[Entri Baru]Aku ketinggalan Sesuatu...Bersama Gambar Perkahwinan Imam Muda Hassan dan Ulfa

[Entri Lain]Safwan dan Zodiak//////Laungan Al Fatihah di pagi hari//////Semut dan Aku//////Maksud Lagu Latar Belakang Blog FB GAME DAN aku//////Rutin Harian//////Menangis//////Pelancaran Blog

[Entri Baru]Naruto Episod 256 Prebiu

[Entri Lain]Bleach....Satu Pengakhiran

[Entri Baru]Diari FB (Sims Social) 1/4

[Entri Lain]Diari FB (Sims Social) 29/3//////Majlis Bersama Media Scha dan Awal

[Entri Baru]Internet Download Manager

[Entri Lain] -

Perut Lapor? Klik je sini

Dah lapar sangat nak buat cam mana kan...Klik gerenti kenyang

Khamis, 31 Mei 2012

Running Man Episode 96

Apasal aku tetibe cerita pasal Running Man ni?
Sebab aku dah bosan tak tau nak tulis apa,jadi aku pun nak kongsi la kat korang antara rancangan favourite aku iaitu Running Man.

Rasanya kalau nak diikutkan, ramai dah orang tahu tentang rancangan ni,tak payah nak cerita banyak-banyak.
Rancangannya ni secara ringkasnya adalah seperti reality show yang melibatkan artis/orang terkenal di Korea.
Macam biasalah ada hos dan juga ada tetamu jemputan.
Keseluruhannya rancangan ni memang berbentuk jenaka dan memang santai dengan adegan-adegan kelakar oleh hos dan artis jemputan ketika mereka menyelesaikan tugasan.
Senang cerita,rancangan ni macam Explorace + Artis/Orang Terkenal Korea + Hos+Lawak Jenaka.
Tugasan-tugasan dier memang giler..haha

Ok dah citer serba sedikit pasal rancangan tu,meh sini aku cerita sikit pasal episod 96.
Episod kali ni menampilkan Park Ji Sung dan IU sebagai peserta jemputan.
Acara pertama iaitu Psychic Soccer memang kelakar takde ingat.
Setiap peserta diberi kuasa istimewa ketika perlawanan bola diadakan kecuali Park.Kesian dia sebab dalam kumpulan dia hanya ada 2 orang saja..Haha.Walaubagaimanapun,Park Ji Sung menang mudah je walaupun lawan 7 orang.
Favourite Power : IU (kuasa untuk memanggil bodyguard untuk escort dier sampai pintu gol,boleh digunakan sekali je bagi setiap separuh masa)

Bagi tugasan kedua,kesemua peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan (masing-masing 3 orang).Mereka diminta untuk menjual hidupan laut di pasar berdasarkan harga makanan yang mereka order waktu sarapan.
Harga makanan tersebut termasuklah harga makanan staf bagi setiap kumpulan.
Mula-mula diorang semua tak tahu apabila disuruh menempah sarapan pagi.Jadik diorang main redah je la.Rupanya-rupanya ada yang tersirat.
Memang kelam-kabut waktu mereka semua kat pasar,haha
Park Ji Sung kena marah dengan tauke kedai yang memang berat sebelah,kesian dia.
Sementara itu,bagi pasukan lain,IU menggunakan 'kecomelannya' untuk memikat.Memang berhasil lah.
Kumpulan IU berada di tempat pertama dalam tugasan ini.

Selepas itu,mereka beralih ke tugasan seterusnya iaitu acara tarik tali di salah sebuah universiti tempatan.
Sebelum acara tarik tali tu,setipa ahli kumpulan diminta mencari peminat yang memakai baju yang sama dengan warna baju mereka (3 orang) untuk membentuk kumpulan bagi acara tarik tali.
Acara tarik tali memang sengit.Dan akhirnya,setelah bertungkus lumus,kumpulan Park Ji Sung memenangi tugasan ini.Tercungap-cungap Park,haha

Akhirnya,mereka sudah bersiap sedia untuk berlepas ke Thailand bagi menyambung tugasan mereka.Kumpulan Park berada di depan sekarang.
Penghujung episod ni,satu perkara telah dibongkarkan iaitu Park Ji Sung adalah seorang spy dan dia terlibat dalam spy mission.Dia diminta untuk memilih seorang sebagai scout .Siapakah yang dipilihnya?Tunggu next episode,haha

Aku bagi low quality video di bawah.Layan yer.

