Khamis, 10 Mei 2012

Pos Daftar...haha..First Time

Ok nak dipendekkan cerita macam ni
Aku baru dapat satu surat(sehelai kertas) daripada Pos Malaysia tadi.
Cantik kertas tu,tebal berwarna oren

Adalah tertulis atas tu nama aku,lepas tu kat satu bahagian itu ada tick bahagian Pos Daftar.
Aku mana la tahu menahu jadik aku baca punya baca,yang aku faham macam ni

Surat tu diletakkan oleh posmen di dalam sampul surat kerana aku tiada di rumah.
Ya memang betul pun,surat-surat yang datang rumah aku pun selama ni bukan hantar direct ke rumah aku,sebaliknya dihantar ke rumah Opah aku,yang hanya 50m je dari rumah aku.
Alasannya sebab nanti posmen tak tahu alamat aku(aku pun tak tahu alamat rumah aku.haha)
Mak cik aku yang duduk berhampiran pun guna alamat rumah Opah aku.

Buat pengetahuan rumah Opah aku tu jarang orang duduk,hari minggu je makcik dan pakcik aku balik dari Teluk Intan lepak rumah tu.Opah aku lebih cenderung duduk di rumah makcik aku sebab meriah kot ditambah pulak ada perlindungan takde la opah aku duk sorang2 kat rumah dier.

Cerita panjang berjela kan..haha..sapa suruh baca?
Ok berbalik kepada surat oren tadi (mintak maaf aku tak dapat nak letak gambar sebab aku ingat pejabat pos pulangkan balik kertas tu,rupanya tidak)
Ala surat tu macam kertas manila warna oren,itu je.

Aku dengan tekad hatinya pun nak pergi menuntut barang di pejabat pos Sitiawan!!!
Waktu aku nak keluar tu,aku baca balik
'Barang boleh dituntut di Pejabat Pos Air Tawar'
HAHAHA..dah la lama aku tak pergi sana..memang cantik
Di manakah terletaknya pejabat pos Air Tawar??
Aku pun menggunakan kuasa Google Map untuk mencari.
Aku dengan Google Map memang sebati dah

Waktu nak buat kad debit.
Guna Google Map nak carik RHB Bank Sitiawan(padahal da tau,saja nak confirm)

Waktu nak bank in duit beli barang
Guna Google Map nak carik CIMB Sitiawan

Waktu nak pergi UiTM Arau
Guna Google Map nak carik kawasan UiTM

dan banyak lagi haha
Google Map memang terbaik,senang ak nak paham..korang tak tau la

Dalam perjalanan aku,apa yang bermain dalam fikiran aku adalah apakah barang tersebut yer?
Sambil tu mataku berlegar-legar mencari pejabat pos.
Lepas tu macam apa je ada pulak penunggang motosikal yang nak membunuh aku agaknya,datang dari arah bertentangan.Bukan seorang tapi hampir 4 motosikal.
Air Tawar jalan dier memang macam tu.
Jadik amikla lesen kat Air Tawar,memang mencabar..haha

Sebenarnya aku memang dah boleh agak mesti barang ni adalah
cable yang aku tempah hari Hong Kong,tu yang aku semangat lebih tu.
Kenapa Hong Kong?
Sebab Malaysia ni takde cable tu,tension aku.
Ala harganya RM3 je,kalo tak sampai pun apa aku kisah,tapi tolongla sampai..haha

Dah melencong dah cerita aku..Ok kembali kepada jalan yang sebenar.
Aku pun tiba di pejabat pos Air Tawar
(Aku dah tahu sebab apa ramai yang lalu arah bertentangan?)
Sebabnya U-turn jalan Air Tawar amatlah jauh.Memang jauh giler..membazir minyak je..hehe

Di pejabat pos macam biasa ambik nombor.
Nombor aku 2267.Waktu aku sampai tu nombor giliran adalah 2247.
Kaunter bukak 2 je.Memang terbaik..haha
Dah nak dekat pukul 4 tu,kaunter lagi satu pun bukak.Aku pun dengan bergayanya pergi kat kaunter tu.
Bagi IC dengan surat oren yang aku dapat tadi.
Kakak tu tanya 'Ni adik punya barang ke?'
Aku pun jawab 'Yer saya'.

