[Entri Baru]Aku ketinggalan Sesuatu...Bersama Gambar Perkahwinan Imam Muda Hassan dan Ulfa

[Entri Lain]Safwan dan Zodiak//////Laungan Al Fatihah di pagi hari//////Semut dan Aku//////Maksud Lagu Latar Belakang Blog FB GAME DAN aku//////Rutin Harian//////Menangis//////Pelancaran Blog

[Entri Baru]Naruto Episod 256 Prebiu

[Entri Lain]Bleach....Satu Pengakhiran

[Entri Baru]Diari FB (Sims Social) 1/4

[Entri Lain]Diari FB (Sims Social) 29/3//////Majlis Bersama Media Scha dan Awal

[Entri Baru]Internet Download Manager

[Entri Lain] -

Perut Lapor? Klik je sini

Dah lapar sangat nak buat cam mana kan...Klik gerenti kenyang

Rabu, 4 April 2012

Segarkan Minda Bersama Anime Ringan


                                                

Petang tadi aku bosan tak tau nak tengok ape jadik aku pun layanlah tgok anime ni.
Best giler woo..Opening lagu sangat la sweet.Aku tgah menterjemah maksud dier tu.Suka sangat lagu tu.Tenang je.

KISAH APA NI?MACAM BUDAK-BUDAK JE
Ni Anime yang biasa-biasa je. tak berat macam Naruto,Bleach,One Piece.
Ala anime ni macam cerita-cerita dongeng Jepun yang diambil dari orang tua.
Banyak pengajaran,simple anime,tengok banyak kali pun tak bosan.
Ini episod 1 tau. Baru semalam keluar kat Jepun .Layan je la

NAMA ANIME NI HOMETOWN REBUILDING:FORKTALE FROM JAPAN

SINOPSIS

Ada 3 kisah dalam episod kali ni.
Kisah yang mula-mula tajuk dier 
The Old Man That made the Tree Blossom
Ada 2 orang tua yang hidup bersederhana dan bahagia yang terjumpa seekor anak anjing.Diorang sangat sayang anak anjing putih tu. Satu hari,anak anjing tu nak tolong pakcik tu buat keje tapi pakcik tu tak bagi sebab dier sayang anjing tu.Setelah beberapa kali mintak,akhirnya pakcik tu pakaikan anjing tu dengan kelengkapan orang nak bertani(siap ada cangkul).Lepas tu anjing tu suruh ikut pegi satu tempat.Pak Cik tu ikut la.Sampai di tempat tu anjing tu suruh korek lubang. Sekali kat lubang tu harta karun.Anjing tu suruh letak atas badan dier sumer emas.Pak Cik tu tak sampai hati (mulia hati pakcik ni).Tapi akhirnya pakcik tu mengalah.Lepas tu anjing tu suruh pakcik tu naik atas badan dier.Giler betul anjing tu.Pak Cik tu mana la sanggup.Tapi sama seperti keadaan lain, akhirnya mengalah jugak pakcik tu.Pak Cik menunggang anjing pulang ke rumah dengan emas.Isteri dier sangatla gembira.Tak sangka emas yang suami dier bawak.
Lepas tu ada la pulak jiran dier dengki..Apa yang jadi lepas tu..tengok la kat atas...haha

Sedih anjing tu mati.Hampir menangis =(.Tak guna punya jiran




.Kisah 2 :
The Man Who Bought Dream
Best kan kalo boleh beli-beli mimpi ni.Kisah kedua ni tentang 2 orang peniaga yang mengembara dari satu tempat ke tempat yang lain.Sampai satu tempat diorang pun berehat.Peniaga yang tua tu tak larat sangat sampai tertido.Sekali peniaga yang muda tu nampak lalat keluar dari hidung waktu peniaga tua tu tidor.
Tak lama lepas tu,lalat yang terbang merata-rata tu masuk balik dalam hidung peniaga tua tu.Peniaga tu terjaga dan menceritakan dia bermimpi bahawa ada dia nampak kampung kat seberang bukit tu dimana ada orang kaya tinggal dan di bawah pokok (pokok apa ntah dalam taman orang kaya tu) ada harta karun kalo pokok tu berbunga warna putih (selalunya warna merah).
Peniaga muda tu pun berfikir bahawa lalat tadi telah membawa mimpi kepada peniaga tua tu.Dia berniat membeli mimpi dari orang tua tu. Orang tua jual dengan harga 300 yen.Harga kawan-kawan katanya.
Peniaga muda begitu percaya dengan mimpi tu pergi la ke rumah orang kaya tu.Kebetulan orang tua nak carik pekerja jaga taman bunga dier.

Peniaga tu dah hampir dengan harta karun tu.Dia cuma perlu mencari bunga yang berwarna putih.Berjayakah dier?..Haha..tgokla sendiri.

Terharu dengan peniaga muda tu.Penamat yang menarik





Kisah 3:
The Rat Sutra
Sutra tu apa? Sutra tu bacaan la masa orang Jepun ni semayang untuk orang yang dah mati.
Kisahnya bermula bila ada seorang tua ni yang tinggal di ceruk kampung yang telah kematian suaminya.
Dia tak pernah tahu pun cara nak baca mantera time semayang tu. Jadik satu hari ada la seorang pendeta datang (pendeta ni pemalas dan hanya nak tidur je).Pendeta ni bukan tahu apa pun pasal mantera.
Makcik tu bagilah pendeta penipu ni makan.Dah abih melantak, pendeta ni nak tidor tapi makcik tu memohon untuk mengajarnya cara nak baca mantera untuk suaminya.Disebabkan termakan budi,pendeta penipu tu pun dia buat je la main hentam tapi makcik tu ikut je.Kebetulan ada tikus masa dier nak ajar makcik tu jadik keseluruhan mantera tu ada bacaan pasal tikus.Pendeta tu menamakan mantera tu sebagai 'The Rat Sutra'. Makcik tu percaya dan ikut mantera tu sampai la tahun berikutnya dan berikutnya.
Setahun lepas tu ada orang nak merompak rumah makcik tu. Masa perompak tu nak merompak da tak tau makcik tu tengah semayang. Jadik setiap perkataan yang dilafazkan seaakan-akan makcik tu tahu perompak tu ada kat situ. Perompak tu apa lagi cabut la. Perompak tu adalah Pendeta Penipu yang pernah datang rumah tu.Dia terkejut makcik tu sampai sekarang masih amalkan mantera tipu dier bagi tu.
Pendeta tu kesal....

Apa yang jadik kat pendeta tipu dan makcik tu....Mana aku atau...Layan je sendiri

Kesetiaan seorang isteri kepada suami dan tahap kepercayaan makcik tu memang tinggi.
Penamat cerita best.





Ni antara anime ringan yang menarik bagi aku.Layan lagi minggu depan ..Yeay

//Nak upload lama giler..Blogger server problem la ni..Apapun enjoy
//Salah fakta atau ejaan mintak maaf yer

Review Hancur Safwan=> 7 Petala Cinta

Amik ko, aku dah bosan tak tau nak tengok apa jadik penangannya 7 Petala Cinta jugak ak tengok.
Aku bagi jalan citer dier secara ringkas mengikut cara aku..

Permulaan Cerita.
Ada 2 orang yang sedang hangat bercinta iaitu Rindu dan jugak Cinta.Aku tak tau nama pelakon tu jadik aku pakai nama dalam movie jerla.
Rindu dan Cinta ni kira belajar dalam satu pondok.Nama pondok tu aku lupa. Diorang ni dah baik punya bertunang sekali Rindu (watak lelaki) terpaksa sambung belajar dekat Jordan (mana ntah aku main hentam je)
Filem ni straight forward je sebab baru layan 15 minit dah Rindu tu kemalangan bom meletup dekat universiti dier. Masuk tv plak tu. Cinta pun apa lagi menangis takde ingat sampai setahun.Dalam menangis-menangis tu ada jugak orang pujuk dier namanya Attar.Attar ni masa silam dier buruk sebab dia dulu pengedar dadah.Waktu part dier dapat hidayah tu best. Dier pulak syok la kat Rindu ni tapi Rindu terlalu amat merindui Cinta.Lepas tu dier tak tahu yang adik kepada Rindu (Ilda apa ntah nama dier) syok dekat Attar. Penat je Ilda tu hantar makanan hari-hari. Attar salah anggap ingatkan Cinta yang hantar.Hujung-hujung permulaan ni mak bapak si Cinta berkenan menjadikan Attar sebagai menantu. 3 kali solat istiqarah,akhirnya Cinta bersetuju.