Klik dan anda akan dibawa ke halaman video


PART 1 CLICK HERE
PART 2 CLICK HERE
PART 3 CLICK HERE
PART 4 CLICK HERE
PART 5 CLICK HERE

KALAU NAK DOWNLOAD KORANG BOLEH PAKAI IDM SAJA..HANYA GRAB AND GO!
DOWNLOAD LINK TAKLEH BAGI SEBAB NANTI TAK PASAL-PASAL AKU KENA BLOCK..HAHA

Isnin, 28 Mei 2012

Akhirnya....Dari Hong Kong ke Malaysia

Cerita ni minggu lepas punya tapi disebabkan keinginan aku nak bercerita aku pun tulis la jugak.
Pada hari Rabu minggu lepas (23 Mei),sesuatu yang akan tunggu-tunggu telah berlaku.
Apa dia eh?
Setelah hampir 21 hari menunggu akhirnya barangan yang aku beli dari Hong Kong tiba jugak di hadapan rumah aku.
Alangkah gembiranya hati ini setelah mendapat apa yang dihajati.
Yang ni kira macam kejutan la sebab aku tak jangka pun barang tu akan sampai awal.Aku ingat dalam sebulan baru sampai.

Penerimaan barang tu tak da beza apa.Hanya dengan menandatangani surat apa entah yang diberi oleh abang posmen (Surat Pengesahan Penerimaan),aku sekarang memiliki barangan tersebut.
Apakah barangan tersebut?
Barangannya adalah rahsia.hahaha.Tak penting pun bagitau.

Kenapa beli dari Hong Kong?
Mudah saja,sebab barangan tu tiada dijumpai di Malaysia.Jenuh aku pusing satu daerah Manjung dan menerjah ke laman web yang menjual barangan Malaysia,tetapi masih tak menjumpai jugak.Akhirnya aku membuat keputusan untuk membeli barang itu dari negara yang terkenal dengan syurga segala barangan iaitu China.
Aku buat pembelian online la apa lagi?

Tak takut ke buat belian atas talian ni?
Tips mudah apabila berbelanja atas talian adalah pastikan kedai online adalah kedai yang telah disahkan dan juga terkenal.Lagi satu pastikan kedai itu menggunakan bayaran secara Paypal.Buat pengetahuan aku beli kat ebay je..Ebay ni memang dah terkenal dah sebab dia memang menjaga keselamatan pembeli dan penjual.Jika barang yang telah dibayar tidak diterima dalam tempoh yang ditetapkan,bayaran balik boleh dituntut.Ebay ni terms dia semua ok,adil dan saksama terhadap pembeli dan pembekal.
Secara keseluruhannya,aku tak tajut tapi masih berdoa kepada Allah.

Kenapa 21 Hari ? Lama gila tu?
Sebab aku malas nak bayar kos penghantaran.Sesetengah penjual akan menanggung perbelanjaan penghantaran yang murah.Bila penghantaran murah,maknanya sampai pun lambat.Aku tak kisah sangat sebab aku bukannya nak barang tu cepat-cepat.
Sesetengah orang yang tak boleh duduk diam selagi barang tak sampai boleh menggunakan penghantaran pantas seperi FeDex (ikut penjual) yang mengambil masa 2-3 hari masa berkerja dengan tambahan kos sebanyak RM70-RM100 lebih kurang.
Untuk penghantaran separa pantas (9-12 hari),harganya adalah RM30-50.
Jadi disebabkan keturunan aku semua kedekut,aku pun lepak je takyah bayar untuk kos penghantaran.

Apa bahan-bahan nak beli online ni?
Ni semua berdasarkan aku punya yer

Debit Card RHB Bank
RHB Online Banking Untuk Semak Penyata Duit Keluar Masuk
Akaun Paypal Online (Percuma)
Akaun Ebay (Percuma)

Itu je la.Kalau dah semua ni maknanya anda dah bersedia untuk membeli-belah secara atas talian.
Bukan beli barang saja,bayar bil,topup,beli tiket wayang,semua boleh.

Tapi hati-hati yer,bila da mudah ni,mula la rambang mata,nak beli itulah,inilah..haha
Jangan sampai bankrap sudah...

