Rabu, 30 Januari 2013

Memori Waktu Hujan Titisan 2

Ni sambungan untuk episod lepas
KLIK SINI UNTUK EPISOD LEPAS

Berkurun lama cari idea.Padahal malas nak taip..:)
Nah sambungan
-------------------------------------------------------------------------

Kilat memancar dan guruh berdentum di langit. Terasa bumi ini terang seketika kemudian pudar kembali dek kerana kilat yang memancar.Hujan masih lagi belum berhenti.
Orang ramai mula mengerumuni di tengah jalan raya tersebut. Kelihatan seorang pemuda terbaring kaku. Tidak pasti pergerakan pemuda itu kerana hujan yang turun mencurah-curah mengaburkan pandangan.


Memori Waktu Hujan
Titisan 2 : Ayah


Aini segera menuju ke tengah jalan. Entah mengapa dia beriya-iya benar ingin melihat apa yang terjadi. Tanpa menoleh kiri dan kanan Aini terus meluru ke sana. Mujurlah kenderaan bergerak perlahan pada waktu itu ekoran dari kemalangan tersebut. Beg galas ditinggalkan begitu sahaja di pondok bas.
Titisan air hujan mula menitis di atas tudung dan baju Aini. Aini cuba meneduhkan kepalanya dengan meletakkan kedua belah tangan berhampiran kepalanya. Namun hujan terlalu lebat menyebabkan keseluruhan muka Aini disirami air hujan. Semakin lama semakin laju Aini menuju ke tengah jalan.
Kelihatan orang ramai mula berkerumun di situ dan membincangkan sesuatu.

“Oi Amoi apa lu buat tengah-tengah jalan ni, lu tarak takut demam ka”, satu suara menyapa Aini. Rupa-rupanya suara tersebut adalah Nenek Johny yang seperti baru hendak keluar dari kereta. Dipelawanya Aini untuk berkongsi payung dengannya. Aini dengan keadaan yang menggeletar menyusup masuk di bawah payung itu.

“Lu mau buat apa sini,Amoi?”Tanya Nenek Johny.
Mengapa? Mengapa? Mengapa? Itulah yang menjadi persoalan di dalam hati Aini sambil mencari sebab dia bersungguh-sungguh bergegas ke tengah jalan tersebut. Padahal yang terlibat dalam kemalangan itu bukannya dari kalangan saudara-maranya pun. Buat apa Aini semata-mata meredah hujan lebat untuk itu. Soalan daripada nenek Johny terus dibiarkan sepi tanpa jawapan. Aini terus mengalih pandangannya cuba menjenguk-jenguk apa yang telah berlaku. Dengan menggunakan ketinggiannya Aini menjengket cuba melihat dengan lebih jelas. Kasut sekolahnya sudah mula dipenuhi dengan air hujan.

“Kita kena call ambulance ni, tapi sebelum tu kita kena angkat budak ni ketepi dulu..bahaya ditinggalkan di tepi jalan”,jerit seorang pakcik yang turut berada di situ. Pakcik tersebut memegang telefon mungkin untuk memanggil ambulance. Sementara itu, pemuda tersebut masih terbaring di tengah jalan sambil dipayungi oleh orang ramai. Masih samar-samar keadaan pemuda tersebut, tidak pasti sama ada dia sedar atau tidak.
Beberapa ketika orang ramai mula mengangkat pemuda itu ke tepi jalan. Dan ketika inilah, Aini berkesempatan melihat raut wajah pemuda tersebut. Diusapnya dengan pantas air yang tak henti-henti mengalir dari tudung menutupi matanya. Mungkin kerana tudungnya terlalu basah sehingga air mengalir membasahi kelopak matanya. Pemuda tersebut tinggi sedikit daripada Aini dan berkulit putih tetiba tidaklah terlalu putih seperti Aini.Melihat keadaan pemuda tersebut, Aini mendapati bahawa pemuda tersebut mengalami kecederaan di kepala dan tidak sedarkan diri.

Tiba-tiba Johny menyapa Aini dengan memercikkan air ke muka Aini. “Hey amoi cantik, boleh duduk di tepi tak? Bahaya duduk tengah jalan ni. Dah la hujan lebat. Awak ikut nenek saya tu sementara saya uruskan budak ni”. Aini terkedu dengan tindakan Johny yang memercik air ke mukanya. Serentak dengan itu, nenek Johny menarik tangan Aini dan menuju ke pondok bas. Fikiran Aini melayang-layang. Ternyata anggapannya salah. Johny bukanlah seorang yang tegas. Tiba-tiba terdetik terhati di Aini untuk mendapatkan kepastian dari nenek Johny. Dia merancang untuk bertanyakan kepada nenek Johny di pondok bas nanti.

Nampaknya keadaan jalan raya kembali sibuk. Hujan masih lagi belum berhenti. Sudah hampir 10 minit mereka menunggu tetapi ambulance masih belum tiba. Motosikal milik pemuda tersebut dan kereta Johny yang terlibat dalam kemalangan tersebut telah dialihkan. Satu yang mengganggu fikiran Aini adalah bagaimanakah dengan keadaan pemuda tersebut? Dia berharap agar ambulance akan tiba sekejap lagi.
Aini kembali dengan hasratnya untuk bertanyakan tentang Johny.Dia mula menoleh ke arah nenek Johny yang dari tadi asyik memandang jauh cucunya.
“Mak cik..Johny tu…”,Aini memulakan bicara.
Tiba-tiba satu tangan memegang bahu Aini dan satu suara yang cukup dikenali Aini berkata-kata
“Aini, ikut ayah sekejap”,bisik suara tersebut dengan lembut
“Ayah?”Aini terkejut.

TAMAT
Titisan 2: Ayah
Memori Waktu Hujan
safwanchan

//HAHAHAHAHA bersambung tak tau bila …J

0 ulasan:

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Blogger Wordpress Gadgets