Selasa, 3 April 2012

Tingkatkan taraf Keselamatan Blog

Ha,malam-malam ni layan makan cadbury ni pon masuk jugak. Sambil tu tulis artikel untuk blog. Ok harini aku nak cakap sket macam mana cara korang nak bagi blog korang terhindar dari Hacker yang semakin berleluasa sekarang ni. Tips ini untuk khas pengguna blogger (domain .blogspot/domain sendiri)

Aku bukan nak cerita pasal tukar password email ke atau tukar password blog tapi aku nak ajar dan cerita secara ringkas cara yang mudah selain dari korang buat password yang kuat dan susah (kena buat jugak tau).

Secara amnya, orang selalu cakap blog yang selamat mestilah mempunyai password email yang sukar/rumit
Contohnya : resdeNscence98% (ko tgok ni ader kombinasi nombor,huruf besar dan simbol).Tapi mesti kena ingat la kan.
Lagi satu, Jangan sesekali menyamakan password akaun blogger dengan email. Tukar la password tu jadik password lain.

Ala, nanti susah nak ingat password tu?
Takde masalah kalau nak guna password yang senang diingat. Pastikan ada kombinasi nombor dan tidak melibatkan tarikh lahir/no telefon/IC/nama
Contoh : CeriBeri2012 (password ni mungkin tak kuat tapi memadailah.Bergabung pulak dengan langkag seterusnya password ni akan jadik kuat). Korang jugak boleh simpan password ni kat telefon bimbit. Takdenya orang nak curik.InsyaAllah.


Itu sumer cara-cara yang biasa orang bagitau. Ni ader satu lagi cara yang boleh menguatkan sekuriti blog korang.Mungkin ader yang dah tau, tapi lantakla aku nak cerita jugak.


Ni aku bagi tutorial bergambar kat korang.
Dan sila amik perhatian ni untuk pengguna Blogger je.Yang lain rasanya ada la kot

1)Mula-mula korang pegi
Korang Sign In dengan email blog korang

2)Korang akan nampak ni

3)korang klik kat bahagian 2 steps verification

4)Lepas tu korang akan dibawa ke page ni
5)Klik start set up

6)korang akan dibawa terus ke page ni


7)Korang isi nombor telefon korang, lepas tu klik send code
8) Tunggu beberapa ketika, nanti kod rahsia akan dihantar ke telefon bimbit korang (yang korang isi tadi pastikan betul)

9) Korang masukkan je kod rahsia tadi dan klik verify (macam dalam gambar)

10) Kalau smua ok,nanti kod rahsia tu akan disahkan oleh google.Klik next lepas tu


11)Lepas tu korang akan dibawak ke page verify computer.


TICK trust this computer
klik next

Komputer korang akan dikenalpasti.Maknanya korang boleh login tanpa apa-apa kod dihantar ke telefon bila korang guna komputer korang (Setiap 30 hari kan ada check).
Kalau guna komputer orang lain misalnya kat CC ker, korang kena masukkan kod yang akan dihantar hanya kepada telefon korang.Takpe nanti aku terangkan secara ringkas di bawah.


Last sekali korang klik je Turn On 2-steps verification

Lepas tu korang akan dibwak ke  page ni yang ada menceritakan sedikit pasal benda ni
Tengok kat bahagian show backup code

Apa benda backup code ni?
Meh sini aku cakap. Backup code adalah kod rahsia yang digunakan dalam waktu kecemasan jikalau telefon ko hilang ataupun dicuri. Kod rahsia ni (macam dalam gambar di bwah) hanya digunakan kalo hanset ko takder (hilang,sim kad patah,kena curi)
Korang boleh simpan je dalam dompet ke dalam PC ke.Peratus orang yang curi/jumpa hanset ko tu nak hack blog ko amatlah sket.Diorang bukan kisah pon, tau nak rembat telefon je, jadik takyah risau sangat.
TAPI INGAT SEJURUS SELEPAS TELEFON KO HILANG,CEPAT-CEPAT LOGIN BLOGGER DAN DELETE/TUKAR NO TELEFON.

backup code



Tahniah,korang dah berjaya menaikkan lagi tahap keselamatan blog korang
Nanti akan ada status dekat https://www.google.com/settings/
macam dalam gambor ni
 2 steps verification STATUS - On

Eh kalau lupa password macam mana?
INGAT, JANGAN LUPA set up LAGI SATU IAITU
CHANGE RECOVERY OPTION
(dekat tepat sama macam 2-steps verification)

1)Klik Change Recovery Option
2)Lepas tu ko masuklah no telefon ko tu.Mudah je


Jadik kalo ko terlupa password. google akan terus hantar ke telefon ko.
Orang tak boleh curi selagi tak dpat telefon ko.Kalau dapat pun, ko ader simpan backup code.Ko boleh remove je no telefon tu.Peratusan orang curik telefon sebab nak hack blog amatlah sket.

Ok jadik settlelah semua masalah kena godam la aperla.InsyaAllah,korang hanaya perlu berhati-hati je layari internet.Jangan Klik link pelik-pelik (link blog ak boleh) dan Jangan sesekali sembang dengan orang yang tak dikenali serta jangan buat password senang-senang untuk benda-benda penting.

DONE


NI CARTA BERGAMBAR MACAM MANA BENDA NI DAPAT MENAHAN SERANGAN PENGGODAM MISTERI



YANG PENTING SEMUA BERLAKU DENGAN KEIZINAN ALLAH. INGAT TU



Soalan : Eh ko buat ni, confident je mcam tak kena 'hack'.Aku 'hack' baru ko tau.
Jawapan: Erm, cuba la try..haha...Aku cuma nak bagitau cara untuk meningkatkan keselamatan je.Yer ak tak nafi memang ko Hackers Terbaik Malaysia. I salute you lah.Moga diberkati Allah.

Komen: Tak paham la, ini tu ini itu
Jawapan:Cuba komen,mungkin ak leh tolong.



FACEBOOK MACAM MANA PULAK?
NANTI AKU POST, PENAT LA.


//Aku bukan pandai IT sgat jadik ini je yang mampu aku post.
//Aku suka tutorial bergambar senang nak paham.



0 ulasan:

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Blogger Wordpress Gadgets