Berikut adalah gambar-gambar bukti pembelian aku 



Itu je gambarnya...hehehe

Terima kasih kerana membaca yer =)


Khamis, 24 Mei 2012

Naruto Shippuden Episod 264


Ok,Naruto Shippuden Episod 264 pun dah keluar.
Kali ni tajuk nyer adalah 'Secret of Reanimation Jutsu'.Daripada tajuk tu kita boleh agak apa yang akan berlaku dalam episod ni.Jadi aku terangkan seringkas mungkin tentang episod ni.

Permulaan episod ni ada sedikit cerita mengenai Naruto yang menjalani latihan dengan Killer Bee.Latihan Naruto bersambung lagi (setelah latihan mengimbangkan batu) apabila Killer Bee membawa Naruto masuk dalam satu bilik.
Dalam latihan ini Naruto perlu mengimbangkan chakra biru dan chakra mereka untuk mewujudkan satu bentuk kuasa yang dinamakan Tailed Beast Bomb.Babak latihan Naruto dan Killer Bee memang agak lama kerana Killer Bee menerangkan tentang kuasa itu dan bagaimana untuk menyeimbangkan chakra biru dan merah.

Kemudian baru jalan cerita yang sebenar bermula.Kabuto menerangkan tentang Edo Tensei kepada Madara.Kabuto menerangkan secara terperinci bagaimana dia mengaktifkan Edo Tensei kepada Madara.Rupa-rupanya Edo Tensei ni memerlukan orang yang hidup untuk mengaktifkannya.Jadi,ini bermakna Kapten Anko masih lagi hidup.
Madara turut menyuruh Kabuto membuat demonstrasi di hadapan matanya sendiri menggunakan 2 orang tawanannya.Kabuto menunjukkan bagaimana Edo Tensei dilakukan di depan Madara.
Kabuto turut memberi tahu bagaimana cara untuk menghapuskan jutsu Edo Tensei.
Daripada perbualan itu,nampaknay Kabuto dan Madara masing-masing masih tidak mempercayai satu sama lain kerana mereka mempunyai kehendak sendiri.

Berbalik kepada medan peperangan,pihak Shinobi telah berjaya mengesan kedudukan musuh (klon zetsu) yang berada di bawah tanah.
Dengan diketuai oleh Kapten Kitsuichi,menggunakan jutsu Earth Style:Erupt,kesemua musuh-musuh (klon Zetsu) yang berada di bawah tanah melambung keluar dan bersedia untuk diserang oleh askar Shinobi.Turut terlibat di situ adalah Kiba,Hinata dan Shino.

Keseluruhannya episod ni agak mendatar dan dipenuhi dengan fakta-fakta mengenai Tailed Beast Jutsu dan rahsia Edo Tensei (Reanimation Jutsu)

Minggu depan Zabuza dan Haku meminta Kakashi Sensei membunuh mereka sekali lagi!!
Classic Clash Kakashi vs Zabuza +Haku


Layan Video di bawah,Tunggu Loading lepas tu Start Video
Naruto Shippuden 264





Kimi To Boku 2/You and Me 2 Episod 8


Kimi To Boku 2 kembali lagi minggu ini dengan tajuk Us Boys.
Secara ringkasnya episod ni mengisahkan tentang adik kepada Shun,Fuyuki yang telah bercium dengan Mamiya (kekasihnya) menyebabkan Shun begitu risau terhadap adiknya.Shun mengakui masih terlalu awal untuk Fuyuki bercinta.Jarak umur Shun dan Fuyuki tidaklah begitu jauh,lebih kurang setahun je.

Untuk mengelakkan keresahan yang lebih parah,Shun mengajak rakannya untuk datang ke rumah memberi nasihat.Ingatkan keadaan menjadi lagi baik,rupanya lagi teruk adalah..haha
Chizuru menghalang Fuyuki untuk bercinta manakala Kaname,Yuta dan Yuki sibuk memikirkan perkara yang tak senonoh akan berlaku kepada adik Shun.

Lepas tu Fuyuki pun keluarla dating dengan Mamiya.Seperti yang dijangka,Shun dan rakan-rakan gilanya tu pun mengekori Fuyuki dari belakang sehinggalah sampai kat tempat karaoke.Mereka berada bersebelahan dengan bilik dimana Fuyuki dan Mamiya berada.Masa tu Chizuru dah pikir bukan-bukan da..haha.
Mau tak pening Shun
Sementara menunggu tu,dia pun menyanyi satu dua lagu.
Babak ni memang paling lawak sekali.Shun sebenarnya tak pandai nyanyi,hahahaha.Tergagap-gagap dier nyanyi.Chizuru dengan Si Kembar tu macam biasalah,semangat lebih.
Kaname pulak memang cool je nyanyi.Sedap giler suara Kaname,terkedulah jugak kawan-kawan dier masa tu.

