Ok ini untuk hari Jumaat punya penangan.
Saja nak menghayati kekuasaan illahi sambil tu tenangkan jiwa.
Sapa yang agak-agak tension tu meh layan post ni
Fakta menakjubkan tentang semut
1. Semut boleh mengangkat bebanan 50 kali ganda dari berat asalnya.
Klik la kalo nak gambar besar
[Nak tahu lagi][Tak nak rumit-rumit]
Walaupun saiz semut tu kecik,otot-otot dier lebih tebal berbanding haiwan yang lebih besar macam gajah ataupun manusia. Ini yang menyebababkan semut berupaya mewujudkan daya yang besar bagi mengangkat bebanan yang lebih berat dari berat badannya.(Skema kan?)
Ok kalaulah kan kita ada kekuatan otot sama macam semut, setakat Hyundai tu kacang rebus pasar malam je
2. Semut yang berpangkat askar menggunakan kepalanya untuk menghalang sarang daripada PATI (Pendatang asing tanpa IC).
[Nak tau lagi][Tak nak rumit]
Sesetengah spesies semut mempunyai bentuk kepala yang sama dengan bentuk pintu masuk lubang sarang mereka.
Semut menghalang laluan dengan melepak di dalam sarang sambil kepalanya terjulor (Perak) keluor. Ala macam penutup gabus yang tutup flask tu (dah sembang apparatus plak)
Bila semut pekerja balik je ke sarang, ia perlu melalui pemeriksaan keselamatan dengan cara menyentuh kepala satu sama lain. Semut askar yang bertauliah tu akan tahu samada semut ini kepunyaan sarang tersebut atau tak. Macam touch n go sket2
3. Semut mempertahankan pokok yang memberikannya makanan dan perlindungan.
[Nak tahu lagi][Tak nak rumit-rumit]
Pokok Semut atau myrmecophytes adalah tumbuhan yang sedia ada mempunyai lubang-lubang yang memberikan semut tempat berteduh dan makanan. Dekat celah-celah lubang tulah semut selalu melepak sambil sedut nectar dari pokok atau serangga penghisap nectar
Bak kata pepatah 'Budi yang Baik dikenang juga'. Jadik sebab dah dapat 5 star punya tempat, semut ni dengan rela hati berkorban jiwa raga mempertahankan pokoknya itu.
Musuh-musuh ketat diorang selalunya Serangga dan Parasit yang cuba tumbuh dekat pokok tu
4. Kepadatan penduduk semut hampir sama dengan kepadatan penduduk bumi.
[Nak tahu lagi][Tak nak rumit-rumit]
Macam mana pulak boleh jadik macam ni.Semut tu kecik je macam mana boleh sama plak kepadatannya?
Ok saintis macam aku ni mengandaikan sekurang-kurangnya sebanyak 1.5 juta semut dinisbahkan dengan seorang manusia dewasa.
Lebih 15000 spesies semut dikatakan tinggal di merata dunia kecuali Antartika.. Ko giler semut nak duduk tempat sejuk. Nak duk mana? Bawah bulu Polar Bear?
Ok kalo kat Hutan Amazon bilangan semut adalah sebanyak 3.5 million bagi setiap ekar!!!Giler banyak (Pura-pura terkejut)
5. Semut kadang-kadang suka bergantung pada serangga lain macam belalang daun .
Korang tau kan belalang daun? kalo tak tau maknanya korang maybe 2000++ punya generasi, Ok lantaklah.
[Nak tahu lagi][Tak nak rumit-rumit]
Untuk makluman,semut ni sangatlah menitik beratkan soal makanan dan perlindungan jadik ia sanggup melakukan apa saje asalakan apa yang dihajati didapatkan. Belalang daun ni jadik transport dier. Yerla kalau misalnya bekalan gula kat pokok ni dah abih, semut tu kena la pegi pokok lain. Jadi semut pun tumpang belalang hijau ni. Balasannya ,Semut ni dijadaikan pengasuh bagi anak-anak belalang daun supaya belalang tu boleh la membiak lagi. Yerlakan, anak-anak belalang tu masa depan bagi semut jugak sebab diorang saling bergantung antara satu sama lain.
