Masashi Kishimoto berehat selama seminggu bersama keluarga
Ha sudah kenapa pulak jadi macam ni?
Barangsiapa yang menjadi peminat tegar siri Naruto Shipudden tak kiralah manga ataupun anime pasti pelik kenapa takde Naruto minggu ni.
Meh sini aku ceritakan apa yang berlku disebalik kejadian yang menyebabkan jiwaku tersiksa ni..haha
Sensei kita semua iaitu Kishimoto (penulis manga Naruto) mengambil cuti rehat minggu ni dek kerana penat menulis,melukis dan sebagainya.Yerla siapa tak penat nak perah idea untuk buat manga Naruto jadi menarik.Jadi tak salah la kalau dia nak berehat tenangkan minda.Lagipun seminggu je.
Seperti kita boleh agak,kalo Kishimoto ni berehat pasti akan berlaku sesuatu yang besar di dalam manga Naruto.
Bagi peminat manga Naruto,korang semua mesti dah tau kan apa yang tengah berlaku dalam komik Naruto sekarang kan?
Mengikut firasat aku,sesuatu perkara yang besar akan berlaku diantara Sasuke-Itachi-Kabuto.
Mungkin kematian Kabuto atau Itachi?Siapa tahu?
Ok,disebabkan terpengaruh dengan Kishimoto yang berehat selama seminggu,team anime Naruto juga mengambil kesempatan untuk berehat bersama keluarga,haha.
Sebenarnya ,apa yang akan berlaku adalah slot Naruto Shippuden akan diganti sementara dengan episod istimewa Pokemon Best Wishes(episod sejam) pada hari Khamis yang lalu.Episod sejam ni akan mengambil masa tambahan 30 minit dari anime Naruto.
Wohooo Pokemon pun best jugak.
Jadi buat peminat-peminat anime Naruto tu,boleh la amik masa nak rehat,hehehe
Itu jerla penjelasannya,harap maklum
0 ulasan:
Catat Ulasan