[Entri Baru]Aku ketinggalan Sesuatu...Bersama Gambar Perkahwinan Imam Muda Hassan dan Ulfa

[Entri Lain]Safwan dan Zodiak//////Laungan Al Fatihah di pagi hari//////Semut dan Aku//////Maksud Lagu Latar Belakang Blog FB GAME DAN aku//////Rutin Harian//////Menangis//////Pelancaran Blog

[Entri Baru]Naruto Episod 256 Prebiu

[Entri Lain]Bleach....Satu Pengakhiran

[Entri Baru]Diari FB (Sims Social) 1/4

[Entri Lain]Diari FB (Sims Social) 29/3//////Majlis Bersama Media Scha dan Awal

[Entri Baru]Internet Download Manager

[Entri Lain] -

Perut Lapor? Klik je sini

Dah lapar sangat nak buat cam mana kan...Klik gerenti kenyang

Selasa, 17 April 2012

Proton Prévé Secara Ringkas / Detail

Proton Prévé adalah nama yang tidak asing lagi semenjak malam tadi setelah perlancaran model kereta terbaru Proton telah disempurnakan oleh PM kesayangan kiter.

Aku takde la nak nengok sangat sebab sibuk duk online main game
Ni aku nak cerita la sikit beberapa maklumat yang aku dapat dari Internet mengenai Proton  Prévé  ni.

Ni ada sedikit video promo dari Proton


Apa Yang Diceritakan dalam video ni?
Aku bukanlah hebat sangat bab-bab kereta ni tetapi mengikut apa yang aku dengar,video ni ade memaparkan beberapa ciri-ciri yang terdapat pada kereta ni iaitu

1)Hidupkan enjin dan matikan enjin dengan satu butang je.Macam push to talk la...Macam biasa je la sebab kalau tarik kunci pun same jugak..hehe

2) LED lights.Lampu menarik bagi depan dan belakang

3)1.6L Fuel-Efficient Turbo-Charged Engine with 2.0L power.Bunyi memang best la waktu berhenti dan bergerak selain dapat menjimatkan minyak.Power 2L memang berbaloi la untuk harga nyer.

4)Keselamatan,Anti Lock Braking System(ABS)<<ni adalah sistem brek yang biasa orang pakai sekarang.Tujuan untuk mengelakkan terlajak ketika brek mengejut,
Electronic Brake Distribution(EBD)<<Brek ni memberi daya yang sesuai bagi sesuatu kereta mengikut keadaan seperti keadaan jalan,cuaca dan muatan.Selalu digandingkan dengan ABS,
Electronic Stability Control(ESC)<<Yang ni paling best.Kalo kereta hilang kawalan,secara automatik benda ni akan kawal brek supaya kereta berada dalam keadaan yang stabil sehingga kawalan steering menjadi normal semula.Setiap tayar akan mebrek secara bergilir-gilir sampai kereta tu stabil semasa kereta hilang kawalan.

5)7 Speed Paddle Shifter.Kalau korang tengok kereta macam Honda City (pak cik aku punya,haha) ada paddle shifter ni.Paddle shifter ni membolehkan korang tukar gear hanya menggunakan tangan...Hanya gerakkan tangan dan gear akan ditukar secara automatik..Rasa macam naik kereta F1 lebih kurang.Untuk kereta ni korang boleh tukar sampai 7 gear la guna tangan saja.Saper nak naikkan RPM leh la tukar kepada mod paddle shifter ni

6)Ruang dalaman yang cukup selesa dan luas.Korang boleh la sumbat satu famili kat dalam kereta ni...haha

7)Smart Info Display (SID) dan Touch Screen Panel.SID akan menampakkan dashboard kereta ni lebih menarik.Lengkap dengan maklumat tentang minyak,suhu enjin dan jarak perjalanan secara digital.Ditambah pulak dengan Panel yang boleh disentuh hanya dengan jari je.Yerla sekarang sumer kan pakai touch screen.Touch screen pun bukan calang-calang,ada 4G lagi.Takde la sesat lagi lepas ni..haha..Tanye member je kalo sesat..GPS tu memang wajib la ada dekat kereta keluaran sekarang.

8)Yang ni paling menarik la bagi aku. Auto Rain Sensors and Auto Light Sensors.Gila habaq hang.Kalau hujan secara automatiknya wiper akan terpasang dengan sendirinya tanpa disentuh.Buat orang pemalas boleh la,haha
Yang wiper automatik tu tak berapa sangat tapi yang lampu automatik memang bagus.Yerla ,kebanyakan rakyat Malaysia lupa nak bukak lampu waktu drive time senja.Jadik orang depan tak nampak lepas tu berlaku la accident.Jadik dengan adanya teknologi ni,InsyaAllah kemalangan dapat dikurangkan.
Lampu akan menyala dengan sendirinya apabila keadaan jalan gelap atau kekurangan cahaya(ada sensor la).Kalau waktu hujan,lampu dan wiper akan menyala sendiri.

