Isnin, 4 Jun 2012

Chika Pow Wow..Bidaan la Sangat


Aku tengah lepak jalan-jalan kat facebook tadi terlihat la satu blog post yang dikongsikan oleh kawan aku mengenai satu laman web bidaan ni.Klik sini.Aku sebenarnya dah masak(konon la,haha) dah dengan perniagaan secara internet ni.Jadi hari ni aku nak bongkarkan apa benda di sebalik benda alah ni.
Ok aku nak bagi tau kat sini.Laman web tu adalah http://www.chikapowwow.com .Chikapowwow,bunyi pun dah pelik..haha.Terus-terang aku cakap,aku takde niat nak mengutuk sesiapa.Hanya nak kongsikan apa yang aku tahu mengenai laman web seperti ini.
Nak tahu punya pasal aku pun terpaksalah register diri aku.Proses registration dier memang tahap paling rendah.Lagi satu,aku amata benci Phone Verification.Terpaksalah jugak aku buat.
Aku pun terskan penyiasatan.Macam biasa setiap laman web yang jenis macam ni mesti ada auction/bidding section (tempat bidaan).Tempat bidaan dier lebih kurang macam ni.


Mesti reaksi korang akan macam ni,wahhhh HTC Smart Phone,RM 40 jer!!!Nak bid jugaklah.Jadi korang pun pegi la klik gambar HTC tu
Nanti akan terbitlah page ni

Bila klik paw je,dier suruh beli Chikas (macam token la)
Kalau kita lihat di situ,harga sebenar HTC adalah RM2099 dan harga bidaan sekarang adalah RM40.."Wahh best nyer HTC murah,"bisikku di dalam hati.Hahaha


Lepas tu,korang pun akan semangat pergi beli Chikas tu
Di bawah ni beberapa senarai package tu

Wahh 25 Chikas hanya RM 37.50 je.Apa lagi korang pun beli.
Lepas tu,bolehla bid di bidding page.


Diorang (syarikat tu ) tak rugi ke?
Apa ke jadah nyer diorang nak rugi.Untung lagi adalah.Silap-silap korang yang rugi..hahaha

Macam mana?
Meh sini aku bongkarkan.

Korang ingat kan Chikas tadi?
Bagi setiap bidaan,satu Chikas akan digunakan.
Masalahnya,kita tak dapat nak tetapkan berapa nilai bidaan.

Kita hanya boleh naikkan nilai sebanyak RM 0.05 bagi satu Chikas.Berbaloikah?

BELI CHIKAS SEBANYAK 25 DENGAN HARGA RM 37.50.
25 CHIKAS HANYA BOLEH NAIKKAN NILAI SEBANYAK 25X0.05 = RM 1.25
BIDA NILAI SEBANYAK RM1.25 MENGGUNAKAN RM 37.50 SIAPA YANG UNTUNG?

OK KALAU KITA LIHAT SEKARANG NILAI BIDAAN ADALAH RM39.95...YER KE?
SEBENARNYA TIDAK..TENGOK DI BAWAH NI

NILAI BIDAAN YANG DIPAPARKAN=RM 39.95

RM 39.95  BAHAGI RM1.25 (RUJUK DI ATAS,NILAI RM 1.25 ADALAH HANYA ILUSI)

=31.96 X RM 37.50 (NILAI TOKEN SEBENAR)
=RM 1198.50 (DUIT YANG SYARIKAT TU DAH DAPAT)

Harga Sebenar HTC = RM2099 
Duit yang dapat sekarang = RM 1198.50
Baki = RM900.5

Jadi sekarang syarikat tu hanya perlu menaikkan nilai sebanyak RM 30 (dipaparkan) dan mereka akan pulang modal.
Cuba kira sendiri

Lepas tu nilai akhir mungkin akan menjadi RM 80 (atau lebih)
Kita tengok nilai telefon tu dipaparkan RM80,tapi disebaliknya syarikat tu dah pulang modal,siap dapat untung lagi

Tak percaya lagi?
Ok la meh tengok bidaan yang telah tamat.


