[Entri Baru]Aku ketinggalan Sesuatu...Bersama Gambar Perkahwinan Imam Muda Hassan dan Ulfa

[Entri Lain]Safwan dan Zodiak//////Laungan Al Fatihah di pagi hari//////Semut dan Aku//////Maksud Lagu Latar Belakang Blog FB GAME DAN aku//////Rutin Harian//////Menangis//////Pelancaran Blog

[Entri Baru]Naruto Episod 256 Prebiu

[Entri Lain]Bleach....Satu Pengakhiran

[Entri Baru]Diari FB (Sims Social) 1/4

[Entri Lain]Diari FB (Sims Social) 29/3//////Majlis Bersama Media Scha dan Awal

[Entri Baru]Internet Download Manager

[Entri Lain] -

Perut Lapor? Klik je sini

Dah lapar sangat nak buat cam mana kan...Klik gerenti kenyang

Khamis, 28 Jun 2012

Naruto Shippuuden Episod 268

Dah Keluar, layan yer..hahaha
Tunggu loading kejap,lepas tu start video








Khamis, 21 Jun 2012

Naruto Shippuden Episod 267

Disebabkan aku tak berapa nak sihat,jadi aku takde la nak tulis apa yang berlaku dalam episod ni.
Tapi aku bagitau tajuknya adalah Konoha Genius Strategist. Tajuk ni merujuk kepada Nara,pakar strategi bagi Konoha Village.

Secara kesimpulannya episod ini menceritakan tentang bagaimana Nara mengatur strategi untuk menahan serangan dari pihak musuh.
Beberapa musuh baru seperti Kage Lama (Edo Tensei) turut diperkenalkan dalam episod ni.
Takde babak lawan dalam episod ni,cuma banyak penerangan mengenai apa yang akan berlaku pada episod akan datang







\


Jumaat, 15 Jun 2012

Naruto Shippuden 267 hilang?

Masashi Kishimoto berehat selama seminggu bersama keluarga


Ha sudah kenapa pulak jadi macam ni?
Barangsiapa yang menjadi peminat tegar siri Naruto Shipudden tak kiralah manga ataupun anime pasti pelik kenapa takde Naruto minggu ni.
Meh sini aku ceritakan apa yang berlku disebalik kejadian yang menyebabkan jiwaku tersiksa ni..haha

Sensei kita semua iaitu Kishimoto (penulis manga Naruto) mengambil cuti rehat minggu ni dek kerana penat menulis,melukis dan sebagainya.Yerla siapa tak penat nak perah idea untuk buat manga Naruto jadi menarik.Jadi tak salah la kalau dia nak berehat tenangkan minda.Lagipun seminggu je.
Seperti kita boleh agak,kalo Kishimoto ni berehat pasti akan berlaku sesuatu yang besar di dalam manga Naruto.
Bagi peminat manga Naruto,korang semua mesti dah tau kan apa yang tengah berlaku dalam komik Naruto sekarang kan?
Mengikut firasat aku,sesuatu perkara yang besar akan berlaku diantara Sasuke-Itachi-Kabuto.
Mungkin kematian Kabuto atau Itachi?Siapa tahu?

Ok,disebabkan terpengaruh dengan Kishimoto yang berehat selama seminggu,team anime Naruto juga mengambil kesempatan untuk berehat bersama keluarga,haha.
Sebenarnya ,apa yang akan berlaku adalah slot Naruto Shippuden akan diganti sementara dengan episod istimewa Pokemon Best Wishes(episod sejam) pada hari Khamis yang lalu.Episod sejam ni akan mengambil masa tambahan 30 minit dari anime Naruto.
Wohooo Pokemon pun best jugak.
Jadi buat peminat-peminat anime Naruto tu,boleh la amik masa nak rehat,hehehe

Itu jerla penjelasannya,harap maklum

Khamis, 7 Jun 2012

Naruto Shippuden Episod 266

Episod Naruto minggu ni bertajuk The First and Last Opponent
Sudah tentulah ia mengenai Kakashi dan Zabuza yang akan bertarung.
Seperti yang kita sedia maklum,Zabuza telah bergabung dengan Seven Ninja Swordsmen of the Mist.Jadi pada minggu ini,sebahagian daripada episod adalah mengenai Seven Ninja Swordsmen of the Mist.Setiap ahli-ahlinya diperkenalkan mengenai perbualan antara Magetsu dan Jugo.

Dalam episod ini,babak perlawanan antara Zabuza dan Kakashi lebih kurang macam perlawanan dahulu.Haku melindungi Zabuza dari serangan Kakashi sama sepertimana dahulu.Haku sekali lagi berjaya menunaikan hasratnya iaitu melindungi Zabuza dan terus lenyap.
Menggunakan strategi yang begitu tersusun akhirnya Kakashi berjaya memerangkap Zabuza.
Aksi perlawanan diselangi dengan sedikit fillers dari masa lalu antara perbualan Kakashi dan Naruto.