Klimaks
Attar tetibe plak nak cari serban dier yang hilang. Dier tak perasan waktu dier naik van pergi ke pekan,seorang perempuan telah mengambil serban dier (hadiah khas dari Bapak Cinta). Dier carik punya carik sekali perempuan yang amik serban dier tu pelacur.Terpaksalah dier pegi ke pusat pelacuran tu semata-mata nak serban. Pelacur tu kata kalo nak serban kena ikut dier masuk bilik.Sampai kat pintu bilik, perempuan tu citer kisah hidup silam dier dipaksa melacur. Attar bersimpati dan dia pun bagi ceramah sket kat perempuan tu. Dia hanya nak serban je. Tup-tup mungkin disebabkan terharu, perempuan tu peluk Attar.Attar tolak la perempuan tu lepas tu balik kampus  eh balik rumah pondok.
Tau-tau esok pagi pelacur tu datang,dia cerita segalanya kat Tok Haji (bapak cinta).Pelacur tu kata dier nak insaf. Pak Aji tu pun percaya.Aku pun percaya jugak. Sekali malam tu, Attar bermimpi pompuan tu.Nafusunya membuak-buak,Biasalah manusia. Dier keluar la nak cari ketenangan sekali dier nampak bilik Perempuan Pelacur tu terbakar. Apa lagi dier pun ketuk la pintu suruh pompuan tu keluar.Sekali tu cuma muslihat jer.Perempuan tu baik punya pakai sleepwear lepas tu ajak Attar masuk bilik. Disebabkan godaan nafsu, Attar pun masuk bilik tu. Tak lama lepas tu (tak samapai 2 saat pun),Pak Aji datang lepas tu tercegat kat muka pintu. Tergamam la Attar dengan Pelacur tu.Pak Aji kecewa dengan sikap Attar. Yang si Cinta tak abih2 menangis jer. Attar dihalau keluar dari pondok tu.Apa ntah scene tutup pintu.

Peleraian
Disebabkan Pelacur tu (apsal la aku tak ingat nama dier haha,malas nak tgok balik) kesian dekat Cinta yang menangis takde ingat punya lama. Dier pun citer kisah sebenar apa yang berlaku dalam bilik. Rupanya, Attar cuba menghindari tapi perempuan tu mengaku dier yg tergedik-gedik goda Attar. Pak Aji menyesal kerana bersikap terburu-buru.2 orang member baik Attar (Epi Raja lawak dan Lokman (gemuk yg berlakon citer Hantu botol kicap tu)) terus gi cari Attar. Attar pulak bergelut dengan masalah lama apabila member lama dier datang tuntut dadah yang dier curi dulu.Attar memang da insaf jadik dier cuba melawan. Last sekali dier kena tikam.2 hari dier terdampar pengsan.Sedar je, dia terus ada kat Pondok.Pak Aji mintak maaf atas kesilapan dier dan suruh Attar terima balik Rindu.Attar menolak.
Attar buat keputusan nak tinggalkan pondok tu dan berterus terang kepada Rindu bahawa die amat berterima kasih atas segala makanan dan surat yang diberikannya dulu (padahal surat tu Ilda yang bagi)
Rindu terus berselisih paham sket dengan Ilda sebab tak berterus-terang kepada dier pasal dier minat kat Attar.Ilda terlalu naik sebab dier tknak Rindu bersedih je memanjang.

Penyudahnya
Bermadah punya bermadah, Attar tetube tak jadik pulak pergi.Die setuju nak kawin dengan Rindu.
Esoknya majlis pernikahan pun bermula. Tetibe je Blackout(konon gimik macam tak direstui la).
Lepas tu tetibe je Fizo Omar (Rindu)..btul ke ntah...rasa-rasa Fizo Omar..tercegat kat depan tu.Attar rasa gembira sahabat dier dah balik.Berjambang muka Rindu. Ilda pun terus pergi ke abangnya. Cinta tak dapat menahan air mata. Attar melepaskan Cinta kepada Rindu kerana dia benanggapan bahawa Rindu lebih layak untuk Cinta.
Rupa-rupanya Rindu tak sampai hati nak tgok Attar membujang jadik dia serahkan Cinta balik kat Attar (giler pusing-pusing citer ni)
Lepas tu Rindu akan pergi mengikut haluannya sendiri. Attar terus bahagia bersama Cinta.

TAMAT(ringkas tak komen aku?)

Komen Aku
Filem ni ok, takde banyak masalah sangat cuma perkataan die tak cukup power lagi.
Yang menarik pun ada la sket macam ayat ni:

Cinta : Saya bukan Saiditina Fatimah
Attar : Dan saya juga bkan Saidina Ali

Yang macam ni ak suka..haha..syoknya dier balas.
Lagi satu masa akhir-akhir tu ayat
'Di antara tujuh petala langit dan tujuh petala bumi,Ada 7 PETALA CINTA'
Standard la kan..mesti nak tamat dengan tajuk filem kan?

Pelakon Utama : Rindu,Attar,Pelacur ok.
Tapi Cinta,Adik Rindu kurang sket
Pak Aji tu pun biasa-biasa je
Pelakon Tambahan Ok
Plot Cerita : Aku dah boleh agak.Kurang sket dan plot terlalu cepat
Kesedihan : Ala kadar
Muzik : Menarik

Rating dari aku : 7.2 /10




Nah amik video ala kadar dari aku. Siap ade Chapter lagi..haha



Chapter  1 : Cinta Yang Ditinggalkan




Chapter 2 :Cenderahati Terakhir 



Chapter 3 : Kenangan Lalu Yang Hitam


3 ckup la kot .Banyak-banyak gi download sendiri..hehe..takpe2 nanti aku upload


KOMEN LAZIM
Komen :Eh filem ni tak islamik la.Tak best.Lagi best KCB,Ayat-Ayat Cinta
Jawapan : Saper kater filem ni islamik?. Bagi aku ok la ader unsur-unsur sket.Dapat jugak bagi dakwah kat pelakon-pelakon sume tu.Bagus aper mula buat filem macam ni. Semua nak kena mula dari bawah, mana ada dan-dan tu nak trus perfect.Kalo nak sangat ko buat filem sendiri.
Dan lagi satu jangan asyik cari kesalahan,pikir positif sket,banyak pun tkper.Kiter ade akal kan?,kiter boleh pikir secara rasional.Yang Baik dijadikan pedoman,Yang buruk kita sedarkan diri kiter.

Soalan:Ala kenapa video quality low?, tak best.
Jawapan:Aku nak senangkan orang yg ader internet slow load video.Ko nak yang cantik pegi carik sendiri.Banyak plak cekadak nyer.



//Terima Kasih sebab membaca. Salah ejaan,fakta mintak maaf yer.Nama tu aku tak tau la betul ke idak.Nanti kalo aku tau,aku edit. Tak penting sangat bagi aku nak ingat nama pelakon ni

// Ini rating aku,jadik kalau korang rasa macam pelik je,takpe aku tau tapi komen la kat bawah apa plak korang rasa.

//Aku buat review sekali lalu je...Best buat sekali lalu.Baru nampak fresh.Tulis yang mana ingat je.




Selasa, 3 April 2012

Tingkatkan taraf Keselamatan Blog

Ha,malam-malam ni layan makan cadbury ni pon masuk jugak. Sambil tu tulis artikel untuk blog. Ok harini aku nak cakap sket macam mana cara korang nak bagi blog korang terhindar dari Hacker yang semakin berleluasa sekarang ni. Tips ini untuk khas pengguna blogger (domain .blogspot/domain sendiri)

Aku bukan nak cerita pasal tukar password email ke atau tukar password blog tapi aku nak ajar dan cerita secara ringkas cara yang mudah selain dari korang buat password yang kuat dan susah (kena buat jugak tau).

Secara amnya, orang selalu cakap blog yang selamat mestilah mempunyai password email yang sukar/rumit
Contohnya : resdeNscence98% (ko tgok ni ader kombinasi nombor,huruf besar dan simbol).Tapi mesti kena ingat la kan.
Lagi satu, Jangan sesekali menyamakan password akaun blogger dengan email. Tukar la password tu jadik password lain.

Ala, nanti susah nak ingat password tu?
Takde masalah kalau nak guna password yang senang diingat. Pastikan ada kombinasi nombor dan tidak melibatkan tarikh lahir/no telefon/IC/nama
Contoh : CeriBeri2012 (password ni mungkin tak kuat tapi memadailah.Bergabung pulak dengan langkag seterusnya password ni akan jadik kuat). Korang jugak boleh simpan password ni kat telefon bimbit. Takdenya orang nak curik.InsyaAllah.


