Apa benda ni?Tajuk semacam je?
Haha...ni semua sebab idea aku dah membuak-buak nak keluar dari kepala jadik aku hadiahkan cerita pendek untuk semua.
Cerita ni memang tak formal pun sebab aku main hentam je tulis..haha
Idea datang sebab sekarang ni kan musim hujan dengan ribut.
Layan
Memori Waktu Hujan
Titisan 1 : Dia
Sudah hampir sejam Aini menunggu di pondok bas itu.Bapaknya tak jugak-jugak sampai.Beberapa rakannya dah pun selamat pulang ke rumah dengan ibu bapa mereka.Bas sekolah pun baru bertolak kira-kira 10 minit lalu.Kenapa Aini tak naik bas?Sebab rumah dia jauh,terlalu jauh dari rakan-rakannya.Oleh sebab itu,dia tak boleh menumpang kenderaan sesiapa.Lagipun ibu bapa Aini tak suka kalau dia naik bas,sebab ramai pelajar-pelajar nakal akan kacau dia.Jadi terpaksa la dia ikut cakap ibu bapanya tu..
Dalam hati Aini berbisik.mungkin bapaknya harini lewat sebab ada mesyurat atau mungkin jalan raya sesak agaknya.
Hujan harini memang lebat.Sesekali angin bertiup kuat,terkenalah tempias air hujan ke wajah Aini.Jika nak diikutkan ,Aini ni seorang gadis yang berumur 17 tahun,berkulit agak putih,dan tinggi lampai.Tahun ni dier akan mengambil peperiksaan SPM.Terlihat beberapa buah buku rujukan terselit di lengan Sini.Memang sudah menjadi tabiat Aini memegang bukunya diluar.Jarang sekali dia meletakkan semua bukunya di dalam beg sekalipun hari itu bukunya sedikit.Sambil memandang kiri kanan,Aini mengoyangkan kakinya kedepan dan kebelakang menandakan bahawa dia amat bosan.
Jam telah menunjukkan pukul 2.30,sudah 1 jam 30 minit Aini menunggu di pondok bas itu.Rasanya semua pelajar sudah pulang ke rumah masing-masing.Tetapi Aini masih di situ.Sebelumnya,Aini sempat menelefon bapaknya menggunanakan pondok telefon berdekatan.Memang betul sangkaan Aini,bapaknya terpaksa menghadiri mesyuarat dengan klien.Maklumlah ahli perniagaan.
Lopak sudah mula kelihatan membesar dari yang sebelumnya disebabkan hujan yang tak henti-henti.
Aini ingin memecahkan kebosanan dengan perbualan,tetapi tidak ada siapa yang boleh dibuat teman ketika itu.
Disebelahnya,cuma ada seorang makcik Cina tua yang sedang menggalas sebuah beg berisi sayuran.
Mak cik itu baru saja berada di situ,mungkin menunggu seseorang menjemputnya pulang setelah puas membeli-belah di kedai runcit berhampiran.
Pada mulanya Aini memang keberatan nak menegur tapi setelah 5 minit,Aini bersuara
'Err,mak cik,tengah tunggu siapa yer?',Aini menyapa tanpa ada sebarang ucap selamat mungkin akibat terlalu gugup.
Mak cik tu masih lagi kaku,seperti tidak ada apa-apa yang didengarinya.Hujan yang terlalu lebat menenggelamkan suara halus Aini.
Aini mengulangi lagi perkataan yang sama tetapi kali ni lebih kuat tapi masih lagi kedengaran halus.
'Hello,mak cik,tunggu siapa tu',kali ni Aini lebih yakin sambil sempat melemparkan senyuman.
'Oh,amoi ah,tunggu saya punya cucu lelaki,dia kata mau ambil saya pukul 2,30',Mak cik tua tu dengan mesra membalas
Jadi,bermula la perbualan antara mereka.Mak cik tu menceritakan sedikit tentang dirinya.Ternyata makcik tu mesra orangnya.Aini masih lagi dalam segan-silu sebab dia memang jarang bercakap dengan orang lain terutamanya dengan orang berbangsa cina.Mak cik tu berumur 55 tahun,tinggal dengan cucunya bernama Johny,berumur 21 tahun.Bagi Aini,dia bersa amat bersyukur kerana sekurang-kurang dia dapat meluangkan masa sementara menunggu ayahnya datang.
Tetapi perbualan mereka tidak lama,2 minit lepas tu,cucu kepada makcik tu pun sampai.Johny keluar dari kereta Mercedes sambil cepat-cepat membuka payung untuk neneknya.Dalam hati Aini terdetik bahawa mereka tu mungkin dari orang kaya kerana kebanyakkan orang cina memang kaya.
Aini sempat melihat wajah Johny sepintas lalu.Wajahnya seperti kebanyakan orang cina yang lain,berkulit putih dan berambut agak panjang.Rambutnya agak panjang sampai menutupi matanya.Dari riak wajah,sepertinya Johny ni seorang yang tegas.Tidak ternampak satu pun senyuman dilemparkan kepada neneknya.Tapi hati Aini berbisik bahawa kita tidak boleh menilai seseorang itu dengan cepat tanpa mengenalinya.Jadi segala tanggapannya itu dipadamkan.Dia cuba mengalih perhatian dengan melihat ke arah jam tangan yang dipakainya.
Kereta Merc itu pun berlalu pergi.Tiba-tiba,semasa kereta Merc itu keluar dari perhentian bas itu,sebuah motosikal telah merempuh bahagian tepi kereta itu.Satu dentuman kuat kedengaran.Dumm..skrettt,,Bunyi tayar terseret juga kedengaran.
Sekelip mata,bunyi itu hanyut ditenggelamkan oleh bunyi hujan lebat.
Aini mendengar bunyi itu dengan kuat kerana kedudukannya betul-betul hampir dengan tempat kejadian.
Dia tidak melihat kejadian itu di depan mata kerana dia asyik melihat jam tangannya tadi.Aini menyangkakan mungkin itu hanya bunyi brek kenderaan yang biasa.Tetapi setelah melihat orang sekeliling mula berlari ke suatu tempat dia mengetahui sesuatu telah berlaku.
Kelihatan Johny dan makcik tadi keluar dari kereta.
Aini meninggalkan begnya dan menuju ke tempat kejadian,Hujan terlalu lebat menyebabkan pandangan Aini agak kabur.
Aini bertekad untuk ke sana kerana risau keadaan makcik tersebut.
Dia tidak tahu bahawa perbuatannya ini mungkin akan merubah haluan hidupnya....
TAMAT
Titisan 1 :Dia
Memori Waktu Hujan
safwanchan
==haha entah apa-apa je aku tulis...tapi lantakla sebab akhirnya terluah jugak idea aku==
==minggu depan ak tulis sambungannya,macam drama la pulak==
2 ulasan:
tak sabar tunggu sambungan cerita nie.. nanti dah sambung bagitaw..
@Nurmaisarah Azmi haha..minggu depan yer..ni citer tulis suka2 je
Catat Ulasan