Apa ke jadahnya 60000 tahun?
Sebenarnya sudah berkurun-kurun abad nya aku tak mengemaskini blog aku yang berhabuk (berhabuk biasa sangat), emmm yang dah 'corrode' ni..jadi disebabkan cuti semester yang telah pun bermula ni, inilah masa untuk aku menaip kembali.
Cuti sem ni tak de la lama sangat, sekitar sebulan lebih je. Jadi masa pun akan berlalu dengan pantas.
Tau-tau dah sampai abis cuti.Lantakla dah memang sejak azali masa tu memang pantas berlalu..
Ok..fokus-fokus nak cerita apa yang terjadi hari ni.
Yes akhirnya setelah berkurun (60000 tahun), aku Muhamad Safwan Ahmad Amran
telah...
telah...
Berjaya membuat kad pengenalan baru.
Gila lambat. Sebabnya ada aku tak-menahu pun kad pengenalan kena tukar waktu umur 18 tahun..
Aku main redah je bila JPJ/Kerajaan mintak IC aku bagi je yang muka comel giler..(lol)
Terima kasih kepada pakcik JPJ yang memeriksa aku punya IC waktu aku cuti sem diploma semester 6 tak silap aku.Umur waktu tu da 20 tahun.. Memang terbaik..haha..
Terima kasih kepada pakcik JPJ yang memeriksa aku punya IC waktu aku cuti sem diploma semester 6 tak silap aku.Umur waktu tu da 20 tahun.. Memang terbaik..haha..
Aku pun kelam-kabut nak buat IC..penyudahnya sebulan sebelum aku pergi masuk UiTM Shah Alam nak sambung degree baru aku buat (banyak sangat penangguhannya)
Lepas tu, nak tau bila aku ambil kad pengenalan tu balik?
4 bulan lepas tu..hahaha..pegawai tu cakap ambil 3 bulan lepas tu.
Takpa biar lebih sikit..orang melayu..nanti aku pegi awal, tak siap pulak katanya.
Emak aku yang buat IC baru pun 2 bulan je dah siap semua..Dia(emak aku) kata kalau simpan lama-lama nanti JPN lupuskan..Saja buat takut..Takpe, aku ada bukti pembayaran. No worry.
Jadi hari ni (29/1/2013), aku pun pegi la ke JPN Manjung lebih kurang kol 9.00 pagi
Sampai je terus ambil nombor..nombor aku 4230..Aku tengok nombor yang latest pun 3260.
Sampai je terus ambil nombor..nombor aku 4230..Aku tengok nombor yang latest pun 3260.
30 saat kemudian, nombor aku pun dipanggil. Amboi, awat laju sangat? Rupa-rupanya aku kaunter 6, dia punya display board rosak...Apa daaa
Aku pun duduk je la..lepak-lepak tunggu pegawai tu buat kerja dia. Sambil tu aku usap-usap sikit ibu jari..hahaha....kot-kot dia(pegawai) tu nak suruh scan ibu jari.
Dan serentak dengan itu..poof..dia pun menyuruh aku letak ibu jari kat scanner tu.
Dah akhirnya, lengkaplah proses tersebut dan aku dapat IC baru, yeay!
Aku ingat nak ajak best friend forever aku makan KFC, lepas tu kredit telefon expired (aku jarang topup). Harap baki je ada RM80...haha..Aku kempunan Krushers KFC tu ha..tak pernah rasa lagi..Nak buat macam mana, kedai pun awal-awal pagi ni banyak yang tutup. 7 Eleven pulak aku dah terlepas, malas nak pusing balik. Aku pun terus je balik rumah. Keluar semata-mata nak ambil IC je..Ok la tu, ada jugak tujuan
Sampai kat rumah..ada pulak ibu ayam mengahalang jalan aku, terkejut oo..tetiba kembang..hahaha..malas cerita..
Dah..itu je la cerita..ya aku tau..amikla kad pengenalan ni buat tatapan hahahaha
Dah..itu je la cerita..ya aku tau..amikla kad pengenalan ni buat tatapan hahahaha
Selepas dan sebelum..muka panjang sikit dan lebih....(isi sendiri) Sekarang aku dah selamat dari JPJ/Pegawai Kerajaan yang tak abis-abis suruh aku tukar IC..haha |
//Pelbagai cerita akan menyusul kemudian kalau rajin nak taip..hahaha |
0 ulasan:
Catat Ulasan