6. Semut menjadikan semut lain sebagai hamba.
[Nak tahu lagi][Tak nak rumit-rumit]
Takde demokrasi-demokrasi kat sini. Semut ni bab-bab kepimpinan agak ganas la jugak. Tapi tak banyak spesies yang berbunuhan sesama sendiri ni.
Motif bunuh ni senang je, sebab nak dapatkan pekerja. Selalunya spesies yang selalu terlibat dalam pembunuhan dan penghambaan ni adalah semut dari spesies yang kumpul madu je keje dier (cam lebah madu).
Permaisuri Polyergus atau dikenali sebagai semut Amazon dengan tak semena-mena akan menguasai koloni semut Formica
Permaisuri Amazon tu akan bunuh terus Permaisuri Formica dan menjadikan semut Formica sebagai hamba abdi.
Tugas hamba ni sekarang adalah membimbing anak-anak Polyergus sampai la diorang dewasa. Anak-anak ini akan menyambung legasi Permaisuri Polyergus dan akan terus menguasai koloni Formica supaya bekalan hamba berterusan.
Sian koloni Formica, terpaksa bersubahat menentang koloni sendiri.
7. Semut dan Dinosaur berada pada zaman yang sama .
Semut wujud 130 juta tahun dahulu bersama-sama dengan kewujudan dinosaur.
Pelbagai fosil dan bukti ditemui kebanyakkan di atas batu fosil dan tumbuhan yang telah menjadi fosil. Buktinya hanya melalui fosil tetapi kebanyakan fosil yang ditemui membuktikan Semut wujud 130 juta tahun yang dulu. Semut masa tu mesti besar gedabak kan?
8. Semut sudah mula berkebun sebelum manusia.
Semut Pekebun (
Fungus farming ants) sudah memulakan aktiviti agrikultur sejak 50 juta tahun sebelum manusia mulakannya.
Bukti awal menunjukkan semut mula bercucuk tanam 70 juta tahun dahulu.
Yang uniknya, semut ni mempunyai teknologi pertanian mereka sendiri untuk meningkatkan kesuburan tanah dan meningkatkan kualiti hasil. Semut akan mengeluarkan antibiotic yang akan menghalang kulat untuk membiak.
9. Semut mempunyai koloni yang teramat besar yang boleh merebak sehingga beribu-ribu batu.
Setiap koloni semut mempunyai Profil Kimia yang berbeza yang membolehkan ahli kumpulan mengenali satu sama lain dan memberi amaran sekiranya terdapat orang asing yang tidak dikenali.
Melalui kajian saintis, koloni yang besar yang terdapat di Eropah, Amerika Utara dan Japan berkongsi Profil Kimia yang sama dan ini menyimpulkan bahawa mereka adalah Koloni semut Global yang terbesar.Giler kalo semut ada Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu sendiri.
10. Semut ikut bau yang ditinggalkan semut pemerhati untuk mangumpul makanan.
[Nak tahu lagi][Tak nak rumit-rumit]
Dalam setiap organisasi mana pun di dunia ni mesti ade pemerhati. Sama la macam semut. Selain semut pekerja, dalam koloni juga terdapat semut pemerhati.
Semut pemerhati ni macam spy la. Ia akan menyiasat kawasan sekeliling kalau-kalau ada orang tertumpah air sirap ke/terjatuhkan karipap ke.
Bila dah detect je, semut pemantau amik sampel makanan tadi balik ke sarang. Semut tu bali dalam keadaan menegak dan takde melencong ke mana-mana pun. Straight je jalan sampai sarang.
Lepas sampai sarang, semut-semut pekerja pun akan mula bergerak ke kawasan makanan. Semut pemantau adi bukan balik lenggang kangkung bawak sampel je tapi ia juga meninggalkan jejak feromon supaya kawan-kwan pekerja tadi boleh sampai terus ke tempat makanan tanpa masalah. Setiap pekerka yang pergi akan tambah lagi jejak sampai la clear jalan pergi dan balik.
Pegi balik pegi balik sampailah makanan tu abih...
Inilah 10 fakta menarik tentang semut yang aku tulis pakai cara aku sendiri.Harap korang seronok baca yer.Lukisan ak tak power pun.TU kira dah abis level da tu hehe
2 ulasan:
nice artikel. gambar pon cantek. (terlebih rajin nak komen)
takyah la nak kata cantik sangat...haha
Catat Ulasan