Sementara itu,di bilik sebelah di mana Fuyuki dan Mamiya berada,mereka berdua hanya terdiam dan memandang antara satu sama lain.Tiba-tiba, Fuyuki memberi hadiah hari jadi kepada Mamiya.Mamiya memberitahu bahawa dia akan memberi apa sahaja hadiah kepada Fuyuki oleh kerana hadiah hari jadi yang diterima itu.Fuyuki dengan tenang berkata bahawa dia ingin menyentuh dada Mamiya.Babak ini agak hentai sikit,hahaha.
Tak sampai seminit Fuyuki sentuh dada Mamiya,Mamiya terus menangis lalu keluar bergegas ke tandas.Mungkin kerana terkejut.

Semasa pulang dari tandas,akibat terlalu tertekan,Mamiya tersilap masuk bilik karaoke.Dia telah masuk bilik di mana Shun berada.Shun mendapati Mamiya menangis lalu dia terus bergegas ke bilik sebelah dan memarahi adiknya.Shun menyatakan bahawa dia tahu adiknya terlalu gembira kerana mendapat ciuman dari Mamiya menyebabkan dia bertindak di luar kawalan.Fuyuki hanya mengikut cakap abangnya dan hanya berdiam diri.

Babak terakhir antara Fuyuki dan Mamiya waktu berjalan pulang tu memang romantik.Mamiya menyentuh cuping telinga Fuyuki dan mengatakan dia seorang yang pervert (gatal).
Teori yang diapakai adalah apabila cuping telinga seseorang itu lembut,maknanya dia seorang yang gatal.Merapu je teori,haha

Keesokannya,Shun seperti biasa balik bersama rakan-rakannya.Dia menyatakan bahawa Fuyuki dan Mamiya akan mula berhubungan sebagai rakan sebelum mereka bercinta.Dia tidak mahu Fuyuki tergesa-gesa.Namun begitu,rakan-rakannya masih membuat andaian yang bukan-bukan apabila Fuyuki dan Mamiya dibiarkan bersama-sama.Shun memang pening la masa tu sebab dapat kawan-kawan yang asyik nak mengusik dier je.

=TAMAT EPISOD 8=



Rabu, 23 Mei 2012

Kimi To Boku 2/You and Me 2 Episod 7




Kimi To Boku 2 Episod 7.
Korang mest tanya kan apsal aku dah tak post mende alah ni?
Ini kerana internet aku yang mempunyai masalah dalaman menganggu proses upload.

Ok secara ringkasnya episod kali adalah mengenai Valentine Day.
Mula-mula episod ini ala-ala hentai sikit..haha..Chizuru mimpi bukan-bukan.
Biasalah Valentine Day kan.Semua orang kan bagai coklat kepada semua orang terutamanya orang tersayang.
Dalam episod ni kita akan lihat sedikit babak percintaan antara Yuta dan Takahashi.Macam biasalah mereka masih lagi ragu-ragu dengan perhubungan mereka.
Chizuru bengang sebab dia tak dapat coklat pun hari tu.Dia masih mengharapkan coklat dari Mary,kekasihnya tu.

Tapi bagi Mary,dia masih belum menganggap Chizuru sebagai kekasihnya,sebaliknya dia mempunyai perasaan terhadap Shun.
Mary memang pendam giler perasaan cinta dekat Shun.Shun pun buat biasa je la.Mana lah dia nak expect ada junior yang minat kat dier.

Waktu diorang nak berjalan sama-sama pulang ke rumah,Mary berniat nak bagi coklat dekat Shun tetapi alangkah terkejut dia apabila ternampak seseorang memberi coklat kepada Shun.Perempuan yang bagi coklat tu datang dari sekolah berhampiran.Apa lagi kecewa la Si Mary tu.

Waktu Mary tengah berlari tu,Chizuru mengekori dia dari belakang.Mary menggelabah apabila dia mengetahui bahwa hadiahnya pasti tak disukai oleh Shun semasa Chizuru merasa coklat itu.
Dia (Mary) bergegas untuk ke kedai berhampiran membeli hadiah baru tetapi terkena bola rembatan pelajar di padang dan pengsan.
Mula dari sini sampai habis babak ni memang romantik abis antara Chizuru dan Mary.
Chizuru mententeramkan Mary apabila dia bangun dan terus peluk dier.
Lepas tu dia terus lari memikirkan apa yang telah dia buat.Semuanya berlaku secara tiba-tiba.

