Jumaat, 30 Mac 2012

Laungan Al Fatihah di pagi hari

Tengah syok-syok aku tidor,tetibe je aku dikejutkan dengan bunyi satu laungan kuat...macam biasa je aku dengar..


Rupanya Surah Al Fatihah di baca kdengaran di Radio Perak FM. Eh aku tertanya-tanya apa yang tengah berlaku ni?
Tak terpkio pun ada kerabat raja yang meninggal. Lepas tu DJ tu bagitau yang YTM RAJA KECIL SULONG PERAK, RAJA ASHMAN SHAH IBNI SULTAN AZLAN MUHIBBUDIN SHAH telah mangakt pada 30 MAC 2012(harini la) JAM 1.30pagi di RUMAH NO. 25, JALAN SETIA BAKTI 5, BUKIT DAMANSARA KUALA LUMPUR.Baginda mangkat akibat serangan angin asthma


Aku takde lah tahu sangat pasal kerabat raja ni tapi mengikut nama tu yang mangkat tu adalah anak Sultan Perak jadik disebabkan aku orang Perak, ada lah rasa sedih sket2. Jadi kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham RAJA ASHMAN SHAH.

Ni aku petik dari Bernama


Klik untuk besarkan gambar

Takpe lah tetibe aku rajin menaip

IPOH,30 Mac- Anakanda Sultan Perak, Datuk Raja Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Shah,54,mangkat di kediamannya di Kuala Lumpur awal hari ini akibat serangan asma.

Setiausaha sulit kepada Sultan Perak Kolonel Datuk Abdul Rahim Mohamad Bor dihubungi Bernama berkata Raja Ashman menghembuskan nafas terakhirnya di kediamannya yang terletak di Bukit Damansara pada jam 1.30 awal pagi tadi.

Beliau berkata jenazah Almarhum dibawa ke Masjid Ubudiah, Bukit Chandan di Kuala Kangsar, untuk disembahyangkan sebelum istiadat pemakaman berlangsung di Makam Diraja Kuala Kangsar yang terletak bersebelahan dengan masjid itu selepas Asar.

Raja Ashman yang terkenal dengan sifat mesra rakyat meninggalkan isteri Datin Seri Noraini Jane Kamarul Ariffin serta seorang Putera, Datuk Ahmad Nazim Azlan Shah serta dua Puteri, Rja Eminah Alliyah dan Raja Bainunisa Safia.

Baginda merupakan anakanda ketiga Sultan Perak daripada lima adik beradik iaitu Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin, Datuk Seri Raja Azureen, Datuk Seri Raja Elena dan Datuk Seri Yang Sofia.

Raja Ashman dilantik menjadi Raja Kechil Sulong Perak pada 16 Mac 2010.








0 ulasan:

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Blogger Wordpress Gadgets