9)Reinforced Safety Structure (RESS).Ni bahagian keselamatan jugak.Menggunakan teknologi Hot Press Forming untuk membuat kerangka/body kereta, ia diyakini dapat meningkatkan kekuatan body kereta ni sekaligus meningkatkan keselamatan.
Hot Press Forming boleh dikatakan sama macam teknologi membuat konkrit untuk pembinaan.
Untuk pengetahuan,hot press forming ni menggunakan tekanan dan haba yang tinggi untuk memampatkan metal sheet/bahan yang digunakan dalam pembuatan kereta ni.Metal akan dipanaskan sehingga sampai ke satu peringkat dan disejukkan semula supaya sifatnya  mencapai maksimum.Aku pernah baca tapi tak berapa ingat.Korang google lah sendiri..haha
Aku yakin kalo ketuk dengan hammer atau drill mesti susah nak kemek apatah lagi dengan tangan,bengkak la jawabnya.

Itu je la secara ringkas tentang Proton Prévé dari aku.
Aku tak power sangat bab-bab kereta ni..haha...sekadar yang termampu je

Di bawah ni ada gambar sikit aku curik dari kawan aku..hehehe















CREDIT SEBESAR-SEBESARNYA UNTUK

Kat bawah ni secara details bagi sesiapa yang minat terlebih kat kereta ni

Dan akhir sekali pilihan warna
Korang pilih warna apa?
Aku pilih hitam..haha..macam mampu je beli..belajar pun x abis lagi




SHARE LA KAT MEMBER2 APA LAGI

..Terima Kasih kerana sudi membaca.Salah ejaan atau fakta minta maaf sebab aku bukan pro sangat perihal kereta ni

Isnin, 16 April 2012

Titanic 3D Ada 3 Pengarah??Macam mana tu?

Ok,post ni bukan nak cerita pasal Titanic 3D yang tengah rancak ditayangkan di pawagam tu tapi aku saja nak kongsi video parody mengenai trailer Titanic 3D yang aku jumpa kat youtube.
Serius lawak giler...haha

Kalau tak gelak tu takpe la..ak paham

Nindia video tu



Mula-mula dah lawak da..haha..Yang part angin-angin tu.Tak bleh blah.
Ais yang pecah tu dgan kena tembak memang real abis..haha
Kraken tu buat ape ntah tetibe je ada kat atas kapal Titanic tu xD

Yang paling best adalah updated soundtrack
Kepala hotak dier updated..hahaha..lagu dubsteps tu....memang gelak takde ingat..Aku time ni da nak pengsan da.Siap da dj lagi

Kenapa 3 pengarah?
Dalam trailer ni ada 3 pengarah yang telah bergabung bersama bagi menjayakan trailer hancur ni.
3 pengarah itu adalah



George Lucas
Dia ni pengarah filem Star Wars.Tu pasal kiter boleh nampak ada scene tembak menembak dan beberapa karakter Star Wars  atas kapal.Macam haram je..xD


J.J Abrams
Dier ni director filem Mission Impossible 3 dan yang terbaru ni Mission Impossible Ghost Protocol.
Juga pengarah bagi filem Star Trek.
Bagi yang mengenali dier,dier ni memang suka buat effect cahaya dalam setiap hasil kerjayanya.
Tu pasal la dalam trailer kiter tgok ada cahaya terang takde ingat bila scene 'ehem-ehem' tu..haha

Yang last ni paling kelakar tak ingat dunia


Micheal Bay
Habis semua benda meletup..hahahaha
Perli abis dekat Micheal Bay yang suka buat efek letupan dalam filem dier..
Orang jatuh dari kapal pun meletup.Apa kejadahnya???=))

Yang paling Super 3D dalam trailer ni adalah waktu heroin filem Titanic (apa ntah nama dier),ludah kat tepi kapal.
Sian penonton kat wayang tu kena ludah.Real pulak tu..hehehe


Kesimpulannya trailer ni memang lawak.Kreatif sungguh orang yang buat video ni.
Ni hanya untuk nak buat kelakar je.Takde kena mengena dengan Titanic 3D yang sebenar pun.
Buat pengetahuan aku tak tengok lagi Titanic 3D tu sebab cerita dier sama je macam Titanic dulu kan?
Malas nak tengok ah.

Tapi ada satu Titanic yang best aku tengah tengok skarang?Apa dier...Haha..Rahsia la..xD


Busuk.Org Down? Sebab Aper?

Aku ingat nak ping la pasal post Bantulah Bob Kuman, tapi sekali bila aku pegi dekat busuk.org
hasilnya.

Ni ha.


Laman WEB kegemaran aku untuk ping dah down...Haha apa sebabnya?
Hanya admin busuk.org je tau..xD

Rasa-rasa macam pindah domain atau mungkin site maintainence.
Kalo pindah domain di mana ya?Ada sesiapa boleh bantu?