Keesokan harinya,Chizuru masih lagi berbahagia dengan apa yang berlaku semalam (dia peluk Mary) manakala Shun pulak rungsing memikirkan tentang perempuan yang ajak dia dating tu.
Akhirnya Shun pergi sekolah tu dan berjumpa dengan perempuan itu.Dia menerangkan bahawa dia masih belum bersedia untuk menjalinkan apa-apa perhubungan yang serius.Masa ni kita boleh lihat Shun begitu serius.Perjumpaan ini diperhatikan oleh Chizuru dan Mary dalam semak-samun.

Yang part last ni memang terbaik giler.
Chizuru relaks je cakap I love you dekat Mary waktu hantar dia balik rumah.
Mary terus jadi malu dan jauh di dalam sudut hatinya dia mempunyai perasaan terhadap Chizuru cuma dia tidak tahu bila mahu membalas perkataan tersebut.

TAMAT EPISOD 7



Selasa, 22 Mei 2012

AKB0048 Episod 4



Ok minggu ni anime AKB ni kembali lagi.
Sambungan daripada episod lepas,semua perserta yang telah layak akan memulakan latihan yang official bersama ahli kumpulan AKB yang lain.
Dalam episod ni ada pengenalan tentang Curse Generation di mana Curse Generation adalah generasi AKB yang mempunyai ahli yang sedikit iaitu hanya 2 orang.Dalm 2 orang itu,tiada siapa pun yang layak menjadi successor kepada AKB.Peminta pun kurang
Kanata,ahli Curse Generation tu adalah kakak kepada Sonata (watak yang sepatutnya tak layak menyertai AKB tapi dibenarkan kerana semangatnya)
Jadi adalah berlaku sedikit konflik antara kakak-adik dalam episod ni

Selain itu,para peserta yang dikenali sebagai pelatih AKB sudah mendapat bilik masing-masing.Satu bilik mempunyai 3 orang.

Keseluruhannya episod ni menceritakan tentang konflik adik beradik Sonata-Kanata dan bagaimana kawan kepada Kanata membantunya mengatasi masalahnya.
Lagu dalam episod kali ni memang best seperti episod-episod sebelumya.
Kesudahan episod ni memang menarik kerana akhirnya Sonata berbaik dengan kakaknya/

Malas nak cakap banyak sebab orang bukan baca pun..haha

Layan!

Khamis, 17 Mei 2012

Naruto Episod 263 : Sai and Shin


Episod 263 : Sai and Shin
Berdasarkan tajuk di atas,kita dapat tahu apa yang bakal berlaku pada episod ini, iaitu pertarungan antara Sai dan Shin.
Pertarungannya agak ringkas sebab masing-masing dah tahu kelemahan musuh.
Akhirnya semua terperangkap dalam puppet Kankuro kecuali Shin.
Lepas tu bermulalah kisah silam.
Sai dan Shin adalah adik beradik.Mereka berdua memang suka bersaing sesama sendiri semasa mereka kecil.Shin telah menghadiahkan satu buku lakaran untuk Sai.Sai berjanji akan melakar tentang perjalanan hidupnya bersama abangnya di dalam buku itu.
Episod kali boleh dikatakan agak penuh dengan kisah silam antara Sai dan Shin.
Dalam kisah silam tu,kita dapat tahu yang Sai dan Shin terpaksa berlawan antara satu sama lain sehingga mati demi mendapatkan tempat di dalam Foundation of Hidden Leaf  (Pertubuhan ketika itu).
Tetapi kesudahannya,Shin mati.Bukan kerana dibunuh oleh Sai,tetapi disebabkan penyakit misteri yang dihidapinya.Serius masa babak tu aku menangis,=(

Selepas itu,terbongkarlah bahawa jutsu Edo Tensei mempunyai kelemahan.
Sedikit demi sedikit,Shin bercerai menjadi kertas (kalau tak silap).Sebenarnya jutsu Edo Tensei dapat dibebaskan daripada jiwa seseorang itu apabila permintaannya ketika hidup ditunaikan.Bagi Shin,dia hanya mahu melihat lakaran lengkap adiknya,Shin.