Kenapa dia tanya macam tu?
Sebab kadang-kadang orang akan hantar wakil ambil barang tu.
Contohnya aku wakilkan bapak aku ambilkan.Jadi aku kena isi butiran dier kat belakang kertas oren tu.
Oleh sebab aku dah malas nak menyusahkan ayah aku,jadi aku pun pergi sendiri.
Saja nak belajar benda baru.

Tunggu punya tunggu dalam bayangan aku mesti ada kotak kecik berisi kabel tu kan?
Sekali nak tahu apa yang aku dapat..hahaha..ni yang best ni
Dari kejauhan aku nampak Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional,hahahaha
Aku dah boleh agak.PTPTN sudah mari..hehe
Cable aku tak dapat,hutang yang aku dapat

Kat bawah gambar-gambar berkaitan
 Aku dah bukak dah..haha
Lain yang dihajatkan,lain yang dapat..padan la aku


Sampul surat dia memang besar,stapler pun keliling,maklumlah Urusan Seri Paduka Baginda.
Bersyukur la jugak dapat mende alah ni.Sebab memperingatkan aku kena bayar balik..haha
Aku kena pulangkan kembali satu lampiran untuk memastikan aku terima surat tu.
Dalam surat ni jugak ada dokumen perjanjian yang aku tandatangan dulu.(Ada cerita jahat disebaliknya..haha)

Apapun thanks PTPTN sebab bagi pinjaman dan buat aku berjaya..YEAH
Tobat taknak pinjam dah...lepas ni try biasiswa pulak

//Kenapa PTPTN guna pos daftar,sebab menggunakan pos ni kita boleh letak insurans.Maknanya kalau hilang boleh la dapat gantirugi.Penting sebab ni dokumen perjanjian
//Buat pengetahuan cable tu masih belum sampai dan dijangka sampai minggu depan.
Aku baru check tracking number tadi..Tak sabar tu la padahnya..hahaha

Itu je la cerita aku.
Macam drama kan?
Buat penunggang motosikal yang suka melawan arus di Air Tawar,silalah ikut peraturan.Korang mungkin boleh membunuh orang lain
Sori ye macha sebab aku tenung ko semacam tadi.Yerla dah ko lawan arus.kan dapat sebijik.Dah le baru lesen P..


11 ulasan:

hahaha wan sama la aku pon dapat jugak. dia anto kat umah. cett aku ingat tawaran kerja ke. surat masuk meminang ke. haishhh

haha.. nak tergelak pun ada.. best jalan cerita. record buat filem pun laku nie.. hehe..gurau. jangan lupe PTPTN tu

@Fadhlul Hadi tak sangka kan?

@Nurmaisarah Azmi buat filem pun laku yer?akan diusahakan..PTPTN takkan dilupa,jgn risau yer

ek eleh...ingat pebende tadi.. hehe

@athirah khalil apa yang terbaik nyer?

@dedonkey abis tu ko ingat apa? hahaha

Tq, macam tu rupanya tak pernah try lg hehe

Pos daftar tu mmg kena amik kat pej pos ke? Sbb ad document penting dri kg hntr ke alamat tinggal skrg.. tggu jgk document tu xsmpai lagi pon.. tgk tracker xberjalan pon document tu.. h..

hahaha ingat ke kabel hongkong.

Sy pun dpt benda yg sm tp x sempat nak ambil sbab berada diluar kawasan bila call blk pejabat pos kt dah return blk kepada sender,sy pun x tahu benda ape sebab tak pernah buat ape2 pinjaman

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Blogger Wordpress Gadgets