Hello,ok minggu ni Kimi To Boku 2 kembali lagi.Mula-mula aku
nak mintak maaf sebab lupa nak upload episod
3 yang lalu.Takpe2 aku dah upload da.
Minggu ni tajuk dia ‘In the Steam’.Kenapa tajuk dia in the steam?Sebab dalam episode ni ada
perselisihan faham antara dua orang iaitu Si Kembar giler Yuuta dan Yuki.
Memang episode ni focus kat diorang berdua je.Dalam episod
ni kiter akan lebih mengenali Yuuki dan Yuuta dan macam mana kehidupan diorang
sejak dari kecik sebagai saudara saudara kembar.
Kita boleh tengok macam mana perhubungan antara Yuuki dan Yuuta amat rapat ketika kecil.
Suka part yang berebut katil tu.Terlalu sweet
Kita boleh tengok macam mana perhubungan antara Yuuki dan Yuuta amat rapat ketika kecil.
Suka part yang berebut katil tu.Terlalu sweet
Yuuki berselisih faham dengan abangnya Yuuta semasa diorang
nak mula kemas rumah.Al maklumlah hari tu hari cuti tahun baru.Yuuki ni agak
pemalas berbanding Yuuta itu pasal abang dier asyik marah je.Yuuki ni futon tak nak kemas,orang suruh cuci
tingkap pun malas,asyik baca komik je.Buat pengetahuan futon tu macam selimut bertujuan untuk memanaskan badan.
Disebabkan merajuk punya pasal akibat kena marah,Yuuki pun
pergilah kemana lagi kalau bukan rumah Kaname.Mau tak mengamuk nyer kawan tu
tetibe je Yuuki nak tidor situ.Siut je.Macam biasa mak Kaname rilek je.
Kaname pun bagi nasihat suruh Yuuki balik mintak maaf kat
abangnya tu.Bahagian yang Kaname tarik Yuuki suruh keluar tu memang lawak,haha.
Akhirnya Yuuta datang ke rumah Kaname nak menjemput saudara
kembarnya tu.Yuuki pun ikut je lah balik.Yuuta tak marah pun sebab ada satu
memori yang sangat indah ketika dia masih kecik dengan saudara kembarnya iaitu
memori dimana dia telah memecahkan pinggan kesayangan bapaknya tapi Yuuki sikit
pun tak cerita kat sesiapa.Diorang ada tanam pinggan pecah tu kat satu tempat.Disebabkan
memori itulah,Yuuta begitu menghargai kembarnya.Mau aku tak nangis time ni,memang feeling abis.
Penyudahnya,diorang bagitau la kat bapak diorang yang
pinggan kesayangannya telah dipecahkan dan diorang rahsiakannya sejak
kecik.Macam biasa la orang tua mana ingat..haha
Best takde ingat episode
ni..sedih dan amatlah gembira kalau ada kembar kan?
Yuuki dan Yuuta forever
Yuuki dan Yuuta forever
layan...
0 ulasan:
Catat Ulasan