Petua Orang Tua VS Safwan
Idea boleh datang bila-bila. Dan berbekalkan idea yang dating sepintas lalu ini ditambah dengan pengalaman sebenar, aku akan menceritakan bagaimana betapa tak selesanya aku dengan petua orang dulu kala.

Buat pengetahuan,
penulisan inilah bukanlah untuk menyakiti hati orang-orang yang menyokong atau
mengikuti petua orang-orang tua atau warga emas yang terlibat.
Semua dah macam tak
sabar-sabar dah kan? Peristiwa ini berlaku sehari sebelum pernikahan kakak aku
dan ketika pernikahan tersebut.
Pada hari pernikahan
(akad nikah sehari sebelum bersanding tu lah), aku pun baik punya sarapan nasi
lemak dengan the ‘o’ panas dekan meja makan. Kebetulan waktu tu emak dan nenek
aku berada kat dapur ditemani dengan adik perempuan aku.
Tiba-tiba aku
mendengar perbualan mereka. Aku buat-buatlah makan macam tak denagr apa yang
berlaku. Buat sesiapa yang mengenali aku, aku ni memang suka dengar secara
senyap-senyap lepas tu buat diam je..haha.
Ok kembali ke jalan
cerita yang sebenar, lalu nenek aku berkatakan sesuatu kepada adik perempuan
aku
“Tolong ambilkan baju kakak kamu dan lemparkan ke atas bumbung tu”,dengan nada yang serius
Emak aku pun seakan-akan menyokong dengan berkata “Emak ada sorok baju kakak kamu tadi, nah”,sambil menghulurkan ke tangan adik permepuan aku.

Adik aku sempat
membalas “Ni baju kesayangan kakak tau, apalah emak ni”.
“Takperla, dia bukan fikir dah pasal baju dia, dah sibuk pasal nak kahwin je”,serta merta emak aku menjawab.
“Takperla, dia bukan fikir dah pasal baju dia, dah sibuk pasal nak kahwin je”,serta merta emak aku menjawab.
Adik aku mengikut
sahaja arahan emak aku lalu terus melemparkan sehelai baju yang tak bersalah ke
atas bumbung. Sama seperti manusia lain, setelah kita melakukan sesuatu yang
pelik kita mesti mahukan sebab, ya kan?
Jadi adik perempuan
aku tiba-tiba terfikir sesuatu dan bertanyakan sebab mengapa perlu melemparkan
baju kakak aku ke atas bumbung?
Jadi emak aku
bergandingan dengan nenek aku membuat huraian yang ringkas iaitu apabila
seorang perempuan yang hendak berkahwin keesokan harinya hendaklah melemparkan
baju ke atas bumbung supaya esok tidak hujan.Sempat lagi berjenaka sambil
menyatakan dulu emak aku tinggal atas bumbung sampai reput.
“Wow,mudahnya”,bisik
hati aku.
Aku pun makan la perlahan-lahan sebab aku tahu benda ni takkan sampai di situ sahaja sebab adik perempuan aku ni memang taknak kalah punya sifat, samalah macam aku.
Aku pun makan la perlahan-lahan sebab aku tahu benda ni takkan sampai di situ sahaja sebab adik perempuan aku ni memang taknak kalah punya sifat, samalah macam aku.
Setelah beberapa
minit huraian dinyatakan oleh nenek dan emak aku kepada adik perempuan aku yang
kelihatannya macam tak mahu kalah. Aku sentiasa sedia kalau ada benda pelik
berlaku (misalnya kalau berlarut sampai bergaduh ke?Kalaulah kan, siap sedia je
la)
Jadi terkeluarkan
satu ayat dari adik aku yang menjadi isi penting cerita ini iaitu “Kita tak
boleh percaya benda khurafat ni”.
“Wow, wow , wow”,bisik hati aku. Semakin menarik perbualan mereka ni.
