Ok, mula-mula aku nak cakap sebelum baca post ni, baca ni dulu
1) Jangan nak sembang pasal agama Islam melarang itu melarang ini. InsyaAllah aku tau apa yang aku tulis.Kalo nak sembang hukum-hakam Islam boleh ke page FB Ustaz Azhar Idrus. Aku buat Post suka suka je
2) Ikut peraturan nombor 1 lepas tu korang layak baca post ni
ZODIAK
Apa tu Zodiak?Aku rasa tak payah tanya la kan apa tu zodiak kat korang semua. Korang semua ak rasa dah mengerti apa itu ZODIAC. Kot-kot ada sesaper yang tak tahu atau buat-buat tak tahu zodiak tu ape ni aku nak habaq mai zodiak tu adalah bahagian-bahagian putaran bumi mengelilingi matahari iaitu sebanyak 12 bahagian.
Korang tau tak pizza. Kalo pizza tu dibahagi 12 potong, maknanya 12 orang boleh makan..haha..ok setiap kawasan untuk setiap Slice pizza tu mewakili satu zodiak.
Lebih kurang macam tulah macam mana zodiak tu boleh ade 12. Lagi satu, sudut setiap pizza tu mesti 30 darjah kan. 30 darjah boleh dilambangkan sebagai longitud. Longitud tu ape? Tulah orang suruh belajar geografi elok2 tak nak. Gi rujuk balik.
Dalam kes zodiak, longitud (30,60,90) adalah kedudukan kawasan bumi semasa mengelilingi matahari..jadi ianya berbeza-beza la.. Contoh, kalau pada sesuatu masa matahari berada pada longitud 105 darjah (Malaysia), time tu mesti bulan 8, maknanya zodiak Leo time tu.
Pada waktu matahari betul-betul berada tegak dekat kawasan Malaysia.
Eh tapi malam gelap je..takde matahari pun
Mudah je..yang malam-malam gelap tu sebab bumi beredar..Bumi kan beredar 24 jam. Manalah matahari nak kejor putaran bumi. Matahari amik setahun nak keliling bumi. Tu pasal ada 12 potong pizza tu. Walau gelap macam mana pun , kedudukan matahari pada bulan 8 tetap berada hampir tegak dgan matahari. KEDUDUKAN yer bukan cahaya matahari tersebut.
Macam mana boleh ada nama Leo,Virgin,Virgo,Sagitarrius smua tu? Boleh habaq mai kat cheq tak?
Takde masalahnya yeop,yong oi..tu sumer nama nak melambangkan je setiap kawasan tu..Bayangkan kalo Pizza tadi, semua kawasan ada pepperoni, macam mana cara kita nak tahu bila bulan 7/8/9/aries/leo/virgo tu sumer kalo pepperoni penuh je. Orang dulu-dulu mana ada kalender jadik diorang namakan je lah ikut di mana kawasan matahari berada pada waktu itu. Jadik diorang tgok la kedudukan bintang (Buruj) untuk tahu kedudukan atau masa.
Kebanyakan nama tu semua datang dari Greek sebab benda alah zodiak ni dah guna sejak bertahun-tahun yang dulu. Mana la aku nak tahu kenapa bulan 8 nama Leo, bulan 12 nama Sagitarrius? Itu semua klasifikasi untuk memudah rujukan orang2 zaman sekarang. Itu nama saja, jadik kalo ada orang cakap Aries tu asal nama dier sebab bulan Mac banyak kambing gurun mengawan memang tipu la.
Tapi tu semua bukan benda yang aku nak cerita (haha punya la panjang penerangan).
Korang boleh baca je kat wikipidea ke atau mana2 website tapi aku saja nak kongsi sifat-sifat dan perilaku orang yang lahir pada zodiak-zodiak yang tertentu. Kalau macam orang dulu diorang pakai untuk tunjuk jalan waktu mengembara, tapi org sekarang suka tgok apa yang zodiak diorang bgtau pasal diri mereka.
Ok kita mulakan dari Aries sampai la Pisces.
Ni secara general je lah.
Analisis Zodiak 2012
Aries ♈ 12 MAC-19 APRIL
Tahun yang baik dijangkakan dengan keadaan yang akan bertambah baik pada suku ke dua tahun 2012(maknanya dari bulan 6 ke bulan 12 lah). Kalo meniaga tahun ni untung banyak takde ingat, badan pun sentiasa sihat tapi kadang-kadang sakit-sakit kulit ada jgak menyerang tapi takle serius sampai masuk ICU. Yang mana berkenan nak kawin tahun ni kahwin la asalkan mak ayah restu gerenti bahagia. Jadik ,sebab nak kawin punya pasal, perhubungan antara orang lain tu kena la jaga la sket. Kalo kerja sibuk jangan rungsing, tahun ni masalah kerja akan diseimabngkan dgan cinta. Jangan nak ego sangat ni, cuba lah berbaik-baik degan kawan supaya hidup pada tahun ini lebih sempurna.
