Ahad, 8 April 2012

[PETUA SANTAI] Buah Yang Bagus Untuk Kulit

Hujan-hujan petang ni aku nak bagi sket petua secara jenaka kepada korang semua.Lawak-lawak jugak tapi petua ni memang berkesan.
Ni aku ader senarai buah-buahan yang elok untuk kulit.Aku makan je semua buah tapi tak tau pun buah tu baik untuk kulit.
Post ni tade la nak citer petua sangat pun (haha ayat putar alam belit), cuma nak bagitau buah yang baik untuk kulit kiter je.

Macam mana nak guna buah tu?
Gunakan kreativiti korang.Buat jus ker (jus tanpa gula),lumurkan ke kat muka atau makan begitu saja (kalo aku,aku makan je la,sayang nak lumur kat muka =))

Nah amik senarai buah-buah yang bagus ni dengan sedikit penerangan dari aku.

Tembikai Susu

Rajin-rajinkanlah pergi pasar raya tu grab sebiji dua tembikai susu ni.Yer,harganya memang agak mahal tapi mampulah kalo nak beli sebiji.
Apa yang bagusnya adalah buah ni akan menambahkan antikoksidan di dalam badan korang yang akan mengurangkan masalah kulit yang korang selalu hadapi.
Sebiji tembikai untuk 2 hari seelok-eloknya.Kalo tak larat, potong bagi famili makan.

Tomato

Tomato pon bagus jugak.Kalo kiter perhatikan betul-betul,kulit tomato ni halus je kan.Kalo nak kulit halus sama macam tomato tu,kiter kenalah makan dier.
Jangan makan sos tomato tapi makan tomato yang fresh tu.
Makan la 2,3 biji sehari.Elok pada waktu pagi dan sebelum tido.

Beri

Beri ni termasuklah Strawberry,Blueberry,Blackberry.Orang sekarang bukan kenal da Blackberry yang buah tu.Semua sibuk pkai Blackberry phone  je (Aku takde jadik aku dengki..haha)
Semua beri yang tersebut di atas mempunyai khasiat yang sama macam tembikai susu iaitu ia membekalkan antioksidan kepada badan.
Boleh makan begitu sahaja, atau masukkan beri ni sume dalam sarapan atau makan sebelum memulakan hidangan utama untuk memastikan kulit anda sentiasa sihat.
Sebab saiz beri kecik jadi makan la 5-6 biji sehari.Kalau tak cukup bajet boleh makan je tembikai susu dan kalau dah ade Beri tu pandai-pandai sorok,nanti ade pulak orang curik.

Buah Plum

Buah plum ni bukan macam buah mempelam ke apa. Buah ni dier bentuk sfera dan warna dier ungu dan ada jugak yang oren-kekuningan.Aku tak penah rasa pun benda alah ni jadik ak takleh nak komen ape.
Tapi buah ni memang bagus untuk kulit jadik kalo ada duit lebih boleh la aku beli sekilo dua(ceh macam murah je buah tu).
Fungsi die sama je,sebagai antioksidan yang memastikan kulit sentiasa sihat.
Makan 1 biji seminggu sebab tak cukup bajet.Takyah la kerap sangat makan,nanti orang kata berlagak pulak beli plum hari-hari xD


Limau Bali

Limau bali paling bagius untuk sesiapa yang taknak belanja banyak nak jaga kulit.Ia kaya dengan Vitamin C jadik memang bagusla untuk kulit.Vitamin C amat penting bagi orang yang ada kulit bermasalah kerana vitamin ini dapat mengurangkan kedut-medut di muka.
Nak dapat limau bali ni senang je.Sepanjang Lebuhraya PLUS menuju ke Bukit Kayu Hitam dari Changlun memang banyak peniaga di tepi jalan atau kalo nak dekat lagi kat Tambun,memang banyak.
Limau bali kat situ sedap dan memang kaya dengan vitamin C(kat tempat lain lebih kurang je)
Disebabkan harganya yang berpatutan,eloklah makan sebiji sehari.Lepas dah kupas tu, kulit dier jangan buang.Boleh dijadikan topi buat permainan sendiri atau budak-budak bagi yang kreatif

Oren

Buah oren ni memang da biasa la kat Malaysia.Boleh kata hampir setiap rumah ada sebiji buah oren.
Kalo time raya cina tu takyah ingat la.Berkotak-kotak buah limau mandarin datang.Tapi bukan yang tu tau.Yang tu limau,oren ni beza sket je.Oren ni takde ulas macam limau mandarin.Kalo limau mandarin tu kulit dier kiter senang je kupas kan tapi kalau buah oren kiter kena potong dulu.
Ok takyah citer panjang-panjang pasal perbezaan (korang nak berdebat,berdebatlah,aku tak kisah),
Ni aku nak citer khasiatnya. Berbanding dengan limau bali, Oren ni lagi banyak Vitamin C nyer.Kalau korang combo kan Oren ni dengan Limau Bali, korang akan dapat jumlah Vitamin C yang banyak setiap hari. Bagusla tu sebab kulit korang akan sentiasa sihat je.
Oren ni korang makan 3 biji sehari maknanya 1 biji sebelum korang makan.
Eloknya buat jus tanpa gula.


Amacam petua aku?.Ni hanya untuk bacaan santai-santai je.Sebenarnya boleh kata semua buah baik untuk kesihatan sebab buah-buahan memang bagus pun.
Ni aku letak testimoni artis-artis terkenal yang pakai petua santai ni..haha..layan




Petua-petua ni saya baru guna.Saya yang cadangkan Safwan post kat blog dier- Kim Sang Bum,pelakon Drama Korea




Peminat saya semua tanya,"Oppa,macam mana kulit boleh cantik ni". Saya jawab ni bukan make up tapi inilah hasil apabila saya mengamalkan petua dari safwanchan.blogspot- Cho KyuhYun,pelakon Drama Korea



Bila saya nyanyi lagu 'You're Beautiful' saya maksudkan kecantikan asli dan bagaimana nak mendapatkannya?Anda perlu bermula dengan Petua santai ni- Jason Mraz,penyanyi



Semuanya tidak mustahil kalo anda ikut petua ni sambil mengamalkan petua yang lain dan jika anda sentiasa diredhai Allah,InsyaAllah 'For the rest of your life' it will works- Maher Zain,Penyanyi


//Post ni sekadar santai-santai je.Buat ape nak kerut dahi baca fakta.
//Salah fakta dan ejaan mintak maaf yer,nanti aku check.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Blogger Wordpress Gadgets