“Ini bukan khurafat, benda ini orang tua-tua dah amalkan dulu, ini bukan khurafat, ikut je la”,nenek aku serta merta menjawab, nadanya macam agak sedikit terkilan dengan kenyataan adik aku tu.
“Ini yang emak malas buat depan kamu semua ni,mesti ada yang setuju”,emak aku mencelah.

Aku dah macam nak
bangun dah dari kerusi aku dan nak sertai perbualan tu, tapi aku tahan sebab
warga emas ni diorang sensitive sikit. Aku risau akan mengguris hati mereka.
Jadi aku simpan je la buat tulis dalam blog. Banyak sebenarnya isi yang aku nak
cakap tapi apakan daya tak mampu. Itu bukannya tanda aku setuju cuma aku tak
mahu melukakan hati nenek dan emak aku tu.
Adik aku pun beredar
dari situ. Agaknya,dia pun tahu batasannya. Dalam hati dia, aku tahu dia masih
memikirkan mengenai hal tadi.
Bagi aku, ini perkahwinan kakak aku, jadi aku tak boleh buat benda yang menyinggung perasaan nenek dan emak aku sampai rosak majlis. Jadi aku kekal dalam posisi aku.
Bagi aku, ini perkahwinan kakak aku, jadi aku tak boleh buat benda yang menyinggung perasaan nenek dan emak aku sampai rosak majlis. Jadi aku kekal dalam posisi aku.
Tapi, kalau benda tu jadi waktu perkahwinan aku, aku akan ambil serius
sebab aku tak berapa selesa dengan petua yang agak mengarut dan terlalu terbias
dari garisan agama.
=tamat cerita=
Sebenarnya nenek
sebelah ayah aku ni memang kuat dengan pantang-larang dan petua yang
kadang-kadang agak bahaya jika dikuti. Pernah sekali aku kena tegur pasal makan
bertatang (makan sambil angkat pinggan), dan nenek aku menyatakan kalau makan
begitu nanti kamu jadi orang suruhan isteri.
Aku buat tak tahu je,lepas tu aku tengok sepanjang masa aku berada kat kampung riak wajah nenek aku macam tak suka dengan aku je. Itulah sebab aku malas nak counter dalam kejadian di atas tadi
Aku buat tak tahu je,lepas tu aku tengok sepanjang masa aku berada kat kampung riak wajah nenek aku macam tak suka dengan aku je. Itulah sebab aku malas nak counter dalam kejadian di atas tadi
Sebenarnya makan
macam mana pun InsyaAllah takkan menentukan hubungan suami isteri. Yang penting
kasih sayang antara mereka. Suami memang wajiblah ikut suruhan isteri begitu
juga sebaliknya. Saling melengkapi antara satu sama lain.Tak boleh hurai
panjang-panjang, kahwin pun tak lagi haha
Nanti akan adalah
suara yang menyatakan sebenarnya petua tu cuma nak suruh kita berlaku elok
depan orang. Misalnya pasal makan tadi, elok sekiranya aku tak makan bertatang
sebab tak elok mata dipandang. Bagi aku, orang memang pandang cara kita makan
tapi tak kisahlah, janji kita tak curi lauk orang dan kita selesa dengan cara
kita sendiri, Aku ni kan tinggi, lenguhlah kalau makan sambil mebongkok je.Hish
Ok kepada kisah di
atas tadi yang benar-benar berlaku, tak perlulah sampai nak campak baju atas
bumbung. Ia kelihatan amatlah melampau bagi aku. Cuba fikir macam mana sehelai
baju boleh menghindarkan hujan sepaya tidak turun esok.
Memang tak masuk akal
lah.
Seharusnya kita berbalik kepada pencipta kita iaitu Allah S.W.T. Sepatutnya dalam kes di atas, kita patut berdoa kepada Allah. Mudah je nak doa dengan Allah ni. Bila-bila masa di mana jua.