Taurus ♉ 20 APRIL - 20 MEI
Tahun lepas punya masalah akan mula bertimbun dengan masalah baru. Kesihatan kena la jaga sket. Kalo doktor suruh makan ubat ikut masa jangan ingkar. Stress mmg banyak sampai boleh migrain tapi rilek-rlek sudah. Kalo malas nk buat keje tangguh je takpun suruh je Aries punya orang buat keje.Nasib diorang baik tahun ni xD.
Tapi yang best nyer, tahun ni banyak masalah korang akan selesai. Jadi korang boleh rancang untuk tahun-tahun akan datang. Korang cuma perlu bekerja kuat je tapi jangan sampai orang lain yang jadik mangsa. Kalau ko tu bos ko kerja kuat sorang-sorang je, jangan libatkan pekerja suruh buat overtime la aperla.
Tahun ni korang boleh pilih nak bercinta ke taknak ikut la mood.
Gemini ♊ 21 MEI - 20 JUN
Tahun yang penuh dengan stress dan masalah tak henti-henti. Korang akan mula berfikir secara rasional dan rasa bertangunggjawab berbanding tahun sebelumnya. Kesihatan tak berapa nak elok sebab selalu stay up malam-malam buat assignment,makan Maggi. Jadik kurang-kurangkanlah makan makanan segera tu. Duit banyak la jugak habis dekat ubat-ubat disebabkan pelbagai penyakit yang melanda. Eloklah sekiranya makan makanan yang berkhasiat ikut piramid makanan. Duit awal-awal tahun agak kurang la sket melainkan ada pinjaman PTPTN, Biasiswa MARA atau pinjaman Bank ke.Boleh la support kekurangan duit tu. Tapi jangan risau,menjelang je hari raya berakhirnya puasa, rezeki akan melimpah ruah. Suku tahun kedua(Bulan 6 ke atas) elok buat bisnes tak kisah bisnes apa (minyak wangi ke,topup ke,atau jual puding).Tahun ni pun agak baik kalo nak kahwin tambahan pula rezeki melimpah selepas bulan Jun.Abis je tahun 2012 ni korang akan lihat perubahan dalam diri dari segi taraf kehidupan dan kelengkapan hidup korang. Kalo korang nak buat apa-apa keputusan, jangan ragu-ragu dengan tindakan yang diambil. Cuba berusaha dengan jalan sendiri dan berdikari untuk mencapai matlamat hidup,
Cancer ♋ 21 JUN - 22 JULAI
Kanser amatlah bahaya. Kita tak tau bila kita akan terkena kanser. Kadang-kadang bukan perasan pun. Tau2 dah tahap ketiga.Hish mintak dijauhi la yer.
Tapi yang ni bukan kanser yang tu. Ni Cancer yang zodiak punya
Untuk zodiak ni, pada tahun 2012,nasib mereka amat baik pada 6 bulan pertama. Masa nilah korang amik peluang nak cuba benda yang baru sebab korang berada pada tahap yang optimum untuk berkerja atau belajar. Cuba pelbagaikan cara belajar. Kalau dulu study group sekarang study alone. Bagi yang bekerjaya boleh cuba untuk menukar profesion/memulakan business yang baru.
Alamak sekarang dah bulan 3, nanti bulan 7 mesti prestasi menurun.
Jangan takut, mula je bulan 7,korang takkan ditimpa masalah yang berat cuma korang kena pandai handle masalah kecil.
Masalah keluarga akan mula bercampur dengan masalah kerja. Jangan hilang kawalan. Bahagikan masa untuk kerja dan famili.Fokus pada satu benda pda satu2 masa. Menyeimbangkan kerjaya dan famili rahsia kejayaan anda untuk tahun ni.Tapi eloklah anda bersedia lebih awal.Hubungi famili anda selalu.
Tahun ni elok la jugak kahwin tapi takla digalakkan sangat kalau masalah bertimbun (amacam motivasi jadik tak?)