//Itu je la luahan hati aku..hehe..selamat malam

Bantulah Abang Bob Kuman



Tengah aku sibuk baca status orang kat facebook sekali aku terserempak dengan satu post.Agak menyayat Hati la.
Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Rawi,36 memerlukan bantuan kewangan untuk menampung perbelanjaan perubatannya,

Post tu adalah seperti di bawah



Kepada pembaca ingin membantu Bob, sila hubungi Razali di talian 016 231 5812. Manakala akaun Bob (HUSNI MOHD RAWI) Maybank 112371007047)


SAYA HANYA ADA RM36 DALAM AKAUN SIMPANAN - BOB KUMAN (EKSKLUSIF)


Mungkin ramai pembaca mengenali wajah di atas manakala sebilangan lagi barangkali terkeliru. Namun bagi penonton filem tempatan dan televisyen, personaliti di atas tentunya tidak asing kepada mereka.


Cuma wajahnya berbeza berbanding ketika dia menghiburkan ramai peminat sewaktu berkarya di pentas seni.


"Bang, tolong datang ke rumah saya sekejap, boleh? " soal Bob Kuman.


"Ada apa Bob?," soal saya.


"Abang tolong datang sahaja," pintanya.


Pada awalnya saya berasa agak hairan dan menjangkakan Bob hanya sekadar bergurau. Terfikir, jika dia berhadapan masalah, tentunya sebagai artis terkenal, dia mempunyai ramai kenalan bersedia untuk membantu.


Apapun, hati kecil mendesak saya memenuhi permintaannya lalu mengajak kru 666, Razali Harun untuk menemankan saya bertemu Bob.


"Itu gambar saya, sewaktu dirawat di Hospital Tawakal Kuala Lumpur. Malam tahun 2011 semasa sesi penggambaran 'Jangan Pandang Belakang Congkak', siri televisyen, saya terjatuh di Hulu Langat, Selangor. Wahid Senario dan Lan Pet Pet antara saksi kejadian itu. Dalam keadaan pening, semput dan sakit, saya terpaksa memandu kereta sendiri ke hospital dan dibiarkan begitu sahaja. Masa keluar dari pusat rawatan itu, saya diberitahu, berhutang lebih kurang 7 ribu ringgit dengan hospital dan saya kena bayar sendiri. Itu saya tidak boleh terima. Penerbit tidak membantu sebab itu saya berasa kecil hati. Mujur selepas itu, dapat rezeki sikit dan saya menjelaskan sebahagian daripada caj hospital itu. Kini ada berbaki lebih tiga ribu enam ratus ringgit lagi," ujar Bob.


Tambah Bob, dia dirawat di hospital terbabit dalam tempoh lebih 2 minggu.


Sambil berbual, saya perhatikan mesin oksigen dan wayar dimasukkan ke dalam hidungnya bertujuan untuk membantu pernafasan.


"Orang tidak cukup oksigen bang, tidak ubah seperti sayur layu. Kulit saya pun telah berubah warna," celah Bob.


"Saya sudah tidak boleh bergerak sejak 8 April lalu dan kemudian memakai mesin oksigen ini. Sebenarnya saya bukan ingin menagih simpati masyarakat," katanya biarpun kelihatan dalam kesakitan dan sukar menarik nafas.


"Kongsikan fakta, itu tidak salah," celah saya.


"Setakat ini beberapa kawan membantu saya. Antara mereka, Adlin Aman Ramli. Dia bagi saya pinjam duit RM2,000 bang masa saya tengah susah, sewaktu dirawat di Putrajaya. Itu sahabat saya bang. Dalam keadaan begini, saya pun tidak boleh berkarya, tidak ada pendapatan. Mujurlah gerai Bawal Power saya kongsikan bersama rakan mendapat sambutan dan boleh membantu sedikit dari segi kewangan," jelas Bob.


Sesekali sewaktu berbual, dia berhenti, diam untuk menarik nafas.


"Timbalan Presiden SENIMAN, Zed Zaidi, pernah menghubungi saya untuk menghulurkan bantuan. Saya memaklumkan wakil dia, bila simpati, dapat benda lain, dapat beras, dapat biskut. Siapakah hendak membantu menjelaskan bil hospital saya? Saya rasa macam malu," kata Bob lagi.


Bob memaklumkan saya, dia kini amat memerlukan mesin dilengkapi tangki oksigen namun setakat ini tidak mampu untuk menyewa keperluan itu.


"Bang, sekarang ini saya hanya ada RM36 dalam akaun simpanan," bisiknya.


Saya kemudian menghubungi Zed menggunakan telefon bimbit. Mujur dalam kesibukan dengan kegiatan seharian, dia masih berpeluang untuk mengangkat panggilan dari nombor tidak dikenali.


"Melalui SENIMAN, saya telah mengeluarkan surat sokongan kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan di bawah Tabung Kebajikan Penggiat Seni tetapi setakat ini belum mendapat sebarang keputusan dan berapakah jumlah bakal diterima oleh Bob. Sebelum ini, beberapa artis seperti Nasir P. Ramlee dan Kamal Pendek telah menerima sumbangan dari tabung terbabit," jelas Zed.


Selepas berhubung dengan Zed, saya kemudian memaklumkan kejadian menimpa Bob kepada Penerbit program Melodi, TV3. 