Itu sumer cara-cara yang biasa orang bagitau. Ni ader satu lagi cara yang boleh menguatkan sekuriti blog korang.Mungkin ader yang dah tau, tapi lantakla aku nak cerita jugak.


Ni aku bagi tutorial bergambar kat korang.
Dan sila amik perhatian ni untuk pengguna Blogger je.Yang lain rasanya ada la kot

1)Mula-mula korang pegi
Korang Sign In dengan email blog korang

2)Korang akan nampak ni

3)korang klik kat bahagian 2 steps verification

4)Lepas tu korang akan dibawa ke page ni
5)Klik start set up

6)korang akan dibawa terus ke page ni


7)Korang isi nombor telefon korang, lepas tu klik send code
8) Tunggu beberapa ketika, nanti kod rahsia akan dihantar ke telefon bimbit korang (yang korang isi tadi pastikan betul)

9) Korang masukkan je kod rahsia tadi dan klik verify (macam dalam gambar)

10) Kalau smua ok,nanti kod rahsia tu akan disahkan oleh google.Klik next lepas tu


11)Lepas tu korang akan dibawak ke page verify computer.


TICK trust this computer
klik next

Komputer korang akan dikenalpasti.Maknanya korang boleh login tanpa apa-apa kod dihantar ke telefon bila korang guna komputer korang (Setiap 30 hari kan ada check).
Kalau guna komputer orang lain misalnya kat CC ker, korang kena masukkan kod yang akan dihantar hanya kepada telefon korang.Takpe nanti aku terangkan secara ringkas di bawah.


Last sekali korang klik je Turn On 2-steps verification

Lepas tu korang akan dibwak ke  page ni yang ada menceritakan sedikit pasal benda ni
Tengok kat bahagian show backup code

Apa benda backup code ni?
Meh sini aku cakap. Backup code adalah kod rahsia yang digunakan dalam waktu kecemasan jikalau telefon ko hilang ataupun dicuri. Kod rahsia ni (macam dalam gambar di bwah) hanya digunakan kalo hanset ko takder (hilang,sim kad patah,kena curi)
Korang boleh simpan je dalam dompet ke dalam PC ke.Peratus orang yang curi/jumpa hanset ko tu nak hack blog ko amatlah sket.Diorang bukan kisah pon, tau nak rembat telefon je, jadik takyah risau sangat.
TAPI INGAT SEJURUS SELEPAS TELEFON KO HILANG,CEPAT-CEPAT LOGIN BLOGGER DAN DELETE/TUKAR NO TELEFON.

backup code



Tahniah,korang dah berjaya menaikkan lagi tahap keselamatan blog korang
Nanti akan ada status dekat https://www.google.com/settings/
macam dalam gambor ni
 2 steps verification STATUS - On

Eh kalau lupa password macam mana?
INGAT, JANGAN LUPA set up LAGI SATU IAITU
CHANGE RECOVERY OPTION
(dekat tepat sama macam 2-steps verification)

1)Klik Change Recovery Option
2)Lepas tu ko masuklah no telefon ko tu.Mudah je


Jadik kalo ko terlupa password. google akan terus hantar ke telefon ko.
Orang tak boleh curi selagi tak dpat telefon ko.Kalau dapat pun, ko ader simpan backup code.Ko boleh remove je no telefon tu.Peratusan orang curik telefon sebab nak hack blog amatlah sket.

Ok jadik settlelah semua masalah kena godam la aperla.InsyaAllah,korang hanaya perlu berhati-hati je layari internet.Jangan Klik link pelik-pelik (link blog ak boleh) dan Jangan sesekali sembang dengan orang yang tak dikenali serta jangan buat password senang-senang untuk benda-benda penting.

DONE


NI CARTA BERGAMBAR MACAM MANA BENDA NI DAPAT MENAHAN SERANGAN PENGGODAM MISTERI



YANG PENTING SEMUA BERLAKU DENGAN KEIZINAN ALLAH. INGAT TU



Soalan : Eh ko buat ni, confident je mcam tak kena 'hack'.Aku 'hack' baru ko tau.
Jawapan: Erm, cuba la try..haha...Aku cuma nak bagitau cara untuk meningkatkan keselamatan je.Yer ak tak nafi memang ko Hackers Terbaik Malaysia. I salute you lah.Moga diberkati Allah.

Komen: Tak paham la, ini tu ini itu
Jawapan:Cuba komen,mungkin ak leh tolong.



FACEBOOK MACAM MANA PULAK?
NANTI AKU POST, PENAT LA.


//Aku bukan pandai IT sgat jadik ini je yang mampu aku post.
//Aku suka tutorial bergambar senang nak paham.



Prebiu Super Spontan Episod 1



SHARE ARTIKEL NI DI FACEBOOK



Giler lambat aku nak post pasal Super Spontan ni padahal hari Jumaat dah memang start benda ni.

Ni serba ringkas saper yang terlibat dalam rancangan ni

Pengacara rancangan ni Adibah Noor, Pengulas rancangan ni Afdlin Shauki,Harun Salim Bachik dan Amir Raja Lawak (yang kecik tu)

Untuk peserta-peserta aku dah bahagikan kepada 2 kumpulan

Kumpulan Angsa Ganas

Zizan Maharaja Lawak
Tauke Maharaja Lawak
Suhaimi Yusof Maharaja Lawak Mega
Zahid AF
Nana AF
Rahim R2 Maharaja Lawak
Riezman Kuzaimi

Pengurus : Rashid Salleh


Kumpulan Beruang Comel

Johan Maharaja Lawak
Yasmin Hanif
Sathiyya Baby Face
Shahrol (Shiro) Raja Lawak
Cat Farish
Bell Ngasri
Ropie Maharaja Lawak

Pengurus : Reza Zainal

Demonstrasi Permainan oleh Afdlin,Harun Salim Bachik dan Nabil


Waktu pemain-pemain semua masuk pun dah macam apa je. Lawak giler.Keseluruhannya ok la kot smua peserta ni.

Ok ni aku letak video bagi setiap acara.Enjoy yer.

                                                    Penterjemahan Beruang Comel



Penterjemahan Angsa Ganas


Beku/Freeze (dua-dua team terlibat)



Pemberita Berkepala 3 (Angsa Ganas)



                                            
                                                 Pemberita berkepala 3 (Beruang Comel)






                                            Sketsa Soal Jawab (Dua-dua pasukan bergabung)





                                               
Demonstrasi (Beruang Comel)
Tangan: Shahrul Shiro RL6
Pengacara: Bell Ngasri
Mangsa : Ropie Maharaja Lawak Mega




Demonstrasi (Angsa Ganas)
Tangan :Zizan
Pengacara:Nana
Mangsa : Tauke


Keputusan Akhir : Angsa Ganas Menang Minggu Pertama
Penyingkiran : Minggu depan umum





Fuh memang kelakar takde ingat dua-dua pasukan ni. Bagi aku tak kisahlah siapa yang hebat atau sape yang tak best,janji dapat buat kiter ketawa sudah.
Untuk kesimpulannya Angsa Ganas memang best sebab Zizan dengan Tauke memang power.Team diorang pun secara individual dan berkumpulan memang best.
Bagi Beruang Comel,diorang pun best jugak. Bukan Johan je best tapi Ropie, Bell ngan Shahrul pun best jugak. Kalau nak tengok Beruang punya pasukan banyak orang yang masih baru. Jadik, biasa la mula-mula. Harap-harap pelawak baru macam Shahrul tu dapat timba penglaman dan pelawak-pelawak yang baru nak jadik terkenal kat Astro macam Ropie, Bell tu dapat jadik lagi best.
Apapun Amir memang terbaik jadik pengulas. Betullah ,die jadik batu api. Afdlin Shauki saja pilih dier nak bagi variasi dalam program tu.Biasalah Haters gonna Hate. Go Amir go.SS terbaik


Soalan Lazim
Soalan : Eh kenapa tak upload full?
Jawapan: Aku banyak benda nak download, nanti kalau upload nanti lagi lembab. Dan satu lagi, takut-takut aku terkena copyright issue, apa pun tak boleh tgok.Ko carila sendiri kat youtube ke.

Soalan:Ko memang suka kat Amir yer?,siap puji-puji lagi
Jawapan : Aku minat cara dier nak tempat diri dalam industri. Orang benci tapi Amir tak berputus asa melawak.