Leo ♌ 23 JULAI- 22 OGOS
Tahun ni Leo ni kira yang paling bernasib baik la. Dilimpahi dengan kemewahan, tahun 2012 amatlah sesuai untuk berkahwin. Disyorkan awal-awal tahun sebab pada suku kedua korang akan berbelanja banyak (Hari Raya, Buat Rumah, Perniagaan, Bini Baru). Tapi dalam berbelanja banyak tu pun,korang masih berfikiran secara rasional dengan menyimpan duit. Hujung tahun ni banyak orang kaya berzodiak Leo. tak caya try tanya orang -orang kaya baru tahun ni,apa zodiak dia.Dan-dan ada yang mengaku Leo. Untuk kesihatan, jangan risau sangat. Cuma pandu berhati-hati dan ingat orang yang tersayang.Jangan seronok sangat dapat benda baru.
Virgo ♍ 23 OGOS - 22 SEPTEMBER
Untuk 6 bulan pertama, buat rilek sudah sebab semuanya korang da biasa lalui. Dalam tempoh ini,korang akan gembira yang amat sangat dan sedih yang amat sangat tapi takdelah bagi kesan sangat sepanjang tahun. Mula je bulan 7, kalo korang betul-betul fokus dengan apa yang korang nak memang akan pasti nasib baik menyebelahi. Buat sesuatu benda dengan sepenuh hati!Jangab Putus Asa!
Berita baiknya korang akan dapat sesuatu perasaan yang amat pink dalam percintaan korang. Tak kisah percintaan apa (kucing,ayam,ibu bapa,sahabat,teman trsayang). Ramai bujang-bijang Virgo akan start kawin tahun ni. Businessman Virgo pun akan banyak bukak kedai disebabkan nasib perniagaan yang baik untuk tahun ni.Walaubagaimanapun, sentiasa rancang setiap apa yang korang buat takut-takut kalau terpeleot plak di tepian gantang.
Libra ♎ 23 SEPTEMBER - 22 OKTOBER
Tahun ni akan lebih baik dari tahun dulu. Korang akan rasa tenang sepanjang tahun dan segala masalah-masalah semua korang dapat atasi. Tahun ni la jugak korang akan rasa diri sihat sebab walaupun didatangi penyakit (selsema,batuk,demam),korang akan cepat sembuh walaupun adakalanya bil perubatan agak tinggi. Tahun ni korang perlukan perancangan hidup yang betul.Kalo korang tersilap tak mengapa sebab korang sentiasa diberi peluang kedua,ketiga dan ........ke-beberapa kali lagi.Banyak peluang diberikan pada tahun ini, jadi bangun dan teruskan perjalanan sehingga ke bulan Disember.
Scorpio ♏ 23 OKTOBER - 21 NOVEMBER
Tahun 2012, kehidupan korang agak rumit sket. Awal-awal tahun masalah menimbun (nak cari kerja,anak-anak sekolah)padahal masalah tu takde la berat sangat. Korang agak tension dan memang stress.Hari-hari update kat FB 'aku stress,aku stress' tanpa ada sebab.Eloklah korang duduk, lupakan masalah tu kejap,jangan lupa terus plak, sat lagi menimbun-nimbun masalah. Belilah ikan emas ke,kucing ke,mainlah dengan diorang. Sambil tengah2 rilek minum kopi pikir macam mana nak selesai masalah.Kalo tengah2 rilek, banyak idea akan datang tau.Jangan terburu-buru buat keputusan walaupun pilihannya hanya sedikit.Cuba jadi teliti sikit tapi tak mendatangkan stress.Kesihatan jaga sket
Sagitarrius ♐ 22 NOVEMBER - 21 DISEMBER
6 bulan yang pertama, korang dah boleh mula cari kerja/bukak business/sambung belajar. Tempoh masa ni memang paling terbaik untuk korang buat semua tu. Masa ni nak maju setapak dalam karier bagi yang bekerja dan menceburi bidang pekerjaan bagi yang baru nak bekerja.Tahun ni fokus 100% dekat karier sebab memang tahun ini karier anda boleh tahan.Lupakan tentang cinta untuk sementara waktu sebab anda perlukan banyak masa untuk mengejar cita-cita. Tahun ni adalah tahun terbaik kalau korang nak ikut korang punya naluri. Tak salah mencuba sesuatu mengikut naluri kan?
