Proton Prévé adalah nama yang tidak asing lagi semenjak malam tadi setelah perlancaran model kereta terbaru Proton telah disempurnakan oleh PM kesayangan kiter.
Aku takde la nak nengok sangat sebab sibuk duk online main game
Ni aku nak cerita la sikit beberapa maklumat yang aku dapat dari Internet mengenai Proton Prévé ni.
Ni ada sedikit video promo dari Proton
Apa Yang Diceritakan dalam video ni?
Aku bukanlah hebat sangat bab-bab kereta ni tetapi mengikut apa yang aku dengar,video ni ade memaparkan beberapa ciri-ciri yang terdapat pada kereta ni iaitu
1)Hidupkan enjin dan matikan enjin dengan satu butang je.Macam push to talk la...Macam biasa je la sebab kalau tarik kunci pun same jugak..hehe
2) LED lights.Lampu menarik bagi depan dan belakang
3)1.6L Fuel-Efficient Turbo-Charged Engine with 2.0L power.Bunyi memang best la waktu berhenti dan bergerak selain dapat menjimatkan minyak.Power 2L memang berbaloi la untuk harga nyer.
4)Keselamatan,Anti Lock Braking System(ABS)<<ni adalah sistem brek yang biasa orang pakai sekarang.Tujuan untuk mengelakkan terlajak ketika brek mengejut,
Electronic Brake Distribution(EBD)<<Brek ni memberi daya yang sesuai bagi sesuatu kereta mengikut keadaan seperti keadaan jalan,cuaca dan muatan.Selalu digandingkan dengan ABS,
Electronic Stability Control(ESC)<<Yang ni paling best.Kalo kereta hilang kawalan,secara automatik benda ni akan kawal brek supaya kereta berada dalam keadaan yang stabil sehingga kawalan steering menjadi normal semula.Setiap tayar akan mebrek secara bergilir-gilir sampai kereta tu stabil semasa kereta hilang kawalan.
5)7 Speed Paddle Shifter.Kalau korang tengok kereta macam Honda City (pak cik aku punya,haha) ada paddle shifter ni.Paddle shifter ni membolehkan korang tukar gear hanya menggunakan tangan...Hanya gerakkan tangan dan gear akan ditukar secara automatik..Rasa macam naik kereta F1 lebih kurang.Untuk kereta ni korang boleh tukar sampai 7 gear la guna tangan saja.Saper nak naikkan RPM leh la tukar kepada mod paddle shifter ni
6)Ruang dalaman yang cukup selesa dan luas.Korang boleh la sumbat satu famili kat dalam kereta ni...haha
7)Smart Info Display (SID) dan Touch Screen Panel.SID akan menampakkan dashboard kereta ni lebih menarik.Lengkap dengan maklumat tentang minyak,suhu enjin dan jarak perjalanan secara digital.Ditambah pulak dengan Panel yang boleh disentuh hanya dengan jari je.Yerla sekarang sumer kan pakai touch screen.Touch screen pun bukan calang-calang,ada 4G lagi.Takde la sesat lagi lepas ni..haha..Tanye member je kalo sesat..GPS tu memang wajib la ada dekat kereta keluaran sekarang.
8)Yang ni paling menarik la bagi aku. Auto Rain Sensors and Auto Light Sensors.Gila habaq hang.Kalau hujan secara automatiknya wiper akan terpasang dengan sendirinya tanpa disentuh.Buat orang pemalas boleh la,haha
Yang wiper automatik tu tak berapa sangat tapi yang lampu automatik memang bagus.Yerla ,kebanyakan rakyat Malaysia lupa nak bukak lampu waktu drive time senja.Jadik orang depan tak nampak lepas tu berlaku la accident.Jadik dengan adanya teknologi ni,InsyaAllah kemalangan dapat dikurangkan.
Lampu akan menyala dengan sendirinya apabila keadaan jalan gelap atau kekurangan cahaya(ada sensor la).Kalau waktu hujan,lampu dan wiper akan menyala sendiri.
9)Reinforced Safety Structure (RESS).Ni bahagian keselamatan jugak.Menggunakan teknologi Hot Press Forming untuk membuat kerangka/body kereta, ia diyakini dapat meningkatkan kekuatan body kereta ni sekaligus meningkatkan keselamatan.
Hot Press Forming boleh dikatakan sama macam teknologi membuat konkrit untuk pembinaan.
Untuk pengetahuan,hot press forming ni menggunakan tekanan dan haba yang tinggi untuk memampatkan metal sheet/bahan yang digunakan dalam pembuatan kereta ni.Metal akan dipanaskan sehingga sampai ke satu peringkat dan disejukkan semula supaya sifatnya mencapai maksimum.Aku pernah baca tapi tak berapa ingat.Korang google lah sendiri..haha
Aku yakin kalo ketuk dengan hammer atau drill mesti susah nak kemek apatah lagi dengan tangan,bengkak la jawabnya.
Itu je la secara ringkas tentang Proton Prévé dari aku.
Aku tak power sangat bab-bab kereta ni..haha...sekadar yang termampu je
Di bawah ni ada gambar sikit aku curik dari kawan aku..hehehe
CREDIT SEBESAR-SEBESARNYA UNTUK
Kat bawah ni secara details bagi sesiapa yang minat terlebih kat kereta ni
0 ulasan:
Catat Ulasan