Komen : Upload la cepat sket. Lambatla ;(
Jawapan :Banyak betul masa aku nak upload. Gi la carik blog yang upload awal-awal sket dan terima kasih kerana sudi datang.

//Banyak video banyak la masa nak buat post ni. Apapun,enjoy.
//Salah ejaan atau fakta nanti aku double check.

                                         

Isnin, 2 April 2012

Johan dan Zizan Ramalan Kaji Cuaca Yang Hancur


Klik Untuk Share Artikel Ni Di Facebook





Petang-petang ni nak release stress dekat dalam kepala tu, apa kata korang lepak-lepak layan video ni

Dipetik dari rancangan Berita Hangit Episod 5. Ni bahagian yang paling aku suka dalam episod ni

Memang lawak Zizan dengan Johan.Berdekah-dekah aku gelak. Masa Johan cakap jawa tu la yang aku banyak gelak. 'Pak Cik dulu pun nakal jugak'...HAHAHAHA

Malas nak cakap banyak-banyak.Enjoy je la video ni


Gelak la Puas-puas yer..Haha




Soalan Lazim

Soalan : Eh kat mana nak downlaod full version?
Jawapan: ko carik sendiri la kat mana-mana, contohnya:youtube ke.

Komen : Tak lawak pun.
Jawapan : Rasanya ko ada failure kat mana-mana bahagian otak ko la ni.Apapun tahniah kerana melawat blog aku.



Soalan: Banyak lagi ke video yang akn diupload?
Jawapan : Terpulang, sebab aku hanya amik yang best je. 




//Post ringkas je dari aku.Layan je video tu
//First time post video
//Terpaksa shut down lagu tema sebab nanti dia bertindih ;((

Album Glee


SHARE ARTIKEL NI DI FACEBOOK =



Oit,sorry lambat sikit post,tapi ni kira latest punya album untuk Glee. Ni untuk semua lagu dalam episod 11 Siri 3. Episode tribute to MJ.

Track List:
1. Black or White (Glee Cast Version)
2. Bad (Glee Cast Version)
3. Wanna Be Startin’ Somethin’ (Glee Cast Version)
4. I Want You Back (Glee Cast Version)
5. Human Nature (Glee Cast Version)
6. Never Can Say Goodbye (Glee Cast Version)
7. Ben (Glee Cast Version)
8. Smooth Criminal (Glee Cast Version)
9. Scream (Glee Cast Version)
10. I Just Can’t Stop Loving You (Glee Cast Version)

Size: 62.53 MB

Oit,sorry lambat sikit post,tapi ni kira latest punya album untuk Glee. Ni untuk semua lagu dalam episod 11 Siri 3. Episode tribute to MJ.



Eh mana link nyer?
Komen di sini berserta dengan email anda.Link akan dihantar terus ke sana secepat mungkin.
Ko giler aku nak link kat sini, satg kena tangkap hehe xD


//Album Lain akAn diupload kemudian hari

Peningkan kepala di awal hari

Eh, apsal pulak pening-pening kepala pagi ni.
Ni aku nak habaq sket. Ni sbenarnya kisah lama dah la.kira-kira 10 jam yang lalu.

Macam biasa aku lepak-lepak on facebook,saja nak tgok mana tau ada post menarik ke dari kawan-kawan aku.

Tiba-tiba mataku tertarik dengan satu post yang dikongsikan oleh kawan aku,Vijay
Bukan post sebenarnya tapi gambar.Ala gambar yang menarik mcm selalu korang tgok kat facebook.Al-maklumlah sekarang orang suka share gambar/kata-kata himat/cerita lawak semua kat facebook.

Berbalik pada citer tadi,ak pun tgok la gambar tu,baca punya baca aku jadik giler skejap pikir amende la yang dia post.Bukannya ak tak paham post tu (apa korang ingat ak ni low sangat ke English?).Tapi sebenarnya ak tak paham dengan jawapan kepada persoalan dalam post bergambar tu.

Korang sekarang mesti dah macam tak sabar-sabar nak tgok post tu kan lepas tu ckap ak ni drag la aperla.Takpe-takpe korang boleh scroll terus ke bawah lepas tu tgok gambor pueh2. Ni aku letak gambor.Klik untuk besarkan gambor tu


Bukti aku amik post tu

Eh tak nampak la tulisan tu..kecik la..
Waduh,kan aku cakap tu gambar bukti aku amik je.
Untuk tulisan dalam gambar tu,ak baik hati nak taip.

English
8 Interesting Confusion

1)Can you cry under water?
2)Do fishes even get thirsty?Why?
3)Why don't birds fall of trees when they sleep?
4)Why is it called 'building when it is already 'built'?.
5)When they said dog food is new and improved,who tastes it?
6)If money does't grow on trees, why fo bank have 'branches'?
7)Why does round pizza come in square box?
8)Why doesn't glue stick to its bottle?

Malay Translation by safwan
8 Fakta yang memeningkan kepala

1)Weyh,boleh tak kita menangis dalam air?
2)Agak-agak ko,ikan pernah rasa dahaga tak?Kenapa?
3)Kenapa burung tak jatuh waktu diorang tido atas pokok?
4)Kenapa bangunan dalam orang putih panggil 'building'(tengah bina) sedangkan bangunan tu dah siap dibina.
5)Bila pengeluar kata produk makanan anjing diorang dah dipertingkatkan dan diperbaharui, macam mana diorang tahu dah dipertingkatkan, saper yang uji?
6)Duit tak tumbuh di pokok,macam mana pulak bank ada cawangan?(branches=dahan pokok)
7)Kenapa pizza dalam kotak petak padahal dier bulat?
8)Macam mana pulak gam tak melekat dekat dalm botol dier ye?


Pelik bunyi nyer dalam bahasa Melayu kan?

Ok kalo aku jawab ni la jawapannya

1)Can you cry under water?
A: Science,bla bla bla...muscle...smua aku taruk

2)Do fishes even get thirsty?Why
A: No,because fish don't drink...Experiment..bla bla bla

3)Why don't birds fall of trees when they sleep?
A:Giler ape.Burung tido dalam sarang/Burung tak tido lama,ia tido sekejap-sekejap je sama macam ayam

4)Why is it called 'building when it is already 'built'?.
A:English banyak word yang ada multiple meaning

5)When they said dog food is new and improved,who tastes it?
A:Gimik promosi biasa la.Memang macam tu atau diorang memang ade research centre untuk kaji sampel makanan tu.

6)If money does't grow on trees, why fo bank have 'branches'?
A: sekali lagi,perkataan dengan 2 maksud.

7)Why does round pizza come in square box?
A:Senang nak bawak, nak susun pun senang dan mengurangkan kerosakan pizza mana tau kalo abang yang hantar tu kemalangan ke,mungkin kotak tu akn hancur bahagian tepi tapi bahagian pizza masih lagi elok.

8)Why doesn't glue stick to its bottle?
A:Gam kering dan melekat.Jadi gam hanya akan melekat bila terdedah kepada angin dan kering.Tak caya cuba ko bukak gam tu lepas tu bior semalaman,mesti gam tu melekat kat botol/beku.Kalo letak je dalam botol sampai ke sudah tak melekat gam tu


Itulah jawapan aku.Ntah apa-apa je.Terima kasih ebab sudi baca

Share Artikel ni Ke Facebook



Soalan Lazim

Soalan:Eh, jawapan tu salah la.Sebenarnya dia.........
Jawapan:Ko ader jawapan lain ke? Cer bagi komen dengan jawapan ko sekali.Buat pengetahuan,aku tak suruh jawab pun sebab sebenarnya soalan tu cuma macam joke
jer dan aku tak kata jawapan aku betul.Harap maklum dan ak amat mengagumi kebijaksanaan kamu.Cepatlah komen aku nak tau jawapan sebenar ni.

Soalan:Ala,aku da penah tgok post ni,old jokes,copy paste dari orang lain la ni.
Jawapan:Weyh,ini Diari FB aku,jadik aku amik la dari saper-saper yang post menarik kat aku.Mana la aku tau dah lama ke idak.Ak baru baca jadik benda tu baru la..Bagi aku

//Kalo salah ejaan,nanti aku multiple check balik.
//Penterjemah yang paling teruk,Aku..hehe







Alamak! Social Point Percuma Sims Social

////Post ni ringkas je.Pasal Sims Social.Sesiapa yang nak social point percuma klik je link kat bawah.


