Selasa, 10 April 2012

Prebiu Filem Pendek Anime, 5cm Per Second




Ha,giler lambat aku update blog,haha.
Al maklumlah, baru-baru dekat kawasan rumah aku ada orang curik cable telefon.Jadik terpaksalah orang2 TM tu baiki.Dalam proses baiki tu ada la jugak masa yg diorang reset connection internet.Jadik ak duk melopong je la.

Ok taknak citer banyak pasal tu sebab harini aku nak citer pasal short film anime.Apa benda tu?
Filem pendek anime ni macam anime biasa jugak tapi kira sekejapla durasi dier(lebih kurang 40 minit ke 1jam 30 minit).Jalan cerita memang padat dan penuh suka duka.
Jadik harini aku nak buat prebiu sket pasal Filem Pendek '5 cm per second'.

Ringkasan Filem
Filem ni terbahagi kepada 3 bahagian (chapter) iaitu Bahagian 1 :Oukashou, Bahagian 2 :Cosmonaut dan Bagian Akhir: Takde tajuk.
Setiap bahagian tu takde la panjang sangat jadik cerita ni tak meleret sangat.Takpe nanti aku ceritakan serba sedikit kat bawah.
Karakter
Karakter dalam filem ni yang utama ada 3.
Tohno Takaki
Tohno ni waktu sekolah rendah dia sekolah sama-sama dengan Akari.Diorang memang kira rapat sangat la sebab selalu bersama tak kira apa benda yang berlaku.Dia terpaksa berpindah ke Kagoshima setahun selepas Akari berpindah dari Tokyo.
Seorang yang tenang,ambil berat tentang orang lain tetapi terlalu memendam perasaan.

Akari
Akari ni kira kawan rapat kepada Tohno waktu sekolah rndah.Bila dah masuk je sekolah menengah,dia terpaksa berpindah ke Tochigi dari Tokyo sebab mengikut ibu bapa dier berpindah.Walaubagaimanapun,dier ni memang menaruh harapan cinta pada Tohno.
Seorang yang setia pada yang satu (Tohno),dia sanggup tunggu setahun nak jumpa dan seorang yang pernah nampak sedih di raut mukanya.
Selalu diejek bercinta dengan Tohno waktu sekolah rendah dan bila dier nangis je selalunya Tohno akan backup dier.

Sumida Kanae
Watak yang muncul waktu Tohno baru berpindah ke Kagoshima.
Dia ni memang terang-terang minat kat Tohno tapi malangnya terlalu menyimpan perasaan cinta.
Dia terlalu emo bila Tohno teramat baik dengan dier.Selalu naik moto sesamer (follow belakang) dengan Tohno biler balik rumah.
Sumida nu minat sukan luncur air, tapi dier ni kurang berbakat sikit la.Kakaknya yang menjaga dier sekarang jai pendorong semangat dia untuk terus berusaha adalah dari kakaknya.



Pembahagian Bahagian
Seperti yang aku cakap tadi,ada 3 bahagian dalam citer ni. Ketiga-tiga bahagian ni amat penting dalam memastikan citer ni menarik.

Bahagian 1 :Oukashou.
Apa kejadahnya Oukashou ni,Oukashou ni  macam nak melambangkan bunga sakura yang gugur waktu musim bunga. Dalam chapter ni, keadaan bermula setelah Akari dan Tohno dah berpisah setahun.
Akari telah berpindah ke Tochigi untuk menyambung persekolahan menengahnya manakala Tohno pulak stay je kat Tokyo.Banyak la babak-babak yang mengimbau masa lepas semasa diorang sama-sama berada kat sekolah rendah tu.Sambil tu,kiter dapat tau yang Akari dan Tohno ni berbalas-balas surat antara mereka dan Akari selalu menceritakan satu pokok sakura yang berbunga cantik di rumahnya di Tochigi.
Rindu punya rindu,Tohno pun bercadang nak pergi ke rumah Akari pada hujung musim sejuk.
Rumah Akari dari Tokyo boleh tahan jauh sebab terpaksa menaiki tren berhenti-berhenti sepanjang stesen menuju ke rumah Akari.Babak yang dalam tren tu memang menarik sebab Tohno terpaksa bersabar sebelum sampai ke destinasinya.Bayangkan,dia terpaksa menaiki tren hampir 13 jam akibat daripada masalah cuaca (salji habih lebat da padahal hujung musim).Dia ada tulis satu surat yang meluahkan segala perasaan cintanya terhadap Akari,tapi malangnay surat tu baik punya terbang jatuh atas landasan lepas tu dan-dan ada tren lalu.Tohno da takle buat ape da sebab masa tu dia pun hampir nak putus asa sebab tren lambat sangat.
Berjaya tak Tohno sampai ke destinasinya?Tengok la sendiri...haha

