Jumaat, 1 Jun 2012

Naruto Shippuden Episod 265



Naruto Shippuden Episod 265 kembali lagi minggu ini dengan tajuk An Old Nemesis Returns.
Tajuk ni merujuk kepada musuh lama Kakashi iaitu Zabuza.
Dalam episod ni,Zabuza,Haku,Pakura dan Gari telah menyerang hendap Sai dan kumpulannya (Commando Unit).Belum sempat mereka (Zabuza dan kumpulannya) membuat serangan,Kakashi dan kelompoknya sampai.

Bermula dari situ,babak yang penuh dengan filler pun berlaku.Kisah silam di antara Kakashi-Haku-Zabuza.
Memang lama jugak flashback tu.Korang mesti dah tahu kan bahawa Kakashi bersama-sama Naruto pernah  bertarung dengan Zabuza dan Haku yang kesudahannya Haku dan Zabuza terkorban bersama-sama.Dalam episod ni,kisah itu diceritakan semula bagaimana perhibungan erat antara Zabuza dan Haku.Memang sedih jugak babak masa flashback tu.

Belum sempat nak abis layan babak sedih tu,tetiba Kabuto menguatkan lagi penguasaannya terhadap jutsu Edo Tensei.Kali ni dia sudah pun hampir berjaya mengawal keseluruhan emosi mayat yang dibangkitkan.Zabuza dan Haku tak mampu berbuat apa-apa.Kali ni badan mereka memang telah dikuasai sepenuhnya oleh Kabuto.Berbeza dengan episod lepas, di mana Deidara dan Shin dapat melepaskan diri dari kawalan Kabuto kerana kelemahan jutsu Edo Tensei tetapi kali ini Kabuto sudah lebih bersedia.

Jadi bermulalah pertarungan antara Zabuza dan kumpulannya menentang kelompok yang diketuai Kakashi.Babak pertarungan agak sederhana dan hanya melibatkan askar biasa.Dapat la jugak kita tengok kemampuan Pakura dan Gari yang juga seorang Kekkei Genkai.
Seperti biasa Kakashi dan Zabuza bertarung sesama sendiri ala-ala perlawanan klasik dulu-dulu.

Ketika masih dalam pertarungan tu,Kabuto dari jauh sedar akan masa yang diambil oleh Kakashi dan kelompoknya bagi menahan serangan dari Zabuza,Haku,Pakura dan Gari.Jadi, dia mengambil kesempatan untuk membangkitkan lebih ramai mayat untuk membantu serangan itu.
Siapa yang dibangkitkan Kabuto?
Seven Ninja Swordmen Of The Mist!!!!
termasuklah Zabuza.
Jadi,dengan terbangkitnya mereka,maka Kakashi akan menghadapi masalah yang besar kerana mereka masing-masing mempunyai kepakaran dalam pedang dan mempunyai kelebihan tersendiri.
Apa yang bakal berlaku,kita nantikan minggu depan

Layan Video Di Bawah



0 ulasan:

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Blogger Wordpress Gadgets