Sementara je tau link tu.Cepat-cepat


//English///Simple step.Get your free social point here.Click all link and get your free social point,don't say thanks.lol.


Link 1///Expired On 3 March or earlier give 150 Social Point


Link 2///Expired on 4 March or earlier give 500 Social Point


Link 3///Expired on 5 March or earlier give 200 Social Point




Click Here and Share To Others


//The only post in English because this blog is in Malay language

Ahad, 1 April 2012

Piramid Makanan Yang Musnah

Ish apsal tajuk harini pasal piramid makanan ni? Ha ni aku tak bagitau pasal Piramid Makanan secara umum. Waktu sekolah rendah dulu,waktu Nurse datang sekolah ada jugak dia tunjuk piramid makanan ni. Seronok tengok piramid makanan ni sebab banyak gambor makanan dalam dier. Selalunya aku dengan kawan-kawan akan pilih makanan yang kami suka dalam piramid tu.Pelik kan? Majoriti akan pilih bahagian yang paling atas sekali (yang ada coklat dengan ais krim tu).

Disebabkan aku ni genius sket(ceh),waktu time tu aku tau la jugak Piramid tu fungsinya untuk apa. Yang bawah tu makan kena banyak,Yang atas sekali kena makan sikit. Aku pening-pening jugak pasal sajian(1/2 sajian,2 sajian),apa kebenda nya tu?Buat pengetahuan,itulah pertama kali aku tengok piramid (padahal bentuk segitiga je)

Sampai sekolah menengah, aku nampak piramid tu lagi kat dalam makmal Biologi. Aku buat tak endah je la sebab aku pun tak terlalu banyak fakta masuk masa tu (karbohidrat,glucose,lipid, dan segala macam lagi)

Jadik untuk menebus kesilapan aku yang lalu,aku pun nak la cerita sket pasal piramid makanan ni walaupun aku tau amatlah mustahil untuk aku ikut.




Satu-satu piramid yang penuh dengan makanan di dunia


===========Copy Paste dari laman web di sini.Jadi eloklah kalo nak buat assignment pasal piramid makanan ni ambik maklumat mula dari sini============================================

Apakah dia Piramid Makanan?

Piramid makanan ialah satu carta yang membantu kita untuk merancang pengambilan jenis-jenis makanan dan sukatan makanan yang sesuai untuk kita setiap hari .


Berapakah kumpulan makanan terdapat dalam Piramid Makanan?

Makanan dibahagikan kepada 5 kumpulan utama yang diletakkan pada paras yang berbeza-beza di dalam Piramid Makanan Malaysia:

Paras 1
Nasi, mi, bihun, roti, bijirin dan produk bijirin lain serta ubi-ubian

Paras 2
Buah-buahan dan sayur-sayuran

Paras 3
Ikan, ayam dan itik, daging dan kekacang, susu dan produk tenusu

Paras 4
Lemak, minyak, gula dan garam


Berapakah sajian yang perlu kita ambil dalam sehari?


Paras 1
Biji-bijian dan bijirin serta produk ubi-ubian (8-12 sajian)


Paras 2
Buah-buahan dan sayur-sayuran (3-5 sajian)


Paras 3
Ikan, ternakan, daging dan kekacang (2-3 sajian)

Paras 4
Susu dan hasil tenusu (1-2 sajian)



Apakah itu saiz sajian?

Saiz sajian merujuk kepada jumlah makanan dalam kumpulan yang sama yang mempunyai kandungan zat yang serupa dan boleh ditukar ganti.

=======Copy Paste tamat. Kalo nak maklumat lanjut gi carik sendiri,Lepas ni semua tulisan asli=======

Weyh,aku tak paham la lagi apa sajian-sajian tu.1 sajian berapa banyak susu/sayur/gula?

Ha meh sini aku bagai illustrasi bergambar cara aku.

Bagi bijirin,produk bijirin dan ubi-ubian, Satu sajian sama dengan


Bagi Sayur-sayuran, satu sajian bermaksud


Untuk buah-buahan bila orang cakap satu sajian tu macam ni

Susu dan Produk Tenusu. Setiap sajian sama dengan


Dan akhir sekali, bagi kelompok telur,daging,ayam kekacang dan ikan, satu sajian sama dengan





Itulah dier sedikit sebanyak tentang apa yang dimaksudkan dengan satu sajian.
Contoh : kalau korang makan ikan bilis 10 sudu/sehari maknanya korang dah amik 2
sajian/hidangan..kiar ok la tu.


Ok da citer pasal piramid makanan yang sebenar kan.Sekarang aku nak citer piramid makanan aku pulak. Pendek je. Aku letak gambar sket.



Kalau ikut piramid alamat nya tak kekal lama la..hehe

Ok, dengan berakhirnya gambar tu maka tamatlah post ni. Ingat yer, badan sihat otak cergas (ceh)



//Post ni paling banyak gambar.Penat le upload ni.
//Salah fakta dan ejaan nanti aku double check
//tolong la jangan ikut piramid hancur tu.dah tak rupa piramid da xD

Diari Sims Social 1/4

Fuh..sebab ape harini baru nak tulis diari.Kenapa semalam dan kelmarin tak tulis?
Sebab aku takde benda ape nak tulis.Harini baru ada benda aku nak cerita sket.

Untuk Quest yang Dragon Tower tu,seperti yang dijangkakan oleh aku, aku berjaya menyiapkan 2/3 dari peringkat tu. Tapi bila start je peringkat yang ke-3 tu,masalah mula menyelubungi. Biasalah,nak kumpul item untuk buat work.

Mau tak giler.Harini je aku hanya dapat siapkan dua kerja dalam peringkat 3 tu. Aku perlukan Nail dengan Paint Brush tapi berapa kerat la sangat kawan aku yang main game ni.Tapi takpe masa banyak lagi.Kita buat perlahan-lahan.Lagipun ak da sampai peringkat terakhir iaitu peringkat 3.Mengikut firasat aku la, kerja yang akan mendatang ni lagi memerlukan banyak barang macam Paint,Mice dan lain-lain yang susah nak dapat.

Kalau korang da lengkap peringkat 2 nanti akan ada illustrasi baru dekat naga tu masa kat peringkat 3.Misalnya kalau korang buat kerja Add First Block,nanti bila da siap je mesti akan ada satu blok menara ditambah dekat naga tu..Aku tak tau la berapa blok sampai menara tu siap.Rasanya 6 blok kot.Selain itu, macam-macam benda da korang boleh buat dengan naga tu sebab naga tu dah jinak. Korang boleh bermesra dengan naga tu untuk tambahkan fun korang dan experience point.

Untuk Side quest,aku baru sedar yang semua quest yang ada masa tu bersangkutan antara satu sama lain.Kalau korang dah complete quest naga dengan side quest yang ada Shield tu ditambah pulak dengan pembelian Jamban emas dekat shop,korang akan dihadiahkan dengan Lute (alatan muzik) yang agak cantik.Tapi aku rasa disebabkan quest Shield tu tinggal 4 hari je,Aku rasa macam malas nak buat quest tu..Aku skarang ni baru 2/6 je untuk quest tu.Malas sangat tanam strawberi.Malas nak tunggu 5 minit..haha.Aku nak fokus dekat menara naga tu je sebab nak house value 100k..xD

Jamban emas tu aku tak pasti berapa harga (takpa nanti ak tengok) dan ada lagi satu,korang perasan tak ada iklan MOP AJAIB waktu masuk game tu.MOP tu beli pkai duit emas, boleh tahan la jugak mahal. Mahal sebab sekali klik je semua kotoran kat rumah korang akan hilang.Tak berbaloi untuk dibeli sebab Duit Emas tu kena beli pakai duit betul.Apa kejadahnya main game FB pakai duit sebenar.Pembaziran.

Ini je lah ringkasan aku sepanjang dua hari aku di Sims Social.
Ok selamat berjaya menyiapkan menara Naga dan saper2 yang rajin buat side quest tu memang aku tabik sebab korang rajin mintak barang2 dan buat kerja dalam game,hehe..jangan spam wall orang sudah.