Untuk pengetahuan semua rakan artis dan peminat, Bob sedang berada dalam keadaan lemah, tidak mampu bergerak, apatah lagi untuk keluar dari rumah di Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.


Kepada pembaca ingin membantu Bob, sila hubungi Razali di talian 016 231 5812. Manakala akaun Bob (HUSNI MOHD RAWI) Maybank 112371007047)


'Bantulah, semoga Allah sentiasa membantu sewaktu kita ditimpa musibah'

Begitulah betapa susahnya keadaan Abang Bob sekarang.Kita pun sudah sedia maklum bahawa Abang Bob telah beberapa kali masuk ke hospital sewaktu menyertai Maharaja Lawak Mega dahulu.
Jadi sedikit sumbangan pasti dapat membantu meringkankan beban Abang Bob.

Aku dengar citer, akaun dia kena sekat buat sementara waktu sebab banyak sangat money transfer ke akaun Maybank dier.Betul ke?
Walau apa pun,kiter boleh tolong ikut kemampuan kiter.

InsyaAllah kalau takde aper2 esok atau lusa aku akan bank in  lah duit aku sket kat Abang Bob,Moga-moga dia cepat sembuh dan dlimdungi oleh Allah

Sekali lagi aku ulang,sebarang pertanyaan boleh rujuk ke


 Razali di talian 016 231 5812. Manakala akaun Bob (HUSNI MOHD RAWI) Maybank 112371007047)




Ahad, 15 April 2012

Hari Ibu Haram Menurut Islam Yer ke Tidak?

Ha apa benda kat atas tu.Yang atas ni adalah bukti dimana salah seorang daripada teman FB aku telah share 
satu benda mengenai hari ibu.
Secara kasarnya,ak tak tau pun hari ibu tu biler sebab aku hanya ingat hari jadik mak aku.
Aku rasa dah dekat la kot Hari Ibu sebab dekat corong-corong radio terdengarlah lagu-lagu seperti
Ayah dan Ibu-Sudirman.

Ok Berbalik pada pos tadi,aku pun dengan semangat ingin tahu pun klik la benda tu.Beserta dengan gambar tu ada la sedikit artikel berbunyi macam ni



HARI IBU ADALAH "HARAM" ya Allah baru tahu...SEBARKAN..

Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan. Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut. Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja. Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia. Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia. Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

Ok setelah aku bersengkang mata membaca artikel ni,terdetik di hati aku 'Wah sungguh kompleks yer sebenarnya hari Ibu ni'.Faktanya terlalu kompleks sangat sampai pening aku memabacanya..haha

Yer,tak dinafikan mungkin ini bukti bahawa hari Ibu ini haram tapi aku masih keliru sebab apa kejadahnya kena mengena dengan Hari Ibu di Malaysia ni.Aku rasa semua penduduk Malaysia takde la kot pernah terfikir pasal benda alah perayaan musim bunga/40 hari sambut Maryam sebagai Ibu dan sebagainya.
Yer aku memang tak sambut tapi aku rasa ,disebabkan artikel ni mungkin akan berlaku sedikit perselisihan faham disebabkan kiter dah lama sambut hari Ibu.
Bagi aku,kat Malaysia ni orang sambut hari Ibu untuk menghargai Ibu mereka atas segala jasa dan pengorbanan.

Ala kenapa satu hari je?Kan da macam mengikut-ngikut Kristian tu?
Mana ada satu hari.Takkan ada anak kat Malaysia ni yang sayang ibu dier hanya untuk satu hari.Mestilah sepanjang tahun tu dier sayang kat mak dier.Aperla.Hari ibu tu cuma nak menhighlightkan lagi kasih sayang ibu dan anak.Kebanyakan ibu memang tunggu Hari Ibu sebab ada kemanisan di situ.Dan lagi satu,mengikut pendapat aku lah,ibu dan anak takkan ada sedetik pun rasa nak ingat kat hari perayaan musim bunga tu semua.

Tulah kadang-kadang disebabkan terlalu banyak fakta yang entah dari mana sumber nya disuntik kepada orang ramai akan menyebabkan berlaku perselisihan faham.
Dekat post tu ,berapa ramai yang bertekak kata dier,dier kata aku,takkan sudah nyer.

Orang-orang Islam sekarang da pandai berfikir,jadik takkanlah diorang nak sambut semata-mata untuk meraikan perayaan orang lain.
Agama Kristian dengan Agama dia la,kiter pun tahu mana yang baik mana yang buruk.Jadik pikir-pikirkanlah.
Kesian kat ibu ko,elok-elok da seronok tiap-tiap tahun sekali disebabkan ini, dah ko tak sambut Hari Ibu.Tapi takpe,Hari Jadi ibu masih ada.Senang citer sambut je hari Ibu,kalo dapat sambut tarikh lahir ikut bulan Islam lagi bagus..