Bagi Sasori pula,dia juga turut bercerai menjadi kertas setelah mendengar kata-kata Kankuro.Memang bermakna kata-kata Kankuro tu.Kankuro berkata bahawa selagi ada orang menggunakan Puppet Jutsu.selagi itu ia takkan pupus.Mendengarkan kata-kata tu,Sasori tersenyum dan memberi harapan kepada Kankuro untuk meneruskan legasi sebagai Puppet Master.
Memang style abis perbualan Kankuro-Sasori

Episod kali ini memang sedih takde ingat.Ingatkan ada lawan-lawan gempak.Rupanya memang feeling abis.
Penyudahnya,tinggal la Deidara sorang-sorang.

Sebelum episod ni abis,ada satu babak perbualan Madara dan Kabuto.
Seperti biasa Kabuto cuba merahsiakan sesuatu kepada Madara (tentang kehilangan Sasori dan Shin)
Kabuto juga baru menyedari bahawa masih banyak dia tidak tahu mengenai Edo Tensei.
Masing-masing cuba untuk mengatur rancangan sendiri.

TAMAT EPISOD 263 

Layan..haha
Part 1

Part 2

Rabu, 16 Mei 2012

Kenapa Hari Guru 16 Mei?




Ok ramai orang mungkin dah tahu terutamanya guru-guru sebab kenapa Hari Guru disambut pada 16 Mei.
Dah tau tu takpela.Jadi aku nak cerita sikit alasan Hari Guru disambut pada 16 Mei
Post ni memang ringkas dan padat sebab aku tau ramai malas nak baca kan? haha

Terus kepada tajuk utama
Kenapa 16 MEI?

Jawapan
Tarikh ini dipilih kerana pada hari yang sama ketika tahun 1956,Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu telah meluluskan Penyata Razak, salah satu daripada empat laporan Jawatankuasa Pendidikan mengenai pendidikan di Malaysia.Dokumen ini dikenali sebagai Laporan Razak kerana Tun Abdul Razak adalah Menteri Pelajaran ketika itu.
Laporan ini telah menjadi asas kepada pendidikan di Malaysia sejak dari itu. Walaupun Hari Guru bukan cuti sekolah rasmi,sambutan biasanya diadakan pada 16 Mei atau lebih awal jika ia jatuh pada hari Sabtu atau Ahad.Sambutan ini biasanya diadakan di dewan sekolah dan selalunya berlangsung selama satu hari persekolahan

Apa kebendanya Laporan Razak?
Jawapan
Pegi check buku Sejarah SPM balik..haha
Aku pun pening2 sikit Sejarah haha

Secara ringkasnya Laporan Razak adalah gabungan antara Laporan Barnes (dipersetujui oleh Melayu) dan Laporan Fenn-Wu (dipersetujui oleh Cina dan India)
Laporan ini ada menyebut tentang penubuhan Sekolah Rendah bagi kaum Melayu (Kebangsaan), Cina (Jenis Kebangsaan Cina) dan India (Jenis Kebangsaan India)
dan Sekolah Inggeris
Bagi Sekolah Menengah,laporan ini menyatakan tentang penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Inggeris.
Itu pasal sekarang ada SK,SJK (T),SJK (C), dan SMK.
Laporan ini juga ada menyebut bahawa sekolah-sekolah yang disebut tadi semua akan dibiayai oleh kerajaan sepenuhnya.

Selain itu ada juga beberapa point penting dalam Laporan Razak itu seperti
  • Penubuhan satu sistem pendidikan yang selaras
  • Permulaan kokurikulum berorientasikan Malaya
  • Konsep sistem satu penilaian bagi semua
  • Pengiktirafan objektif bagi menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama



Ha sudah,masuk Sejarah pulak.
Ok jadi itulah sedikit sebanyak tentang Hari Guru dan 16 Mei.
Nak tahu tak kat Malaysia je sambut 16 Mei tau.Kat tempat lain lain pulak tarikhnya

Apapun 
Selamat Hari Guru
(kalau takde cikgu alamatnya aku nak taip post pun tak dapat =))

AKB0048 Episod 3

AKB0048 kembali lagi minggu ini dengan sambungan daripada episod lepas.
Kalau korang masih ingat episod lepas,semua peserta yang menyertai ujibakat telah diselamatkan dan dilindungi di dalam satu kapal angkasa.