Ini adalah sikit gambar yang aku sempat ambik buat cenderahati




Menara yang jauh lagi nak siap
Illustrasi bagi 2 blok.
Jinak je naga tu




Korang boleh berinteraksi dengan lebih rapat dengan naga maklumlah dah jinak
Feed the dragon tu macam bunuh diri je



Tower Quest,dah sampai peringkat 3/3 tapi baru 2 work je siap,ni semua penangan Nail dengan Paint Brush
Peringkat 3 banyak pakai item dengan energy jadik memang lambat la nak siap



Side Quest,ada 6 je tapi aku malas tanam strawberi tu pasal tak lepas2 peringkat 2,Tinggal 4 hari je ni



✓ Tower Quest
✓ Shield Quest
✓ Beli Jamban emas (Pakai Social Point dan Perlu kutip barang-barang sket)

Cukup je tiga-tiga korang layak untuk dapat Lute (alat muzik) tu,,Naikkan skill muzik anda dengan LEOPORD'S FLUTE


Ok semoga kita berjumpa lagi.



//Kalo salah ejaan dan fakta mintak maaf yer.Kalo salah ejaan nanti aku periksa balik
//Best woo tulis banyak-banyak
//Diari Sims ni bukan hari2 tau.Ikut suka aku, bila aku nak tulis,aku tulis.


Aku ketinggalan Sesuatu...Bersama Gambar Perkahwinan Imam Muda Hassan + Ulfa

Dah tengah-tengah malam ni elok jugak aku cerita apa yang jadik harini.
Aku terlepas satu perkara yang bolehlah agaknya penting

Nak tahu siapa?

Ni aku nak citer, macam biasa aku bangun pagi agak lewat sket, biasalah hari minggu.Dalam pukul 10 pagi gitu (semayang subuh lpas tu tidor balik,tak baik tau),aku mamai-mamai tak tahu pulak ada kenduri harini. Bukan kenduri biasa-biasa,tapi ni kenduri orang yang aku minat la jugak. Iaitu Imam Muda Hassan. Ak tak layan la sangat Imam Muda tu sebab waktu musim yang Ustaz Hassan tu aku tengah belajar bersungguh-sungguh kat universiti. Yang aku tahu,ustaz ni asal area-area rumah aku jugak.

Ok,apa yang terjadi adalah, setelah aku bangun, aku tak berapa nak dengar pengumuman mak aku yang kata ada kenduri harini. Biasalah, earphone cucuk telinga. Aku ada la jugak bau wangi-wangi (mak ak punya perfume) tapi takle nak bertanya ke mana mak ak nak pergi.

Tup-tup pukul 12.10 tgah hari tu,aku dengar bunyi enjin kereta. Dalam hati berbisik manja 'Aik sapa pulak yang pakai kereta tu?'.Rasanya Mak Cu aku la kot sebab diorang selalu shopping pkai keta bapak aku.Tak lama lepas tu rumah jadik suny-sepi.
Aku nak pergi dapur minum air sekali tengok semua dah hilang.Aku taklah kisah sangat kalo diorang nak keluar sebab aku pun malas nak gi mana2 harini.

Aku pun sambung la online dan muat turun(ceh muat turun) Rancangan Super Spontan.best habaq hang.Tengah-tengah tgok tu dalam pukul 2.15 petang mak aku balik.
Semua kecoh2 sembang pasal Imam Muda Hassan kahwin la aperla.Anak sedara aku managis sebab gula-gula dier tak cukup padahal dah makan dua da. Aku tanya la kat mak aku lepas tu dia cakap 'Ish best betul pegi kenduri Imam Muda Hassan kawin tadi,ramai gile orang.Ko nak tau Imam Muda tu sikit pun tak makan pakai pinggan, dia pakai polystyrene je macam semua orang'. Lebih kurang cam tu mak aku cakap.Aku tanya kenduri tu kat mana.Mak aku cakap kat Sungai Wangi.Sungai Wangi tu rumah lama aku,kira-kira 4 km dari rumah baru aku. Saper yg drive?,aku bertanya. Mak aku membalas 'Izzati'.Buat pengetahuan Izzati ni kira sepupu aku la kot (ak tak tahu menahu bab-bab perhubungan keluarga sebab ada yang sepupu,dua pupu,kupu-kupu,pening aku) dan dia baru dapat lesen jadik aku agak kagum la dia boleh muatan banyak-banyak(mak ak,adik ak,anak sedara) pergi kenduri yang ramai orang.

Betapa hancur luluhnya hati aku. Aku dah takde harapan da nak pegi kenduri tu.Aku pun lepak je lah depan laptop layan FB kot-kot sepupu aku ade post gambor ke apa.Tau-tau dia hantar Game Request je.

10 minit lepas tu,Mak Cu aku upload gambar Imam Muda Hassan dengan Isterinya. Aku nampak kat situ Via Samsung Mobile.'Aik, dier ade kat sana lagi ke?'bisik hatiku. Lepas tu mak ak macam biasa mencetuskan lagi cerita dengan menyatakan bahawa Mak Cu aku pergi lambat sikit dan naik kereta berasingan. Hahaha (aku tak gelak pun time tu), nampaknya aku terlepas dua peluang. Memang kecewa habis la. Itulah, saper suruh jarang sangat pergi kenduri, kan orang da tak nak ajak,Padan la kat aku,tak dapat nak tgok muka dekat-dekat.

Itujerla cerita aku pasal benda yang aku tertinggal harini,Imam Muda Hassan.Dia orang Sungai Wangi rupanya.Manalah aku tau.Kalau aku duduk sana lagi mesti semayang jumaat dapat merasa berimamkan dia kan?.Bestnyer tapi Imam kat mana-mana pun sma jugak(konon nak sedapkan hati).

Ni aku ade sertakan gambar-gambar yang aku curik dari Mak Cu aku..hehe



Imam Muda Hassan, Mak Cu aku, dan Kak Ulfa (Isteri) IM Hassan
Tak nak ingat manisnya Mak Cu aku ngan Kak Ulfa tu



Muka Suci giler. Senyum pun da manis.Untungla bunga yang dapat tu.



SubhanAllah, molek sungguh pasangan Imam Muda Hassan ni.Baguih no orang Sungai Wangi



Macam Press Conference pulak
Untungla sape yang ader kat sana.takpe2 nanti aku melawat(konon je)




Kak Ulfa dan Imam Muda Hassan. Memang Islamik la pasangan ni, suka sangat





Ketika Cinta Bertasbih overload ni
Senyum tu abih kemas da, manis je mata memandang.Manis ibarat kek tu(Kek ke?Main hentam je)


Ha,aku harap korang suka la post yang berkadar ala-ala ni
Aku rasa aku jauh lagila nak jadi macam Imam Muda Hassan ni tapi dia boleh la jadik role model untuk aku sebab dia pun asal dari kawasan aku jugak.Moga Berkekalan InsyaAllah.


Soalan/Komen Lazim

Soalan : Eh, Sungai Wangi tu kat mana eh?
Jawapan : Takpe nanti ak post.Tempat Keramat aku tu.

Soalan: Biodata dia takde eh?
Jawapan: Ko nak buat apa Biodata segala.Kat surat khabar ada kot.Cba tengok.Bhaya bagi Biodata-biodata ni.Tapi kalo ko nak biodata aku bila-nila masa je,siap aku pos lagi.

Soalan : Cerita ntah apa-apa je.Macam tak best je.
Jawapan: Nak baca boleh baca,kalo tak nak sudah.Terima Kasih kerana melawat.
Aku tau ko nak tngok gambar tu je kan?Tengok la puas-puas




//Nanti aku akan cari alamat rumah dier..haha..dapat lalu depan rumah IM Hassan jadik la.hahaha dan Aku amat rindukan Sg Wangi..teramat rindukan tempat tu


//Post ni kalau ada salah ejaan/fakta mintak maaf yer.Aku cuba la check satu-satu.

Sabtu, 31 Mac 2012

Safwan dan Zodiak

Ok, mula-mula aku nak cakap sebelum baca post ni, baca ni dulu

1) Jangan nak sembang pasal agama Islam melarang itu melarang ini. InsyaAllah aku tau apa yang aku tulis.Kalo nak sembang hukum-hakam Islam boleh ke page FB Ustaz Azhar Idrus. Aku buat Post suka suka je

2) Ikut peraturan nombor 1 lepas tu korang layak baca post ni




ZODIAK


Apa tu Zodiak?Aku rasa tak payah tanya la kan apa tu zodiak kat korang semua. Korang semua ak rasa dah mengerti apa itu ZODIAC. Kot-kot ada sesaper yang tak tahu atau buat-buat tak tahu zodiak tu ape ni aku nak habaq mai zodiak tu adalah bahagian-bahagian putaran bumi mengelilingi matahari iaitu sebanyak 12 bahagian.

