Ahad, 15 April 2012

Hari Ibu Haram Menurut Islam Yer ke Tidak?

Ha apa benda kat atas tu.Yang atas ni adalah bukti dimana salah seorang daripada teman FB aku telah share 
satu benda mengenai hari ibu.
Secara kasarnya,ak tak tau pun hari ibu tu biler sebab aku hanya ingat hari jadik mak aku.
Aku rasa dah dekat la kot Hari Ibu sebab dekat corong-corong radio terdengarlah lagu-lagu seperti
Ayah dan Ibu-Sudirman.

Ok Berbalik pada pos tadi,aku pun dengan semangat ingin tahu pun klik la benda tu.Beserta dengan gambar tu ada la sedikit artikel berbunyi macam ni



HARI IBU ADALAH "HARAM" ya Allah baru tahu...SEBARKAN..

Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan. Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut. Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja. Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia. Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia. Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

Ok setelah aku bersengkang mata membaca artikel ni,terdetik di hati aku 'Wah sungguh kompleks yer sebenarnya hari Ibu ni'.Faktanya terlalu kompleks sangat sampai pening aku memabacanya..haha

Yer,tak dinafikan mungkin ini bukti bahawa hari Ibu ini haram tapi aku masih keliru sebab apa kejadahnya kena mengena dengan Hari Ibu di Malaysia ni.Aku rasa semua penduduk Malaysia takde la kot pernah terfikir pasal benda alah perayaan musim bunga/40 hari sambut Maryam sebagai Ibu dan sebagainya.
Yer aku memang tak sambut tapi aku rasa ,disebabkan artikel ni mungkin akan berlaku sedikit perselisihan faham disebabkan kiter dah lama sambut hari Ibu.
Bagi aku,kat Malaysia ni orang sambut hari Ibu untuk menghargai Ibu mereka atas segala jasa dan pengorbanan.

Ala kenapa satu hari je?Kan da macam mengikut-ngikut Kristian tu?
Mana ada satu hari.Takkan ada anak kat Malaysia ni yang sayang ibu dier hanya untuk satu hari.Mestilah sepanjang tahun tu dier sayang kat mak dier.Aperla.Hari ibu tu cuma nak menhighlightkan lagi kasih sayang ibu dan anak.Kebanyakan ibu memang tunggu Hari Ibu sebab ada kemanisan di situ.Dan lagi satu,mengikut pendapat aku lah,ibu dan anak takkan ada sedetik pun rasa nak ingat kat hari perayaan musim bunga tu semua.

Tulah kadang-kadang disebabkan terlalu banyak fakta yang entah dari mana sumber nya disuntik kepada orang ramai akan menyebabkan berlaku perselisihan faham.
Dekat post tu ,berapa ramai yang bertekak kata dier,dier kata aku,takkan sudah nyer.

Orang-orang Islam sekarang da pandai berfikir,jadik takkanlah diorang nak sambut semata-mata untuk meraikan perayaan orang lain.
Agama Kristian dengan Agama dia la,kiter pun tahu mana yang baik mana yang buruk.Jadik pikir-pikirkanlah.
Kesian kat ibu ko,elok-elok da seronok tiap-tiap tahun sekali disebabkan ini, dah ko tak sambut Hari Ibu.Tapi takpe,Hari Jadi ibu masih ada.Senang citer sambut je hari Ibu,kalo dapat sambut tarikh lahir ikut bulan Islam lagi bagus..

Kalau ada yang nak cakap Hari Ibu tu haram,cakap je la.Sebab masing-masing ada pendirian sendiri.
Kalau bagi aku,aku sambut je la sebab aku sayang mak aku,itu saja.Hari-hari lain aku sayang jugak mak aku tapi aku nak dier rasa special pada hari Ibu dengan mengucapkan 'Selamat Hari Ibu,mak'..Kalo ada duit lebih,aku beli le hadiah..haha
Pekerjaan Tetap takde lagi jadik takleh la nak bagi hadiah bagai.

Mesti ada yang tak puas lagi kan
Boleh la pergi ke post original

Cakap la puas-puas

//Aku bukan la kuat agama sangat, jadik jangan mengharap lebih-lebih dan aku mengerti bahawa aku akan kalah dalam setiap perdebatan
//Fakta dan salah ejaan nanti aku check

0 ulasan:

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Blogger Wordpress Gadgets