Di dalam kapal angkasa tu,mereka tidak tahu bahawa ujian untuk mereka menjadi ahli AKB akan bermula
Katagiri Tsubasa
Manager dan Producer AKB0048
Dia ni yang menyambut semua peserta ujibakat waktu kat dalam kapal angkasa

Peserta diberi tugasan
Mereka perlu memastikan persembahan 'Beginner' berjalan dengan lancar.
Mula-mula pening jugak sama ada mereka kena menyanyi/menari,rupa-rupanya mereka kena defend AKB0048 waktu buat persembahan,
Masa ni semua masih tak tahu lagi

Latihan macam nak pergi berperang

Masing-masing kepenatan.Maklumlah latihan ala-ala tentera

zzz dan xxx takde selera
Tapi lain pulak bagi Chieri,abih beberapa mangkuk dia melantak.
Masing-masing mempunyai masalah nak tidir sebab dalam keadaan terapung

Waktu semua orang tengah sibuk-sibuk pasal nak tidur.Nagisa ternampak Chieri menuju ke suatu tempat,dia pun ikut la dari belakang.
Lepas tu diorang ternampak kumpulan AKB0048 tengah berlatih
Terdetik di hati Nagisa bahawa kumpulan ini memang bersungguh-sungguh berlatih sedangkan mereka (peserta) merungut walaupun berlatih sekejap
Lagu masa berlatih ni memang style.Ada techno sket.

Ada berlaku ketegangan antara ahli AKB waktu latihan tu menyebabkan Nagisa tidak tahan lalu memberhentikan pergaduhan itu.
Tapi sebenarnya Nagisa tersilap kerana mereka (ahli AKB) bertengkar kerana ingin mendapat pendapat masing-masing tentang persembahan.

Latihan demi latihan menjadikan mereka semakin kuat

Masing-masing bersedia untuk berperang walaupun perasaan gemuruh menyelubungi
AKB0048 akan membuat persembahan di suatu planet manakala mereka (peserta) akan mempertahankan ahli AKB0048
Lengkap bersenjata di medan perang
Waktu perang tu ada jugak yang panik.
Peserta lain ada juga yang ditembak oleh robot DES
Siapa yang gugur di medan perang dikira gagal.
Agak kejam

Chieri menyelamatkan Nagisa waktu Nagisa ditembak.
Tindakannya ini menyebabkan dia yang ditembak.

Pengakhiran episod ni,Manager AKB0048 menerangkan bahawa semua ini adalah gimik untuk ujian semata-mata.Dia menyatakan bahawa peperangan tidak akan menyelesaikan segalanya,yang pentik kita kena bekerjasama antara satu sama lain dalam pasukan.
Rupanya semua yang diorang lalui tadi hanya palsu saja,,haha..Planet tu sebenarnya selamat je,hiburan tak diharamkan pun di situ,
Akhirnya mereka bertujuh layak untuk menjadi pelapis AKB0048

Mereka akhirnya layak menjadi pelapis
AKB0048 Generasi ke-77

-TAMAT EPISOD 3-

LAYAN VIDEO DI BAWAH

Sabtu, 12 Mei 2012

[Lawak]Kesimpulan Super Spontan Malam Ni

Komik di bawah menjelaskan segalanya,betul tak?
Hahaha
Aku takde keje ni lah jadinya


Macam apa je,semua suka kat Bella.
HAHAHA

Jumaat, 11 Mei 2012

Naruto Shippuden Episod 262

Maaf yer.lambat sikit aku nak tulis ulasan pasal Naruto punya episod minggu ni
Episod kali ni bertajuk 'The War Begin'
Dah terang-terang kan cakap peperangan dah bermula.

Ni aku akan cerita sikit episod ni secara ringkas
Pada episod ni,semua askar-askra Shinobi dan Kabuto sudah bergerak tetapi episod ni lebih tertumpu kepada Unit Commando bagi kedua-dua belah pihak.

