Ahad, 1 April 2012

Diari Sims Social 1/4

Fuh..sebab ape harini baru nak tulis diari.Kenapa semalam dan kelmarin tak tulis?
Sebab aku takde benda ape nak tulis.Harini baru ada benda aku nak cerita sket.

Untuk Quest yang Dragon Tower tu,seperti yang dijangkakan oleh aku, aku berjaya menyiapkan 2/3 dari peringkat tu. Tapi bila start je peringkat yang ke-3 tu,masalah mula menyelubungi. Biasalah,nak kumpul item untuk buat work.

Mau tak giler.Harini je aku hanya dapat siapkan dua kerja dalam peringkat 3 tu. Aku perlukan Nail dengan Paint Brush tapi berapa kerat la sangat kawan aku yang main game ni.Tapi takpe masa banyak lagi.Kita buat perlahan-lahan.Lagipun ak da sampai peringkat terakhir iaitu peringkat 3.Mengikut firasat aku la, kerja yang akan mendatang ni lagi memerlukan banyak barang macam Paint,Mice dan lain-lain yang susah nak dapat.

Kalau korang da lengkap peringkat 2 nanti akan ada illustrasi baru dekat naga tu masa kat peringkat 3.Misalnya kalau korang buat kerja Add First Block,nanti bila da siap je mesti akan ada satu blok menara ditambah dekat naga tu..Aku tak tau la berapa blok sampai menara tu siap.Rasanya 6 blok kot.Selain itu, macam-macam benda da korang boleh buat dengan naga tu sebab naga tu dah jinak. Korang boleh bermesra dengan naga tu untuk tambahkan fun korang dan experience point.

Untuk Side quest,aku baru sedar yang semua quest yang ada masa tu bersangkutan antara satu sama lain.Kalau korang dah complete quest naga dengan side quest yang ada Shield tu ditambah pulak dengan pembelian Jamban emas dekat shop,korang akan dihadiahkan dengan Lute (alatan muzik) yang agak cantik.Tapi aku rasa disebabkan quest Shield tu tinggal 4 hari je,Aku rasa macam malas nak buat quest tu..Aku skarang ni baru 2/6 je untuk quest tu.Malas sangat tanam strawberi.Malas nak tunggu 5 minit..haha.Aku nak fokus dekat menara naga tu je sebab nak house value 100k..xD

Jamban emas tu aku tak pasti berapa harga (takpa nanti ak tengok) dan ada lagi satu,korang perasan tak ada iklan MOP AJAIB waktu masuk game tu.MOP tu beli pkai duit emas, boleh tahan la jugak mahal. Mahal sebab sekali klik je semua kotoran kat rumah korang akan hilang.Tak berbaloi untuk dibeli sebab Duit Emas tu kena beli pakai duit betul.Apa kejadahnya main game FB pakai duit sebenar.Pembaziran.

Ini je lah ringkasan aku sepanjang dua hari aku di Sims Social.
Ok selamat berjaya menyiapkan menara Naga dan saper2 yang rajin buat side quest tu memang aku tabik sebab korang rajin mintak barang2 dan buat kerja dalam game,hehe..jangan spam wall orang sudah.


Ini adalah sikit gambar yang aku sempat ambik buat cenderahati




Menara yang jauh lagi nak siap
Illustrasi bagi 2 blok.
Jinak je naga tu




Korang boleh berinteraksi dengan lebih rapat dengan naga maklumlah dah jinak
Feed the dragon tu macam bunuh diri je



Tower Quest,dah sampai peringkat 3/3 tapi baru 2 work je siap,ni semua penangan Nail dengan Paint Brush
Peringkat 3 banyak pakai item dengan energy jadik memang lambat la nak siap



Side Quest,ada 6 je tapi aku malas tanam strawberi tu pasal tak lepas2 peringkat 2,Tinggal 4 hari je ni



Tower Quest
Shield Quest
✓ Beli Jamban emas (Pakai Social Point dan Perlu kutip barang-barang sket)

Cukup je tiga-tiga korang layak untuk dapat Lute (alat muzik) tu,,Naikkan skill muzik anda dengan LEOPORD'S FLUTE


Ok semoga kita berjumpa lagi.



//Kalo salah ejaan dan fakta mintak maaf yer.Kalo salah ejaan nanti aku periksa balik
//Best woo tulis banyak-banyak
//Diari Sims ni bukan hari2 tau.Ikut suka aku, bila aku nak tulis,aku tulis.


0 ulasan:

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Blogger Wordpress Gadgets