Kalau ada yang nak cakap Hari Ibu tu haram,cakap je la.Sebab masing-masing ada pendirian sendiri.
Kalau bagi aku,aku sambut je la sebab aku sayang mak aku,itu saja.Hari-hari lain aku sayang jugak mak aku tapi aku nak dier rasa special pada hari Ibu dengan mengucapkan 'Selamat Hari Ibu,mak'..Kalo ada duit lebih,aku beli le hadiah..haha
Pekerjaan Tetap takde lagi jadik takleh la nak bagi hadiah bagai.

Mesti ada yang tak puas lagi kan
Boleh la pergi ke post original

Cakap la puas-puas

//Aku bukan la kuat agama sangat, jadik jangan mengharap lebih-lebih dan aku mengerti bahawa aku akan kalah dalam setiap perdebatan
//Fakta dan salah ejaan nanti aku check

Sabtu, 14 April 2012

Prebiu Super Spontan Episod 3 + LQ Video

Ok,harini aku nak cerita sket pasal Super Spontan episod 3.Mesti ada yang tengok kan semalam?
Amacam best tak?
Bagi aku,SS semalam agak kurang cuma yang part last-last memang kelakar abis.
Zizan nampak macam taknak main je mula-mula,tak sihatla kot tapi hujung-hujung rancangan dier join game.

Ok Ringkasannnya,semalam ada  penyingkiran berlaku di mana Zahid telah dikeluarkan dari pasukan Angsa Ganas.Agak tak puas hati la sebab minggu lepas takde pun penyingkiran.Tapi takleh buat apa la sebab dah ditetapkan penerbit jadik lantak la..haha

Untuk episod kali ni permainan dier adalah
Pantun dua kerat=Berbalas-balas pantun antara satu sama lain (berbeza kumpulan).Tauke macam apa je orang suruh pantun 2 kerat,dia pegi bantai 4 kerat...haha

Jurujual Langsung=Peserta kena menerangkan tentang barang-barang yang diorang tak tau (macam salesman la).Merapu-rapu je..haha..Paling best Zizan,merapu je ion-ion...hahahaha

Dialog Dalam Tin=Dua orang bersembang (satu kumpulan) antara satu sama lain dan diberikan dialog yang mereka tak tau pun dialog tu aper.Bile dialog tu disebut dalam perbualan memang lawak la sebab merapu je dialog dier.
Tauke dengan Suhaimi memang lawak dan Johan dengan Hani pun hebat jugak.
Johan jadik Mak Jemah...hehe

Terteruk di Dunia & Ladang = Peserta kena berlagak seperti seseorang dalam keadaan yang paling terteruk.Contohnya petani, peserta kena buat benda yang paling teruk petani tu kena buat.
Permainan ni agak kurang sket sebab macam cepat sangat bertukar-tukar orangnya.
Johan dengan Tauke lawak la

Pengarah kurang Siuman=Yang ni paling best sebab peserta kena melakonkan watak dalam filem tapi dalam genre berbeza.Zizan,Tauke dengan Riezman memang terbaik.Zizan jadik Izzah dalam Ombak Rindu giler tade ingat lawak.Johan,Cat dengan Bell ok jugak tapi kali ni lawak lebih kepada Zizan dan Tauke.
Pengarah yang berbeza tu macam pelik je sebab Pengarah dari kumpulan lain.

Kesudahannya episod ni dimenangi oleh kumpulan Angsa Ganas.
Jadik akan ada penyingkiranlah untuk kumpulan Beruang Comel minggu depan
Saper yg terkeluar agaknya?


Ni aku bagi video aku amik dari youtube..Layan je la.
Ade yang video tak ngam dengan suara.Mintak maaf yer..nanti aku reupload balik

Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5
Part 6
Part 7


Jumaat, 13 April 2012

Lalala..Lagu Ni mungkin Agak Pelik Bagi Orang Semenanjung Tapi Aku Ok Jer

Tengah aku takut-takut letak post seram ni,lepas tu ade la kawan FB aku post sesuatu yang menarik.
Memang segar terus pagi aku..haha


Rasanya korang tengah dengar la kan skarang?
Tulah lagu aku nak share.

Mesti ade yang
'Weyh lagu lucah ni'
atau
'Lagu merapu ni,apa benda ko post ni'

Haha...tulah korang kuning sangat.Lagu ni banyak pengajaran.Meh au citer sket.
Sebelum tu meh aku bagi lirik dier

Do do do do do do do Driver
Habis Kereta Baru,Hancur Macam Karupok
Kerna kau langgar pantat kerbau
Kerbau pun sudah mampus
Terbangkang di jalan raya
Umur Panjang kau tidak mati

La la la la
Hati-hati
Pecah Kepala Bapa tidak ganti

Yeh yeh yeh yeh yeh yeh
Buah kelapa
Wahai batang keladi
Kenapa la kau gatal
Tapi orang makan juga

Tengok si Goreng Pisang
Panas Sedap dimakan
Biar sejuk kita makan juga
Lada Ikan...Lada Ikan
Sambal belacan