Awek memang tak ingat punya banyak..berbaris tunggu giliran nak memikat xD
Capricon ♑ 22 DISEMBER - 19 JANUARI
Tahun ni karier dan perniagaan agak bagus.Jadik tak payah ragu-ragu amik risiko sebab masalah utama korang tak bermula dari situ. Maslah yang sebenarnya datang dari kelompok masyarakat itu. Awal-awal tahun,korang akan bermasalah dengan perebutan jawatan bagi sesebuah organisasi dan masalah tentang keluarga.Senang citer masalah banyak datang dari pertubuhan/organisasi.Kalau anda seorang pemimpin/ketua organisasi/ketua darjah/ketua tingkatan/class rep bertolak ansur la sket dengan ahli-ahli.Jangan sampai melibatkan pergaduhan antara ahli.Untuk percintaan pulak, tahun ni kebanyakan korang akan bercinta je.Susah nak jumpa pasangan Capricon berkahwin,bertunang adalah kot.Korang boleh kekal dengan cara hidup sekarang tau mengubah sedikit cara hidup supaya benda remeh-remeh semua dapat diatasi.Tahun ni tak payah takut-takut nak ubah stail sebab korang da memang dilahirkan cantik jadi beranikan diri untuk mencuba yang baru (cuba dari perspektif lain) dalam semua perkara.
Aquarius ♒ 20 JANUARI - 18 FEBRUARI
Masalah tahun lepas sudah mula dapat diselesaikan walaupun mengambil masa. Fokus anda terhadap kerja lebih meningkat setelah bulan April berlalu. Dalam bulan Januari gitu anda agak lambat sket tapi ia meningkat sedikit demi sedikit.
Tahun ini lebih banyak dianggap sebagai 'Tahun Persediaan' bagi korang semua.Cita-cita mungkin tak tercapai pada tahun ini tapi ingat, korang tengah menuju ke arah itu. Kadang-kadang jalannya agak berliku tetapi ingat mana ada benda yang senang,semuanya bermula dengan cabaran. Contohnya kalau buat kuih pau.Ko ingat senang ke buat kuih pau,kalau tersilap adunan tak kembang la pau tu.Jadi pau tu takleh jual.Penyudahnya, aku yang makan kuih Pau reject mak aku buat.Ingat tu.Fokus-fokus jugak kesihatan mesti jaga walaupun takde ape yang serius sangat pasal kesiahatan korang.
Pisces ♓ 119 FEBRUARI - 20 MAC
Pisces untuk tahun ni sama je dengan zodiak yang berdekatan dengan dier macam Aquarius dan Capricon. Masalah yang dulu kala semua dapat diselesaiakan pada tahun ini. Separuh masa kedua (bulan 6-12),korang akan lebih yakin dalam melakukan sesuatu perkara. Masa ni segala pembentangan/ucapan semuanya memang terbaik. Bermula dari April,sedikit demi sedikit korang menunjukkan peningkatan dalam mutu kerja/markah test/perhubungan.Hampir setiap aspek kehidupan anda ditingkatkan pada tahun ini. Korang boleh mengubah hala tuju korang sekarang kerana setiap apa yang anda pilih pasti akan memabwa kejayaan kepada anda.Cuba la ubah sket cara hidup dan lepas tengok macam mana tahun ni akan berlalu.
Itulah sedikit sebanyak analisis Zodiak untuk tahun 2012
Sebelum post ni ditutup,meh sini aku jawab beberapa soalan sbelum korang bertanya
Soalan: Eh, boleh percaya ke benda ni semua?
Jawapan : Eh, sapa kata boleh percaya, ada aku cakap ke?
Sekarang ni bukan soal percaya atau tidak tapi
supaya kita dapat rancang masa depan.Zodiak
buatkan kita sentiasa fikir positif.Bila kiter
fikir positif,kiter akan lebih yakin untuk maju ke
depan. Apapun ingat kat Allah sebab semuanya
datang daripadaNya.Terima Kasih sebab lawat blog.
Soalan: Ini post original ke copy paste ?
Jawapan : Giler Ko copy paste,ak buat la kajian sikit
sikit.Aku takde la pandai bidang-bidang astronomi
ni.Ni post asli tau tak, penat aku taip.
Soalan : Itu salah, ini salah,fakta Zodiak tu salah.
Jawapan : Aku cuba la jugak nak tulis.Kalau ko nak betul
sangat buat pos sendiri yer.Fakta ni takde salah
rasanya.
//Post ni memang takde ingat punya taip,Cari maklumat,translate ke melayu,memang baik punya.
//kalo ader salah ejaan nanti aku fix sebab aku akan sentiasa double/triple check post ak.aku dah ngantuk nak tido
//Yang bahagian Sagitarrius tu ,yg part awek tu menipu je...haha..ak Sagitarrius jadik saja je nak lebih2 =)
0 ulasan:
Catat Ulasan