Dah tengah-tengah malam ni elok jugak aku cerita apa yang jadik harini.
Aku terlepas satu perkara yang bolehlah agaknya penting
Nak tahu siapa?
Ni aku nak citer, macam biasa aku bangun pagi agak lewat sket, biasalah hari minggu.Dalam pukul 10 pagi gitu (semayang subuh lpas tu tidor balik,tak baik tau),aku mamai-mamai tak tahu pulak ada kenduri harini. Bukan kenduri biasa-biasa,tapi ni kenduri orang yang aku minat la jugak. Iaitu Imam Muda Hassan. Ak tak layan la sangat Imam Muda tu sebab waktu musim yang Ustaz Hassan tu aku tengah belajar bersungguh-sungguh kat universiti. Yang aku tahu,ustaz ni asal area-area rumah aku jugak.
Ok,apa yang terjadi adalah, setelah aku bangun, aku tak berapa nak dengar pengumuman mak aku yang kata ada kenduri harini. Biasalah, earphone cucuk telinga. Aku ada la jugak bau wangi-wangi (mak ak punya perfume) tapi takle nak bertanya ke mana mak ak nak pergi.
Tup-tup pukul 12.10 tgah hari tu,aku dengar bunyi enjin kereta. Dalam hati berbisik manja 'Aik sapa pulak yang pakai kereta tu?'.Rasanya Mak Cu aku la kot sebab diorang selalu shopping pkai keta bapak aku.Tak lama lepas tu rumah jadik suny-sepi.
Aku nak pergi dapur minum air sekali tengok semua dah hilang.Aku taklah kisah sangat kalo diorang nak keluar sebab aku pun malas nak gi mana2 harini.
Aku pun sambung la online dan muat turun(ceh muat turun) Rancangan Super Spontan.best habaq hang.Tengah-tengah tgok tu dalam pukul 2.15 petang mak aku balik.
Semua kecoh2 sembang pasal Imam Muda Hassan kahwin la aperla.Anak sedara aku managis sebab gula-gula dier tak cukup padahal dah makan dua da. Aku tanya la kat mak aku lepas tu dia cakap 'Ish best betul pegi kenduri Imam Muda Hassan kawin tadi,ramai gile orang.Ko nak tau Imam Muda tu sikit pun tak makan pakai pinggan, dia pakai polystyrene je macam semua orang'. Lebih kurang cam tu mak aku cakap.Aku tanya kenduri tu kat mana.Mak aku cakap kat Sungai Wangi.Sungai Wangi tu rumah lama aku,kira-kira 4 km dari rumah baru aku. Saper yg drive?,aku bertanya. Mak aku membalas 'Izzati'.Buat pengetahuan Izzati ni kira sepupu aku la kot (ak tak tahu menahu bab-bab perhubungan keluarga sebab ada yang sepupu,dua pupu,kupu-kupu,pening aku) dan dia baru dapat lesen jadik aku agak kagum la dia boleh muatan banyak-banyak(mak ak,adik ak,anak sedara) pergi kenduri yang ramai orang.
Betapa hancur luluhnya hati aku. Aku dah takde harapan da nak pegi kenduri tu.Aku pun lepak je lah depan laptop layan FB kot-kot sepupu aku ade post gambor ke apa.Tau-tau dia hantar Game Request je.
10 minit lepas tu,Mak Cu aku upload gambar Imam Muda Hassan dengan Isterinya. Aku nampak kat situ Via Samsung Mobile.'Aik, dier ade kat sana lagi ke?'bisik hatiku. Lepas tu mak ak macam biasa mencetuskan lagi cerita dengan menyatakan bahawa Mak Cu aku pergi lambat sikit dan naik kereta berasingan. Hahaha (aku tak gelak pun time tu), nampaknya aku terlepas dua peluang. Memang kecewa habis la. Itulah, saper suruh jarang sangat pergi kenduri, kan orang da tak nak ajak,Padan la kat aku,tak dapat nak tgok muka dekat-dekat.
Itujerla cerita aku pasal benda yang aku tertinggal harini,Imam Muda Hassan.Dia orang Sungai Wangi rupanya.Manalah aku tau.Kalau aku duduk sana lagi mesti semayang jumaat dapat merasa berimamkan dia kan?.Bestnyer tapi Imam kat mana-mana pun sma jugak(konon nak sedapkan hati).
Ni aku ade sertakan gambar-gambar yang aku curik dari Mak Cu aku..hehe
Imam Muda Hassan, Mak Cu aku, dan Kak Ulfa (Isteri) IM Hassan
Tak nak ingat manisnya Mak Cu aku ngan Kak Ulfa tu
Ketika Cinta Bertasbih overload ni
Senyum tu abih kemas da, manis je mata memandang.Manis ibarat kek tu(Kek ke?Main hentam je)
Ha,aku harap korang suka la post yang berkadar ala-ala ni
Aku rasa aku jauh lagila nak jadi macam Imam Muda Hassan ni tapi dia boleh la jadik role model untuk aku sebab dia pun asal dari kawasan aku jugak.Moga Berkekalan InsyaAllah.
Soalan/Komen Lazim
Soalan : Eh, Sungai Wangi tu kat mana eh?
Jawapan : Takpe nanti ak post.Tempat Keramat aku tu.
Soalan: Biodata dia takde eh?
Jawapan: Ko nak buat apa Biodata segala.Kat surat khabar ada kot.Cba tengok.Bhaya bagi Biodata-biodata ni.Tapi kalo ko nak biodata aku bila-nila masa je,siap aku pos lagi.
Soalan : Cerita ntah apa-apa je.Macam tak best je.
Jawapan: Nak baca boleh baca,kalo tak nak sudah.Terima Kasih kerana melawat.
Aku tau ko nak tngok gambar tu je kan?Tengok la puas-puas
//Nanti aku akan cari alamat rumah dier..haha..dapat lalu depan rumah IM Hassan jadik la.hahaha dan Aku amat rindukan Sg Wangi..teramat rindukan tempat tu
//Post ni kalau ada salah ejaan/fakta mintak maaf yer.Aku cuba la check satu-satu.
0 ulasan:
Catat Ulasan