Pada permulaan episod ni,pasukan Commando shinobi diketuai oleh Kankuro mencari kawasan untuk dijadikan kubu.Mereka menemui satu kawasan yang berdekatan dengan kawasan musuh.
Sementara itu,bagi pihak musuh,unit Commando diketuai oleh Deidara.
Deidaradan Sasori bergabung dan telah berjaya mengawal beberapa unit dari tentera shinobi.
Mereka (Sasori dan Deidara) menggunakan shinobi yang ditangkap untuk menyerang Kankuro dan kumpulannya.
Omoi agak gelisah mula-mula.Takut-takut kalau dia saja yang tinggal dan semua ahli kumpulannya mati.
Akhirnya ditenangkan oleh Kankuro

Kankuro,Ketua Unit Commando

Sasori dan Deidara,gabungan yang mantap

Kankuro mengarahkan kumpulannya bina kubu dan membahagikan tugas

Sementara itu,Kapten Anko sepertinya sudah matiapabila dia ditangkap oleh Kabuto pada episod lalu.Kesian dia

Unit-unti lain sudahkan mula bergark dan berpecah
Diketuai oleh Gaara dan Darui
Inilah rupa kubu unit Commando Shinobi.Nampak ringkas tapi efisyen

Babak lawan-lawan tu memang gempak.Waktu Kankuro dan kumpulannya pertahankan diri dari serangan Deidara memang gempak.
Kankuro dan memang tahu Sasori memang ada bersama-sama Deidara sebab dia kenal dengan jutsu puppet Sasori,maklumlah dia kan master puppet jutsu jugak.
Sasori menggunakan Muta(belakang) untuk menyerang kubu tentera Shinobi.
Masa ni Muta takleh buat apa-apa dah
Sasori menggunakan puppet jutsu mengawal tentera Shinobi dan mempergunakan mereka untuk menyerang.
Deidara punya ledakan memangkuat takde ingat.
Nampak macam kumpulan Kankuro dah tak selamat dah
Earth Style : Mobile Core
memang gempak,penyelamat sejati..haha

Akhirnya serangan dari Deidara dapat dipatahkan,Sasori terperangkap dengan Kankuro.
Ada sedikit filler mengenai Kankuro dan Sasori.Kalau korang masih ingat,Sasori pernah lawan dengan Kankuro.Masa tu Kankuro memang kalah teruk sebab dia tak tahu pun lawannya tu dulu Sasori,pencipta puppet jutsu.

Tentera shnobi yang lain yang Sasori dah berjaya kawal,Tokuma dan Ranka

Sasori ditarik oleh Kankuro.
Baru dia tahu bila buku bertemu ruas

Tapi kali ini,Kankuro dah bersiap sedia untuk membalas dendam.Memang style abis Kankuro
Sementara itu,Sai pulak terpaksa berdepan konflik apabila bertemu abangnya sendiri iaitu Shin.

Reaksi Sai apabila berhadapan dengan abangnya Shin,yang dibangkitkan menggunakan Edo Tensei
Shin (Edo Tensei)

Kankuro memang style.
Dia buat satu puppet khas untuk pertarungan dia dengan Sasori.
Memang nak hina Sasori sebenarnya,haha sebab hancurkan puppet dia yang dulu.


TAMAT EPISOD 262

Minggu depan peratrungan penuh emosi adik-abang,Sai dan Shin (Master of Art Battle)
+
Master of Red Puppet Jutsu (Sasori) vs Master of Black Puppet Jutsu (Kankuro)



Nah amik episod ni kat bawah.Ni yang low quality je.Try la carik kat youtube untuk High quality
Part 1
Part 2

Khamis, 10 Mei 2012

[Khas Malam Jumaat]Bila Roh Berpesan

Artikel ni aku baca kat facebook tadi.
Aku tau ramai dah baca kan?
Bagi yang tak pernah baca lagi silalah membaca
Khas Malam Jumaat



Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia.

Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut".

Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu : "Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" .

Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya."

Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: " Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku".

"Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".

Ada satu riwayat drpd Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka.

Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu.

Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya.

Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Baginda Rasullullah S.A.W berkata : "Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut.

Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.

Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi : "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga.

Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S."

"Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya."

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut.

Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T."

Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.

 Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah rohnya dari arah lain."

Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T . maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu.

Maka berkata tangan: "Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan, maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."

Apabila gagal malaikat maut mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir."

Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah."

Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu."

Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ke tujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.

5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.

7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."


Telah bersabda Rasullullah S.A.W: "Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah."



Setelah aku membaca artikel,ada lah terdetik sikit hati mengingati kematian.Allah memang suruh kita ingat mati pun sebab nanti kita akan lebih berwaspada dengan tindakan kita.
Artikel-artikel seperti ini sepatutnya mesti banyak ditulis dan dikongsikan di facebook.
Semoga kita sama-sama mendapat input dari artikel ini.
Selamat Bersolat Jumaat (awal gile aku wish)


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Blogger Wordpress Gadgets