Nan na na na na na na
Abang Sangkut
Selamat Pagi Sayang
Gigi mu kuning-kuning
Mungkinkah lupa berus gigi
Senyum mu senyum kambing
Nafas Mu bau kuda
Jangan Marah
Nanti tikus merantau

Dayang kecil,Dayang Kucing
Kucing Kuntut
Jangan Mencuri makan

Pelik kan bunyinya...tapi bagi orang sabah ini benda biasa je
Maksud lagu ni ikut aku


Mula-mula lagu ni suruh kiter berhati kat jalan raya.
Ada seorang ni kemalangan tapi nyawa dier masih panjang.
Langgar pantat tu adalah langgar punggung kerbau
Do do do do do do do Driver melambangkan pemandu tu, do do do macam melodi je


La la la la<<<melambangkan melodi
Hati-hati Pecah Kepala Bapa tidak ganti<<<Suruh lebih hati-hati dalam bahasa kebudak-budakan


Yeh yeh yeh yeh yeh yeh ,Buah kelapa<<<melambangkan melodi
Wahai batang keladi
Kenapa la kau gatal
Tapi orang makan juga
Walaupun kiter ni ada keburukan macam keladi tapi mesti akan ada orang menyenangi kiter.


Tengok si Goreng Pisang
Panas Sedap dimakan
Biar sejuk kita makan juga
Orang yang boleh menyenangkan orang lain tak kira bila-bila masa (sedih.gembira).Perbandingan antara Goreng Pisang dan Keladi


Lada Ikan...Lada Ikan
Sambal belacan
Lada ikan dan sambal belacan juga melambangkan sifat yang sama tapi tidak dihuraikan
Senang citer,walau apa saja bentuk/rupa/bau/sifat seseorang itu (belacan/lada ikan/goreng pisang/keladu),pasti akan disenangi orang lain






Nan na na na na na na<<Melambangkan melodi
Abang Sangkut
Selamat Pagi Sayang
Gigi mu kuning-kuning
Mungkinkah lupa berus gigi
Senyum mu senyum kambing
Nafas Mu bau kuda
Jangan Marah
Rangkap ni macam menerangkan tentang ucapan selamat pagi isteri kepada seorang suami sambil menyindir supaya suami dier ceria...sangat best line ni
Nanti tikus merantau

Jangan marah-marah nanti abih semua tikus lari,tikus ni mungkin melambangkan nasib baik





Dayang kecil,Dayang Kucing
Kucing Kuntut
Jangan Mencuri makan
Saja la melambangkan suasana tu dengan budak kecik (dayang) dan kucing
Rangkap ni menceriakan lagi lagu ni.


Tulah korang jangan kuning sangat..haha
Amacam puitis tak aku?hehe
Aku tau semua tertumpu satu part je kan.
Udah-udah ler...
Penyanyi dier saper ha...lupa plak


//Agak da berapa kali korang dengar, asyik ulang jer..dah2 pegi share.





Hadiah Jumaat Dari Allah

Ok beberapa minit lagi kiter(kaum lelaki/adam) akan pegi semayang Jumaat.
Jadik harini ni Allah ada bagi hadiah baik punya.

Tak payah nak repost dalam blog/tak payah nak follow/tak payah nak komen
Senang je caranya.
Meh sini ak cerita

1)Baca surah Al-Ikhlas,Al -Falaq dan Al-Naas sebanyak 7 kali
Baca 3 Qul la
Tak tau jugak takpe aku bagi khas
Bismillahirrahman ni rahhim






?Ok itu jerla caranya,senang kan
Jangan Lupa baca 7 kali,Lebih takpe,kurang lagi bagus dari tak baca

?Hadiahnya apa
Allah bagi perlindungan mula dari hari Jumaat ni 
.sampailah Jumaat minggu depan

Hadiah yang amat special dari Allah

Ok tu jerla benda aku nak cerita pada hari Jumaat ni
Assalamualaikum


Banyak Lagi Hadiah-hadiah Allah yang kiter semua boleh menang pada hari Jumaat//

Prebiu Naruto Episod 258



Minggu ni Episod dier masih lagi dalam episod selingan/filler
Sambungan minggu sudah iaitu Naruto dan Sasuke bersaing antara satu sama lain.
Episod kali ni tajuknya Rival atau dalam bahasa melayu Rakan Persaingan (betul ke?haha)

Persaingan antara Sasuke dan Naruto terus bersambung apabila mereka masuk ke Ujian 2 untuk menjadi Chunnin.
Kalau korang masih ingat,ujian kedua tu bertempat di dalam satu Hutan Tebal dekat Konoha (tempat Sasuke kena gigit dengan Orichimaru tu).
Dalam episod ni, Sasuke dan Naruto bekerjasama sambil bersaing untuk melepasi Ujian 2 Chuunin ni.
Bahagian yang best waktu kena serang dengan musuh yang cair-cair tu (ak tak tau nama).Ade jugak Kabuto menyibuk masa tu.Strategi Naruto waktu tu memang superb. Dia klon jadik orang lain....
Sasuke pulak semakin tercabar dengan Naruto yang semakin lama semakin hebat al maklumlah Naruto kan ada Jinchuriki.