Best part untuk chapter 1
Waktu diorang berjumpa kat stesen last tu memang best sangat dan jugak kissing scene bawah pokok Sakura. Waktu nak berpisah kat stesen tu agak sedih sebab Tohno banyak sangat bagi harapan.

Bahagian 2:Cosmonaut
Permulaan chapter ni memang menarik.Pemandangan atas langit tu memang cantik.
Untuk chapter ini, keadaannya adalah semasa Tohno dah masuk sekolah menengah yang baru iaitu di Kagoshima (selepas berjumpa dengan Akari).Tohno waktu ni memang cemerlang la aktiviti memanah dier.
Dekat sekolah tu pulak,ada la seorang perempuan ni minat pulak kat Si Tohno ni.Perempuan ni nama dia Sumida Kanae.Sumida ni memang akan tunggu Tohno dekat tempat letak moto lepas tu nanti akan balik sesamer dengan Tohno. Rumah diorang berdua ni memang jauh la antara satu lain tapi kira satu jalan la.
Diorang selalu lepak dekat satu kedai runcit untuk beli minuman sebelum diorang teruskan perjalanan ke rumah.Satu hari tu, moto si Sumida ni pulak rosak.Aku ingatkan Tohno nak bagi tumpang je moto dier, rupa-rupanya dia ikut jalan kaki sekali dengan Sumida.Gile baik hati Tohno.Disebabkan sifat Tohno yang baik hati ni lah,Sumida rasa amat bersalah dan ingin meluahkan perasaan cintanya pada Tohno.
Waktu dier nak meluahkan cinta tu,tetibe ada satu benda yang mengalih perhatian Tohno dan Sumida iaitu pelancaran Satelit Elish Nasda (NASA la tu) dari pusat pelancaran dekat Kagoshima.Babak tu memang menarik sangat.Pemandangan pelancaran satelit tu memang best.Peristiwa tu jadik kenangan yang indah untuk Tohno dan Sumida.
Adakah Tohno da lupakan Akari? Kena la tengok sendiri

Bahagian 3
Bahagian 3 yang akan menyimpulkan segala persoalan dan membawa cerita ni terus ke depan.
Setelah hampir 10 tahun, Akari dan Tohno pun da berkerjaya.Dan yang uniknya Akari dan Tohno berkerja di Tokyo.Masalahnya,mungkin sebab da telalu lama tak berhubung dan kesibukan bekerja,Tohno da tak berhubung dengan lebih kerap dengan Akari.Dia ada simpan beberapa mesej cinta yang ditujukan kepada Akari,malangnya dia tak send pun.Dia fikir mungkin Akari da bercinta dengan orang lain sebab masing-masing tak pernah meluahkan cinta antara mereka.Tapi dia silap,waktu dia nak balik naik tren ke Tokyo (Bahagian 2),Akari ada terjumpa surat yang ditulis oleh Tohno yang meluahkan cintanya.Akari tunggu punya tunggu, akhirnya.......

Haha,tengok la sendiri.Ending song tu wajib tengok sampai habis sebab semua persoalan akan terjawab dan kiter akan dapat tau apa terjadi antara mereka.



Keseluruhanya,filem ni memang terbaik sebab aku menangis...haha...serius aku menangis tapi takde la teruk sangat.
Plot :memang menarik.
OST :best.
Skrip :terbaik
Rating : 8.7/10
Genre:Sedih takde ingat

Nah, tengok la filem pendek ni kat bawah


Part 1

  
Part 2


Part 3


Part 4



Part 5

Part 6

Part 7

Part 8

Korang menangis tak?

//Ending dier memang banyak pengajaran
//Salah ejaan dan fakta nanti aku check.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Blogger Wordpress Gadgets