Turut ditunjukkan dalam episod ini adalah teknik Seven Ninja Swordsmen of the Mist yang lain.Setiap daripada mereka mempunyai kelebihan tersendiri.
Tetapi setelah Zabuza berjaya ditewaskan,kabus pun mulai berkurangan dan lenyap.Sekarang askar shinobi boleh melihat musuh dengan lebih jelas.Sementara itu,Kakashi menyatakan bahawa dia akan mengeluarkan segala kemampuan dia sebagai Copied Ninja untuk menewaskan musuh yang tinggal..

Di medan perang yang lain,pasukan yang diketuai oleh Kitsuichi cuba untuk bertahan dari serangan askar klon Zetsu.Turut terlibat adalah Kiba/Akamaru,Neji,Hinata dan Shino.
Pasukan Gaara pula sudah bersedia menanti kedatangan musuh.Sudah kelihatan bayang musuh yang pertama iaitu Mu.

 TAMAT EPISOD 256


Layan Video di bawah










Isnin, 4 Jun 2012

Chika Pow Wow..Bidaan la Sangat


Aku tengah lepak jalan-jalan kat facebook tadi terlihat la satu blog post yang dikongsikan oleh kawan aku mengenai satu laman web bidaan ni.Klik sini.Aku sebenarnya dah masak(konon la,haha) dah dengan perniagaan secara internet ni.Jadi hari ni aku nak bongkarkan apa benda di sebalik benda alah ni.
Ok aku nak bagi tau kat sini.Laman web tu adalah http://www.chikapowwow.com .Chikapowwow,bunyi pun dah pelik..haha.Terus-terang aku cakap,aku takde niat nak mengutuk sesiapa.Hanya nak kongsikan apa yang aku tahu mengenai laman web seperti ini.
Nak tahu punya pasal aku pun terpaksalah register diri aku.Proses registration dier memang tahap paling rendah.Lagi satu,aku amata benci Phone Verification.Terpaksalah jugak aku buat.
Aku pun terskan penyiasatan.Macam biasa setiap laman web yang jenis macam ni mesti ada auction/bidding section (tempat bidaan).Tempat bidaan dier lebih kurang macam ni.


Mesti reaksi korang akan macam ni,wahhhh HTC Smart Phone,RM 40 jer!!!Nak bid jugaklah.Jadi korang pun pegi la klik gambar HTC tu
Nanti akan terbitlah page ni

Bila klik paw je,dier suruh beli Chikas (macam token la)
Kalau kita lihat di situ,harga sebenar HTC adalah RM2099 dan harga bidaan sekarang adalah RM40.."Wahh best nyer HTC murah,"bisikku di dalam hati.Hahaha


Lepas tu,korang pun akan semangat pergi beli Chikas tu
Di bawah ni beberapa senarai package tu

Wahh 25 Chikas hanya RM 37.50 je.Apa lagi korang pun beli.
Lepas tu,bolehla bid di bidding page.


Diorang (syarikat tu ) tak rugi ke?
Apa ke jadah nyer diorang nak rugi.Untung lagi adalah.Silap-silap korang yang rugi..hahaha

Macam mana?
Meh sini aku bongkarkan.

Korang ingat kan Chikas tadi?
Bagi setiap bidaan,satu Chikas akan digunakan.
Masalahnya,kita tak dapat nak tetapkan berapa nilai bidaan.

Kita hanya boleh naikkan nilai sebanyak RM 0.05 bagi satu Chikas.Berbaloikah?

BELI CHIKAS SEBANYAK 25 DENGAN HARGA RM 37.50.
25 CHIKAS HANYA BOLEH NAIKKAN NILAI SEBANYAK 25X0.05 = RM 1.25
BIDA NILAI SEBANYAK RM1.25 MENGGUNAKAN RM 37.50 SIAPA YANG UNTUNG?

OK KALAU KITA LIHAT SEKARANG NILAI BIDAAN ADALAH RM39.95...YER KE?
SEBENARNYA TIDAK..TENGOK DI BAWAH NI

NILAI BIDAAN YANG DIPAPARKAN=RM 39.95

RM 39.95  BAHAGI RM1.25 (RUJUK DI ATAS,NILAI RM 1.25 ADALAH HANYA ILUSI)

=31.96 X RM 37.50 (NILAI TOKEN SEBENAR)
=RM 1198.50 (DUIT YANG SYARIKAT TU DAH DAPAT)

Harga Sebenar HTC = RM2099 
Duit yang dapat sekarang = RM 1198.50
Baki = RM900.5

Jadi sekarang syarikat tu hanya perlu menaikkan nilai sebanyak RM 30 (dipaparkan) dan mereka akan pulang modal.
Cuba kira sendiri

Lepas tu nilai akhir mungkin akan menjadi RM 80 (atau lebih)
Kita tengok nilai telefon tu dipaparkan RM80,tapi disebaliknya syarikat tu dah pulang modal,siap dapat untung lagi

Tak percaya lagi?
Ok la meh tengok bidaan yang telah tamat.