Contoh hanya dengan lafaz “Bismillahirahmanirahhim, Ya Allah, aku bermohon kepadamu agak tidak diturunkan hujan esok supaya perjalanan majlis anakku lebih mudah, Amin”.
Mudahnya Islam kan?
Tidak perlu menggunakan sebarang perbuatan pelik pun. Boleh juga dilakukan
solat hajat selepas sembahyang memohon esok tidak hujan. Kan Allah itu pemurah untuk
memakbulkan doa umatnya.Kita kena percaya yang ini 20000%. Bukannya petua yang
itu dan ini.
Ini semua benda yang
aku nak cakap kalau aku bangun kerusi tadi, tapi apakan daya…….
Tapi kan safwan, saya berdoa tapi esok tetap hujan dan kalau saya buat
petua tu elok je tak hujan. Macam mana yer?
Wohohoho…kembali
semula kepada rukun iman yer adik-adik. Tidakkah anda lupa bagi lelaki yang telahberkahwin,waktu
akad nikah anda telah ditanyakan rukun Islam dan Iman. Ataupun tak ingat. Aku
selalu la pergi tengok orang akad nikah. Ada yang lupa rukun Islam sampai tok
kadi tu terpaksa bisik satu-satu kat telinga. Sepatutnya rukun-rukun ni wajib
kita tahu. Nanti senang la nak rujuk sesuatu perkara, boleh rujuk rukun Islam
atau rukun Iman.
Dalam rukun Iman
tersebutlah bahawa kita kena percaya Qada’ dan Qadar (tak pasti ejaannya tapi
janji tahu maknanya). Lebih kurang macam ni rukun Iman ni kata, kita kena
percaya kentetuan Ilahi. Jadi walau apa pun yang berlaku setelah kita sudah
berusaha dengan cara yang sepaptutnya (berdoa dan belajar), kita kena ingat
Allah mempunyai perancangan yang terbaik untuk kita. Semuanya dah ditentukan
dari permulaan sampai noktah terakhir.
Misalnya kalau kita
dah berdoa supaya esok tidak hujan namun masih lagi hujan. Sesungguhnya Allah
mahukan benda terjadi sedemikian sebab ada hikmah disebaliknya. Mungkin keadaan
akan jadi lebih dingin dan pengantin tak berpeluh-peluh atau supaya tidak
terlalu ramai orang yang datang dan tuan rumah tidak perlu terlalu sibuk
tentang tak cukup makanan atau sebagainya.
Setiap perkara yang ditentukan Allah dimuka bumi ini ada hikmahnya. Manusia sendiri pun ada hikmahnya.
Jadi kesimpulannya,
ingat, petua tu jangan diikut kalau dah
melampau sangat maksud dan hala tujuannya(kalau tak ikut lagi bagus). Jangan
kerana nak jaga hati dan perasaan seseorang sampai kita membelakangi Allah yang
menciptakan kita.
Sekian dari Ustaz
safwanchan (ustaz konon hahaha)
Ilmu tak berapa nak dalam, jadi kalau nak lebih rujukan carilah yang lebih pakar.Ok senyum selalu.
Ilmu tak berapa nak dalam, jadi kalau nak lebih rujukan carilah yang lebih pakar.Ok senyum selalu.
Bagaimana dengan
anda?
Selalu dengar petua orang tua? Anda ikut ke tak?
Baling baju atas bumbung boleh elak hujan..kalau tak baling hujan kah?
Selalu dengar petua orang tua? Anda ikut ke tak?
Baling baju atas bumbung boleh elak hujan..kalau tak baling hujan kah?
What about hydrologic cycle? LOL
1 ulasan:
I pun xberape nak caya pantang larang ni...selalu gak kena tegur sbb makan bertatang..anak dara xelok makan cam tu la.cam ni la...ikut suka la kan nak makan cam mana...kalau kenduri umah org boleh je makan bertatang kan...dah tua2 ni org baru nk tegur alamat ketegak la jwbnya kan...hahahaa
Catat Ulasan