Disebabkan terlalu cemburu dengan Naruto,Sasuke pergi berjumpa dengan Kakashi dan menyuruh Kakashi mengajarkan teknik untuk menjadikannya lebih kuat.Sasuke ni special sebab dia ada 2 elemen iaitu elektrik dan api.Kalo Kakashi ada satu je iaitu Elektrik.
Kakasi pun ajarkanlah teknik tu yang memang dicipta khas oleh Kakashi.Buat makluman,Kakashi pun ada mata Sharingan,jadik dia tahu la selok belok kuasa mata tu.Agak-agak apa la yang diajar oleh Kakashi kepada Sasuke?
Kalo akulah,aku agak Chidori la kot tak pun Raikiri..haha..tunggu je la episod akan datang.

Disebabkan belajar teknik tu,Sasuke dan Kakashi lambat datang ke Ujian ketiga (Ujian yang lawan-lawan tu).
Tapi Sasuke tetap dibenarkan bertarung dengan Gaara.
Naruto dah pun menang dengan Shikamaru (Kalo korang masih ingat,Naruto menang ntah apa-apa je..haha..bayang-bayang punya hal).
Jadiks ekarang giliran Sasuke pulak menunjukkan kehebatannya.

Episod ni memang ulang 100% yang dulu punya.
Siapa yang tak suka tengok episod ulang-ulang baik tak payah tengok episod ni.
Tapi bagi aku,ok la jugak.Dapat refresh memori dulu waktu Naruto tak berapa nak serius sangat.
Episod ni memang best.
Tak sabar nak tengok Sasuke lawan Gaara (padahal da tau da)

Episod minggu depan tajuknya Rift


Video aku upload kemudian 










Cara-cara nak tengok jin untuk yang berani sahaja

Apa kejadahnya aku gi post benda2 seram malam-malam ni
Ha,ni aku nak bagitau.
Tengah duk aku jalan-jalan kat Facebook tadi aku terserempak dengan post yang di share oleh CARI Malay forum


Ni ha bukti aku jumpa kat FB

Baca punya baca forum post ni memang gelabah x tentu arah la aku..haha
Aku ni penakut jugak
Ni post tu.


Apa macam berani ka?
Giler ko nak buat.Mau demam 7 hari.Aku yang baca ni pun da rasa nak demam.
Rabak di buatnya.
Baik aku berdoa je kat Allah supaya dapat biasiswa untuk degree lagi bagus

Sekali aku baca reply mana ada yang berani
Antara reply post  tu



Ada jugak yang macam haram je buat lawak..haha
Aku hampir percaya sebab tengah takut sekali terkena pulak.

Itujela citer aku malam2 ni..haha


//Still takut time nak tulis post ni..lol...Orang sumer da tido

Khamis, 12 April 2012

Ceramah Agama Perak FM 12/4 6.30 ptg

Tafsir Hadis mengenai Solat Jumaat oleh
YB Ustaz Dato Shamsuri Hj Ahmad

Perak FM Ceramah Agama 12/4 1.30 PM


Aku tertarik dengan ceramah pasal Ciri-ciri Ummah Yang Berjaya Menurut Islam oleh YB Ustaz Yob Saidin Muhd Yamin.

Layan.(Gambar hiasan haha)

Akan diupload lagi untuk hari yang berikutnya InsyaAllah
Kualiti agak rendah sebab aku kelam kabut nak rakam..haha..takpe2 boleh dengar sudah

Prebiu Anime Ringan :Polar Bear Cafe/Shirokuma Café

Ok harini ada satu anime ringan yang aku nak perkenalkan.
Anime ni baru je mula minggu lepas(baru je episod 1)
Jadik aku nak bagi sedikit prebiu dan video untuk korang layan.
Tak berat pun anime ni.Kalau nak release tension boleh la tengok.

Karakter
Panda
Panda ni macam karakter utama la dalam episod kali ni.Seorang(melambangkan haiwan) yang pemalas,amatlah pemalas tapi nak cari kerja.
Selalu kena marah dengan mak dier sebab asyik melepak je depan tv sambil kunyah pucuk buluh

Polar Bear
Polar Bear ni pemilik kepada kafe yang juga menjadi tajuk anime ni.Dia amat memerlukan pekerja baru disebabkan ramai pelanggan yang datang ke kafe dier.
Seorang yang rajin tapi ada satu perangai pelik iaitu suka mengubahsuai pesanan kepada benda lain(lain yang di order,lain yang diberi)

Penguin
Penguin ni pelanggan tetap kat kafe si Polar Bear tu.Dier ni rajin la bersembang dengan si Polar Bear tu.
Seorang yang agak serius,matang sikit dari karakter lain dan kadang-kadang bengang jgak dengan perangai Polar Bear yang suka ubahsuai order.