Ok kita tengok..Harga akhir RM 56.50

56.50 bahagi 0.05 (bagi setiap token)
=1130 Chikas diperlukan

1130 bahagi 25 (pakej 25 Chika,rujuk atas)
=45.2 pakej diperlukan

45.2 darab 37.50 (harga bagi setiap PAKEJ 25 CHIKAS)
=RM1695

Harga Sebenar = RM 1899
Harga bidaan = RM 1695
Jimat = RM204


Betul ke kita boleh jimat?
Di bawah ni ada beberapa benda yang agak suspicious mengenai bidaan ini.

1)Kita tak tahu identiti sebenar pemenang bidaan.Adakah pemenang bidaan tu adalah ahli syarikat itu?Mungkin?

2)Robot mungkin digunakan bagi menaikkan bidaan sehingga sampai ke suatu tahap untuk sekurang-kurangnya mengembalikan modal/mendapat untung

3)Harga barangan (Retail Price) mungkin bukan sebenar.

4) Kalau bid tu kita asyik kalah je,kan melayang duit.Takkan ada orang yang bid sekali terus menang

5)Kebebasan bid tiada.Kita tak boleh tetapkan nilai.Sebaliknya kita hanya menambah dari RM 0.05 menggunakan Chikas.

Abis tu macam mana?
Macam mana lagi,senang-senang pergi je kedai beli.Lagi puas hati.Kalau bernasib baik,boleh tawar-tawar harga.

Laman web yang paling terbaik nak buat bid
adalah ebay.

Apapun terpulanglah dekat korang lah.Jangan marah aku pulak yer

Akhir kata, takde benda di dunia ni yang senang.Nak bernafas pun punyalah complicated proses dier.
Ok Terima Kasih Kerana Membaca.Jumpa lagi.

Jumaat, 1 Jun 2012

Naruto Shippuden Episod 265



Naruto Shippuden Episod 265 kembali lagi minggu ini dengan tajuk An Old Nemesis Returns.
Tajuk ni merujuk kepada musuh lama Kakashi iaitu Zabuza.
Dalam episod ni,Zabuza,Haku,Pakura dan Gari telah menyerang hendap Sai dan kumpulannya (Commando Unit).Belum sempat mereka (Zabuza dan kumpulannya) membuat serangan,Kakashi dan kelompoknya sampai.

Bermula dari situ,babak yang penuh dengan filler pun berlaku.Kisah silam di antara Kakashi-Haku-Zabuza.
Memang lama jugak flashback tu.Korang mesti dah tahu kan bahawa Kakashi bersama-sama Naruto pernah  bertarung dengan Zabuza dan Haku yang kesudahannya Haku dan Zabuza terkorban bersama-sama.Dalam episod ni,kisah itu diceritakan semula bagaimana perhibungan erat antara Zabuza dan Haku.Memang sedih jugak babak masa flashback tu.

Belum sempat nak abis layan babak sedih tu,tetiba Kabuto menguatkan lagi penguasaannya terhadap jutsu Edo Tensei.Kali ni dia sudah pun hampir berjaya mengawal keseluruhan emosi mayat yang dibangkitkan.Zabuza dan Haku tak mampu berbuat apa-apa.Kali ni badan mereka memang telah dikuasai sepenuhnya oleh Kabuto.Berbeza dengan episod lepas, di mana Deidara dan Shin dapat melepaskan diri dari kawalan Kabuto kerana kelemahan jutsu Edo Tensei tetapi kali ini Kabuto sudah lebih bersedia.

Jadi bermulalah pertarungan antara Zabuza dan kumpulannya menentang kelompok yang diketuai Kakashi.Babak pertarungan agak sederhana dan hanya melibatkan askar biasa.Dapat la jugak kita tengok kemampuan Pakura dan Gari yang juga seorang Kekkei Genkai.
Seperti biasa Kakashi dan Zabuza bertarung sesama sendiri ala-ala perlawanan klasik dulu-dulu.

Ketika masih dalam pertarungan tu,Kabuto dari jauh sedar akan masa yang diambil oleh Kakashi dan kelompoknya bagi menahan serangan dari Zabuza,Haku,Pakura dan Gari.Jadi, dia mengambil kesempatan untuk membangkitkan lebih ramai mayat untuk membantu serangan itu.
Siapa yang dibangkitkan Kabuto?
Seven Ninja Swordmen Of The Mist!!!!
termasuklah Zabuza.
Jadi,dengan terbangkitnya mereka,maka Kakashi akan menghadapi masalah yang besar kerana mereka masing-masing mempunyai kepakaran dalam pedang dan mempunyai kelebihan tersendiri.
Apa yang bakal berlaku,kita nantikan minggu depan

Layan Video Di Bawah



Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Blogger Wordpress Gadgets