Khamis, 29 Mac 2012

FB GAME DAN aku

Macam macam game facebook yang ada sekarang kan.....Farmville/Mafia Wars/Pioneer Trail lah apa ntah lagi tapi dalam banyak banyak tu ada beberapa game sahaja yang aku pernah main (da berhenti pun ada) dan ada juga yang masih main sekarang


Game Facebook yang aku PERNAH MAIN dan dah berhenti.

1) Mafia Wars

Game ni aku da start main waktu kat myspace dulu da pun. Waktu kat myspace dah level brape aku tak ingat. Game ni dia sama je macam game FB yang lain...byk suruh kita klik je. Aku minat game ni sebab grafik dier boleh tahan.walaupun kena klik je hari-hari tapi berbaloi bila kita dapat barang lebih dari orang lain.Cara dia mempersembahkan barang tu best dan event dier pub boleh tahan.haha..tapi sekarang ak tak main da..dah berhabuk da kot akaun aku tu
Macam biasa game ni memerlukan neighbour maknanya kawan-kawan untuk membantu. Agak menjengkelkan la jugak kadang-kadang xD

Sebab berhenti main: Tak larat aku nak klik banyak-banyak..hantar barang la dan time tu aku baru masuk U




2)Baking Life

Bakery life adalah satu-satu game yang best juga. Mengenai pengurusan kedai kek.
Ko jual kek, ko beli recipe baru..best lah jugak..ak memang suka game tycoon macam ni..Dalam game ni masing-masing nak dapat highest level konon nak brlagak la.

Sebab berhenti main : Duit da banyak, aku main tipu (jujur), habis semua benda mahal aku beli




3)Gourmet Ranch

Gabungan Farmville dan Cafe World maka terciptalah game ni...Tanam pokok lepas tu buat kafe sendiri dengan macam-macam resipi, pelanggan datang dapat duit.
Best jugak sambil tanam sambil berjual beli. Tak bosan sangat sebab setiap minggu ada je tema baru.

Sebab berhenti main : Sama jugak sebab di atas. main tipu..lalala~~~




4)Cafe World

Cafe World memang terkenal dikalangan kaki game kat facebook
boleh dikatakan semua tahu apa itu cafe world?.
Secara ringkas game ni adalah mengenai macam mana korang nak handle cafe korang sampai la menjadi terkenal (kononla)...masak burger ,dapat xp ,level up..game ni masih famous sekarang

Sebab berhenti main : Ada auto bot yang boleh buat kerja (masak burger(secara automatik..jadik relax je la...biar je autobot tu jalan.





====Masa takat ni mesti korang kata kat dalam hati 'safwan ni main tipu je tau'====
====Jawapan aku: hahaa lantak la aku..ko ader? =)====


Ok lain-lain game yang aku pernah main:
Cartown (suka design keta, comel2)
Deal or No Deal
Avatar
Ninja Saga
Train apa ntah (pasal keretapi jalan-jalan)
Cityville (autobot jugak)
Hidden Chronicle (main kejap lepas pening cari benda tersembunyi)
banyak lagi tapi aku dah lupa, kalo aku ingat ak tambah



Game yang aku main sekarang
Sims Social (Itu je lah)

Sims social ni sama macam Game Sims macam kat PC, korang tau Sims tu apa kan? Game yang ala-ala kehidupan sebenar tu..kena makan, buang air, tidor, keje,kahwin dan lain.

EA melebarkan sayapnya dengan memberi peluang kepada peminat sims (bukan aku) untuk berinteraksi secara online dengan mewujudkan sims social. Untuk pengetshuan, sebelum ni sims mana boleh main online....Semata-mata main sorang diri je dalam PC. jadik dengan wujudnya sims social ni dapatlah Sims ni dimainkan secraa online.

Macam biasa game request dier agak annoying jugak tapi disebabkan ak boleh tahan minat kat sims ni aku main la jugak.

Sekarang ni kalau yang game official punya da sampai The Sims 3 da pun tambah dgan expansion nya lagi.

Pasal game The Sims dan Sims Social ni aku akan update di bahagian Dari Kaca Mata Safwan (Game) dan Diari FB.



0 ulasan:

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Blogger Wordpress Gadgets