Korang tau tak pizza. Kalo pizza tu dibahagi 12 potong, maknanya 12 orang boleh makan..haha..ok setiap kawasan untuk setiap Slice pizza tu mewakili satu zodiak.
Lebih kurang macam tulah macam mana zodiak tu boleh ade 12. Lagi satu, sudut setiap pizza tu mesti 30 darjah kan. 30 darjah boleh dilambangkan sebagai longitud. Longitud tu ape? Tulah orang suruh belajar geografi elok2 tak nak. Gi rujuk balik.

Dalam kes zodiak, longitud (30,60,90) adalah kedudukan kawasan bumi semasa mengelilingi matahari..jadi ianya berbeza-beza la.. Contoh, kalau pada sesuatu masa matahari berada pada longitud 105 darjah (Malaysia), time tu mesti bulan 8, maknanya zodiak Leo time tu.
Pada waktu matahari betul-betul berada tegak dekat kawasan Malaysia.

Eh tapi malam gelap je..takde matahari pun
Mudah je..yang malam-malam gelap tu sebab bumi beredar..Bumi kan beredar 24 jam. Manalah matahari nak kejor putaran bumi. Matahari amik setahun nak keliling bumi. Tu pasal ada 12 potong pizza tu. Walau gelap macam mana pun , kedudukan matahari pada bulan 8 tetap berada hampir tegak dgan matahari. KEDUDUKAN yer bukan cahaya matahari tersebut.

Macam mana boleh ada nama Leo,Virgin,Virgo,Sagitarrius smua tu? Boleh habaq mai kat cheq tak?
Takde masalahnya yeop,yong oi..tu sumer nama nak melambangkan je setiap kawasan tu..Bayangkan kalo Pizza tadi, semua kawasan ada pepperoni, macam mana cara kita nak tahu bila bulan 7/8/9/aries/leo/virgo tu sumer kalo pepperoni penuh je. Orang dulu-dulu mana ada kalender jadik diorang namakan je lah ikut di mana kawasan matahari berada pada waktu itu. Jadik diorang tgok la kedudukan bintang (Buruj) untuk tahu kedudukan atau masa.

Kebanyakan nama tu semua datang dari Greek sebab benda alah zodiak ni dah guna sejak bertahun-tahun yang dulu. Mana la aku nak tahu kenapa bulan 8 nama Leo, bulan 12 nama Sagitarrius? Itu semua klasifikasi untuk memudah rujukan orang2 zaman sekarang. Itu nama saja, jadik kalo ada orang cakap Aries tu asal nama dier sebab bulan Mac banyak kambing gurun mengawan memang tipu la.

Tapi tu semua bukan benda yang aku nak cerita (haha punya la panjang penerangan).
Korang boleh baca je kat wikipidea ke atau mana2 website tapi aku saja nak kongsi sifat-sifat dan perilaku orang yang lahir pada zodiak-zodiak yang tertentu. Kalau macam orang dulu diorang pakai untuk tunjuk jalan waktu mengembara, tapi org sekarang suka tgok apa yang zodiak diorang bgtau pasal diri mereka.

Ok kita mulakan dari Aries sampai la Pisces.
Ni secara general je lah.

Analisis Zodiak 2012


Aries ♈ 12 MAC-19 APRIL

Tahun yang baik dijangkakan dengan keadaan yang akan bertambah baik pada suku ke dua tahun 2012(maknanya dari bulan 6 ke bulan 12 lah). Kalo meniaga tahun ni untung banyak takde ingat, badan pun sentiasa sihat tapi kadang-kadang sakit-sakit kulit ada jgak menyerang tapi takle serius sampai masuk ICU. Yang mana berkenan nak kawin tahun ni kahwin la asalkan mak ayah restu gerenti bahagia. Jadik ,sebab nak kawin punya pasal, perhubungan antara orang lain tu kena la jaga la sket. Kalo kerja sibuk jangan rungsing, tahun ni masalah kerja akan diseimabngkan dgan cinta. Jangan nak ego sangat ni, cuba lah berbaik-baik degan kawan supaya hidup pada tahun ini lebih sempurna.


Taurus ♉ 20 APRIL - 20 MEI

Tahun lepas punya masalah akan mula bertimbun dengan masalah baru. Kesihatan kena la jaga sket. Kalo doktor suruh makan ubat ikut masa jangan ingkar. Stress mmg banyak sampai boleh migrain tapi rilek-rlek sudah. Kalo malas nk buat keje tangguh je takpun suruh je Aries punya orang buat keje.Nasib diorang baik tahun ni xD.
Tapi yang best nyer, tahun ni banyak masalah korang akan selesai. Jadi korang boleh rancang untuk tahun-tahun akan datang. Korang cuma perlu bekerja kuat je tapi jangan sampai orang lain yang jadik mangsa. Kalau ko tu bos ko kerja kuat sorang-sorang je, jangan libatkan pekerja suruh buat overtime la aperla.
Tahun ni korang boleh pilih nak bercinta ke taknak ikut la mood.


Gemini ♊ 21 MEI - 20 JUN

Tahun yang penuh dengan stress dan masalah tak henti-henti. Korang akan mula berfikir secara rasional dan rasa bertangunggjawab berbanding tahun sebelumnya. Kesihatan tak berapa nak elok sebab selalu stay up malam-malam buat assignment,makan Maggi. Jadik kurang-kurangkanlah makan makanan segera tu. Duit banyak la jugak habis dekat ubat-ubat disebabkan pelbagai penyakit yang melanda. Eloklah sekiranya makan makanan yang berkhasiat ikut piramid makanan. Duit awal-awal tahun agak kurang la sket melainkan ada pinjaman PTPTN, Biasiswa MARA atau pinjaman Bank ke.Boleh la support kekurangan duit tu. Tapi jangan risau,menjelang je hari raya berakhirnya puasa, rezeki akan melimpah ruah. Suku tahun kedua(Bulan 6 ke atas) elok buat bisnes tak kisah bisnes apa (minyak wangi ke,topup ke,atau jual puding).Tahun ni pun agak baik kalo nak kahwin tambahan pula rezeki melimpah selepas bulan Jun.Abis je tahun 2012 ni korang akan lihat perubahan dalam diri dari segi taraf kehidupan dan kelengkapan hidup korang. Kalo korang nak buat apa-apa keputusan, jangan ragu-ragu dengan tindakan yang diambil. Cuba berusaha dengan jalan sendiri dan berdikari untuk mencapai matlamat hidup,



Cancer ♋ 21 JUN - 22 JULAI


Kanser amatlah bahaya. Kita tak tau bila kita akan terkena kanser. Kadang-kadang bukan perasan pun. Tau2 dah tahap ketiga.Hish mintak dijauhi la yer.

Tapi yang ni bukan kanser yang tu. Ni Cancer yang zodiak punya
Untuk zodiak ni, pada tahun 2012,nasib mereka amat baik pada 6 bulan pertama. Masa nilah korang amik peluang nak cuba benda yang baru sebab korang berada pada tahap yang optimum untuk berkerja atau belajar. Cuba pelbagaikan cara belajar. Kalau dulu study group sekarang study alone. Bagi yang bekerjaya boleh cuba untuk menukar profesion/memulakan business yang baru.

Alamak sekarang dah bulan 3, nanti bulan 7 mesti prestasi menurun.
Jangan takut, mula je bulan 7,korang takkan ditimpa masalah yang berat cuma korang kena pandai handle masalah kecil.
Masalah keluarga akan mula bercampur dengan masalah kerja. Jangan hilang kawalan. Bahagikan masa untuk kerja dan famili.Fokus pada satu benda pda satu2 masa. Menyeimbangkan kerjaya dan famili rahsia kejayaan anda untuk tahun ni.Tapi eloklah anda bersedia lebih awal.Hubungi famili anda selalu.
Tahun ni elok la jugak kahwin tapi takla digalakkan sangat kalau masalah bertimbun (amacam motivasi jadik tak?)



Leo ♌ 23 JULAI- 22 OGOS

Tahun ni Leo ni kira yang paling bernasib baik la. Dilimpahi dengan kemewahan, tahun 2012 amatlah sesuai untuk berkahwin. Disyorkan awal-awal tahun sebab pada suku kedua korang akan berbelanja banyak (Hari Raya, Buat Rumah, Perniagaan, Bini Baru). Tapi dalam berbelanja banyak tu pun,korang masih berfikiran secara rasional dengan menyimpan duit. Hujung tahun ni banyak orang kaya berzodiak Leo. tak caya try tanya orang -orang kaya baru tahun ni,apa zodiak dia.Dan-dan ada yang mengaku Leo. Untuk kesihatan, jangan risau sangat. Cuma pandu berhati-hati dan ingat orang yang tersayang.Jangan seronok sangat dapat benda baru.


