Khamis, 11 April 2013

Aku kemalangan...


Maka marilah aku menceritakan apa sebenarnya yang berlaku pada hari ini (Khamis) 11/4/2013

Jam menunjukkan pukul 3.30 petang. Aku pun bersiap-siap untuk ke kelas. Hujan renyai-renyai masih membasahi bumi Shah Alam. Petang ni kelas CTU (Ethnic Relation).Kalau ikutkan hati memang taknak pergi tapi macam tu lah safwan. Cakap je lebih penyudahnya pergi jugak. Kalau nak diikutkan aku ni bukan jenis yang suka ponteng kelas. Rasa macam tak sedap hati pulak kalau ponteng kelas.
Ok sambung cerita balik. Macam biasa aku pun turun dari tingkat 8 Apartment Baiduri menuju ke parkir motosikal.Aku lap-lap sikit motorikal aku sebab tempat duduk motosikal aku tu basah. Aku tergelak sorang-sorang sebab aku tengok beg aku yang dah terkoyak tu aku masih pakai. HAHA..kedekut gila.
Jadi, setelah aku memanaskan enjin lebih kurang 5 minit. Aku pun terus keluar dari simpang. Seperti biasa, aku pun keluar dari simpang tu. Boleh dikatakan agak bahaya jugak simpang keluar dari Apartment Baiduri tu, tapi aku perlahan-lahan keluar untuk membuat pusingan U.
Pusingan U ni kira-kira 200m je dari simpang masuk Apartment Baiduri. Setibanya aku di simpang tu, aku pun memberhentikan motosikal. Kelihatan ada kereta yang lalu dari arah bertentangan. Jadi aku hentikanlah niat nak lintas jalan tu. Tiba-tiba

Terasa seperti ada hentakan di tepi motosikal aku. Terlalu pantas ia berlaku. Aku terasa diri aku melambung dalam keadaan tunggang terbalik.Alhamdulillah perkataan yang keluar dari mulut aku adalah Allah hu Akbar, Dan satu hentakan terus ke jalan tar yang dibasahi hujan. Aku terdiam kaku, terkejut dengan apa yang baru berlaku. Seakan tak percaya. Terasa kepediahn di sebelah tangan kananku. Kereta hitam Proton melalui melepasi motosikal aku. Aku dibiarkan terdampar bersama bersama titisan hujan. 5 minit aku terdiam sendirian.
Di manakah penghujungnya? Adakah perjalanan aku berakhir disini. Aku mengucapkan kalimah syahadah dalam keadaan yang terkedu. Terimbas kembali pengalaman kemalangan yang aku tempuh dahulu, seakan sama. Aku keliru, kenapa aku tak berdaya bangun. Kemudian, seseoarang menyapaku, dan berkata "Bro, ok ke tak ni?". Dia memapah aku. Datang satu semangat untuk tegak berdiri. Terasa kepedihan yang amat sangat di bahagian lutut kiriku. Sempat juga aku menoleh ke arah motosikal ku. Cermin sisi bertaburan. Aku dan pemuda itu masih lagi ditengah pusingan U tersebut.
Kenderaan yang berlalu seolah-olah memerhatikan kertas yang kosong di tengah jalan.

Aku sudah mendapat semangat semula. Ku gagahkan juga menaiki motosikal. Alhamdulillah, aku masih boleh merasa aliran darah di seluruh tubuhku. Aku meninggalkan kejadian untuk ke kelas.

Aku terus ke UiTM dan singgah di salah sebuah tandas. Ku cuba untuk mencuci darah luka. Malangnya, tisu pulak takde. Nasib baik ada seorang pemuda lagi yang membantu aku dengan memberikan tisu. 
Selepas itu, ku terus capai telefon bimbit dan menelefon ayah. Ya, aku harus memberitahu dia. Dia perlu tahu kerana dia akan cuba menenangkan aku. Alhamdulillah, aku semakin tenang.

Ku gagahkan juga kaki menuju ke kelas. Darah sudah beku.Lukanya tidak la terlalu serius tetapi mental aku berada dalam keadaan yang luar dari biasa.2 jam aku berada di dalam kelas. Sempat juga aku menceritakan pengalaman aku kepada mereka. Fikiran melayang-layang. Tetapi aku dapat juga secebis dari pembentangan kumpulan CTU petang itu. Ia mengenai Piagam Madinah. Sepanjang kelas itu memang terasa kesakitannya tetapi tidak la sehingga membuatku mengerang kesakitan.

Akhirnya, destinasi terakhir aku hari ini pun tiba. Unit Kesihatan UiTM. Lama jugak aku menunggu. Hampir 30 minit, aku pun menuju ke bilik doktor. Seperti yang dijangka, keadaanku baik-baik sahaja. Tidak ada apa yang serius. Alhamdullilah.
Pertama kali masuk Unit Kesihatan. Memang agak keliru, ditambah pulak dengan kesejukan bilik tu yang takde ingat punya.
Doktor tu buat neutral je. Ake cerita bagai nak rak...haha

Sebenarnya mudah saja
1) Ambil nombor kat pintu masuk, tunggu giliran
2)Lepas tu daftar kat kaunter berhampiran tempat dudukm ceritalah keadaan korang supaya penjaga kaunter boleh memberi nombor yang berkenaan
3) Tunggu lagi dan masuklah ke bilk yang berkenaan

Jadi itulah kejadian yang menimpa diriku yang bernama Safwan ini. Ia sebagai peringatan bahawa maut boleh menjemput kita pada bila-bila masa. Banyak-banyakkan amalan untuk mengumpul bekalan ke syurga.
Dan ketika menulis "entry" ini, mata dah lalok sebab kena ubat yang unit kesihatan bagi..ah~~~

Ramai yang kata, alah kemalangan sikit je, luka sikit je..nak melebih-lebih pulak.
You'll never know child.
Kemalangan kecil yang aku hadapi ni mungkin boleh menyebabkan aku mati.
Tetapi semua kerana Allah. Dia yang menentukan.
Walau apa cara sekalipun, itu adalah peringatan dan tanda Allah sayang kita.

//Blog dah lama tak tulis apa, tapi ada je org datang tiap2 hari.. Thanks ye ;)
kecederaan yang agak ringan tetapi berat laghi bahu memikul

ahh pedih

1 ulasan:

Aku Kemalangan... ~ Safwan (Personal La Sangat) Blog >>>>> Download Now

>>>>> Download Full

Aku Kemalangan... ~ Safwan (Personal La Sangat) Blog >>>>> Download LINK

>>>>> Download Now

Aku Kemalangan... ~ Safwan (Personal La Sangat) Blog >>>>> Download Full

>>>>> Download LINK

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Blogger Wordpress Gadgets