak download kat mana? pandai2 la korang ye..haha

Kesimpulannya Bleach terbaik dan aku bukannya peminat tegar anime sangat tau..tapi kalau ader yang boleh kasik layan perasaan memang aku suka la.


Menangis





Apsal tetibe post menangis ni..sebak pulak pagi-pagi ni..kononnya sebak la sangat.

Takde keje nak menangis nyer....Aku cuma kecewa sebabnya SEMUA GAMBAR-GAMBAR DINNER 2011 yang satu-satunya dinner yang aku datang waktu kat UiTM yang aku datang (yang last plak tu)

Ada la jugak gambar yang tertinggal sket2...tapi gambar yang HD dari kamera Amirul (UiTM) takde plak..aku terbuang ke apa ntah..hish geram betul!!!!!

tapikan lantakla sebab janji ader gambar sket2 jadilah nak wat kenangan....Masa konvo nanti leh amik lagi.

Jadi sebab apa aku menangis? Aku menangis sebab....
Aku dah ngantuk sangat..tulah nak berjaga sangat buat blog..udah2 la safwan nescafe pun tak mampu tahan mata ko..x_X

Gambar ni jadilah


Pelancaran Blog





Assalamualaikum wahai makhluk-makhluk sekalian

Blog aku dah dilancarkan bermula hari ini..tapi...aku ak tak tahu nak tulis apa..lalala~~takpe2 buat majlis pelancaran je lah.

Dengan Ini, saya dengan bangganya merasmikan blog hentam sajalah yang tak berapa nak siap ini kepada umum.
Jemputlah makan,minum,sembang-sembang,kutuk mengutuk dan macam-macam lagilah

Aku tiada kerja apa-apa jadi tidak salah sekiranya aku ingin memiliki blog sendiri (padahal sebelum ini dah ada dah).
Skema tak aku..haha

Tujuan aku nak buat blog ni saja suka-suka nak taip menaip.
Banyak tujuan dan kebaikannya

1) Boleh menaiktarafkan bahasa melayu aku yang dah lama tertnggal ni(SPM je last exam untuk BM)
2) Kemahiran menaip aku dapat ditingkatkan
3) Itu jer lah kot..haha

Yang paling penting blog ni sepenuhnya bahasa melayu..takde Bahasa Inggeris ya..cukup-cukup la bahasa Inggeris nyer..penat da belajor kat Universiti..

Ok dah la tu..bising je aku pagi-pagi..bukan apa keyboard dah nak hancur da ni...lagipun dah nak subuh ni...Out dulu..eh tersilap...pergi dulu..bukannya ke mana, sembahyang subuh la, dah masuk waktu

Assalamualaikum

Apahal buah tu aku pun tak tahu..haha

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Blogger Wordpress Gadgets