Virgo ♍ 23 OGOS - 22 SEPTEMBER


Untuk 6 bulan pertama, buat rilek sudah sebab semuanya korang da biasa lalui. Dalam tempoh ini,korang akan gembira yang amat sangat dan sedih yang amat sangat tapi takdelah bagi kesan sangat sepanjang tahun. Mula je bulan 7, kalo korang betul-betul fokus dengan apa yang korang nak memang akan pasti nasib baik menyebelahi. Buat sesuatu benda dengan sepenuh hati!Jangab Putus Asa!
Berita baiknya korang akan dapat sesuatu perasaan yang amat pink dalam percintaan korang. Tak kisah percintaan apa (kucing,ayam,ibu bapa,sahabat,teman trsayang). Ramai bujang-bijang Virgo akan start kawin tahun ni. Businessman Virgo pun akan banyak bukak kedai disebabkan nasib perniagaan yang baik untuk tahun ni.Walaubagaimanapun, sentiasa rancang setiap apa yang korang buat takut-takut kalau terpeleot plak di tepian gantang.

Libra ♎ 23 SEPTEMBER - 22 OKTOBER


Tahun ni akan lebih baik dari tahun dulu. Korang akan rasa tenang sepanjang tahun dan segala masalah-masalah semua korang dapat atasi. Tahun ni la jugak korang akan rasa diri sihat sebab walaupun didatangi penyakit (selsema,batuk,demam),korang akan cepat sembuh walaupun adakalanya bil perubatan agak tinggi. Tahun ni korang perlukan perancangan hidup yang betul.Kalo korang tersilap tak mengapa sebab korang sentiasa diberi peluang kedua,ketiga dan ........ke-beberapa kali lagi.Banyak peluang diberikan pada tahun ini, jadi bangun dan teruskan perjalanan sehingga ke bulan Disember.

Scorpio ♏ 23 OKTOBER - 21 NOVEMBER


Tahun 2012, kehidupan korang agak rumit sket. Awal-awal tahun masalah menimbun (nak cari kerja,anak-anak sekolah)padahal masalah tu takde la berat sangat. Korang agak tension dan memang stress.Hari-hari update kat FB 'aku stress,aku stress' tanpa ada sebab.Eloklah korang duduk, lupakan masalah tu kejap,jangan lupa terus plak, sat lagi menimbun-nimbun masalah. Belilah ikan emas ke,kucing ke,mainlah dengan diorang. Sambil tengah2 rilek minum kopi pikir macam mana nak selesai masalah.Kalo tengah2 rilek, banyak idea akan datang tau.Jangan terburu-buru buat keputusan walaupun pilihannya hanya sedikit.Cuba jadi teliti sikit tapi tak mendatangkan stress.Kesihatan jaga sket


Sagitarrius ♐ 22 NOVEMBER - 21 DISEMBER


6 bulan yang pertama, korang dah boleh mula cari kerja/bukak business/sambung belajar. Tempoh masa ni memang paling terbaik untuk korang buat semua tu. Masa ni nak maju setapak dalam karier bagi yang bekerja dan menceburi bidang pekerjaan bagi yang baru nak bekerja.Tahun ni fokus 100% dekat karier sebab memang tahun ini karier anda boleh tahan.Lupakan tentang cinta untuk sementara waktu sebab anda perlukan banyak masa untuk mengejar cita-cita. Tahun ni adalah tahun terbaik kalau korang nak ikut korang punya naluri. Tak salah mencuba sesuatu mengikut naluri kan?
Awek memang tak ingat punya banyak..berbaris tunggu giliran nak memikat xD

Capricon ♑ 22 DISEMBER - 19 JANUARI

Tahun ni karier dan perniagaan agak bagus.Jadik tak payah ragu-ragu amik risiko sebab masalah utama korang tak bermula dari situ. Maslah yang sebenarnya datang dari kelompok masyarakat itu. Awal-awal tahun,korang akan bermasalah dengan perebutan jawatan bagi sesebuah organisasi dan masalah tentang keluarga.Senang citer masalah banyak datang dari pertubuhan/organisasi.Kalau anda seorang pemimpin/ketua organisasi/ketua darjah/ketua tingkatan/class rep bertolak ansur la sket dengan ahli-ahli.Jangan sampai melibatkan pergaduhan antara ahli.Untuk percintaan pulak, tahun ni kebanyakan korang akan bercinta je.Susah nak jumpa pasangan Capricon berkahwin,bertunang adalah kot.Korang boleh kekal dengan cara hidup sekarang tau mengubah sedikit cara hidup supaya benda remeh-remeh semua dapat diatasi.Tahun ni tak payah takut-takut nak ubah stail sebab korang da memang dilahirkan cantik jadi beranikan diri untuk mencuba yang baru (cuba dari perspektif lain) dalam semua perkara.


Aquarius ♒ 20 JANUARI - 18 FEBRUARI

Masalah tahun lepas sudah mula dapat diselesaikan walaupun mengambil masa. Fokus anda terhadap kerja lebih meningkat setelah bulan April berlalu. Dalam bulan Januari gitu anda agak lambat sket tapi ia meningkat sedikit demi sedikit.
Tahun ini lebih banyak dianggap sebagai 'Tahun Persediaan' bagi korang semua.Cita-cita mungkin tak tercapai pada tahun ini tapi ingat, korang tengah menuju ke arah itu. Kadang-kadang jalannya agak berliku tetapi ingat mana ada benda yang senang,semuanya bermula dengan cabaran. Contohnya kalau buat kuih pau.Ko ingat senang ke buat kuih pau,kalau tersilap adunan tak kembang la pau tu.Jadi pau tu takleh jual.Penyudahnya, aku yang makan kuih Pau reject mak aku buat.Ingat tu.Fokus-fokus jugak kesihatan mesti jaga walaupun takde ape yang serius sangat pasal kesiahatan korang.

Pisces ♓ 119 FEBRUARI - 20 MAC


Pisces untuk tahun ni sama je dengan zodiak yang berdekatan dengan dier macam Aquarius dan Capricon. Masalah yang dulu kala semua dapat diselesaiakan pada tahun ini. Separuh masa kedua (bulan 6-12),korang akan lebih yakin dalam melakukan sesuatu perkara. Masa ni segala pembentangan/ucapan semuanya memang terbaik. Bermula dari April,sedikit demi sedikit korang menunjukkan peningkatan dalam mutu kerja/markah test/perhubungan.Hampir setiap aspek kehidupan anda ditingkatkan pada tahun ini. Korang boleh mengubah hala tuju korang sekarang kerana setiap apa yang anda pilih pasti akan memabwa kejayaan kepada anda.Cuba la ubah sket cara hidup dan lepas tengok macam mana tahun ni akan berlalu.



Itulah sedikit sebanyak analisis Zodiak untuk tahun 2012
Sebelum post ni ditutup,meh sini aku jawab beberapa soalan sbelum korang bertanya


Soalan: Eh, boleh percaya ke benda ni semua?
Jawapan : Eh, sapa kata boleh percaya, ada aku cakap ke?
Sekarang ni bukan soal percaya atau tidak tapi
supaya kita dapat rancang masa depan.Zodiak
buatkan kita sentiasa fikir positif.Bila kiter
fikir positif,kiter akan lebih yakin untuk maju ke
depan. Apapun ingat kat Allah sebab semuanya
datang daripadaNya.Terima Kasih sebab lawat blog.

Soalan: Ini post original ke copy paste ?
Jawapan : Giler Ko copy paste,ak buat la kajian sikit
sikit.Aku takde la pandai bidang-bidang astronomi
ni.Ni post asli tau tak, penat aku taip.

Soalan : Itu salah, ini salah,fakta Zodiak tu salah.
Jawapan : Aku cuba la jugak nak tulis.Kalau ko nak betul
sangat buat pos sendiri yer.Fakta ni takde salah
rasanya.



//Post ni memang takde ingat punya taip,Cari maklumat,translate ke melayu,memang baik punya.
//kalo ader salah ejaan nanti aku fix sebab aku akan sentiasa double/triple check post ak.aku dah ngantuk nak tido
//Yang bahagian Sagitarrius tu ,yg part awek tu menipu je...haha..ak Sagitarrius jadik saja je nak lebih2 =)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Blogger Wordpress Gadgets