Isnin, 13 Ogos 2012

Duit Raya Yeay! Yeay!

Aku tak taulah mende ni dapat ke tak? Sebab mengikut arahannya aku kena hantar email pengesahan sebelum hari Isnin.Tidak mengapa kalau tak dapat pun.
Apa mende aku bermonolog sorang-sorang ni?
Ni ha aku nak cerita kisah aku memenangi sesuatu yang berkenaan dengan hari raya baru-baru ni (semalam)

Disebabkan benda ni tak berapa nak penting sangat jadi aku punya memory pieces mengenai keadaan sebenar kejadian agak jerangkap samar-samar.

Seingat aku kejadian tu bermula pada satu petang 9 Ogos,macam biasa aku bukak la facebook (itu je la benda yang menjadi rutin anak muda sekarang).Tetiba aku ternampak ada satu fanpage tu,post sesuatu macam contest apa ntah.Aku tak tertarik dengan hadiah tu (konon),cuma aku tertarik dengan puzzle tu.Aku memang suka benda2 yang mencabar minda ni.Al maklumlah,semenjak berhabuk menjadi pelajar lepasan diploma menunggu untuk masuk ke degree,otak aku ni enjin dier jadi slow sikit.Jadi aku perlukan 'sesuatu' untuk memangkin semula keghairahan otakku berfikir (ambik ko,ayat takleh blah)

Pemandangan aku lebih kurang macam ni
Pemandangan facebook yang buat aku terjebak

Kalau korang perhatikan dalam gambar tu,Kuiz What and When tulah yang aku saja-saja try nak masuk.Sebab aku suka cari perkataan tersembunyi (padahal sebelum ni malas je,tetibe je berminat..haha)

Aku pun dengan pantas download gambar tu,Lepas tu bukak paint dan cuba selesaikan kuiz tu secepat mungkin.Aku amik masa dalam 6 minit kalau tak silap,sebab aku dah ada pengalaman da main benda ni.Memang penuh muslihat kedudukan perkataan tu.Kelam kabut la aku upload gambar tu.
Di bawah adalah kuiz yang berjaya aku siapkan dalam keadaan kelam kabut(normal bagi aku sebab aku memamg jenis tak tentu arah sikit,haha)

Betapa kemasnya kerjanya aku kan?
Aku pun upload la gambar ni ke fanpage Oh! Media FM tanpa mengharapkan apa-apa.
Tengah-tengah aku syok upload tu tetiba aku nampak ada orang yang dah siap dulu dari aku (dengan kelibihan 15 saat).Jadi aku dengan hampa terus meninggalkan fanpage tu dengan air mata berlinangan (drama sikit)
Waktu tu memang aku da meletakkan harapan yang kosong kepada kuiz tersebut.

Memori itu kemudian di fast forward  ke hari ini (Isnin),sebelum sahur dan sebelum upacara penutup Olimpik kerana hari Jumaat,Sabtu dan Ahad aku memang tak online sebab duduk bertapa dekat rumah pakcik aku yang jaraknya kira-kira 50 meter dari perkarangan rumah aku,hahaha
Jadik aku tak tau apa yang berlaku dekat facebook ketika itu.

Tetiba bila aku bukak je facebook aku,aku ternampak nama aku di dalam wall facebook aku.
Wow...terkejut aku..hahahaha
Macam mana pulak aku boleh menang,padahal aku kedua terpantas.Lepas tu,aku pun try la tengok dengan wall Oh! Media untuk membongkar rahsia kejayaan aku.
Rupanya-rupanya keputusan tu dah umum waktu hari sabtu lagi.Disebabkan aku tu syok sangat bermain permainan komputer dan Xbox (skema) di rumah pakcik aku,aku pun tak tahu menahu apa yang terjadi pada hari sabtu tersebut
Hari Sabtu tu nama aku dah market  dah..hahaha

Kalau mengikutkan kenyataan diatas,aku menang sebab aku ikut syarat-syarat iaitu share di wall(public).
Tak sangka aku boleh menang.Lepas tu aku terpandang hadiah tu.Alhamdulillah,boleh menahan jugak hadiahnya..hahaha
Seronok tak terkata macam dapat dekan waktu first semester dulu..haha

Itu je la ceritanya,.Mende baru berlaku,syok la kalau taip terus.
Jumpa lagi..Bye.Selamat Berpuasa dan Selamat Berhari Raya!

2 ulasan:

tahniah..kira rezeki raya lah tu kan.. :)

@Lulu yerla rexeki jangan ditolak bak kata orang ;)

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Blogger Wordpress Gadgets