Karakter lain macam Mak Panda,Binatang Zoo adalah watak sampingan

Ringkasan Episod
Mak Panda suruh Panda ni carik kerja sebab dia ni asyik duduk je kat rumah.Disebabkan Panda ni pemalas,semua kerja yang dimintak semua tak dapat (syarat bukan-bukan).Jadik dier pun pegi la Kafe Polar Bear nak mintak keje(Pemalas gile sebab kafe tu dekat je ngan umah dier).
Panda tu pun masuk interview dengan haiwan lain yang turut nak keje dekat kafe tu.
Disebabkan terlalu merapu,abih sumer haiwan termasuk Panda kena rejected.
Esoknya,Panda pun pergi tanyer pendapat Penguin dan Polar Bear sebab nak cari keje baru.
Polar Bear macam apa je suruh Panda jadik Pelayar nelayan ikan tuna(sampai ke sudah dia suruh Panda tu keje jadik nelayan).Last-last,Penguin bagi cadangan kerja kat zoo.Memang kena la dengan si Panda tu yang pemalas tu.
Panda tu keje kat zoo.Memang penat takde ingat sampai tertido Panda tu.Lawak je cara Panda tu keje dengan Panda tua kat zoo tu..haha
Panda pun ceritalah pasal hari pertama kerja die kat kafe(sekarang kafe Polar Bear jadik tempat lepak dier) dan dia tak sangka akhirnya Kafe tu sediakan jugak menu 'Pucuk Buluh' yang dia mintak sejak dari mula lagi.Takde la asyik minum iced coffee je.

Keseluruhan episod 1
Anime ni memang best dan sederhana,Opening song memang menarik dan keseluruhan cerita memang penuh dengan lawak.Seronok tengok haiwan boleh bercakap dan ader kafe manakala manusia jadik watak sampingan je.Kreatif kan?

Ni aku bagi full video episode 1 anime ni.Layan



Part 1

Part2
Part 3

Fizz Fairuz dan Aaron Aziz Mesra Habis Yer ke Tidak?

Apa kehe aku rajin bebenor nak post benda alah ni.
Tadi waktu aku dalam siasatan kes Aaron Aziz dan Zed Zaidi (klik sini untuk lebih lanjut)
Aku jalan-jalan la dekat tempat bernama twitter,
Sekali menyinggah jap minum kopi dekat twitter si Fizz Fairuz

Tetibe aku ternampak satu gambar..haha..lawak pun ader
Gambar Fizz dengan Aaron macam adik beradik la.
Patutla masa ABP tu siap brpeluk-peluk lagi Fizz menang anugerah
Kawan karib rupanya

Ni ha gambarnya
Kan bagus macam ni..haha duckface

Boleh ke amik gambar ni?
Mana aku tau,twitter tak kata pun this image is subjected to copyright.
Jadi main amik je la
Apapun persahabatan dua-dua artis ni memang best la.
Macam adik beradik.

Yang ni lagi satu,lawak tade ingat
Hahaha...gurau tade ingat nak release tension la tu

Akhirnya Fizz Fairuz pun akan bercuti ke Langkawi.Tamatla cerita

Twitter nyer di sini 

//Terima kasih sebab membaca dan aku takde twitter haha...jadik pendatang haram je masuk twitter

Rabu, 11 April 2012

Zed Zaidi Fanpage kena godam?Aaronators ke yang buat?

Tengah-tengah aku duk lepak petang-petang ni sekali ternampak la satu post dari Oh! Media psal Zed Zaidi yang telah digodam oleh Aaronator kabornya.Ye ke tidak?

Bukti aku nampak post dari Oh! Artis kat FB

Klik punya klik tak mau jugak kluar-kluar webpage dier.Jadik aku pun tetibe rajin nk buat siasatan...haha..Aku minat dua-dua artis jadik tade perasaan berat sebelah disini.

Bukti yang page Zed Zaidi Punya fanpage kena hack di bawah ni
Dengor citer ni bukan Zed Zaidi Fanpage yang official.Entahla...
Kalau kiter tengok kat atas cover tu ada tulis Hacked by Aaronators Crew lepas tu ada link fanpage Aaronators.
Betul ke tu fanpage sebenar?


Cari punya cari aku jumpa la dekat twitter isteri Aaron Aziz @Diyana Halik satu perkara yang menyangkal tanggapan bahawa Aaronator (Peminat Aaron) yang buat sumer tu.
Yerla takkan la peminat nak serang artis lain..
Diyana Halik tweeter


Fanpage Aaronators Crew yang dikatakan palsu.

Dengar citer group Aaronators ni adalah closed group hanya peminat dia je yang tau.
Yang ni mungkin betul kot
Untuk twitter Aaronators official adalah di

Ada jugak dakwaan menyatakan tu bukan Fanpage Zed yang sebenar.
Yang sebenarnya adalah di sini


Rabak kalo pikir tentang gosip artis ni.Aku bukan nak menggosip yer.Saja nak cerita aktiviti aku facebook harini.Hahaha.
Gadoh je la kurang sampai puas.Masing-masing ada tujuan sendiri jadik malas nak sibuk.

//Terima kasih kerana membaca
//Salah fakta atau ejaan nanti aku check

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Blogger Wordpress Gadgets