Ok kita tengok..Harga akhir RM 56.50

56.50 bahagi 0.05 (bagi setiap token)
=1130 Chikas diperlukan

1130 bahagi 25 (pakej 25 Chika,rujuk atas)
=45.2 pakej diperlukan

45.2 darab 37.50 (harga bagi setiap PAKEJ 25 CHIKAS)
=RM1695

Harga Sebenar = RM 1899
Harga bidaan = RM 1695
Jimat = RM204


Betul ke kita boleh jimat?
Di bawah ni ada beberapa benda yang agak suspicious mengenai bidaan ini.

1)Kita tak tahu identiti sebenar pemenang bidaan.Adakah pemenang bidaan tu adalah ahli syarikat itu?Mungkin?

2)Robot mungkin digunakan bagi menaikkan bidaan sehingga sampai ke suatu tahap untuk sekurang-kurangnya mengembalikan modal/mendapat untung

3)Harga barangan (Retail Price) mungkin bukan sebenar.

4) Kalau bid tu kita asyik kalah je,kan melayang duit.Takkan ada orang yang bid sekali terus menang

5)Kebebasan bid tiada.Kita tak boleh tetapkan nilai.Sebaliknya kita hanya menambah dari RM 0.05 menggunakan Chikas.

Abis tu macam mana?
Macam mana lagi,senang-senang pergi je kedai beli.Lagi puas hati.Kalau bernasib baik,boleh tawar-tawar harga.

Laman web yang paling terbaik nak buat bid
adalah ebay.

Apapun terpulanglah dekat korang lah.Jangan marah aku pulak yer

Akhir kata, takde benda di dunia ni yang senang.Nak bernafas pun punyalah complicated proses dier.
Ok Terima Kasih Kerana Membaca.Jumpa lagi.

4 ulasan:

menarik...siap lagi dengan pengiraan...

Chikapowwow in haram kerana ia sama seperti judi yang mana pembayaran hak bid dijadikan sebagai wang taruhan(chikas), dan barang yang dijual dijadikan seperti hadiah kemenangan. Manakala semua pembida yang tewas akan kehilangan wang bidaannya.

refer --> http://www.meor2u.blogspot.com/2012/09/chikapowwow-haram-kerana-terdapat-unsur.html

hai!
betol ke haram.. ish nasib bek..
maseh gtaw!

kepada tuan blog.. bukan macam tulah kire die..
RM56.50 tu harga bid.. org bid ramai2... jadi klo org uh bertuah... (kan bejudi) die hanye perlu bid dalam 5 kali jadi (1 chika tu harge 1.50) jadi darab 5 dapat 7.50...
then tibe2 org len dah tak bid jadi harge henpon uh tak naik lah...
(satu bid yg harge RM 1.50 akan naik kan nilai henpon tu kepada +RM0.05) bile sume org bid henpon uh akan naik harge RM0.05 + RM0.05 + RM 0.05 dan seterus nye...
org yg menang just baya harge last bid tu lahhh RM56.50 tu tadi tambah (+) duit pos laju RM 12.00) org yg BERTUAH mmg tak rugilah...
company buat untung dengan org beli chika tu... haaaa.
ape yg saye kaji lah bende ni... selame beberape bulan ni.. igt tak haram tak jadi ah nak bid..
hehehehe

mmg susa nak men !
macam nak bid rumah lelong 500000 lepas tu tukang lelong tu akan cakap 500000 ribu satu 500000 ribu dua.. then klo tak de org yg naik kan harga org yg bid tadi menang ah... cume kat chika pow wow kene beli chika uh baru dapat bid dan takde tukang lelong...
then chika tu yg bg untung..
sekian karangan saya... hehe
assalamualaikum..

@tanpa nama

5redah je la mana2..yg penting haram..hahaha

waalaikumusalam

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Blogger Wordpress Gadgets